TAHUN ini ramai ibu-bapa dan guru yang terkejut dengan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anak-anak dan murid-murid mereka yang tersasar jauh dari jangkaan. Hanya satu peratus yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini mendapat semua ‘A’ berbanding 5-10 peratus pada tahun-tahun yang lepas.
Peperiksaan adalah satu cara untuk menguji keupayaan pemikiran atau intellectual horse power. Dalam hampir semua peperiksaan, setiap tahun soalan-soalan peperiksaan adalah berlainan. Oleh itu tahap kesukaran soalan-soalan peperiksaan tersebut juga adalah berlainan. Ada tahun-tahun yang soalannya mudah dan ada pula tahun-tahun yang soalannya lebih sukar daripada tahun-tahun yang lain.
Terutamanya pada tahun yang mana format peperiksaan bertukar, mungkin pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan buat pertama kalinya dengan format yang baru dan guru-guru yang mengajar mereka ini belum lagi biasa dengan perubahan ini.
Sebagai contoh, jika seorang pelajar yang bijak mendapat 90 peratus jawapan betul dan mendapat ‘A’ dalam satu kertas peperiksaan tahun lepas, mungkin pelajar yang sama menduduki peperiksaan sama dengan soalan berlainan tahun ini akan hanya mendapat 70 peratus jawapan betul dan mendapat ‘B’ kerana pertukaran format soalan ataupun tahap soalan yang lebih sukar berbanding tahun lepas. Hal ini akan menyukarkan perbandingan kualiti gred daripada keputusan peperiksaan yang sama dari tahun ke tahun.
Namun apa yang pasti ialah walaupun terdapat perubahan-perubahan atau ketidaksamaan dalam soalan-soalan peperiksaan dan kualiti gred pada setiap tahun seperti di atas, peratusan anak-anak kita yang bijak atau bernasib baik mahupun yang sebaliknya adalah lebih kurang sama atau tidak lari jauh setiap tahun. Adalah tidak munasabah jika dikatakan tahun ini ada satu peratus sahaja pelajar yang bijak berbanding 5-10 peratus pada tahun-tahun yang lalu. Anak-anak kita bukanlah seperti anggur dari ladang yang satu tahun tuaian anggurnya baik-baik dan manis-manis belaka manakala satu tahun berikutnya tuaian anggurnya kurang baik dan tawar-tawar belaka berbanding tahun lalu.
Walaupun demikian, hakikatnya apabila keputusan pelajar-pelajar ini tersasar jauh daripada gred yang diramalkan mengikut penanda aras tahun-tahun sebelumnya, ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada moral dan motivasi anak-anak, ibu-bapa dan guru-guru mereka yang telah berusaha bertungkus-lumus dan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan yang terbaik atau sekurang-kurangnya tidak lari jauh daripada yang dijangka. Perkara ini tidak boleh diambil mudah.
Untuk mengurangkan masalah ini, bagi peperiksaan berskala besar yang melibatkan ramai pelajar di seluruh negara, mungkin cara pemarkahan atau pemberian gred boleh diubah mengikut kelok loceng (bell curve) yang mana keputusan peperiksaan digred mengikut percentile pelajar dan bukannya mengikut peratusan soalan yang dijawab betul.
Contohnya, mengikut kaedah percentile ini pelajar yang mendapat ‘A’ adalah 10 peratus teratas di antara semua pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut mengikut turutan markah tertinggi, dan bukannya pelajar yang menjawab 90 peratus soalan dengan betul. Cara ini akan mengurangkan ketidakselarasan terhadap gred yang didapati dari setahun ke setahun yang disebabkan oleh perbezaan tahap kesukaran soalan peperiksaan setiap tahun.
Jika tidak, satu hari nanti orang akan bertanya “Tahun berapa?” sebagai susulan kepada soalan “Berapa ‘A’ dia dapat?” untuk membuat perbandingan kualiti terhadap keputusan peperiksaan. Perbandingan sebegini tidak bernas dan kurang masuk akal.
Sekiranya kaedah percentile ini telah dipraktikkan dalam pemarkahan peperiksaan di Malaysia, mungkin perlu ditambah baik supaya keputusan peperiksaan tidak lari jauh daripada penanda aras dari tahun ke tahun.
Banyak peperiksaan piawaian antarabangsa telah sekian lama menggunakan kaedah percentile ini seperti SAT, GRE dan GMAT. Sebagai contoh, untuk mendapat peluang cerah diterima masuk ke suatu universiti terkemuka dunia, seseorang pelajar perlu mendapat keputusan di tahap tiga peratus percentile teratas di antara semua pelajar yang menduduki peperiksaan piawaian antarabangsa yang ditetapkan.
Cadangan kaedah pemarkahan ini bukan sahaja baik untuk peperiksaan-peperiksaan di sekolah, tetapi juga di universiti, badan-badan kerajaan mahupun pihak swasta yang mempunyai sistem peperiksaan piawai. Kaedah ini secara tidak langsung akan dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan dan juga akan dapat mengurangkan masalah perbandingan gred yang tidak bermakna antara tahun ke tahun.
Mungkin satu hari nanti orang akan bertanya, “Berapa percentile anak kita?” dan bukannya “Berapa ‘A’ dia dapat?”
PENULIS ialah Presiden Sukarelawan Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman luas di sektor awam dan swasta dan mempunyai kelulusan Sarjana Polisi Awam dalam bidang politik, ekonomi dan undang-undang daripada Harvard University.- www.utusan.com.my

Post a Comment