Headlines News :

Yahudi–Zionis tidak hormat hak asasi

Oleh EKMAL NASIH ABDEL MAGEED 


DOHA: Presiden Persatuan Ulama’ Islam Antarabangsa dan ulama’ kontemporari terkemuka, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam satu kenyataannya barubaru ini mendedahkan tindakan melampau puak Yahudi-Israel yang disifatkan keterlaluan dan menyalahi hak asasi manusia, kenyataannya itu adalah antara beliau diarah untuk ditahan oleh polis antarabangsa (Interpol) atas kehendak presiden Mesir yang samseng, Abdel as-Sisi dan juga sekutunya dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau berkata demikian dalam tazkirah terbarunya “Bencana/ musibah Kedua” di bumi Palestin, bahawa sejak bumi itu ditakluk golongan Yahudi lebih enam puluh tahun, mengingatkan semua pihak, bahawa ia merupakan satu pengalaman pahit dan meyedihkan, kerana Palestin tidak pernah sepi daripada ditimpa pelbagai bencana dan musibah.

Di mana rakyat Palestin yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk kanak-kanak, remaja, wanita dan orang-orang tua menjadi korban dan tidak kurang yang menjadi pelarian kerana diusir dari tempat kelahiran mereka sendiri.

Musibah besar menurutnya ialah dengan kejatuhan bukit Golan dan Sinai yang dirampas oleh tentera Israel, ini termasuk Semenanjung Gaza, Dafah Barat, Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis yang sering menjadi sasaran Yahudi untuk memusnahkannya.

Dengan bencana yang menimpa itu, ia telah merubah landskap politik Arab keseluruhannya, kerana sebelum Israel menakluk bumi Palestin, ia dianggap sebagai perampas yang tidak berhak melakukannya, tetapi selepas ia berjaya melakukan penaklukan itu, falsafah negara-negara Arab bertukar sekadar mempertahan haknya sahaja.

Pada tahun 1967 katanya, Palestin secara mutlak dikuasai golongan Yahudi yang mendapat sokongan negara-negara Barat yang anti-Islam, malah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) tidak mampu berkata-kata apa mengenainya seolah-olah berdiri di belakang Israel/ Yahudi.

Menurut Syeikh al- Qaradawi, golongan yang berani menawan Masjid al-Aqsa, tidak mustahil ia bercita-cita tinggi selepas ini untuk menawan Kaabah dan Masjidil Haram di Makkah, apabila umat Islam dan Arab tidak peka terhadap persoalan agama mereka sendiri, ini kerana Allah SWT telah mengikat kedua-dua masjid tersebut dalam banyak peristiwa yang terjadi ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Tentera Israel atau rejim Yahudi berani melakukannya pada ketika umat Arab khususnya semakin lemah, Israel didokong oleh Amerika dan beberapa negara Eropah bagi memastikan agar Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam sedunia lebur, ia makin berani kerana kelesuan pada jati ddiri negara-negara Arab/Islam yang masingmasing hanya mahu terus berkuasa.

Walaupun rakyat Palestin bangkit menentang kekejaman rejim Yahudi, namun terdapat di kalangan mereka yang menjadi tali barut kerana sematamata untuk mendapatkan habuan dunia sementara yang dijanjikan oleh musuh-musuh Islam, malah sanggup menyalurkan informasi asalkan dapat terus hidup.

Ini berlaku kepada mereka, apabila HAMAS yang dipilih rakyat dalam pilihan raya yang sah pada Januari 2006, anggotaanggotanya ditekan, ditahan, dipenjara dan pelbagai tribulasi lain bagi memastikan suara-suara Islam tidak kedengaran, malah dunia tidak rela Palestin diterajui oleh pimpinan Hamas, jika mahu terus memerintah, mereka mestilah menyerahkan kepada Mahmoud Abbas yang merupakan jurucakap Amerika.

Syeikh al-Qaradhawi mempertikaikan sistem demokrasi kononnya diamalkan oleh golongan pendukung kebangsaan, kebebasan serta hak asasi rakyat Palestin yang dicabuli setiap hari. Justeru, beliau mengingatkan semua pihak dalam kalangan pemimpin-pemimpin Arab secara khusus, umat Islam seluruhnya agar berusaha membebaskan bumi Palestin dari cengkaman musuh-musuh Allah sampai hari kiamat.

Hendaklah umat Islam dari luar Palestin, menyokong saudarasaudara mereka yang ditindas di Palestin setiap masa, dengan menghulurkan bantuan dari sudut moral dan harta benda, sama ada dengan cara kutipan derma dan sebagainya, memberi kesedaran kepada ummah bahawa menyalurkan apa sahaja bentuk bantuan untuk rakyat Palestin adalah fardu ‘ain.

Bagi mereka yang mempunyai kelebihan pendapatan, bolehlah mereka mengeluarkan zakat kepada saudarasaudara mereka di Palestin bagi meringankan kesempitan hidup, kerana segenap bantuan kewangan, perubatan, pakaian dan lain-lain disekat oleh pihak berkuasa di sempadan Mesir-Rafah, yang bertujuan agar rakyat Palestin menghadapi kesulitan hidup dan mati, Ketika Dr. Mohamed Morsi menerajui Mesir, beliau dengan kesungguhuannya telah membuka semula laluan ke Gaza melalui Rafah, ia bertujuan agar segenap bantuan kemanusiaan seperti bantuan ubatubatan, pakaian, bahanbahan makanan mudah sampai bagi membantu saudara-saudara muslim di Gaza, namun setelah beliau disingkirkan, peralihan kuasa berlaku di tangan as-Sisi, beliau menutp semula laluan di Rafah, malah setengah tempat dimusnahkan bagi menyukarkan bantuan sampai ke Gaza. – Naseej.

Barisan Pokok Berbunga

Pokok yang berbunga lebat sehingga menutupi jalan-jalan ini seringkali menjadi tumpuan para jurugambar. Selain memberikan permandangan yang indah, ia juga turun memberikan beberapa kelebihan yang lain. Jalan-jalan yang dibarisi oleh pokok-pokok ini juga boleh menyejukkan bandar sebanyak 10 darjah selsius dengan keteduhannya.

Selain itu ia juga dapat meperlahankan lalu lintas sepanjang laluan tersebut tanpa memerlukan sebarang bonggol kerana pemandu-pemandu dengan sengaja memperlahankan kenderaan mereka semata-mata untuk menikmati keindahan pokok-pokok bunga tersebut dan sekaligus membuatkan pencemaran bunyi berkurang. 
 
 
 1. Molyvos, Lesvos, Greece


2. Bonn, Germany


3. Stockholm, Sweden


4. Tunnel Of Love, Caras-Severin, Romania


5. Valencia, Spain


6. Cullinan, South Africa

Peluang ke Sukan Olimpik 2016 terbuka

 PELUANG beraksi pada Sukan Olimpik 2016 bukan sahaja dilihat penting kepada pemain-pemain elit, malah jurulatih perseorangan badminton negara, Rashid Sidek mengakui, dua pelapis kebangsaan, Soo Teck Zhi dan Tan Kian Meng juga mampu membuat kejutan untuk beraksi pada temasya berprestij itu.

Jelas Rashid, walaupun fokus diberikan kepada dua pemain utama negara, Chong Wei Feng dan Liew Daren, namun kem badminton negara tidak pernah mengabaikan tumpuan mereka kepada pemain-pemain pelapis untuk mengejar ranking sekali gus layak beraksi pada temasya di Brazil itu.

“Saya percaya kalau pemain-pemain pelapis ini konsisten mara ke suku akhir atau separuh akhir mereka juga mampu memintas ranking dua pemain elit kita, Daren dan Wei Feng.

“Secara realistik memang nampak sukar kerana ramai lagi pemain negara lain yang setanding mereka tetapi ia tidak mustahil.

Kalau pemain-pemain elit tidak menunjukkan komitmen yang bagus dan prestasi mereka tidak meningkat, mungkin peluang ke Sukan Olimpik akan menjadi milik pemain-pemain pelapis,” kata Rashid

Dalam perkembangan lain, Rashid turut memuji prestasi yang dipamerkan Teck Zhi selepas juara Kejohanan Badminton Remaja Asia 2013 itu mara ke suku akhir sebelum tewas kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin pada Masters Malaysia 2015 di Kuching dua minggu lalu.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan Rashid rasa terkilan ialah prestasi juara Siri Super Perancis 2012, Daren yang tidak menggunakan peluang beraksi pada kejohanan itu untuk meraih pencapaian yang lebih baik.

Rashid berkata, pemain berusia 27 tahun itu yang tewas pada suku akhir kepada pemain India, Ajay Jayaram sepatutnya meraih keputusan yang lebih baik dengan sekurang-kurangnya mara ke final.
“Saya memang tidak berpuas hati kerana dia boleh pergi lebih jauh, cuma mahu atau tidak mahu. Dia pernah menang kejohanan berstatus Siri Super kenapa selepas kejayaan itu prestasi dia tidak konsisten.

“Pencabar dia pada Siri Super Perancis jauh lebih baik berbanding di Kuching. Bagi saya mudah sahaja, usaha tidak cukup kalau dia mahu dia akan buat lebih baik,” tambah Rashid.

Wei Feng pula terpaksa mengharungi kejohanan itu walaupun mengalami kecederaan hamstring, namun dia tewas kepada bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia, Mohamad Arif Abdul Latif pada pusingan kedua kejohanan.

Kedua-dua pemain itu kemudian beraksi pada GP Emas Terbuka India minggu lalu, Wei Feng menarik diri pada aksi suku akhir ekoran kecederaan hamstring yang semakin serius, manakala Daren tewas kepada pemain India, RMV Gurusaidutt pada pusingan kedua kejohanan.

Rashid berkata, Wei Feng yang masih dalam proses pemulihan akan kembali mengikuti latihan pada minggu depan.

Al-Quran sebagai sumber penawar, petunjuk hukum dan nasihat

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 


MENGHORMATI ayat-ayat yang dibaca dengan merasa riang hati, serta berasa tenang dengan al-Quran, sudah pasti mereka tidak akan lalai. Andainya membaca al- Quran dengan tujuan tersebut maka tidak hairan sekiranya mereka mengulang- ulangi bacaannya. Dalam al-Quran terdapat perkara yang boleh menenangkan hati pembacanya yang susah resah serta gusar, terkilan dan berserabut fikiran.

Tiada penawar yang paling mujrab melainkan baca al-Quran.

Untuk mengubat hati yang gelisah rawan tidak perlu pergi ke pantai dengar bunyi alunan muzik ombak. Orang bukan Islam ajar manusia Islam menghibur hati dengan cara yang tidak Islamik itu. Bagi orang Islam hiburan yang paling berkesan dan mendamaikan ialah baca al-Quran. Bukan tidak boleh berhibur ke pantai dan tempattempat peranginan, itu adalah perkara harus.

Tetapi jangan sampai timbul perkara lain menyebabkan jiwa gelisah malam tidak tidur lena, tidak khusyuk solat kerana terlihat perkara yang ditegah oleh syarak. Apabila terdapat dalam al-Quran begitu banyak ayat yang boleh menghiburkan hati, orang Islam tidak perlu mencari ketenangan dengan benda lain.

Memadalah dengan al-Quran kerana ianya penawar hati yang sebenarnya jika memahami kandungannya, yang penting dengan melakukan “Tadabbur” ertinya memikir untuk mentadbir segala urusan hidup juga persoalan hati dan jiwa.

Umpamanya memikirkan keadaan ekonomi yang sempit, sedang masalah kehidupan begitu banyak dan pelbagai.

Yang dimaksudkan dengan mentadbir ialah apa saja persoalan kehidupan duniawi, tetapi yang penting ialah permasalahan kehidupan yang abadi di akhirat. Itulah yang dimaksudkan tadbir urus atau Tadabbur, datang buah fikiran sedemikian apabila membaca al-Quran.

Kerana dalam al-Quran terdapat ayat mengenai suruhan serta larangan, juga kisah keingkaran umat terdahulu serta pelbagai nasihat. Semua itu termuat penuh di dalam al-Quran menjelaskan apa yang sepatutnya dilakukan. Tadabbur berbeza dengan persoalan hadir hati (hudhurul qalbi) yang mengajak supaya tumpu pada al-Quran.

Kekadang terlalu tumpu ketika membaca al-Quran, hingga tidak fikir langsung manis pahitnya kehidupan duniawi, lantaran tumpu kepada bacaan al-Quran hingga tanpa tadabbur.

Sedangkan maksud dan fungsi al- Quran diturunkan oleh Allah SWT dari langit ialah untuk tadabbur, oleh itu sunat membacanya dengan tartil.

Kerana dengan tartil dari segi zahir membolehkan manusia memikir batinnya, justeru itu membaca dengan tenang dan tartil memberi peluang yang luas untuk berfikir dan memahami maksudnya.

Berkata Saiyidina Ali ibnu Abi Talib r.a. yang maksudnya: “Tiada kebajikan pada ibadah yang kita tidak mengerti dan tiada kebajikan pada bacaan al-Quran yang kita tidak memahami maksudnya.”

Oleh itu jika tidak dapat memahami maksudnya, kecuali dengan mengulangi bacaannya, maka ulangilah berapa kali hingga tercapai maksud sebenar, untuk memahami maksud ayat yang dibaca.

Seperti yang diriwayatkan mengenai Nabi s.a.w. dalam solat malamnya, baginda sentiasa mengulangi baca ayat yang sama dari tengah malam hingga cerah fajar, iaitu ayat yang bermaksud: “Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al- Maidah ayat 118).

Inilah rayuan dan ratapan Nabi Isa a.s. yang diulang sebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam solat malamnya, jika ditimpakan azab maka azab itu akan mengenai hamba Engkau sendiri (bukannya orang lain), jika Engkau maafkan mereka maka sememangnya Engkau Maha pemaaf, Tuhan Yang Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Nabi s.a.w. mengulangi bacaan ayat tersebut dalam solat malamnya, kerana terasa amat mengharukan mengulangi bacaan ayat yang sama tanpa bosan hingga menjelang fajar.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabat; ya Rasulullah kenapakah aku kalau membaca al-Quran terlalu gemar membaca Qulhu wallahu Ahad?”Lalu jawab Nabi s.a.w.: “Kasihnya engkau kepada surah Qulhu wallah ini boleh membawamu ke syurga. Kerana “Qulhu wallah” mengandungi sifat-sifat Allah SWT. Sabda Nabi s.a.w. jika membaca Qulhu wallah tiga kali, ia menyamai tiga kali khatam al-Quran.”

Di antara sifat Allah SWT yang terkandung dalam surah Al-Ikhlas ialah; “Dialah Allah Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya.” Iaitu dengan tujuan memahami al-Quran secara beransur-ansur, iaitu bahawa dia berusaha menjelaskan tiap ayat perkara yang layak dengan ayat itu.

Kerana al-Quran itu mengandungi sifat-sifat Allah SWT serta menyebut ciptaan-Nya yang sangat hebat. Mengkisahkan ehwal para nabi juga ehwal orang yang melawan dan mendustainya.
Mengkisahkan juga akibat kesudahan penentang para nabi dan mursalin, yang dibinasakan oleh Allah SWT.

Di samping menceritakan semua itu yang terpenting al-Quran menjelaskan segala suruhan dan larangan Allah SWT, untuk kesejahteraan hidup di dunia yang sementara.

Menyatakan nikmat syurga yang dikurniakan kepada golongan yang taat dan muttaqin, azab neraka yang dikhaskan untuk para penderhaka.

Sekolah terbaik dan kepentingannya

Oleh Haji Osama 

Semua ibu bapa sangat berharap untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anaknya. Beberapa minggu yang lepas, sekolah dibuka. Walau jadualnya sedikit terencat kerana masalah banjir, namun kini hampir kesemua sekolah mula dibuka.

Saya di antara ibu bapa yang sangat bersungguh-sungguh untuk melihat anak saya mendapat pendidikan terbaik.

Apabila Adam mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lepas, saya berusaha bersungguh-sungguh cuba menempatkannya di sekolah terbaik. Alhamdulilah, Adam akhirnya berjaya ke MRSM Pasir Tumboh.

Tahun ini, saya cuba menggunakan kaedah yang sama seperti yang saya gunakan untuk Adam dalam membantu seorang pelajar untuk ke MRSM Pasir Tumboh. Alhamdulilah, adik Norhanis Qistina juga berjaya. Bagaimana kaedah saya? Mari saya kongsikan dengan anda.

Perkara paling utama untuk layak ke sekolah terbaik ialah perlu mendapat keputusan yang cemerlang. Contohnya untuk peperiksaan UPSR, anak anda semestinya cemerlang iaitu mendapat 5A.

Pelajar yang mendapat 5A sangat ramai. Ruang dan peluang untuk ke sekolah asrama penuh atau MRSM pula sangat terhad. Misalnya, MRSM Pasir Tumboh tahun ini pengambilannya lebih kurang 50 orang pelajar baru. 50 orang pelajar hanya boleh menempatkan untuk dua kelas sahaja.

Berbanding tahun lepas, 200 pelajar diambil. Kenapa? Saya difahamkan kerana mereka mula membuka kelas tingkatan empat. Sebelum ini kelas mereka hanya menempatkan pelajar sehingga tingkatan 3 sahaja.

Justeru itu, untuk ke MRSM Pasir Tumboh tahun ini agak sukar. Saya juga difahamkan hampir 700 pelajar yang memohon ke sekolah ini.

Bagaimana Norhanis Qistina boleh berjaya menempatkan diri di sekolah ini? Tentunya Norhanis dapat 5A. Selain itu, saya menyediakan semua keperluan lain dengan penuh cermat.

Sijil-sijil nya, bayangan soalan untuk interviewnya dan memberi motivasi kepadanya.

Ramai yang memandang enteng tentang sijil-sijil. Tahukah anda, setiap sijil ada makna dan markah. Sekiranya anak anda tidak mempunyai sijil, anda perlu berusaha untuk memenuhi sijil-sijil mereka.
Markah untuk sijil juga berlainan. Jika anak anda seorang ketua pengawas, markahnya adalah 10 berbanding pengawas biasa hanyalah 5. Jika bukan pengawas, markahnya adalah kosong. Begitulah juga dalam bidang permainan dan persatuan.

Persembahan semasa hari interview juga merupakan satu elemen yang penting dalam menentukan kebijaksanaan pelajar ini. Biasanya panel interview akan memanggil empat orang pelajar dalam satu masa. Anak anda perlu menampilkan diri sebagai ketua untuk kumpulan mereka. Perlu nampak paling bersih, kemas dan bersedia.

Antara soalan yang akan dikemukan ialah kenapa anda mahu ke MRSM? Agak-agak anda, apakah jawapan anak anda nanti. Saya sediakan jawapan untuk Norhanis. Saya juga memintanya menghafal jawapannya.

"Saya adalah anak keenam daripada 9 orang adik-beradik. Saya dibesarkan dalam keluarga yang agak susah. Ayah seorang buruh binaan manakala ibu saya seorang suri rumah. Peluang belajar di MRSM harus saya rebut kerana ia merupakan peluang keemasan bagi saya untuk mencapai cita-cita saya sebagai doktor dan membantu keluarga saya. Saya yakin MRSM akan merealisasikan impian saya ini kerana saya difahamkan MRSM mempunyai keupayaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai dana untuk pelajar yang miskin seperti saya. "

Mengikut Norhanis, ramai yang hanya menjawab saya mahu ke sekolah Sains. Bagi saya jawapan itu betul, namun ianya tidak tepat. Menurutnya lagi, apabila dia memberi jawapan di atas, ahli panel tersenyum dan mengangguk-angguk.

Penyusunan sijil-sijil mengikut turutan juga sangat penting. Ahli panel akan lebih mudah untuk menyemak sijil-sijil anak anda.

Akhirnya, berdoalah kepada Allah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan hati. Hanya dengan doa yang ikhlas dan bersungguh-sungguh, Insha Allah permintaan akan dimakbulkan.

Tahniah saya ucapkan kepada Norhanis Qistina, semoga anak ini akan menjadi pelajar terbaik dan mampu membantu keluarganya apabila berjaya nanti.

Jika anda semua mahu saya membantu anda dan anak anda, Insha Allah saya akan cuba membantu. Apa yang pasti, ianya hanyalah percuma. Sila hubungi saya.

Telephonophobia

Oleh Paratan Rajagobal 


Fobia telefon (telephonophobia, telephobia) adalah keengganan atau takut membuat atau menjawab panggilan telefon, secara literal, "takut telefon". Fobia Telefon juga dianggap sebagai jenis fobia sosial atau masalah kebimbangan sosial. Ia sering berbanding glossophobia, dalam yang kedua-duanya memerlukan melibatkan diri dengan penonton untuk tahap tertentu, diikuti rasa takut dikritik, diadili atau membuat bodoh daripada.

Fobia dan pelbagai ketakutan, terdapat satu spektrum keterukan keadaan takut kepada perbualan telefon dan kesukaran yang sama. Sebagai contohnya, pada 1993, dilaporkan kira-kira 2.5 juta orang di Great Britain mempunyai fobia telefon.

Istilah Telefon Penangkapan merujuk kepada tahap yang lebih rendah daripada fobia telefon, di mana ia adalah kebimbangan yang diperolehi dari telefon, tetapi kurang teruk berbanding dengan satu fobia sebenar. Orang-orang ini mungkin tidak mempunyai masalah berkomunikasi berhadapan muka, tetapi mempunyai kesukaran berbuat demikian melalui telefon.

Pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Di mana-mana sahaja kelihatan orang asyik menatap skrin sentuh telefon pintar sambil menunjukkan ekspresi wajah yang sukar untuk diteka, seolah-olah tiada sesiapa yang memerhatikan mereka di situ.

Kegilaan terhadap komunikasi hujung jari ini mengakibatkan gejala ketagihan yang serius dalam kalangan masyarakat umum. Di Malaysia, penduduk menunjukkan minat mendalam terhadap laman jaringan sosial.

Pada November lalu, satu kajian yang dikeluarkan firma penyelidik global, TNS, mendedahkan, penduduk Malaysia merupakan orang yang paling bersosial di Internet iaitu dengan mempunyai purata 233 sahabat di rangkaian mereka berbanding 68 di China dan 29 Jepun.

Kajian daripada Harvard Business School mendapati, 70% daripada responden mengakui akan memeriksa telefon pintar selepas bangun daripada tidur, 56% akan memeriksa telefon pintar 30 minit sebelum masuk tidur, 48% memeriksa untuk urusan kerja walaupun pada hujung minggu dan hari pelepasan am, 51% mengakui memeriksa untuk urusan kerja walaupun bercuti dan 44% mengakui mengalami keresahan dan tidak keruan apabila telefon mereka hilang dan tidak diganti dengan cepat.
Sebab dan ketakutan

Takut telefon boleh berkisar daripada tindakan atau pemikiran tidak menjawab dan menerima panggilan untuk dering sebenar yang dihasilkan telefon. Bunyi dering boleh menjana rentetan kebimbangan, dicirikan pemikiran yang berkaitan dengan mempunyai untuk bercakap, melaksanakan dan sebaliknya.

Ramai daripada mereka yang mengalami fobia ini boleh melihat sebagai mengancam atau menakutkan, atau mungkin bimbang tentang mencari masa yang sesuai untuk memanggil, dalam ketakutan menjadi suatu kacau ganggu. Satu sumber lain kerisauan boleh datang dari suara berkualiti rendah dan orang-orang yang akan menanggung akibatnya tidak akan memahami apa yang akhirnya memanggil mengatakan, atau sebaliknya.

Satu lagi sumber kebimbangan datang dari kekurangan bahasa badan, yang tidak lagi menjadi ada melalui telefon dan keputusan dalam individu yang kehilangan akal mereka kawalan. Pengalaman masa lalu, seperti terdengar sesuatu trauma atau panggilan yang tidak menyenangkan dan marah, juga boleh memainkan peranan dalam mewujudkan ketakutan.

Pesakit biasanya melaporkan takut mereka akan gagal untuk memberikan respons yang sesuai dalam perbualan telefon, dan takut mencari apa-apa untuk mengatakan, yang akan berakhir dalam diam memalukan, gagap. Kelakuan mengelakkan bersekutu termasuk meminta orang lain (contohnya, saudara-mara di rumah) untuk mengambil panggilan telefon dan penggunaan eksklusif mesin menjawab.

Satu lagi sebab ialah pesakit mungkin percaya, orang-orang yang memanggil mereka menanggung berita buruk atau menyakitkan.

Simptom-simptom

Pelbagai gejala dapat dilihat pada seseorang yang mengalami fobia telefon, banyak yang dikongsi bersama dengan kebimbangan.

Beberapa gejala termasuk kecut perut, tapak tangan berpeluh, denyutan jantung yang cepat, sesak nafas, loya, mulut kering dan gentar.

Pesakit mungkin mengalami perasaan panik, keganasan dan ketakutan. Serangan panik menyebabkan boleh termasuk hyperventilation dan tekanan.

Gejala-gejala negatif dan diadukkan boleh dihasilkan kedua-dua pemikiran semata-mata untuk membuat dan menerima panggilan dan tindakan berbuat demikian.

Kesan-kesan

Telefon ini adalah penting untuk kedua-dua menghubungi orang lain dan mengakses perkhidmatan penting dan berguna. Akibatnya, fobia ini menyebabkan banyak tekanan dan kehidupan peribadi kesan rakyat, kehidupan kerja dan kehidupan sosial.

Akibatnya, penghidap mengelakkan pelbagai aktiviti, seperti penjadualan peristiwa atau menjelaskan maklumat. Terikan dicipta di tempat kerja khusus kerana kerja dengan telefon boleh memainkan peranan yang penting dalam kerjaya.

Rawatan

Fobia seperti ini biasanya boleh dirawat dengan pelbagai jenis terapi, termasuk: terapi kognitif tingkah laku (CBT), psikoterapi, terapi tingkah laku dan terapi pendedahan. Lain-lain tindakan yang disyorkan terdiri daripada merancang perbualan yang lebih awal daripada masa dan membacakan, menulis atau menyatakan dahulu apa yang perlu dikatakan.

Amalan juga memainkan faktor penting dalam mengatasi rasa takut. Ia adalah berguna kepada pesakit untuk meningkatkan penggunaan telefon pada kadar yang perlahan, bermula dengan panggilan mudah dan secara beransur-ansur bekerja cara mereka sehingga.

Sebagai contoh, bermula dengan panggilan automatik, bergerak untuk keluarga dan rakan-rakan dan kemudian melanjutkan lagi tempoh perbualan dan dengan siapa perbualan yang sedang diadakan.

Kesimpulan (penutup)

Kini, telefon bimbit mengatasi segalanya. Di tangan mesti ada telefon. Kalau tiada, rasa janggal. Sekiranya pergi kerja tetapi telefon tertinggal, sanggup berpatah semula untuk mendapatkanya. Kadang-kadang, biar diri sendiri yang terjatuh, janji telefon dapat diselamatkan.
Begitulah penangan telefon pintar. Walaubagaimanapun, teknologi komunikasi seperti telefon bimbit bergantung kepada niat penggunanya. Sebagai remaja, kita harus bijak menggunakan peranti teknologi maklumat ini dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan yang sia-sia.
Remaja harus menjalani kehidupan yang normal dan bukan hanya bergantung kepada satu-satu teknologi sahaja. Janganlah "Menghabiskan kehidupan anda tanpa telefon bimbit".
* Penulis ialah pelajar Universiti Putra Malaysia.

Tok Guru Nik Aziz yang luar biasa, penuh tawaduk

Oleh Hazlan Zakaria


Sebagai seorang wartawan separa-veteran, amat jarang saya mengkagumi seorang politikus. Benar, ramai yang saya hormat dan ada juga yang dipandang tinggi, namun secara umum saya tidaklah terlalu ambil pusing tentang mereka.

Namun ada sebilangan kecil, dan khususnya seorang sosok yang telah menegaskan kepercayaan saya terhadap mereka, golongan yang memerlukan undi kita untuk dipilih mentadbir dan memimpin, kalau pun tidak sebenar-benarnya berkhidmat kepada rakyat.

Walaupun belum sampai sedekad saya menjadi wartawan, hampir sepanjang tempoh itu telah didedikasikan untuk membuat liputan dan laporan tentang politik Malaysia.
Sudah banyak perkara yang saya lihat dan alami. Saya menjadi penat dan bosan, sudah terlalu biasa dengan kekecewaan, ketidakjujuran, cakap kosong dan buruk-memburuk daripada watak-watak politik yang kita kenal.

Saya mungkin menjadi mangsa kepada penyakit yang biasa dihadapi mereka yang cukup dekat untuk melihat sendiri kesilapan-kesilapan kecil di tembok kekuasaan, yang menjadikan seseorang itu sebagai sinis yang pesimistik.

Namun ada seorang insan di kalangan ramai dalam dunia politik yang tegap berdiri di tengah-tengah kancahnya, yang mengembalikan kepercayaan saya terhadap politikus, walau pun tidak semua.
Insan itu adalah Datuk Nik Aziz Nik Mat, seorang daripada sebilangan tokoh yang setakat ini gagal memenuhi jangkaan sinikal saya tentang politikus. Beliau adalah Mursyidul Am PAS, bekas Menteri Besar Kelantan dan masih sebagai Adun Chempaka.

Seperti kata-kata editor saya, beliau adalah politikus Melayu yang sukar lagi untuk dilihat pada masa ini, benar-benar luar biasa dan tiada duanya.

Tidaklah sehingga mencetuskan sentimen “Politikus Melayu hebat terakhir”, namun mungkin tidak terlalu jauh daripadanya.
Ada sesuatu dalam gayanya yang membawa kita ke zaman dahulu. Di saat yang telah dilupakan dan malah mungkin sehigga saat sahabat Nabi Muhammad SAW dan gambaran kepimpinan yang dicetuskan mereka.

Satu zaman…
Di saat pemimpin tidak terlalu bongkak dan beromong kosong.
Di saat pemimpin berkata-kata dengan lembut dan baik.
Di saat pemimpin melangkaui permainan politik murahan yang biasa.
Di saat hidup mereka bukan sahaja didedikasikan kepada rakyat terbanyak, tetapi memang dilihat begitu.
Di saat politikus lain hidup jauh lebih selesa selepas mendaki tangga politik, Nik Aziz terus dengan gaya hidup sederhana.

Beliau bahagia di rumah kampung, walaupun ketika berjawatan besar dan mendapat kediaman rasmi. Memandu kereta lama, walaupun beliau boleh mendapat kereta mewah hanya dengan menyatakannya.

Ketika politikus lain memiliki gambar mereka yang penuh gaya di dalam dan luar negara, diiringi pengiring rasmi dan polis walaupun ketika urusan peribadi, Nik Aziz menjalani hidup dengan tawaduk.
Gambar dirinya yang diambil rakyat dan dimuat naik di internet langsung tidak menunjukkan gaya seorang politikus yang memegang kuasa.

Tiada gambarnya bercuti di pusat beli belah dan taman tema luar negara, bermain golf dengan Presiden negara luar atau menganjurkan majlis mahal di tempat yang juga mahal.

Yang ada hanya gambar beliau bersolat, berehat atau pun tidur di masjid, atau berjalan kaki ke masjid berhampiran rumahnya. Juga ketika membeli makanan dan minuman di warung tepi jalan, atau membacakan doa kepada bayi yang baru lahir apabila ibubapa datang berjumpa dengan beliau.

Gambar-gambar yang ada hanya menunjukkan seorang lelaki berumur yang hidup biasa, kecuali pakain rasminya ketika di pejabat. Malah, itu pun tidak cukup gah seperti yang sering dilihat.



Ketika mengundi sewaktu pilihan raya, beliau beratur menunggu giliran seperti orang lain.

Cukup banyak kisah tentang kehidupan dan gaya rendah dirinya di alam maya, serta yang tersebar dari mulut ke mulut oleh mereka yang pernah bertemu mata dengannya.
Satu kisah yang menjadi viral berhubung seorang individu yang berhadapan masalah apabila keretanya rosak di Kelantan. Beliau kemudian dibantu seorang lelaki berumur yang memandu kereta lama. Lelaki berumur itu menghubungi mekanik dan, menurut kisah itu, turut meminjamkan keretanya.

Hanya selepas diberitahu mekanik yang baru tiba, individu itu mengetahui bahawa lelaki berumur yang membantunya adalah Nik Aziz, Menteri Besar negeri itu.

Walaupun ada kisah serupa melibatkan politikus lain, serta gambar mereka yang penuh rendah diri dan berkhidmat kepada rakyat, saya sering menemui unsur jenaka di dalamnya.

Namun dengan Nik Aziz, deria jenaka saya tidak pernah terjentik, dan mata saya yang mampu mengesan helah politikus tidak mendapati apa-apa niat tersembunyi.

Sememangnya gaya penuh teladan itu telah menjadikannya seorang insan yang sering dipandang tinggi bukan sahaja oleh orang Islam, tetapi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Ada yang harus diperkatakan tentang bagaimana tingginya penghormatan kepada beliau. Gelaran “Tok Guru”-nya – satu gelaran yang membawa penghormatan yang tidak dimiliki ramai.
Mungkin salah satu sebab adalah cara hidupnya, tidak seperti kebanyakan politikus dan pemimpin yang sering berkata-kata tentang perjuangan namun tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.

Jika saya tidak mencapai apa-apa dalam kehidupan, saya hanya berharap mampu mengikut jejak langkahnya untuk berpegang kepada prinsip saya, seperti mana beliau berpegang kepada prinsipnya.

Terutama dalam kerjaya yang memerlukan saya berhujah tentang baik dan buruk, benar dan salah pihak lain. Memang mudah untuk memuntahkan retorik dengan penuh api namun pada masa sama tidak jujur dan serius tentang apa yang dikatakan…atau mengamalnya sendiri.

Kepada Tok Guru yang paling dihormati, saya berdoa kepada Allah SWT agar beliau yang kini dalam keadaan lemah kembali sembuh dengan segera. Malaysia perlukan Tok Guru, dan tidak akan ada lagi tokoh seperti Nik Aziz Nik Mat.

Telefon: Masalah atau manfaat?

Oleh Paratan Rajagobal


Pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Di mana-mana saja kelihatan orang asyik menatap skrin sentuh telefon pintar sambil menunjukkan ekspresi wajah yang sukar untuk diteka, seolah-olah tiada sesiapa yang memerhatikan mereka di situ.

Kegilaan terhadap komunikasi hujung jari ini mengakibatkan gejala ketagihan yang serius dalam kalangan masyarakat umum. Hari ini ramai di antara kita yang sentiasa mengemas kini status mereka dalam aplikasi sosial.

Kegilaan mengambil gambar sendiri melalui telefon pintar yang menjadi sangat popular sepanjang 2013 dan kini sehinggakan telah melahirkan generasi selfie. Kini ditambah dengan peralatan yang dipanggil monopod untuk menyenangkan pengguna untuk merakam gambar sendiri dari jauhnya.
Kajian Sekolah Harvard Business mendapati 70% daripada responden mengakui akan memeriksa telefon pintar selepas bangun daripada tidur, 56% akan memeriksa telefon pintar 30 minit sebelum tidur, 48% memeriksa untuk urusan kerja walaupun bercuti dan 44% mengakui mengalami keresahan dan tidak keruan apabila telefon mereka hilang dan tidak diganti dengan cepat.

Walaupun, terdapat pelbagai manfaat daripada telefon ia turut mendatangkan masalah. Remaja gemar berbual dengan rakan sebaya sehingga lewat malam. Ini menyebabkan masa untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Apabila lewat tidur dengan perbualan dengan rakan-rakan, tertentulah masa tidur tidak mencukupi. Ini pasti menjejaskan prestasi keputusan sekolah mereka.

Akibatnya, mereka tidak mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar. Sikap suka bertangguh akan mula bertapak dalam jiwa kerana terlalu obses dengan telefon bimbit. Ini sekali gus menyebabkan prestasi mereka merudum, apatah lagi jika mereka diberi ruang menggunakannya pada usia yang masih balasan tahun.

Lebih membimbangkan dengan penciptaan teknologi canggih, telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah. Dengan kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej SMS dan MMS, segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan seumpamanya. Fungsi kamera dengan perakam video yang bertujuan merakam peristiwa untuk meninggalkan kenangan disalahgunakan.

Remaja-remaja ini menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab seperti teman lelaki mereka yang telah memuat turunkan gambar atau video atau gambar lucah mereka di Internet apabila berlakunya perpisahan. Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang remaja.

Penggunaan SMS amat popular dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana mereka mudah berkongsi maklumat tentang sesuatu hal. Namun penggunaan bahasa singkatan semasa SMS member kesan buruk terhadap pembelajaran remaja di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana mereka menggunakan bahasa singkatan dan bahasa rojak semasa menjawab soalan peperiksaan dan ini boleh menyebabkan mereka mendapat keputusan yang rendah contohnya dalam peperiksaan Bahasa Malaysia. Selain itu, penggunaan bahasa singkatan secara meluas menyebabkan sesuatu bahasa, budaya dan identiti itu hilang.

Mengikut kajian, telefon akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Mereka juga gemar berbual dengan rakan sebaya sehingga lewat malam.ini menyebabkan kesihatan terjejas. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan remaja kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada rawatan. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon.

Penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan. Ada remaja sekolah yang sanggup mengikut perut semata-mata untuk memastikan telefon mereka mempunyai baki kredit prabayar. Selain itu, remaja yang sanggup berbohong terhadap ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan duit poket yang lebih. Secara purata, seorang remaja memerlukan antara RM20 hingga RM30 sebulan untuk membiayai nilai tambah kad prabayar mereka.

Ini tentulah dianggap suatu pembaziran kerana pesanan SMS dan perbualan berkenaan tidak penting. Ini juga menjadikan segelintir pelajar kita menjadi pencuri. Maka ibu bapa yang bertanggungjawab dan berdisiplin tidak memberi duit yang lebih kepada anak mereka ini menyebabkan anak mereka sebagai pencuri.

Kini, telefon bimbit mengatasi segalanya. Di tangan mesti ada telefon. Kalau tiada, rasa janggal. Sekiranya pergi kerja tetapi telefon tertinggal, sanggup berpatah semula untuk mendapatkannya. Kadang-kadang, biar diri sendiri yang terjatuh, janji telefon dapat diselamatkan. Begitulah penangan telefon pintar. Bagaimanapun, teknologi komunikasi seperti telefon bimbit bergantung kepada niat penggunanya. Sebagai remaja, kita harus bijak menggunakan peranti teknologi maklumat ini dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan yang sia-sia. Remaja harus menjalani kehidupan yang normal dan bukan hanya bergantung kepada satu-satu teknologi saja.

Sambal Tumis Peria

Saja je nk tambah koleksi masakan berasaskan peria.. slalu mak bt peria grg telur.. tp mak mertua bt sambal sdap la plak.. mudah je spt sambal ikan bilis cuma + peria. 

Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )

  • 3 ulas bwg putih & bwg merah, 1 cm halia } di hiris @ ditumbuk
  • Sehelai daun pandan
  • Ikan bilis ( ikut kesesuaian ) } tumbuk lebam2 je @ goreng
  • 5 sb cili kisar (+ - ikut kesesuaian)
  • Asam keping @ Air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Perasa (jika perlu)
  • 100 gm peria ( di rendam dlm air garam )
  • Note :~ 1. tujuan peria d rendam dlm air garam utk myingkirkn sisa racun & mgurangkan rasa pahit peria @ rendam dlm air basuhan beras ( petua mak ) tp mak kata yg pahit tu la jd ubat. ~ 2. campurkan sdikit garam ketika hendak merebus cili kering u

Cara-cara

  1. Tumis daun pandan, bawang & halia hingga naik bau & kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar & sedikit air kacau rata agak kering masukkan ikan bilis tumbuk & asam kacau lagi sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan peria, garam & gula secukup rasa jika suka berkuah boleh tambah sedikit air. kacau sehingga peria masak. siap dinikmati. ( gambar peria blm d potong )
  4. Jika guna ikan bilis goreng masukkan pada cara @ no 3. Selamat mencuba.

Masalah PC ran into a problem pada Windows 8

Juruteknik aku ada mengadu pasal netbook pelajar yang install windows 8, setiap kali buka akan terus shutdown. Jika buka sekali lagi satu paparan 'blue skrin' akan keluar "Your PC Ran Into A Problem" dan minta hantar maklumat ke Microsoft.


Setakat ini aku dah install 85 bijik pc/notebook dengan windows 8 dan ini pertama kali aku jumpa masalah seperti ini. 

Masalah seperti ini berlaku biasanya disebabkan salah satu daripada drivers mungkin bermasalah dengan windows 8, samada masalah itu masalah asal atau masalah akibat hardware sudah uzur (nak rosak). Device yang biasa bermasalah misalnya wireless, network adapters, graphics atau video drivers.

Masalah paling utama ialah video graphic...


Buka personalization --> Display --> Adjust Berightness --> Choose What The Power Button Does --> Pilih Charge Setting..... dan akan terpapar seperti di atas.

Buang tips pada Turn On fast Startup dan Sleep. Kemudian save setting, restart semula pc anda. Insya-Allah ok.-http://zulbmohd.blogspot.com

Racun yang manis

Oleh Zaitie Satibi 

Tahukah anda apa itu gula? Ia ialah benda berbintil berwarna putih yang kita ambil dengan teh tarik atau kopi susu. Rasa gula merembeskan hormon rasa sedap dalam otak dan ini menjelaskan kenapa ramai rakyat Malaysia ke-tagihkan racun yang manis ini.

Sedarkah anda bahawa Malaysia, negara yang kecil dengan jumlah penduduk lebih kurang 28 juta orang, adalah pengguna gula kelapan paling tinggi di dunia?

Berada di kedudukan kelapan daripada 195 negara di dunia dan keempat di Asia bukan sesuatu yang patut kita banggakan. Kerajaan berbelanja jutaan ringgit untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya gula melalui kempen dan iklan bagi merayu kita untuk mengurangkan pengambilan gula.

Pakar kesihatan kini mengatakan, gula sungguh bahaya dan boleh diletakkan dalam kategori sama dengan tembakau dan alkohol. Hakikatnya, penggunaan gula secara berlebihan kini ialah satu krisis kesihatan awam. Diabetes bukan sekadar sejenis penyakit berkaitan makanan, tetapi penyakit berkaitan gaya hidup.

Diabetes: Penyakit berkaitan gaya hidup

Menjaga diet dengan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang diproses ialah permulaan baik, tetapi mempunyai stres kronik dan berlebihan serta kurang aktiviti fizikal boleh mensabotaj niat baik anda untuk menambah baik kesihatan.

Cuba bertenang dan berehat melalui aktiviti mengurangkan stres seperti meditasi dan senaman pernafasan dalam atau mungkin dapatkan urutan. Menggerakkan otot melalui senaman secara tetap juga memainkan peranan penting dalam mencegah diabetes.

Pandemik diabetes

Pada 1985, kira-kira 30 juta orang di seluruh dunia dikatakan menghidap diabetes. Lebih kurang sedekad kemudian, jangkaan itu meningkat melebihi 150 juta orang. Hari ini, menurut angka Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), jumlah itu melebihi 250 juta orang. Jika tiada tindakan diambil untuk melaksanakan program pencegahan dan kawalan efektif, jumlah penghidap diabetes akan mencapai angka 380 juta menjelang 2025.

Menurut Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) dijalankan Kementerian Kesihatan, satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap diabetes dan ini bermakna diabetes menjejaskan sehingga 22 peratus daripada penduduk negara ini.
Komplikasi diabetes

Majoriti penghidap diabetes atau pra-diabetes sering diberitahu me-ngenai komplikasi jangka panjang seperti serangan jantung dan strok, kebutaan, penyakit buah pinggang dan penyakit saraf (neuropati) yang akhirnya boleh membawa kepada pengulseran dan pemotongan jari-jari kaki, kaki dan anggota badan bahagian bawah.

Ini ialah sedikit fakta menakutkan tetapi benar:

a) Risiko pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar bagi penghidap diabetes

b) Separuh daripada semua pemotongan yang dijalankan berlaku kepada penghidap diabetes
Memahami neuropati periferal diabetes

Saraf periferal bertanggungjawab kepada sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Hakikatnya, hujung jutaan saraf jenis ini ada di jari, ta-ngan, jari kaki dan kaki anda. Saraf ini mengelak anda daripada bahaya dan menjauhkan anda daripada perkara panas, sejuk dan tajam.

Dalam neuropati periferal, anda mungkin kehilangan deria rasa, rasa berdenyut-denyut, kebas atau rasa panas pada kaki dan tangan. Kerosakan saraf boleh bermula sebelum seseorang itu didiagnosis dengan diabetes. Malah, seseorang dengan pra-diabetes juga boleh mendapat neuropati.

Walaupun rasa berdenyut-denyut, kebas atau rasa panas yang melampau ialah tanda biasa neuropati, ada juga penghidap diabetes langsung tidak mengalami gejala. Orang yang mempunyai neuropati diabetes selalunya me-ngalami masalah mengawal tahap glukosa darah, tekanan darah, kolesterol dan berat badan.

Bagaimana anda boleh tahu jika mengalami kerosakan saraf?

Doktor mendiagnosis kerosakan saraf berdasarkan gejala dan pemeriksaan fizikal. Ketika pemeriksaan, doktor memeriksa tekanan darah, kadar degupan jantung, kekuatan otot, refleks dan sensitiviti anda terhadap perubahan kedudukan, getaran, suhu atau sentuhan lembut.

Membawa tahap gula dalam darah ke julat normal ialah langkah pertama untuk mencegah kerosakan saraf lebih teruk. Pemantauan tahap gula dalam darah, peranca-ngan hidangan makanan, aktiviti fizikal, pengambilan ubat atau insulin secara tetap akan membantu mengawal tahap glukos darah.

Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya, gejala akan bertambah baik apabila ada pengawalan glukos yang baik. Kawalan glukos darah yang baik boleh juga membantu mencegah atau melambatkan bermulanya masalah kesihatan lain.

Mecobalamin-vitamin B12 yang aktif untuk regenerasi saraf

Sesetengah makanan tambahan didapati sangat bermanfaat. Sepasukan saintis mendapati, saraf rosak boleh dihasilkan semula dengan satu makanan tambahan ringkas dikenali sebagai mecobalamin iaitu satu bentuk vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi.

Ia bukan saja berupaya membantu mencegah dan menghasilkan semula saraf rosak tetapi juga menggalakkan saraf sihat dan melindu-ngi terhadap degenerasi sistem saraf.

Jika anda mempunyai tahap glukos darah tinggi, ambil satu kapsul mecobalamin 500mcg tiga kali sehari untuk membantu menghasilkan semula saraf rosak.
-

Macam Mana Nak Letak Butang/Menu All Program Pada Windows 8?

 
Ramai di kalangan kita tak suka berpindah kepada Windows 8 kerana menu all program tidak ada. Susah nak cari solfware yang ada pada pc berkenaan. Tadi semasa saya mengajar 2 Intan 2 mereka tercari-cari Microsoft Word kerana PC makmal semuanya baru saya format dan saya tak buat shortcut.
Sebenarnya masih boleh buat menu tersebut secara manual seperti di atas, tapi ramai yang tak tahu.


Mula-mula "Right-click on the Taskbar" 


Selepas itu "Highlight the Toolbars sub-menu" untuk dapatkan sub-menu


Pilih "New toolbar"


Taipakan perkataan  %ProgramData%\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs dan klik select folder



Akhirnya menu/butang all program akan terhasil seperti windows 7 tetapi disebelah kanan pc anda.

Selamat mencuba.


Kerajaan perlu bantu ringankan beban ibubapa

Oleh MOHD ARIF JUHANI 


MENJELANG musim persekolahan sesi 2015/2016, tidak banyak berita gembira yang mampu meredakan kerunsingan ibu bapa bagi menyediakan kelengkapan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak mereka.

Walaupun harga minyak dan diesel dilaporkan turun pada malam 1 Januari lalu, namun cabaran yang terpaksa dipikul oleh ibu bapa ternyata bertambah dan lebih memeritkan yang bermula dengan perbelanjaan harian sehingga kekalutan membayar kos pendidikan anak-anak.

Ansuran kereta dan rumah, sewa rumah yang semakin meningkat, perbelanjaan petrol, tol, barang dapur dan sebagainya merupakan tekanan kewangan yang dihadapi setiap hari.

Situasi ini pula tentulah lebih dirasai oleh keluarga yang mencari rezeki di bandar besar serta mempunyai bilangan anak yang ramai tetapi mempunyai pendapatan yang cukup sederhana dan rendah.

Tidak sukar juga sebenarnya untuk mendengar keluhan ibu bapa berkenaan soal ini kerana rata-ratanya, penghuni bandar ketika ini memang berkongsi masalah yang sama seperti yang boleh dilihat melalui media sosial.

Beban bermula sejak daftar tadika Berdasarkan perbualan Harakah dengan beberapa ibu bapa yang sempat ditemui, beban kewangan yang dipikul bukan bermula ketika anak-anak masuk sekolah rendah atau menengah seperti yang disiar dalam media.

Sebaliknya, kata mereka, masalah itu sudah dihadapi sejak anak-anaknya mula didaftarkan ke tadika lagi.

Mereka yang enggan dikenali memberitahu, bagi yuran tadika sahaja sudah ada yang mencecah RM1,300 hanya untuk yuran tahunan meliputi pelbagai keperluan.

Berbeza pula de ngan yuran bulanan yang mencecah anggaran sekitar RM200 hingga RM500. Itu pula masih belum diambil kira lagi dengan keperluan yang lain tidak termasuk buku-buku, alat tulis dan sebagainya.

Tekanan ini menyebabkan ada dalam kalangan mereka terpaksa menangguhkan dahulu bayaran bagi memberikan keutamaan dalam perbelanjaan bagi perkara-perkara lain yang lebih mustahak.

Mungkin juga ada yang menyoal mengapa anakanak itu tidak didaftarkan sahaja ke tadika yang lebih murah milik kerajaan atau terus masuk pra-sekolah?

Bagi ibubapa, mereka sudah menimbang hal berkenaan sedalam-dalamnya sebelum sesuatu keputusan diambil tindakan.

Bagi menyediakan masa depan yang lebih terjamin khususnya sebelum melangkah ke alam sebenar pendidikan, tentulah mereka mahukan anak mereka dibentuk dalam silibus pendidikan yang lebih baik dan teratur.

Kata ibu bapa itu, silibus dalam tadika yang dikendalikan kerajaan kebanyakannya lebih bercorak ringan dan hiburan dengan aktiviti menyanyi dan sebagainya.

“Cukuplah dengan hiburan yang berlambak dalam televisyen hari ini yang memalukan bangsa kita sendiri. Tidak perlulah anak-anak kita ini dibiasakan pula dengan hiburan ketika masih bersekolah,” tegas salah seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang bersekolah.

Menurut mereka, pra-sekolah pula tidak terdapat di semua sekolah rendah yang berada di bandar-bandar besar dan terhad kepada keluarga yang berpendapatan tertentu sahaja.

Memanjangkan perbincangan, kata mereka, masalah lain yang terpaksa ditanggung lagi adalah berkenaan yuran pengangkutan van untuk mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah saban hari.

“Saya pernah juga tanya pemandu van itu adakah yuran akan naik tetapi dia enggan menjawab. Jadi saya fikir memang akan naik juga,” katanya membuat kesimpulan.

Sekolah pagi, petang Bagi anak yang bersekolah rendah pula, perbelanjaan yang mesti ditanggung oleh ibubapa juga nampaknya tidak berkurang sebaliknya semakin bertambah.

Keperluan untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan Islam yang mencukupi menyebabkan mereka mendaftarkan anak ke sekolah agama pada waktu petang selepas sesi persekolahan.

Isunya disini bukanlah yuran pendaftaran sekolah agama sahaja, tetapi juga yuran transit yang perlu dibayar sebelum anak-anak dihantar ke sekolah agama pada waktu petang.

Bagaimana pula dengan ibubapa yang berkeras mahu anak-anak masuk kelas tambahan, kelas mempertahankan diri dan sebagainya.

Walaupun itu hanyalah sekadar pilihan tetapi soal itu masih perlu diambil berat oleh kerajaan.
Jika dahulu, tanggungjawab mencari rezeki ini terletak pada bahu suami semata-mata, sekarang suami isteri terpaksa mengerah tenaga untuk memastikan kehidupan yang dibina bersama anak-anak selesa.

Berpendapatan sekitar RM2,500 hingga RM3,000 di bandar besar pula bukanlah sesuatu yang membanggakan apatah lagi bagi mereka yang sudah mempunyai berumah tangga dan anak.
Setiap sen perbelanjaan harian dan bulanan terpaksa dihitung dengan teliti bagi memastikan dapur rumah mereka masih berasap pada hujung bulan dan ada baki gaji sebagai simpanan.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, berdasarkan laporan Bank Dunia, golongan miskin di Malaysia adalah mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,600 sebulan.

Mungkin kerana inilah bukan lagi sesuatu yang janggal sekiranya ada ibubapa yang terpaksa membuat dua kerja bagi memastikan mereka terus mampu bertahan hidup di kota raya.
Apa yang mungkin lebih mengejutkan adalah kenya taan Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (Emas) dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Mohamad Azhar Hashim seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata tiada jaminan untuk hidup selesa di bandar besar walaupun berpendapatan RM10,000. Jika pendapatan ini pun masih tiada jaminan, bagaimana pula dengan ibu bapa yang kerja sebagai penjawat awam atau swasta biasa?

Walaupun beliau berkata begitu bagi mengulas isu pemberian subsidi minyak oleh kerajaan sebelum ini, tetapi untuk konteks penyediaan persekolahan anak-anak, pendedahan itu ternyata relevan untuk digunakan.

Mungkin juga ada yang menganggap isu bebanan ibubapa dan perbelanjaan persekolahan ini mempunyai musim dan hanya berlegar dalam media dan perbualan harian untuk beberapa minggu sahaja sebelum memasuki bulan yang baharu

Bagaimana nak buang "Home Page" Yang Tak Dikenali Pada Browser IE, Chrome, Mozilla dll

Lama saya tak menulis di blog ini.. rasanya dah 2 bulan lebih. Semalam ada yang tanya saya bagaimana nak buang default laman pada home page yang telah di hi-jack oleh sesuatu laman. Contohnya pada gambar di atas. Biasa berlaku bila kita install sesuatu yang jenis crack.

Laman http://hi.ru/?10 (Rusia) ini telah menguasai "home page" semua browser yang ada pada pc kita setelah di intall IDM 6.21.18 terbaru yang jenis silent. Jenis silent ialah jenis yang malas nak crack (crack automatik)
Ada beberapa cara untuk mengatasi jenis yang menguasai 'home page':

Cara Pertama semak pada "Uninstall" lihat ada atau tidak. Kalau ada remove. Jika tiada ikuti langkah kedua..

Cara Kedua semak pada "Add Ons" iaitu pada "Extensions"  browser. Jika ada remove, jika tidak ada ikuti langkah ketiga..

Cara Ketiga ialah klik sebelah kanan mouse pada icon browser dan pilih "Properties" seperti gambar di atas.

Lihat pada "target".. ada ditambah selepas exe kan?? Buang perkataan tambahan tersebut yang mengarah browser membuka laman tertentu.


Kalau tak jumpa di desktop, cari di taskbar..


...dan akhir sekali jangan lupa untuk tukar semula homepage pada browser anda. Nanti ada yang kata kenapa tak berubah setelah dibuat langkah ketiga... Cikgu Zul loyar buruk juga !!!. Nak berubah macam mana homepage diset pada url 'celaka' tu tak dibuang kepada yang asal atau yang dipilih...
Selamat mencuba kepada mereka yang suka install 'mengarut ngabang' hingga jem kelong pc..
 
http://zulbmohd.blogspot.com

Kenali Buah Masjid Terbesar Didunia

Berikut ialah 15 buah Masjid yang terbesar di dunia, dimulakan dengan tempat ke 15 dahulu.

Masjid Al Aqsa tempat ke 15 besar. Terletak di Jurusalam dan dibina pada tahun 637 masehi serta boleh memuatkan 5,000 jemaah.
 
 
 
 

Masjid Al Fateh tempat ke 14 besar. Terletak di Manama Bahrain dan dibina pada tahun 1987 masehi serta boleh memuatkan 7,000 jemaah.
 

Masjid Sultan Ahmed di Turki tempat ke 13. Dibina pada tahun 1616 dan boleh memuatkan 10,000 jemaah.
 

Masjid Negara di Kuala Lumpur Malaysia tempat ke 12. Dibina pada tahun 1965 dan boleh memuatkan 15,000 jemaah.
 

Masjid Id Kah di Kashgar China tempat ke 11. Dibina pada tahun 1442 dan boleh memuat 20,000 jemaah.
 

Masjid Baitul Mukarram diDhaka Bangladesh tempat ke 10. Dibina pada tahun 1960 dan boleh memuat 30,000 jemaah.
 

Masjid Jama di Old Delhi India tempat ke 9. Dibina pada tahun 1656 dan boleh memuat 85,000 jemaah.
 

Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi UAE tempat ke 8. Dibina pada tahun 2007 dan boleh memuat 40,000 jemaah.
 

Masjid Badshahi di Lahore Pakistan tempat ke 7. Dibina pada tahun 1673 dan boleh memuat 110,000 jemaah.
 

Masjid Faisal di Islamabad Pakistan tempat ke 6. Dibina pada tahun 1986 dan boleh memuat 74,000 jemaah.
 

Masjid Hassan 11 di Casablanca Morocco tempat ke 5. Dibina pada tahun 1993 dan boleh memuat 105,000 jemaah.
 

Masjid Istiqlal di Jakarta Indonesia tempat ke 4. Dibina pada tahun 1978 dan boleh memuat 120,000 jemaah.
 

Masjid Imam Ridha di Mashhad Iran tempat ke 3. Dibina pada tahun 818 masehi dan boleh memuat 100,000 jemaah.
 

Masjid Al Nabawi di Madinah Saudi Arabia tempat ke 2. Dibina pada tahun 622 masehi dan boleh memuat 650,000 jemaah.
 

Masjidil Haram di Makkah Al Mukarammah Saudi Arabia tempat pertama. Dibina pada tahun yang tidak di ketahui dan pada masa ini boleh memuatkan seramai 900,000 jemaah. (4 juta jemaah pada musim haji)
 
 

TAWARAN ISTIMEWA

Headlines News

Iklan

Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER