Headlines News :
Home » » Mengapa telefon pintar menjadi panas?

Mengapa telefon pintar menjadi panas?

Written By zabidi on Monday, 11 May 2015 | May 11, 2015

Oleh:AJIM
 
Sesetengah pemilik telefon pintar akan mengalami situasi di mana suhu peranti menjadi terlalu panas
walaupun tidak digunakan. Keadaan telefon yang panas boleh mengurangkan jangka hayat bateri, selain menyebabkan masalah penggunaan seperti lag yang kronik dan telefon restart secara tiba-tiba. Malah, dalam kes-kes yang lebih kritikal, CPU dan bateri melebur lalu merosakkan peranti.
 
3 sebab telefon menjadi panas ialah isyarat lemah, beban kerja berlebihan, dan pengecasan bateri.
 
Bagi sesetengah model dan jenama, masalah telefon menjadi panas tidak dapat dielakkan kerana disebabkan oleh perkakasan peranti itu sendiri. Walaubagaimanapun, masalah ini masih dapat dibendung dengan mengamalkan beberapa tip penjagaan telefon berikut:
 
#1 PADAMKAN APLIKASI YANG TIDAK DIGUNAKAN
 
Kadangkala, beberapa aplikasi telefon berjalan serentak, sama ada secara disedari atau tidak. Sesetengah aplikasi, terutamanya bloatware akan berjalan di latar belakang secara automatik apabila anda menghidupkan telefon. Oleh itu, anda perlu menyemak tetapan telefon dan mengenal pasti aplikasi manakah yang meningkatkan beban kerja CPU dan bateri, kemudian matikan atau buang sahaja aplikasi tersebut jika tidak diperlukan.
 
#2 GUNAKAN SKRIN ANTI SILAU
 
Sesetengah pengguna telefon gemar menetapkan kecerahan skrin pada tahap maksimum, lebih-lebih lagi ada skrin yang sukar dibaca di bawah pancaran matahari. Sebenarnya, penggunaan kecerahan skrin yang tinggi akan memberi kesan kepada bateri telefon dan meningkatkan suhu. Oleh itu, gunakan pelindung skring yang mempunyai fungsi anti silau supaya anda dapat melatakkan tetapan keceraha pada tahap sederhana.
 
#3 JANGAN DEDAHKAN TELEFON KEPADA PANCARAN MATAHARI
 
Selain peningkatan suhu dalaman, aspek luaran seperti pancaran cahaya matahari secara terus juga boleh memberikan kesan negatif kepada telefon anda. Lindungi peranti kesayangan anda itu dengan meletakkannya di tempat yang terlindung dari matahari terik, dan jangan tinggalkan telefon anda di dalam kereta pada siang hari.
 
#4 HIDUPKAN MOD PENERBANGAN
 
Dalam persekitaran yang mempunyai isyarat yang lemah, sistem operasi telefon akan cuba mengimbas isyarat di kawasan tersebut dengan lebih menyeluruh. Proses ini menggunakan lebih banyak kuasa dan menyebabkan bateri menjadi panas. Sekiranya anda berada dalam situasi isyarat lemah, atau pada masa telefon tidak digunakan (waktu tidur), tukar mod telefon anda kepada mod penerbangan untuk menjimatkan bateri dan menghalang telefon menjadi panas.
 
#5 TANGGALKAN PELINDUNG TELEFON
 
Pelindung telefon (protective case) memang boleh melindungi telefon daripada impak fizikal, di samping menjadi aksesori yang cantik. Namun, ia juga boleh memerangkap haba dan menyebabkan telefon anda menjadi panas, terutamanya semasa bateri telefon dicas. Sekali-sekala, beri ruang untuk telefon anda bernafas dengan menanggalkan pelindung terutamanya semasa mengecas telefon atau apabila suhu telefon meningkat.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER