Headlines News :

Al-Quran gambarkan ciri-ciri ahli syurga

DALAM kehidupan manusia diberi dua pilihan oleh Allah SWT, sama ada ke syurga atau neraka. Al-Quran menggambarkan ahli syurga, orang beriman dan beramal soleh.

Ingat pesanan Rasulullah SAW, iman tidak diperoleh dengan berangan-angan, tetapi iman adalah apa yang diikrarkan di dalam hati dan dizahirkan dengan amal dan perbuatan, serta yakin bahawa pada suatu hari nanti manusia akan kembali menghadap Allah apabila dimatikan dan memasuki alam kubur.

Manusia juga perlu yakin akan melalui saat disoal di dalam kubur dan dibangkitkan semula di Padang Mahsyar dan kemudian melalui titian sirat, serta tetap yakin akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.  Tidak dapat dinafikan ciri utama penghuni syurga adalah dalam kalangan manusia yang beriman.

 Firman Allah yang bermaksud: "Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu" dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah al-Baqarah, ayat 5)

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam slot Mau'izati di IKIMfm, berkata manusia yang sentiasa berubah menjadi orang yang semakin baik dan berhijrah di jalan Allah SWT adalah antara ciri bagi penghuni syurga. Semakin matang dan meningkatnya usia menjadikan mereka semakin soleh sehingga ke penghujung hayatnya digelar wali Allah oleh malaikat.

Allah SWT menyebut: "(Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah SWT dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang yang hanya memberi minum orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar." (Surah al-Taubah, ayat 20 hingga 22).

Hijrah ke arah lebih baik

Setiap manusia yang ingin berhijrah kepada yang lebih baik dalam hidupnya perlu ada kemahuan melakukan perubahan. Ciri ketiga bagi penghuni syurga ialah orang yang sentiasa bertaubat dan menjauhkan dirinya daripada kelalaian yang melampau.

Rasulullah SAW berpesan, sekiranya bertemu dengan orang yang kaya, lalu kamu menghormatinya kerana kekayaannya, nescaya dua pertiga daripada agamanya sudah dileburkan di sisi Allah. Dalam kehidupan ini tidak akan ada seorang pun manusia yang layak memiliki kekayaan selain Allah SWT.
Selain itu orang yang beriman kepada Allah SWT dan ayat-Nya serta sentiasa hidup dengan berserah kepada Allah SWT, adalah di antara ciri manusia yang layak menghuni syurga.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Zukhruf, ayat 68 hingga 70: "(Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang yang beriman akan ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang Islam yang taat patuh, (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam syurga bersama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan."

Manusia yang sentiasa hidup di dalam keikhlasan walaupun dihalangi kesukaran, melayakkan mereka menjadi penghuni syurga kelak. Sukarnya melahirkan keikhlasan sehinggakan Allah menurunkan Surah al-Ikhlas yang dinilaikan seumpama satu pertiga al-Quran. Mereka yang mampu menjadikan dirinya ikhlas di dalam beribadah kepada Allah, menunjukkan petanda bahawa dirinya seperti yang digambarkan di dalam al-Quran, orang yang sedang bergerak ke arah syurga.

Dalam Surah as-Saaffaat, ayat 40 hingga 43 pula bermaksud: "Kecuali hamba Allah SWT yang dibersihkan daripada sebarang syirik, Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum, Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan."

Ciri penghuni syurga

Ciri penghuni syurga, termasuk dalam kalangan manusia yang istiqamah beribadah kepada Allah. Mereka ini digambarkan di dalam Surah Fussilat, ayat 30 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."

Orang yang bertakwa kepada Allah SWT, diusir dari negerinya dan diseksa kerana berada di jalan Allah SWT juga antara ciri penghuni syurga. Di dalam firman Allah, Surah ali-Imran, ayat 195: "Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agama-Ku, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang sabil) sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)."

Hidupkan malam beribadah

Di antara ciri lain bagi manusia yang layak menghuni syurga ialah mereka yang sanggup merenggangkan dirinya dengan tempat tidurnya semata-mata untuk menghidupkan malamnya untuk sujud kepada Allah.

Begitu juga para wali Allah yang sentiasa dekat-Nya, orang yang beriman pada Hari Akhirat serta orang yang sabar di dalam mengharapkan pertemuannya dengan Allah SWT. Selain itu, manusia yang menginfaqkan sebahagian hartanya ke jalan Allah SWT dan hidupnya begitu taat kepada Allah SWT dan Rasul bakal memasuki syurga.

Ciri ahli syurga ini terkandung dalam Surah Ar-Ra'd, ayat 22 hingga 24: "Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -Iaitu syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri mereka serta anak mereka; sedang malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."

















Hiburan melampau pemusnah generasi muda

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM 

BIDANG hiburan adalah medium paling digemari segenap lapisan masyarakat, tidak kira warga tua, muda, lelaki, perempuan, Melayu, Cina, India, Mat Saleh, apapun bangsa di dunia mempunyai budaya hiburan tersendiri, hingga terdapat dalam kalangan mereka yang sanggup berbunuh-bunuhan kerana mempertahan budaya atau hiburan kesukaan mereka.

Kita tidak menafikan bahawa hiburan adalah salah satu cara untuk memberi ketenangan pada jiwa manusia dari dahulu hingga ke hari ini. Namun pendekatan cara berhibur sahaja yang agak berbeza, kalau dalam kalangan para Sahabat Rasulullah s.a.w. cara mereka berhibur adalah dengan membca, menghafal dan mengulangi pembacaan al-Quran, jadi tidak menjadi pelik apabila kita membaca sejarah hidup mereka ada yang mengkhatam al-Quran tiga kali dalam sehari, seminggu, sebulan dan berbagai-bagai cara lagi.

Tindakan mereka seolah-olah diwariskan kepada generasi berikut dalam kalangan para Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in yang sentiasa berhibur dengan al-Quran, membaca serta menghayati hadis-hadis Rasulullah dan tidak kurang juga yang gemar menyampaikan nasihat, peringatan atau motivasi kepada individu yang mereka temui, ia suatu kepuasan kerana dapat berhibur dengan elemen-elemen yang telah disebutkan di atas.

Kadang-kadang terdapat insan Muslim turut mempertahan budaya atau bidang hiburan mereka walaupun ia salah pada pandangan hukum syarak.

Hukum bagi mereka tidak akan ke mana, pencapaian hiburan lebih diberi keutamaan daripada hukum syarak, ini bukan cakap kosong, realitinya begitu, justeru penganjuran hiburan dapat izin pihak berkuasa, bukan sahaja mendapat keizinan, akan tetapi ditaja oleh pihak-pihak tertentu di samping mempromosi produk keluaran mereka masingmasing.

Islam sama sekali tidak mengharamkan hiburan asalkan ia memelihara adab-adab serta akhlak ketika berhibur, dalam erti kata artis wanita boleh menyampaikan hiburan kepada sesama sejenis mereka adalah menjadi keutamaan daripada menyampaikan hiburan di hadapan lelaki yang bukan mahramnya, kadang-kadang kelihatan mereka terkinjakinja di hadapan lelaki bukan mahram, sebenarnya bukan mahu menghukum mereka, tetapi sekadar peringatan sesama saudara seagama, kerana tidak tahu apakah cara terbaik untuk mengingatkan sesama saudara dan saudari yang sebenar ada potensi untuk dibangunkan dengan eleman Islam.

Apapun yang terbaik pelaksanaan serta penganjuran hiburan telah dibuktikan sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w. Peristiwa Israk dan Mikraj menjadi pengukur kepada konsep hiburan yang berorientasikan keagamaan.

Peristiwa berkenaan berlaku setelah baginda Rasulullah dikhabarkan dengan kematian dua insan hebat dalam mempertahan dakwah selama 13 tahun di Makkah iaitu pak cik Nabi bernama Abu Talib dan isteri baginda iaitu Sayidatina Khadijah, bukan sahaja hebat tetapi menjadi tulang belakang kepada gerakan dakwah Rasulullah s.a.w.

Setahun sebelum penghijrahan baginda ke Madinah sebagai destinasi terakhir, baginda telah diperjalankan oleh Allah SWT melalui satu program hiburan kerana terdapat pandangan ulama sirah menyebut bahawa baginda diperjalankan pada malam Israk dan Mikraj sebagai satu hiburan bagi menghilangkan rasa gundah gulana dengan perkhabaran kematian Abu Talib dan Sayidatina Khadijah (ini menunjukkan bahawa merupakan manusia seperti kita yang memiliki perasaan dan simpati), ia sebagai satu ujian berat yang dilalui oleh setiap makhluk bernama insan.

Bagaimanapun, perjalanan itu merupakan program masjid ke masjid iaitu dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, hiburan yang dipilih Allah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah satu bentuk hiburan berbentuk agama, iaitu hubungan keduadua masjid dengan Islam iaitu merupakan kiblat umat Islam yang pertama dan kedua, ia satu peristiwa untuk menghilangkan keresahan baginda Rasulullah yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan tumpuan untuk berdakwah, tetapi kerana hiburan itu tajaan Allah, maka keresahan dan gundah gulana yang menghimpit baginda akhirnya luput.

Tetapi apabila kita menilai semula penganjuran program hiburan dalam tanah air, kita boleh kategorikan pelbagai dimensi yang berlainan yang menunjukkan para pencipta program hiburan itu tidak ketandusan idea, ada sahaja idea-idea mereka yang dilontarkan kepada masyarakat yang diterima baik sebagai hiburan yang memuaskan hati.

Justeru, kita boleh bahagikan aspek hiburan tanah air kepada beberapa bahagian, lawak jenaka, lakonan drama-filem, nyanyian, hiburan realiti dan lain-lain.

Ini juga merupakan kejayaan bangsa Yahudi yang menguasai Hollywood untuk menjahanamkan umat manusia tanpa mengira kedudukan agama mereka supaya jauh dari hidup beragama, mereka telah sediakan kaedah untuk menghancurkan manusia melalui 5F yang diperkenalkan, iaitu Filem, Fesyen, Famili, Food dan Fun.

Kalau kita perhatikan 5F tersebut benar-benar mereka telah berjaya memasukkan jarum-jarum kemusnahan dan kerosakan hingga menjana manusia yang sombong, pentingkan diri, mengejar populariti, membina nama dalam industri yang diceburi, pergaulan bebas dalam pembikinan sesebuah filem, apatah lagi yang tidak patuh Syariah, yang haram jadi halal seperti berpelukan dan sebagainya.

Lawak jenaka: Satu program realiti terkini yang diperkenalkan di saluran Astro seperti Raja lawak (Lawaking), Maharaja Lawak, Lawak Spontan, sembang Lawak sudah masuk musim yang kiranya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat Malaysia tanpa terbatas kepada golongan muda sahaja, sama ada yang menjadi penonton ataupun peserta, ia tidak lain menjanjikan pulangan hadiah lumayan.

Apakah peserta yang menyertai program realiti ini sudah mendapatkan pandangan para mufti, ahli-ahli agama, para pensyarah Syariah di unversiti-universiti tempatan mengenai penyertaan mereka yang menggalakkan banyak ketawa dan kurang mengajak penonton untuk menginsafi alam padang Mahsyar, persoalan kubur dan lain-lain. Pendek kata para peserta telah melakukan penyanggahan terhadap hadis baginda yang melarang umatnya daripada banyak ketawa.

Lakonan drama-filem: Ia juga satu medium yang memberi peluang untuk para peserta menjadi terkenal dan popular apabila dinobatkan sebagai juara dalam satu-satu pertandingan, contoh terbaru apabila para peserta berpeluang sebagai ‘anak wayang’ apabila impian mereka menjadi kenyataan berlakon bersama para artis berpengalaman yang mendidik mereka secara tidak langsung.

Ramai artis yang sanggup untuk berlakon dalam filem seram yang terlalu banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, tetapi tidak mengambil kira apakah sebenarnya mesej yang mahu disampaikan kepada umum, apapun kesan negatifnya lebih banyak daripada positif, umpamanya ramai dalam kalangan kanak-kanak mula takut bila keadaan bergelap, mereka akan membayangkan bahawa adanya hantu di sekeliling mereka, akhirnya bukan Al lah yang mereka tahut tetapi hantu yang ditakutkan.

Drama-drama bersiri pula mengikat para penonton untuk terus mengikuti episod-episod seterusnya, sedangkan waktu siarannya kadang-kadang bermula pada jam, 7.00 – 8.00 malam dengan laungan azan Maghrib, iaitu waktu di mana Muslim yang komited dengan masjid ataupun surau terikat dengan kisah selanjutnya, yang kuat pegangan tidak akan mudah cair dengan episod-episod berikut tetapi yang kurang ikatan dengan masjid atau surau sudah tentu akan duduk di rumah untuk mengetahui kisah selanjutnya, begitulah taktik untuk menghalang manusia daripada terus beribadat kepada Allah SWT.

Bidang nyanyian: Penganjur banyak menganjurkan programprogram realiti seperti Akademi Fantasia hingga musim kesebelas atau dua belas, Mentor, So do you think you can dance, Malaysia Idol, Bintang RTM, Bintang Klasik, Kilauan Emas, Idola Kecil dan pelbagai penganjuran lain, tetapi apakah matlamat penganjuran kesemua slot-slot hiburan tersebut, itulah yang menjadi misteri kepada umum?. Pokoknya dari segenap usia iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan warga emas dilihat seronok bagaikan tidak akan mati.

Apa yang dapat kita samasama simpulkan matlamat daripada penganjuran banyak program hiburan tidak lain adalah untuk memperkasa industri hiburan tanah air, ia tidak bermaksud bahawa Islam menghalang kemajuan industri berkenaan, akan tetapi ia perlu direalisasikan tanpa menggugat kesucian agama Islam, kerana ia adalah naluri yang ada pada semua makhluk bernama manusia.

Apapun yang pasti, selepas ini Malaysia sebagai tanah air kita yang menjulang konsep Satu Malaysia akan mampu melahir atau memproduk seramai mungkin golongan artis kerana berjaya menganjurkan program-program hiburan realiti termasuk dengan hadiah lumayan yang akhirnya ramai yang mahu bergelar superstar tetapi cetek tentang ilmu agama, usah jadi macam Shah Rukh Khan sudahlah, lepas dapat gelaran Dato’, dia cakap pada perkara yang menghina peribadi Rasulullah s.a.w., sama-samalah kita fikirkan.

Surah al-Fatihah mampu rungkai persolan hidup Muslim

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM 

SESUNGGUHNYA Syariat Islam yang difardukan oleh Allah SWT selaku Pencipta kita dalam segenap aktiviti hidup kita sebagai orang Islam begitu luas dan tidak terjangkau minda dan otak kita mengenainya, amal yang solih bukan hanya terhenti untuk direbut pada bulan Ramadan atau bulan Rabiulawal yang lalu, akan tetapi ia bersifat berterusan yang menandakan bahawa setiap muslim dan muslimah adalah disaran agar sentiasa melakukannya sepanjang waktu selagi jantung masih berdenyut.

Semua perkara yang difardukan itu mengandungi hikmat, matlamat serta tujuan utama iaitu tidak lain agar manusia menjadi hamba Allah yang terbaik dari sudut iman dan amalan, bagi merealisasikan tujuan tersebut di atas, mereka adalah digalakkan untuk memerhati surah al-Fatihah yang menjadi rukun dalam solat fardu dan sunat kerana kepentingannya dalam kehidupan harian.

Daripada Abi Said Bin al-Ma’la r.a. berkata; Sesungguhnya ketika aku bersolat (dalam masjid Nabi) maka baginda memanggilku tetapi aku tidak menyahut panggilannya sehinga aku selesai solat, maka baginda bertanya kepadaku, apakah sebab engkau tidak menyahut panggilanku, aku pun berkata, duhai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya aku sedang bersolat, baginda pun menegaskan bahawa, tidakkah Allah berfirman: “Wahai orangorang yang beriman sahutlah seruan Allah dan Rasul-Nya yang menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu (Al-Anfal ayat 24).

Kemudian baginda berkata: Aku akan ajarmu satu surah yang agung dalam al-Quran sebelum engkau meninggalkan masjid ini.

Maka baginda memegang kedua tangannya dan mengajarkannya dengan surah al-Fatihah, iaitu surah yang amat agung dalam al-Quran.” (Hadis Sahih riwayat Imam al-Bukhari).

Menurut Sa’id Hawwa dalam kitab tafsirnya Al-Asas fi at-Tafsir dalam menghuraikan surah al-Fatihah menegaskan, bahawa sesungguhnya surah al-Fatihah ini membincangkan persoalan akidah, ibadat (syariat), manhaj kehidupan muslim dan persoalan permusuhan yang datangnya dari puak Yahudi dan Nasrani (Kristian), di mana Yahudi dibenci oleh Allah kerana tidak mahu beramal dengan kebenaran agama Islam dan Nasrani pula menjadi golongan sesat kerana tidak mahu menuntut ilmu.

Tidak ada satu perkara pun yang dikira sebagai sia-sia di sisi Allah selagi ia datang daripada- Nya, sama dalam perkara ibadat, munakahat (nikah kahwin dan perceraian), jinayat (jenayah), muamalat (sistem kewangan Islam), pegangan agama, cara hidup dan sebagainya, dan kesemua itu sudah disimpulkan menerusi kefahaman seseorang individu muslim dalam surah al-Fatihah yang diulang-ulang sebanyak tujuh belas kali dalam solat yang didirikan sehari semalam.

Sudah pasti ada hikmah dan tujuannya, justeru surah al-Fatihah dikira salah satu rukun solat dan apabila tidak dibaca, maka solat itu dikira terbatal dengan sendirinya, ini amat berbeza dengan pembacaan surah-surah dalam solat, walaupun ia juga sebahagian ayat-ayat al-Quran, namun jika ia tertinggal pembacaannya dalam solat, maka solat tetap sah.

Ini kerana tidak lain, surah al-Fatihah dianggap oleh sebahagian besar ulama tafsir sebagai induk kepada keseluruhan isi kandungan al-Quran, dan ada di kalangan mereka menyifatkannya sebagai sinopsis kepada tiga puluh juzuk al- Quran iaitu satu istilah yang telah diguna pakai dalam kajian tesis akademik.

Justeru, ia telah dibahagikan kepada empat cabang utama yang tersangat penting dalam kehidupan dan aktiviti harian orang Islam yang mesti mereka ketahui dengan kefahaman yang jelas menuju hala tuju hidup yang hakiki : Pertama: Persoalan akidah Kedua: Pelaksanaan Syariat Ketiga: Pembentukan keperibadian serta cara hidup yang betul Keempat: Aspek permusuhan Perkara pertama yang diberi penekanan oleh Allah SWT dalam surah ini ialah perkara aqidah, iaitu satu perkara yang menentukan jalan keimanan dengan persoalan ketuhanan yang mesti ada dalam diri orang Islam dari dahulu hinggalah berlakunya Kiamat, ini kerana jika tergelincir kefahaman muslkim mengenai ketuhanan Allah SWT, maka dia akan terpesong dari kebenaran agama Islam.

Iaitu satu pendekatan untuk mendidik manusia hanya bertuhankan kepada Allah SWT yang telah mencipta serta memelihara alam semesta, mengenali Allah dari sudut nama serta sifat-sifat-Nya hingga mampu menghilangkan kesangsian dalam diri dan yang paling penting penyaksian terhadap Allah selaku Pemilik hari kiamat yang akan menghisab segala amalan hamba-Nya.

Ada di kalangan ulama menyebut, bahawa perkara pertama yang wajib diketahui oleh orang mukallaf ialah mengenal Allah dalam segenap perbahasan dan perbincangan mengenainya, oleh sebab itu, kealpaan muslim untuk mengetahui hakikat kebenaran akidah akan mendorongnya bertindak zalim, menindas dengan merasakan bahawa dirinya adalah hebat dalam segenap tindakannya.

Dengan kata lain, kalau kuat iman dan kepercayaan seseorang itu kepada Allah, maka yang lain dari-Nya adalah kecil serta serba kekurangan.

Kemudian ia disusuli dengan persoalan ibadat yang dijelmakan menerusi ayat, “Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau jualah kami minta pertolongan”.

Menurut Sa’id Hawwa lagi, ayat berkenaan memfokuskan aspek berjemaah yang pernah ditegaskan oleh baginda, hendaklah kamu sentiasa berjemaah dan bersama dengan ketuanya. “Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah terkeluar dari ikatan Islam.” Maksud hadis Rasulullah s.a.w. Iaitu satu aspek yang menyeluruh, ia bukan sahaja dalam bentuk ibadat khusus seperti solat, malah dalam ibadat-ibadat umum seperti tolong-menolong, penampilan diri, cara berfikir, berpakaian, berkeluarga, berpendidikan, berpolitik, berekonomi dan banyak lagi.

Kesimpulannya, aspek ibadat meliputi seluruh amalan dan aktiviti harian yang hanya dilakukan kerana Allah sematamata, ia bukan skop yang sempit seperti yang difahami oleh sebahagian besar umat Islam dalam negara ini, malah lebih daripada itu.

Seterusnya penekanan tertumpu kepada aspek cara hidup atau bimbingan akhlak, ini kerana seseorang itu walau hebat macamana pun akidah dan ibadatnya, tetapi tidak memiliki akhlak yang terpuji, maka ia dikira sebagai manusia yang tidak sempurna, ini kerana Rasulullah s.a w ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud : “Yang paling sempurna iman orang-orang yang beriman, ialah yang paling baik akhlaknya.”

Justeru, persoalan akhlak tidak boleh diabaikan, kerana perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam itu diukur dari sudut akhlak.

Bagi merealisasikan akhlak yang terpuji, maka surah al- Fatihah telah menuediakan garis panduan yang amat berkesan, iaitu menjadi golongan yang diberi nikmat oleh Allah sebagai qudwah (role model/contoh teladan) dalam kehidupan, mereka ini telah disebut oleh Allah SWT dalam ayat 69 surah an-Nisa’ iaitu golongan nabinabi, siddiqin (seperti para sahabat/tabi’in/ulama’ dan lain-lain), syuhada’ iaitu yang mati syahid kerana menegakkan agama Allah di muka bumi ini dan golongan orang-orang yang solih yang ramai berleluasa di permukaan bumi.

Akibat tidak menjadikan golongan-golongan tersebut sebagai qudwah hasanah dalam kehidupan, maka ramai di kalangan individu muslim rela menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai alternatif dalam segenap tindak-tanduk, cara hidup, cara berfikir, berpakaian, penampilan diri yang amat menjijikkan, malah ada yang sanggup menjadi agen mereka bagi menyebarluaskan fahaman yang terpesong itu. Walaupun mereka tahu bahawa Yahudi memperkenalkan 5 F yang sesat iaitu fun, fesyen, famili, food dan filem yang kesemuanya akan menjurus ke neraka Allah SWT.

Akhir sekali perkara yang dimuatkan dalam surah al-Fatihah yang mewakili kesemua surah dan ayat dalam al-Quran ialah aspek permusuhan. Golongan yang paling ketara yang menimpakan pelbagai permusuhan terhadap orang Islam adalah Yahudi dan Nasrani. Kemusnahan, kebinasaan dan kehancuran dunia ini biasanya disabitkan dengan tindakan keduadua musuh utama umat Islam sejak dari dahulu lagi hingga berlakunya hari Kiamat.

Peraturan dalam aspek hiburan dan sukan telah dicontohkan oleh golongan berkenaan, sama ada dalam lakonan atau nyanyian, oleh itu golongan penghibur di kalangan orang Islam juga tidak ada bezanya dengan apa yang ditonjol dan ditampilkan oleh penghibur dari barat.

Seolah-olah apa yang didatangkan oleh mereka patut ditiru dan diikuti oleh penghibur negara, walaupun tindakan mereka itu memperlihatkan percanggahan dengan hukum Allah. Ingatlah, kalau aspek agama tidak menjadi benteng kekuatan dalam diri kita sebagai orang Islam, pasti akan ada aspek-aspek sumbang yang lain mengambil tempat untuk menjauhkan kita daripada Islam yang kita sama-sama cintai.

Jangan jadi golongan murtad, musyrik

SEJARAH manusia dengan agama yang diredai Allah SWT untuk mereka, sentiasa dinodai dengan kuman-kuman yang disebarkan oleh syaitan dari zaman ke zaman. Kerananya manusia sering dan berulang kali dihinggapi penyakit yang sangat parah iaitu penyakit yang disebut oleh Allah sebagai syirik lalu menjadi musyrik, di mana dengannya menjadikan manusia buta daripada melihat, pekak daripada mendengar dan beku daripada memikirkan segala petunjuk Allah.

Istilah buta, pekak dan sebagainya adalah digunakan oleh Allah tanpa segan silu, kerana seluruh manusia yang dihadapkan kata-kata itu adalah hamba-hamba- Nya belaka. Manusia pada hakikatnya ialah roh, yang kejadian dan kewujudannya, merupakan suatu daripada rahsia pengetahuan Allah SWT, dan di luar batas pengetahuan manusia.

Manusia yang wujudnya di alam nyata ini adalah hasil daripada gabungan roh dan jasad, yang mana jasad itu baharu sahaja terjadi dan kesuburannya adalah bersumber kepada tanah dengan segala bahan-bahan yang terdapat di planet bumi ini. Kehidupan manusia di bumi ini adalah kehidupan yang terlalu singkat.

Apabila diingatkan betapa roh mereka telah pun ada sejak beberapa lama sebelum kelahiran mereka ke dunia ini dalam bentuk jasmani dan rohani.

Allah menerangkan betapa semua roh itu telah ditanya: “Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?” Dan sekalian roh menjawab: “Benar sekali.” Adapun pertanyaan dan jawapan ini telah lama sekali berlaku di alam yang tersendiri.

Manusia dengan jasadnya tanpa roh adalah bangkai yang terlalu busuk baunya sekiranya dibiarkan terdedah. Busuknya bau bangkai manusia jauh lebih busuk daripada bangkai binatang-binatang yang lain.

Demikianlah manusia ini, mereka dicipta dan dilahirkan ke dunia melalui sebuah planet yang dinamakan ‘al-Ardh’ atau bumi dengan sebaik-baik kejadian. Manusia dianugerah dengan akal dan budi bicara. Mereka dapat pula berkata-kata untuk menyampaikan sesuatu yang lahir daripada pemikiran dan perasaan.

Mereka juga dilengkapi dengan kebolehan daya usaha dan daya cipta yang dapat mempergunakan segala benda yang disediakan oleh Allah, iaitu apa-apa yang ada di planet bumi ini bagi kepentingan mereka.

Semuanya ini adalah sebagai ujian kepada mereka, kemudian mereka akan dikembalikan kepada sebusuk-busuk bangkai, iaitu seburuk-buruk kejadian dan hancur luluh bersama tanah di bumi yang mereka dilahirkan.

Seluruh kehidupan manusia sebagai kehidupan sementara di dunia ini adalah merupakan ujian terhadap mereka, sama ada mahu menjadi makhluk yang berterima kasih atau syukur kepada Allah, atau mahu menjadi makhluk yang degil, keras kepala, sombong, bongkak atau kufur ingkar kepada Allah seperti golongan jahiliah yang menyembah berhala. Secara sedar ia adalah tindakan keterlaluan mencintai Allah melalui penciptaan patungpatung yang kononnya untuk mendekatkan diri kepada Allah yang digambarkan sebagai tuhan-tuhan.

Demikianlah antara yang berlaku secara sedar, adapun yang tidak sedar ialah dengan mengambil dan menjadikan pemimpin-pemimpin mereka yang biasanya ialah manusia yang gagah, berkuasa, kejam dan zalim sebagai tempat untuk menyerah jiwa raga mereka dan dipatuhi secara membuta-tuli kerana hajat-hajat kehidupan menurut pertimbangan nafsu mereka sendiri.

Sejarah manusia selepas kewafatan nabi-nabi dan rasul-rasul sering menjadikan manusia terdedah kepada tipu daya syaitan yang pernah berhenti daripada memperdaya dan memesongkan manusia supaya terpesong daripada jalan yang benar yang menyebabkan mereka akhirnya menjadi murtad. Begitulah yang terjadi sesudah Nabi Isa a.s. sehingga kitab Injil terbahagi kepada empat jenis yang berbeza-beza pendekatan dan arahannya, ia berlaku kerana tindakan songsang yang memurtadkan pelakunya.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan sebagai Rasul terakhir untuk sekalian manusia, baginda telah berhadapan dengan zaman penyembahan berhala dan api, atau menyembah pemimpinpemimpin negara, di mana semuanya itu disifatkan sebagai musyrik kerana mengambil sesuatu yang lain daripada Allah.

Sesungguhnya pelbagai keterangan Allah berhubung dengan murtad, syirik dan musyrik dan pelbagai keterangan dan penjelasan Nabi Muhammad dalam hal ini yang sepatutnya menjadi panduan yang baik untuk kita semua renungkannya. Sebahagian rencana hasil tulisan Almarhum Amaluddin Darus menerusi risalah kecil ‘Islam Agama Manusia Sejagat’ muka surat 21-28.

Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut : Melakukan solat lima waktu secara berjamaah dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Melaksanakan seluruh hukumhukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al- Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita salihah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

Pimpinan ulama-umarak

Oleh DR. ISMAIL IBRAHIM

ISTILAH kerjasama di antara umarak dan ulama tidak timbul semasa pemerintahan Rasulullah SAW dan Khulafa’ Al-Rasyidin, kerana pada masa itu pemerintah adalah para alim ulama.

 Pemerintah sepenuhnya memimpin mengikut sistem agama, kerana Rasulullah SAW adalah pembawa syariah Islam dan melaksanakan hukum-hakamnya, dan dalam masa sama, baginda juga yang mengatur dan melaksanakan pemerintahan serta urusan dunia­wi dan ukhrawi. 

Hal ini diwarisi oleh para sahabat baginda pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin, berpandukan ajaran al-Quran dan sunah Rasulullah.

Barulah sesudah zaman Khulafa’ Al-Rashyidin, iaitu selepas pemerintahan berpindah ke ta­ngan daulah Umaiyah, Abbasiyyah dan lain-lain, juga ketika jawatan ketua pemerintahan negara telah menjadi warisan daripada ayah kepada anak, atau saudara-saudara, maka pemimpin tidak semestinya terdiri daripada para ulama dalam bidang agama, atau pemimpin yang menguasai sistem pemerintahan Islam. Ketika inilah pemerintah memerlukan para ulama untuk membantunya.
Dalam situasi ini telah timbul istilah pemimpin “formal” iaitu pemerintah yang terdiri daripada para ketua negara secara keturunan, lantikan atau pilihan rakyat.
Dalam situasi ini juga, lahirnya pemimpin “tidak formal” iaitu terdiri daripada para ulama dan ilmuwan agama yang tidak secara rasminya termasuk dalam pemerintahan negara. Golong­an inilah yang terkenal dengan nama mufti, imam, ustaz, dan sebagainya.

Kepemimpinan Islam adalah gabungan pemimpin formal dan tidak formal, yang juga disebut sebagai gabungan antara umarak dan ulama. Untuk membangun negara yang baik, kerjasama ulama dan umarak amat penting. Kedua-duanya mempunyai pera­nan yang seharusnya dimainkan dengan baik, yang haruslah digabungkan dalam semua mekanisme pemerintahan untuk kesejahteraan rakyat dan negara umumnya.

Terdapat dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka manusia (masyarakat) seluruh­nya akan menjadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka manusia (masyarakat) seluruhnya juga akan menjadi rosak, mereka itu ialah umarak dan ulama (Ha­dis riwayat Ibn Abdul Barr)

KEPEMIMPINAN DALAM ISLAM 

Kepemimpinan dari perspektif Islam adalah amanah Allah SWT, juga kontrak sosial dan psikologi di antara pemimpin dan pengikut. Pemimpin berkewajipan memandu pengikutnya, melin­du­ngi, dan menguruskan mereka dengan adil saksama menurut lunas-lunas yang diredai Allah SWT. Antara ciri kepemimpinan tersebut ialah :

1. Pemimpin haruslah mendidik dirinya terlebih dahulu, sebelum mendidik para pengikutnya, mempraktikkan segala sesuatu yang didakwahkannya kepada pengikutnya, meningkatkan moral dan akhlaknya terlebih dahulu sebelum memperbetulkan orang lain.

“Rakyat menjadi rosak akibat rosaknya pemerintah, dan pemerintah menjadi rosak akibat kehadiran ulama yang buruk (al-suu’) (Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin).

2. Sumber memetik satu ha­dis tentang komponen kekuatan sebuah negara yang bermaksud;
Kekuatan negara adalah atas empat perkara: Pertamanya, de­ngan ilmu para ulama; kedua, dengan keadilan para umarak; ketiga, dengan kemurahan para hartawan, dan; keempat, dengan doa orang fakir.

3. Pemimpin ialah individu atau sekelompok ketua yang memimpin keseluruhan rakyat daripada keadaan yang lemah atau rosak, kepada keadaan yang kuat dan maju, dan dalam konteks Islam, ialah memimpin umat manusia daripada kehancuran dan maksiat, kepada keredaan Allah dan kesejahteraan mereka mengikut lunas-lunas dan nilai universal Islam.

4. Islam menggariskan ba­nyak prinsip bagi kepemimpinan Islam. Antaranya para pemimpin haruslah mempunyai sifat-sifat berikut:

i) Kuat dalam akidah

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu angkat jadi pemimpinmu orang yang membuat agamamu menjadi bahan ejekan dan permainan, iaitu di antara orang yang telah diberikan kitab sebelummu dan orang yang kafir.” (Al-Maidah, ayat 57)

ii) Adil dan jujur

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu pada satu golongan menyebabkan kamu tidak berlaku adil.” (Al-Maidah, ayat 8)
iii) Berpandangan luas dan tidak fanatik golongan

iv) Mengutamakan kepenting­an rakyat daripada kepentingan golongan

v) Mampu mewujudkan kesa­tuan dan kerjasama rakyat

“Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan ketakwaan, dan ja­nganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah, ayat 2)

vi) Bersikap terbuka dalam menerima idea, saranan dan kritikan

“Orang-orang yang mahu mendengar pendapat (dari mana pun datangnya) kemudian mahu mengikut mana-mana yang le­bih baik daripada pendapat itu. Mereka itulah yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” (Al-Zumar, ayat 18)

vii) Pemaaf dan memiliki sikap toleransi yang besar

“Dan jika membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.” (Al-Nahl, ayat 126)

viii) Berpengetahuan dan memiliki kemampuan dalam bidang yang dipimpinnya
“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kahancurannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

ix) Bertanggungjawab, ama­nah, telus dan tidak mementingkan diri sendiri

Banyak lagi ayat al-Quran, ha­dis Rasulullah SAW dan teladan daripada sejarah peradaban Islam yang dapat dikaji dan dianalisis untuk menyokong ciri-ciri kepemim­pinan seperti yang tersebut di atas.

Pemimpin yang gagal

Pada umumnya kepemimpinan sebuah negara akan meng­alami kegagalan sekiranya ciri-ciri yang tersebut di atas tidak dapat dipenuhi. Untuk berjaya dalam kepimpinan tersebut, maka setiap jentera pemerintah hendaklah bergabung dalam memenuhi objektif pemerintahan seperti yang tersebut. Di sinilah letaknya kepentingan kerjasama antara ulama dan umarak, kerana keseluruhan sistem pemerintah­an yang disebutkan itu adalah sistem pemerintahan Islam, iaitu “Islam” dalam pengertian yang luas sebagai satu sistem hidup yang lengkap.

PROF. DATUK DR. ISMAIL IBRAHIM ialah penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).

Manfaat kelebihan, kelemahan anak

Oleh Ahmad Nazri Mohd Yusof 

Kelahiran seorang anak itu adalah anugerah daripada Allah SWT. Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-Nya. Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah SWT.

Firman Allah dalam al-Quran: "Dan janganlah kamu membunuh anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu. Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar." (Surah Al-Israa', ayat 31).

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin menjelaskan bahawa anak adalah amanah Allah kepada orang tua. Hatinya masih suci bagaikan acuan asli yang masih bersih daripada segala corak dan warna.

Jika dibiasakan dan dibina untuk menjadi baik, maka ia akan menjadi baik. Kedua-dua orang tua, guru dan pendidiknya pun akan menuai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sebaliknya, bila dibiasakan terhadap keburukan, maka buruklah jadinya. menjadi ibu bapa bukan sekadar bertindak sebagai penjaga. Ramai orang mengambil mudah mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Ada yang menganggap asal sahaja menyediakan makan minum, pakaian dan tempat tidur, itu sudah cukup. Renungkanlah, Allah SWT hendak melihat anak itu bukan setakat dibesarkan, bahkan diasuh sehingga menjadi hamba dan khalifah-Nya yang soleh.

Dunia hari ini memerlukan kepada penguasaan sains dan teknologi, pengurusan dan pentadbiran, ekonomi dan kewangan, dan sebagainya. Inilah yang menuntut ibu bapa untuk menyediakan bekalan pengetahuan duniawi kepada anak supaya mereka tidak ketinggalan, bahkan terkehadapan berbanding orang lain.

Imbangi duniawi, akhirat

Namun demikian, keseimbangan antara ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi mestilah wujud. Atas kesedaran itu, ibu bapa hendaklah berusaha sedaya mungkin menyediakan ilmu akhirat kepada mereka. Pupuklah mereka supaya bercita-cita tinggi memburu kejayaan di dunia dan akhirat.

Anak pasti memiliki kelemahan, namun ibu bapa disaran memberi tumpuan kelebihan mereka. Amat menyedihkan apabila ada antara ibu bapa menilai keunggulan seseorang anak berdasarkan pencapaian akademiknya.

Setiap anak misalnya harus mendapat sebanyak 'A' dalam setiap peperiksaan. Realitinya ramai anak yang kurang cerdik dalam akademik, tetapi bijak dalam ilmu pengetahuan atau menyelesaikan masalah teknikal.

Jika mempunyai anak yang lemah dalam akademik, elak memandang rendah kepada mereka dengan meluahkan kata-kata berunsur negatif.

Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan setiap anak sia-sia, pasti ada tujuan dan hikmah di sebaliknya.

Cuba kita renung-renungkan sebab Allah SWT mengurniakan anak itu kepada kita. Allah telah menciptakan manusia berbeza-beza. Janganlah membanding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain.

Mendoakan anak

Sebagai ibu bapa juga, perlulah sentiasa berdoa supaya kelebihan yang ada pada diri anak dapat dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Ilahi.

Kata-kata perangsang akan mempengaruhi minda dan jiwa anak untuk maju ke hadapan. Justeru, ibu bapa perlu sentiasa mendorong anak supaya sentiasa yakin dan selesa dengan diri sendiri.
Sesiapa yang memperkecilkan anak, seolah-olah dia memperkecilkan Allah SWT yang menganugerahkan anak itu. Oleh itu, alangkah baiknya jika memahami diri anak.

Begitu juga juga anak yang dilahirkan kurang upaya. Membesarkan anak kurang upaya bukanlah sesuatu yang mudah. Segala-galanya perlu dihadapi dengan tabah dan sabar.

Ibu bapa perlu ingat bahawa walaupun anak itu kurang dari satu aspek, ia tentu mempunyai kelebihan dalam aspek yang lain. Umpamanya, seorang anak yang cacat penglihatan, mungkin dilahirkan sebagai seorang yang berbakat untuk menjadi hafiz yang terkenal.

Anak sebagai amanah Allah perlu diberi perhatian supaya mereka menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta negara.

Model remaja mithali jangan putus asa

Oleh NOR HARTINI SAARI

SATU penyakit yang menghantui remaja sekarang adalah sikap putus asa atau cepat mengalah. Apabila gagal dalam percubaan pertama, sudah mengangkat bendera putih tanda sudah kalah.

Sebagai contoh keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini yang gagal memperoleh sebarang A, mereka sudah merasakan diri lemah, dilahirkan sebagai orang yang tidak bijak dan tidak mahu berusaha untuk peperiksaan akan datang lantas menyerahkan kepada takdir. 

Sikap ini harus dijauhi oleh remaja. Islam mengajar umatnya agar tekun berusaha dan selebihnya bertawakal kepada Allah SWT. Namun Islam tidak menganjurkan umatnya berputus asa dan hanya mengharapkan maghfirah daripada Allah SWT semata-mata.

Selain sikap berputus asa, sikap malas juga melanda remaja. Sikap malas ini pastinya adalah musuh bagi orang yang berjaya. Sikap ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, malas mendengar, malas berfikir dan malas bertindak. Malas mendengar nasihat orang lain, malas mendengar apa yang guru ajar di sekolah, malas mendengar ceramah-ceramah agama di masjid, malas mendengar perkara-perkara yang baik dan malas untuk berfikir hatta pada perkara yang mudah.

Remaja yang sudah berpu­tus asa seringkali me­nyerahkan kepada nasib dan takdir. Hakikatnya sindrom inilah akan memandulkan otak remaja dari-
pada berfikiran kreatif, inovatif dan berwawasan. Profesor Datuk Dr. Syed Hussien Alatas ada menulis dalam bukunya The Captive Mind menyebut tentang sikap ‘bebalisme’. Bebalisme ini bukannya merujuk kepada bodoh, bangang atau apa jua menunjukkan kebingungan tetapi sindrom malas berfikir dalam kalangan remaja yang perlu diatasi supaya mereka bertindak lebih kreatif, berfikiran kritis dan inovatif dalam mencapai matlamat hidup.

Malas berfikir dan bertindak ini turut dipengaruhi suasana pergaulan. Suasana pergaulan yang tidak dibatasi oleh syariat akan mengheret remaja ke kancah gejala sosial. Pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan remaja mempunyai kesan dalam me­ngubah hidup seseorang remaja. Apabila tersilap langkah dengan memilih kawan yang rosak, tidak mustahil remaja tersebut juga terikut-ikut jejak langkahnya. Maka cubalah sebolehnya remaja dapat memilih rakan yang baik, yang soleh yang boleh memandu kepada jalan kebenaran.

Sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya dan janganlah mengikuti jalan-jalan lain, kelak akan porak-peranda kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan kepadamu agar bertakwa.” (Al-An’am, 6:153)

Justeru, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi remaja mithali seterusnya berjaya dalam hidup?

Pertama pemikiran dan minda remaja perlu dicorakkan bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan kemajuan negara. Kapasiti intelektual mereka perlu dijana sepenuh­nya. Dalam membentuk model mithali remaja, anjakan paradigma diperlukan bagi membolehkan mereka memahami, menghayati dan mengamalkan kepentingan serta ketinggian falsafah ilmu. Budaya pembelajaran sepanjang hayat, cintakan ilmu dan budaya iqra’ yang melibatkan proses mental yang tinggi hendaklah disemaikan ke dalam minda remaja yang adalah pewaris kebanggaan bangsa dan agama.

Begitu juga dengan masa remaja sepatutnya mereka sebanyak mungkin mencari pengalaman untuk persediaan menempuh dunia yang lebih mencabar. Dunia hari ini tidak mempertaruhkan keperkasaan tetapi ketajaman fikiran untuk menentukan untung nasib seseorang. Tumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian dan sentiasa mempertingkatkan kemahiran insaniah seperti cara berkomunikasi dengan penuh beradab dan membina sahsiah diri yang terpuji. Imam Syafie R.A ada menyatakan bahawa: “Kamu tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam syarat: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemam­puan, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.”

Selain itu, keutuhan dalam aspek kerohanian juga perlu diberi perhatian. Ketajaman minda sahaja tidak cukup tanpa dipandu oleh nilai-nilai sahsiah agama yang dapat mendidik jiwa dan memandu remaja menjadi insan ­berakhlak. Pembangunan intelektual yang tidak diiringi dengan kekudusan rohani akhirnya akan melahirkan robot-robot yang begitu bijak di dalam menganalisis segala pengkajian dan maklumat tetapi realiti kosong jiwanya. Sabda Rasulullah: ”Sesempurna keimanan dalam kala­ngan kamu ialah mereka yang indah akhlaknya.”

Ironinya, bekalan terbaik buat remaja untuk menjadi individu mithali dan contoh cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Yang Maha Pencipta. Ini selaras dengan nasihat Luqman al-Hakim yang adalah mutiara berharga untuk dijadikan pusaka bermakna dalam kehidupan insan. Katanya, “Sesungguhnya kehidupan kita ini ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah ramai manusia yang karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, muatannya iman sedang layarnya pula adalah tawakal kepada Allah SWT.”

Oleh itu, jati diri adalah benteng pertahanan kepada diri remaja. Benteng ini dibina daripada asas akidah yang mentauhidkan Allah dan Rasul. Apabila robohnya benteng pertahanan dalam diri remaja, sudah tentu ia akan mudah terpengaruh dengan dakyah dan ancaman daripada pihak yang sedang berusaha memesongkan akidah pegangan kepercayaan terhadap Islam. Justeru, tidak hairanlah ada dalam kalangan remaja Islam telah hilang keyakinan dan keimanan mereka kepada Islam.

Kita tidak mahu remaja kita longlai, lembab tidak bermaya tetapi kita mahu lahirnya remaja yang bersemangat waja, berwawasan dan sihat. Sebagai remaja berpotensi mereka harus menjauhi penyakit malas, mudah berputus asa, cepat mengalah dan perkara-perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan sebagainya.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Nikmat lepasi ujian Padang Mahsyar

UKURAN kejayaan hidup manusia tidak dinilai di dunia tetapi Allah SWT jadikan ukuran nilai sama ada berjaya atau tidak ketika berada di Padang Mahsyar nanti.

Diceritakan oleh al-Muhasibi dalam kitabnya Al-Tawahum wal Ahwal, Allah SWT akan mengumpulkan seluruh manusia dan jin di Padang Mahsyar dalam keadaan hina dan tidak ada seorang pun yang bangun berpakaian.

Mereka yang dahulunya mempunyai kedudukan, darjat dan pangkat juga akan menjadi rendah serta hina kerana ia bukan lagi menjadi keutamaan pada ketika itu. Orang jahat datang dengan keadaan tunduk kepalanya dan penuh ketakutan, malah syaitan juga dibawa dalam keadaan sama di Padang Mahsyar nanti.

Bintang di langit jatuh bertaburan, cahaya matahari dan bulan menjadi pudar seketika, suasana menjadi mendung serta gelap. Langit berputar-putar di atas kepala selama 500 tahun menyebabkan manusia berada dalam kebingungan.

Kemudian langit akan terbelah dan bunyinya didengari semua makhluk di Padang Mahsyar. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Pada hari langit menjadi seperti tembaga cair dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)." (Surah al-Maarij, ayat 8-9)

Hamba soleh diasingkan

Abu Hamid dalam kitab Kasyful Ulum al-Akhirah menceritakan, jika semua makhluk itu sudah dikumpulkan di Padang Mahsyar, Allah SWT mula memerintahkan malaikat di langit dunia (langit pertama) untuk memindahkan hamba-Nya yang soleh ke bumi lain.

Kemudian dipindahkan manusia dan jin yang soleh, termasuklah binatang serta burung ke bumi kedua, tanahnya berwarna putih daripada perak bercahaya. Selepas itu malaikat berjumlah 10 kali ganda daripada jumlah keseluruhan makhluk membuat barisan di sempadan antara bumi pertama dan kedua.
Seterusnya, Allah SWT memerintahkan malaikat di langit kedua hingga ketujuh turun ke bumi, membuat barisan mengepung seluruh makhluk yang ada dan tidak seorang pun mampu lari menembusi kepungan malaikat itu.

Bumi menjadi sangat padat dan makhluk bersesakan, himpit-menghimpit antara satu sama lain selain berpeluh kepanasan dalam keadaan yang merimaskan.

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam slot Mau'izati di IKIMfm menyambung perkongsian, pada ketika itu masing-masing dicengkam perasaan takut dan penuh debaran kerana matahari berada sangat dekat di atas kepala sehingga boleh disentuh hanya dengan mengangkat tangan mereka.

Mereka akan berasa sangat haus, tetapi hamba Allah SWT yang soleh akan mendapat minuman diberikan oleh anak syurga yang soleh. Di Padang Mahsyar nanti akan kelihatan awan bergerak di atas kepala, menaungi mereka yang sentiasa bersedekah ketika di dunia dahulu selama 1000 tahun.

Kemudian kedengaran tiupan sangkakala yang memberi isyarat turunnya Arash Allah SWT yang dibawa oleh lapan malaikat, diiringi ribuan malaikat menyebabkan seluruh makhluk menggigil ketakutan.

Minta bantuan Nabi

Di Padang Mahsyar manusia berada dalam kebingungan dan pada ketika itu mereka mula mencari Nabi Adam tetapi Baginda tidak berani melakukan apa-apa dan meminta berjumpa Nabi Nuh, namun Baginda juga tidak dapat membantu.

Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan nabi lain. Sehinggalah akhirnya umat manusia berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda sujud sambil menangis dan berkata: "Semua nabi sudah menggunakan doa mustajab mereka ketika di dunia dahulu, kecuali diriku."

Walaupun sudah mengetahui hasrat Rasulullah SAW, Allah SWT menghantar malaikat untuk bertanya kepada kekasih-Nya kenapa Baginda menangis. Rasulullah SAW memohon supaya umat manusia diadili kerana mereka sudah terlalu lama menunggu di Padang Mahsyar. Selepas itu barulah Allah SWT menggerakkan Arasy dan umat manusia mula diadili.

Ubat penyakit cintakan dunia

Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad 

Walaupun kita hidup di akhir zaman, Baginda SAW sudah memberi isyarat apa yang akan berlaku di mana wujud satu penyakit dalam diri umat Islam yang disebut 'wahn' iaitu mencintai dunia dan tidak menyukai kematian.

Topik mencintai dunia ini penting dalam tasauf kerana ajaran Islam tidak mengajar kita mencintai dunia sebaliknya mencintai akhirat yang sepatutnya menjadi tumpuan atau keutamaan.

Dunia membawa makna 'dekat' dan apabila manusia melihat segala perhiasan dunia dengat terlalu dekat, ia menjadi hijab mengaburi daripada memandang akhirat.

Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS-UTM), Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris, dalam rancangan Tarbiyah berkata inilah satu bentuk ujian daripada Allah SWT.
Katanya, Allah SWT ingin menguji adakah manusia benar-benar ingat kepada-Nya atau leka dengan dunia yang dekat pada pandangan mata kasar sehingga melupakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Penyakit wahn

Dalam al-Quran juga ada menyebut apabila manusia menyeleweng daripada jalan lurus, mereka cuba menyalahkan syaitan sedangkan syaitan sendiri berlepas tangan dan tidak mengaku merekalah penyebab kesesatan manusia itu.

Penyelewengan manusia itu disebabkan oleh penyakit 'wahn' yang disebutkan Baginda SAW hingga kerana cinta dunia manusia hilang integriti, runtuh akhlak seperti makan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

Baginda SAW turut berpesan supaya menjaga mulut dan kemaluan kerana kedua-dua organ itu menjadi penyebab manusia dihumban ke neraka. Sesiapa yang menjaganya, Baginda SAW memberi jaminan bahawa dia akan selamat.

Mereka yang tidak menjaga mulut ialah orang yang suka berbohong serta tidak memegang janji seperti mana maksud hadis yang menyebut tanda orang munafik itu ialah yang tidak berpegang kepada janji dan berbohong.

Justeru, sikap umat Islam yang mengamalkan rasuah, berakhlak buruk, hilang integriti dan lain-lain itu adalah manifestasi daripada penyakit hati sementara ilmu tasauf disusun bagi membanteras penyakit itu.  

Beza nama, erti sama

Ilmu tasauf wujud di awal Islam lagi walaupun pada ketika itu mungkin tidak dinamakan ilmu tasauf sebaliknya dikenali sebagai ilmu tazkiyatul nafsi, penyucian hati dan seumpamanya. Hakikatnya ilmu tasauf telah lama wujud.

Nabi SAW bersabda: "Ketahuilah bahwa dalam jasad itu terdapat segumpal darah, yang apabila ia baik maka baik pula seluruh jasadnya. Dan apabila ia rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya.

Ketahuilah bahwa segumpal darah itu adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas mendefinisikan tasauf sebagai pengamalan syariat pada maqam ihsan. Oleh itu, dapat difahami tasauf adalah sebahagian daripada syariat.

 Mereka yang mentohmah tasauf sebagai pengaruh asing, luar, bidaah, dan bukan ajaran Islam sebenarnya keliru dan tidak memahami hakikat tasauf serta tidak merujuk kepada ajaran tasauf itu.
 
Timbulkan kesedaran

 Produk daripada tasauf itu ialah akhlak yang mulia. Apabila sebahagian kelompok manusia menolak tasauf, maka mereka telah mengenepikan akhlak dan lebih menjurus kepada perkara bersifat hukum hakam serta persoalan remeh temeh.

 Apabila kita mahu merubah manusia, perkara biasa terfikir oleh kebanyakan orang ialah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang menyekat manusia. Tasauf berbeza dan ia tidak mendidik manusia takutkan undang-undang sebaliknya menimbulkan kesedaran daripada dalam diri.

 Manusia tidak melakukan perkara dilarang dalam Islam bukan kerana takutkan undang-undang atau pihak penguatkuasa tetapi menginsafi Allah SWT itu Maha Melihat dan berdosa jika dilakukan perkara itu.

 Hari ini, disebabkan pengabaian terhadap ilmu tasauf, keruntuhan akhlak seperti buang bayi dan juga kehilangan integriti seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa semakin berleluasa.

 * Penulis ialah Pengarah Pusat Media IKIM

Utamakan sifat ikhlas dalam beribadah

Oleh Fairuz Nordin

Setiap manusia tidak terlepas daripada melalui titian sirat. Tempoh perjalanan itu bergantung kepada amalan ketika di dunia. Allah SWT menurunkan Surah al-Ikhlas dengan menggambarkan betapa pentingnya sifat ikhlas dalam mengerjakan amal ibadah kerana ia dapat membantu manusia kelak.


Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi perkongsian di dalam slot Mau'izati di IKIMfm berkata di dalam kehidupan jadilah orang yang ikhlas mengerjakan amalan, terutama ketika bersedekah.

TIDAK akan ada seorang pun umat manusia yang hidup di muka bumi ini, ingin dihumbankan ke dalam neraka pada Hari Kiamat kelak jika membayangkan betapa teruknya azab yang akan diterima.

Perjalanan meniti titian sirat itu pun sudah memakan masa yang sangat lama dan keadaan yang bakal dihadapi adalah bergantung kepada amalan masing-masing ketika melaluinya.
Namun, ada beberapa perkara yang dapat menyelamatkan manusia daripada tergelincir ketika melalui titian sirat. Hati yang terikat kepada masjid akan menyelamatkan manusia daripada terjatuh ke dalam kawah neraka.

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi perkongsian di dalam slot Mau'izati yang ke udara di IKIMfm pada setiap Khamis, jam 5.15 petang, berkata di dalam kehidupan jadilah orang yang ikhlas mengerjakan amalan, terutama ketika bersedekah.

Sukarnya menjadi manusia yang ikhlas sehingga turunnya Surah al-Ikhlas yang ditinggikan Allah SWT nilainya kerana jika ia dibaca, pahalanya sama seperti membaca satu pertiga al-Quran.

Maafkan kesalahan orang

Perkara ketiga yang dapat menyelamatkan manusia ialah dengan memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya umat Islam tidak wajar bertelagah di antara satu sama lain.

Perkara keempat ialah membantu orang lain dalam memudahkan urusan dan mengurangkan bebanan di dalam mengharungi perjalanan hidup.

Kemudian, banyakkan memenuhi keperluan orang lain dan tidak mementingkan diri, melakukan amalan yang dapat membantu orang lain di dalam mentaati perintah Allah SWT. Seterusnya kita juga digalakkan menjaga Mukminin daripada gangguan golongan kafir atau munafik.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk, ayat 7 hingga 9: "Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!"
Gambaran sifat neraka

Antara sifat neraka yang digambarkan oleh Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW, sabdanya: "Neraka itu dinyalakan selama seribu tahun untuk dibakar sehingga berwarna merah. Kemudian dipanaskan selama seribu tahun lagi, menjadi berwarna putih. Dipanaskan selama seribu tahun lagi sehingga menjadi hitam pekat."

Dalam riwayat lain menjelaskan neraka dibakar selama seribu tahun sehingga menjadi putih, kemudian dibakar lagi selama seribu tahun menjadi merah. Lalu dinyalakan lagi selama seribu tahun menjadi hitam pekat, berwarna gelap seperti malam yang tiada bulan dan bintang.

Ibnu al-Mubarak menyebut riwayat daripada Suffian daripada Sulaiman daripada Abu Zibyan daripada Salman, neraka itu hitam. Bara apinya tidak bercahaya, gelap yang pekat dan busuknya keadaan di dalam neraka itu.

Setiap kali manusia ingin keluar dari neraka lantaran bebanan kesengsaraan, ditolak semula masuk ke dalamnya bertaburan. Lalu disebut kepada ahli neraka: "Rasalah kamu dengan azab yang amat pedih di saat ini!"

Dalam riwayat Malik meriwayatkan daripada Abu Zinnad daripada al-A'rash daripada Abu Hurairah, menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Api dunia yang kamu panaskan itu satu per tujuh puluh bahagian daripada api neraka."

Abdullah bin Masud meriwayatkan Rasulullah bersabda: "Api kamu semua ini adalah satu per tujuh puluh daripada api neraka jahanam. Jika dahulu ia tidak dipadamkan dengan air laut sebanyak sepuluh kali, maka kamu tidak dapat memanfaatkan api itu sendiri."

Dalam riwayat Muslim daripada Anas bin Malik disebut Rasulullah SAW bersabda: "Pada Hari Kiamat, manusia yang paling senang di dunia ini menjadi penghuni neraka. Apabila dicelup sekali di dalam api neraka, malaikat bertanya padanya. Wahai anak Adam, adakah dalam hidup kamu merasai nikmatnya kebaikan? Lalu dijawab: Tidak pernah, ya Allah."

Walaupun sekali dimasukkan ke dalam api neraka membuatkan mereka hilang ingatan terhadap nikmat ketika hidup di dunia dahulu. Kemudian Allah SWT memanggil orang Mukmin yang paling susah ketika hidup di dunia dahulu, lalu dibawa dan dicelup sekali sahaja di dalam syurga. Dikeluarkan semula dan ditanya: "Ketika di dunia dahulu pernahkah kamu merasai kesusahan?

 Dijawabnya, demi Allah, aku tidak pernah merasai susahnya hidup dahulu, kerana nikmat syurga dirasainya sehingga tenggelam segala kesusahan yang pernah dihadapinya dahulu."
Tujuh pintu neraka

Pada setiap tujuh pintu neraka terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung terdapat 70,000 cabang api neraka. Setiap cabang mempunyai 70,000 celah api neraka, manakala setiap celahnya mempunyai 70,000 lembah. Setiap lembah terdapat 70,000 istana api, setiap istana mempunyai 70,000 rumah api dan setiap rumah terdapat pula 70,000 botol besar yang beracun.

Apabila Kiamat tiba, penutup itu dibuka maka manusia merasa takut sehingga masih-masing menyeru: "Ya Allah, selamatkanlah..selamatkanlah." Wahab Munabih berkata, berdasarkan sabda Rasulullah SAW jarak di antara dua pintu adalah 70 tahun perjalanan. Pintu neraka pertama dinamakan Neraka Jahanam (dahi yang berkerut), kerana apabila manusia dihumban ke dalamnya akan membuatkan dahi mereka berkerut-kerut kerana api memakan daging mereka dan ini adalah azab yang paling ringan dalam kalangan ahli neraka.

Kumpul harta, tak sedekah

Pintu neraka kedua ialah Ladza (berbolak-bolak), ia akan menggelupas kulit kepala manusia yang berpaling daripada agama dan tidak mahu mendengar ayat Allah. Mereka mengumpulkan harta dan menyimpannya tanpa menyumbang kepada jalan Allah SWT. Sifat neraka ini cenderung membakar dan memakan kedua-dua tangan dan kaki. Pintu neraka ketiga ialah pintu ke neraka Saqar. Ahli neraka akan dibakar daging dan kulit sehingga hancur kecuali tulang mereka, di atasnya terdapat 19 penjaga neraka untuk membakar manusia di dalamnya yang semasa hidup mereka tidak mendirikan sembahyang.

Pintu neraka keempat ialah Huthamah yang apinya menyala-nyala, membakar dari kaki dan dimasukkan terus ke dalam hati. Lalu dilontarkan percikan api yang besar setinggi istana meranapkan dirinya sehingga menangis mengeluarkan air mata darah dan nanah sehingga kering.

Pintu neraka kelima adalah Jahim, ahli nerakanya tidak akan mati di dalamnya, manakala bara apinya sebesar bumi ini.

Pintu neraka keenam ialah Sair, sentiasa menyala sejak diciptakan Allah yang di dalamnya terdapat 300 istana, setiap istana ada 300 rumah dan setiap rumah terdapat 300 jenis seksaan. Pintu neraka ketujuh ialah Hawiyah yang juga neraka yang amat panas diciptakan Allah SWT, ahli neraka yang memasukinya akan mendiaminya buat selama-lamanya.

Setiap manusia tidak terlepas daripada melalui titian sirat. Tempoh perjalanan itu bergantung kepada amalan ketika di dunia. Allah SWT menurunkan Surah al-Ikhlas dengan menggambarkan betapa pentingnya sifat ikhlas dalam mengerjakan amal ibadah kerana ia dapat membantu manusia kelak.
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi perkongsian di dalam slot Mau'izati di IKIMfm berkata di dalam kehidupan jadilah orang yang ikhlas mengerjakan amalan, terutama ketika bersedekah.

TIDAK akan ada seorang pun umat manusia yang hidup di muka bumi ini, ingin dihumbankan ke dalam neraka pada Hari Kiamat kelak jika membayangkan betapa teruknya azab yang akan diterima.
Perjalanan meniti titian sirat itu pun sudah memakan masa yang sangat lama dan keadaan yang bakal dihadapi adalah bergantung kepada amalan masing-masing ketika melaluinya.

Namun, ada beberapa perkara yang dapat menyelamatkan manusia daripada tergelincir ketika melalui titian sirat. Hati yang terikat kepada masjid akan menyelamatkan manusia daripada terjatuh ke dalam kawah neraka.

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi perkongsian di dalam slot Mau'izati yang ke udara di IKIMfm pada setiap Khamis, jam 5.15 petang, berkata di dalam kehidupan jadilah orang yang ikhlas mengerjakan amalan, terutama ketika bersedekah.

Sukarnya menjadi manusia yang ikhlas sehingga turunnya Surah al-Ikhlas yang ditinggikan Allah SWT nilainya kerana jika ia dibaca, pahalanya sama seperti membaca satu pertiga al-Quran.
Maafkan kesalahan orang

Perkara ketiga yang dapat menyelamatkan manusia ialah dengan memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya umat Islam tidak wajar bertelagah di antara satu sama lain.

Perkara keempat ialah membantu orang lain dalam memudahkan urusan dan mengurangkan bebanan di dalam mengharungi perjalanan hidup.

Kemudian, banyakkan memenuhi keperluan orang lain dan tidak mementingkan diri, melakukan amalan yang dapat membantu orang lain di dalam mentaati perintah Allah SWT. Seterusnya kita juga digalakkan menjaga Mukminin daripada gangguan golongan kafir atau munafik.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk, ayat 7 hingga 9: "Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!"

Gambaran sifat neraka

Antara sifat neraka yang digambarkan oleh Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW, sabdanya: "Neraka itu dinyalakan selama seribu tahun untuk dibakar sehingga berwarna merah. Kemudian dipanaskan selama seribu tahun lagi, menjadi berwarna putih. Dipanaskan selama seribu tahun lagi sehingga menjadi hitam pekat."

Dalam riwayat lain menjelaskan neraka dibakar selama seribu tahun sehingga menjadi putih, kemudian dibakar lagi selama seribu tahun menjadi merah. Lalu dinyalakan lagi selama seribu tahun menjadi hitam pekat, berwarna gelap seperti malam yang tiada bulan dan bintang.

Ibnu al-Mubarak menyebut riwayat daripada Suffian daripada Sulaiman daripada Abu Zibyan daripada Salman, neraka itu hitam. Bara apinya tidak bercahaya, gelap yang pekat dan busuknya keadaan di dalam neraka itu.

Setiap kali manusia ingin keluar dari neraka lantaran bebanan kesengsaraan, ditolak semula masuk ke dalamnya bertaburan. Lalu disebut kepada ahli neraka: "Rasalah kamu dengan azab yang amat pedih di saat ini!"

Dalam riwayat Malik meriwayatkan daripada Abu Zinnad daripada al-A'rash daripada Abu Hurairah, menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Api dunia yang kamu panaskan itu satu per tujuh puluh bahagian daripada api neraka."

Abdullah bin Masud meriwayatkan Rasulullah bersabda: "Api kamu semua ini adalah satu per tujuh puluh daripada api neraka jahanam. Jika dahulu ia tidak dipadamkan dengan air laut sebanyak sepuluh kali, maka kamu tidak dapat memanfaatkan api itu sendiri."

Dalam riwayat Muslim daripada Anas bin Malik disebut Rasulullah SAW bersabda: "Pada Hari Kiamat, manusia yang paling senang di dunia ini menjadi penghuni neraka. Apabila dicelup sekali di dalam api neraka, malaikat bertanya padanya. Wahai anak Adam, adakah dalam hidup kamu merasai nikmatnya kebaikan? Lalu dijawab: Tidak pernah, ya Allah."

Walaupun sekali dimasukkan ke dalam api neraka membuatkan mereka hilang ingatan terhadap nikmat ketika hidup di dunia dahulu. Kemudian Allah SWT memanggil orang Mukmin yang paling susah ketika hidup di dunia dahulu, lalu dibawa dan dicelup sekali sahaja di dalam syurga. Dikeluarkan semula dan ditanya: "Ketika di dunia dahulu pernahkah kamu merasai kesusahan? Dijawabnya, demi Allah, aku tidak pernah merasai susahnya hidup dahulu, kerana nikmat syurga dirasainya sehingga tenggelam segala kesusahan yang pernah dihadapinya dahulu."

Tujuh pintu neraka

Pada setiap tujuh pintu neraka terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung terdapat 70,000 cabang api neraka. Setiap cabang mempunyai 70,000 celah api neraka, manakala setiap celahnya mempunyai 70,000 lembah. Setiap lembah terdapat 70,000 istana api, setiap istana mempunyai 70,000 rumah api dan setiap rumah terdapat pula 70,000 botol besar yang beracun.

Apabila Kiamat tiba, penutup itu dibuka maka manusia merasa takut sehingga masih-masing menyeru: "Ya Allah, selamatkanlah..selamatkanlah." Wahab Munabih berkata, berdasarkan sabda Rasulullah SAW jarak di antara dua pintu adalah 70 tahun perjalanan. Pintu neraka pertama dinamakan Neraka Jahanam (dahi yang berkerut), kerana apabila manusia dihumban ke dalamnya akan membuatkan dahi mereka berkerut-kerut kerana api memakan daging mereka dan ini adalah azab yang paling ringan dalam kalangan ahli neraka.

Kumpul harta, tak sedekah

Pintu neraka kedua ialah Ladza (berbolak-bolak), ia akan menggelupas kulit kepala manusia yang berpaling daripada agama dan tidak mahu mendengar ayat Allah. Mereka mengumpulkan harta dan menyimpannya tanpa menyumbang kepada jalan Allah SWT. Sifat neraka ini cenderung membakar dan memakan kedua-dua tangan dan kaki. Pintu neraka ketiga ialah pintu ke neraka Saqar. Ahli neraka akan dibakar daging dan kulit sehingga hancur kecuali tulang mereka, di atasnya terdapat 19 penjaga neraka untuk membakar manusia di dalamnya yang semasa hidup mereka tidak mendirikan sembahyang.

Pintu neraka keempat ialah Huthamah yang apinya menyala-nyala, membakar dari kaki dan dimasukkan terus ke dalam hati. Lalu dilontarkan percikan api yang besar setinggi istana meranapkan dirinya sehingga menangis mengeluarkan air mata darah dan nanah sehingga kering.
Pintu neraka kelima adalah Jahim, ahli nerakanya tidak akan mati di dalamnya, manakala bara apinya sebesar bumi ini.

Pintu neraka keenam ialah Sair, sentiasa menyala sejak diciptakan Allah yang di dalamnya terdapat 300 istana, setiap istana ada 300 rumah dan setiap rumah terdapat 300 jenis seksaan. Pintu neraka ketujuh ialah Hawiyah yang juga neraka yang amat panas diciptakan Allah SWT, ahli neraka yang memasukinya akan mendiaminya buat selama-lamanya.

Mayat hafiz Al-Quran tidak reput?

BANYAK cerita didengari, tapi adakah semuanya itu benar? Adakah semua kepercayaan itu bersendikan dalil? Adakah benar mayat penghafaz al-Quran tidak reput dimakan bumi selepas mereka mati?

Sukar menjawab soalan ini. Setakat ilmu saya yang sedikit ini, tiada pula saya jumpa dalil khusus membenarkan dakwaan itu. Tambahan pula tiada juga para pengkaji yang berani ‘mengorek kubur’ para hafiz al-Quran untuk membuktikan dakwaan berkenaan. Jika ada yang berani berbuat demikian, ia jelas melanggar norma kemanusiaan dan hukum syarak.

Setakat pemerhatian saya, tubuh manusia semuanya akan hancur kecuali satu bahagian yang dipanggil sebagai tulang sulbi (coccyx).

Sabda Rasulullah SAW: “Setiap (bahagian jasad) anak Adam akan dimakan oleh bumi (tanah selepas mereka mati) melainkan tulang ekor, daripadanya manusia dicipta dan padanya mereka akan disusun semula (dihidupkan),” - Sahih Muslim.


JASAD YANG DIRAHMATI ALLAH

Walaupun begitu, terdapat pengecualian khusus yang melibatkan jasad para nabi. Ia ditegaskan oleh Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya sebaik-baik hari kamu adalah hari Jumaat. Pada hari ini Adam diciptakan dan dimatikan. Pada hari ini juga ditiupkan sangkakala (tanda kiamat). Maka perbanyakkan selawat kepadaku kerana semua selawat kamu dibentangkan padaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana selawat kami itu boleh dibentangkan padamu sedangkan kamu sudah hancur. Rasulullah menjawab: “sesungguhnya Allah mengharamkan jasad para nabi kepada bumi,” - Sunan Abu Dawud dan al-Nasa’i.

Selain itu, ada juga kisah yang menyatakan jasad orang yang mati syahid turut dijaga Allah:
Jabir bin Abdullah r.a. mengatakan: “Menjelang Perang Uhud, ayahku memanggilku pada waktu malam lalu berkata: Aku rasa akan menjadi orang pertama yang gugur dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW. Sungguh aku tidak meninggalkan seorang pun yang lebih aku sayangi selain kamu di samping Rasulullah. Sesungguhnya aku memiliki hutang maka lunaskanlah, dan bersikap baiklah kepada semua saudara perempuanmu. Keesokan harinya memang dia menjadi orang yang pertama gugur dan dia dikebumikan bersama seorang syahid yang lain dalam satu kubur. Hatiku merasa kurang senang membiarkan ayahku berkongsi kubur dengan orang lain. Selepas enam bulan aku membongkar kuburnya dan mengeluarkannya. Jasadnya masih utuh seperti ketika aku menguburkannya melainkan sedikit kecacatan pada telinganya,” - Sahih Bukhari.

Kemuliaan yang Allah kurniakan kepada orang yang mati syahid secara tidak langsung disinggung Allah oleh firman-Nya:

“Dan jangan sesekali engkau menyangka orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki,” (Ali ‘Imran [3:169]).


KEMULIAAN PENGHAFAZ AL-QURAN


Kalau begitu kemuliaannya bagi orang yang mati syahid, bagaimana pula para penghafaz al-Quran?

Mari kita lihat beberapa janji kemuliaan kepada mereka. Sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya antara cara mengagungkan Allah adalah dengan memuliakan orang tua Muslim dan penghafaz al-Quran yang tidak berlebih pada (membacanya hanya untuk tajwid tanpa beramal atau tadabbur maknanya) dan tidak meninggalkan bacaannya (kerana sibuk membaca tafsir). Juga memuliakan pemimpin yang adil,” - Sunan Abu Dawud.

Juga sabda baginda: “Allah mempunyai ramai manusia pilihan-Nya. Sesungguhnya (antara) manusia pilihan Allah (Ahlullah) yang sangat istimewa adalah ahli al-Quran (para penghafaz al-Quran atau orang yang mendalami dan menghayatinya),” - Sunan Ibn Majah dan Musnad Ahmad.

Kesimpulannya, tiada nas yang jelas mengatakan jasad orang yang mati syahid atau para penghafaz al-Quran tidak akan hancur dimakan bumi. Walaupun begitu, Allah mampu melakukan apa sahaja bagi menyerlahkan kemuliaan sesetengah hamba pilihan-Nya.

Apa yang lebih penting bagi para penghafaz al-Quran bukannya mengejar ‘nama, pangkat atau kelebihan jasad tidak dimamah bumi’, sebaliknya mencari reda Allah agar legasi ilmu atau pahala mereka tidak hancur dimamah zaman.

Bagaimana caranya? Sebarkan isi al-Quran, ramaikan murid, perbanyakkan karya atau jasa ilmu, gandakan usaha menjaga hafazan. Insya-Allah, jika ini yang dilakukan, para penghafaz al-Quran yang sudah meninggal dunia akan terus hidup bersama Kalam Suci Tuhan ini sehingga akhir zaman.
Boleh sahaja Allah

selaku Tuhan alam semesta mengarahkan agar si ulat, bakteria dan segala mikro-organisme yang biasa membaham mayat agar kenal dan menjauhi jasad para kekasihnya. Lalu pada saat itu, jasad mereka ini kebal daripada fitrah pereputan dan santapan makhluk dalam kubur.

Apabila masyarakat bandar tidak bertamadun?

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM 

SEJAK akhir-akhir ini, banyak laporan menerusi dada-dada akhbar arus perdana serta laporan media elektronik, yang menceritakan mengenai salah laku dalam kes-kes sama ada berprofil tinggi atau sebaliknya, apatah lagi melibatkan individu dalam kalangan beragama Islam amat memalukan kita sebagai Muslim yang menerima Islam sebagai agama yang lengkap dalam segenap serba-serbi ajarannya.

Kes-kes jenayah berat seperti membunuh ibu sendiri, sumbang mahram, meragut yang berakhir dengan kematian, suami simbah asid ke atas tubuh isteri atau sebaliknya hanya berlaku pada perkara yang remeh-temeh, individu yang melontarkan fitnah tanpa membuktikan dengan hujah yang mampu menyokong tuduhannya, dan pelbagai perkara lagi yang boleh disifatkan sebagai tindakan yang tidak melambangkan tamadun seseorang, malah menerima dan memberi rasuah bagaikan sudah sebati dalam diri segelintir umat Islam, macam tidak berlaku apaapa.

Jika kita kembali ke zaman sebelum kelahiran baginda Rasulullah s.a.w., gambaran yang jelas tergambar dalam benak dan pemikiran kita, bagaimana cara hidup, pemikiran, salah laku masyarakat jahiliyyah di Makkah boleh dianggap terburuk, malah tidak boleh dikatakan sebagai masyarakat yang berdaya saing, maju atau bertamadun.

Ini kerana, banyak berlaku jenayah atau kes yang berat seperti membunuh anak-anak perempuan, pelacuran berlaku di mana-mana, menyembah berhala, meminum minuman keras, berjudi, yang kaya dianggap sebagai kasta yang mulia walaupun banyak buat dosa, inilah antara kemuncak gambaran masyarakat jahiliyyah yang sinonim dengan tidak bertamadun, sepatutnya gejala seumpama itu di atas sudah berakhir dengan kemusnahan berhala-berhala dan kemunculan Islam sebagai agama Rahmatan Lil ‘Alamin.

Apabila Allah SWT memilih antara hamba-Nya yang terbaik, iaitu dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang dirancang khusus, maka baginda datang dengan membawa petunjuk dan agama yang benar seperti yang tercatat dalam ayat 9 surah as-Soff yang bermaksud: “Dia (Allah) telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar ia dapat mengatasi agamaagama yang ada di muka bumi ini, walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan musyrikin.”

Sesungguhnya petunjuk dan agama yang benar yang menjadi bahan yang dibawa oleh baginda untuk tatapan umat manusia, boleh dianggap sebagai bahan tamadun kerana menyamaratakan kedudukan manusia tanpa dipisahkan dengan kastakasta, menyelamatkan golongan wanita daripada menjadi mangsa kerakusan nafsu buas lelaki jahat, menyelamatkan anak-anak perempuan, mengharamkan arak dan judi, mengharamkan penyembahan berhala yang sedikit pun tidak memberi mudarat atau manfaat kepada penyembahnya, dan segala macam tamadun yang berasaskan kepada petunjuk baginda Rasulullah s.a.w.
Bahan-bahan petunjuk dan agama yang benar yang dibawa oleh baginda itulah sebenarnya telah melonjakkan masyarakat Madinah sebagai ‘Masyarakat Madani’ atau masyarakat yang bertamadun, tetapi mengapa umat hari ini terutama yang tinggal di bandar-bandar tidak menggarap sirah baginda itu sebagai bahan penting untuk mentamadunkan diri mereka masing-masing.
Mereka duduk/tinggal di taman-taman perumahan serba moden, tetapi masih tidak mengenali jiran terdekat kerana hanya terperuk di dalam rumah apabila bercuti di hujung minggu, ataupun merancang membawa anak-anak keluar berjalan-jalan, kemudian sesampainya di rumah terus menetap di dalamnya tanpa bergaul dengan ahli-ahli jemaah surau/masjid begitulah seterusnya rutin aktiviti harian segelintir umat Islam yang tinggal di bandar.
Sampai ke hari ini, penulis merasakan masih wujud dalam kalangan ahli-ahli qaryah yang saling belum dan tidak mahu kenal mengenal antara satu sama lain, maaf cakap, semangat kenegerian masih menebal dalam diri seglintir daripada mereka, bagaikan tidak boleh menerima jiran sebelah yang bukan dari negeri yang sama, tidak tahu sampai bila fenomena ini akan berakhir.

Bagi penulis individu-individu yang ikhlas memakmurkan masjid dan surau adalah mereka yang suka kemas kinikan diri dengan informasi baharu yang didapatinya dari kelas-kelas pengajian fardu ain, ceramah, program motivasi dari mereka yang berpengalaman anjuran masjid dan surau-surau, syabas diucapkan kepada AJK masjid dan surau yang tidak jemu-jemu mencari ramuan dan kaedah bagi membantu ahli-ahli jemaah dan qaryah agar terus bertamadun dalam segenap tindakan, cara berfikir dan cara hidup yang selaras dengan ajaran Islam itu sendiri.

Masa akan terus berlalu, rugilah bagi mereka yang telah hidup di bandar-bandar yang kurang dan mungkin tidak menyertai aktiviti-aktiviti masjid dan surau serta anjuran badanbadan bukan kerajaan yang bersifat Islamik menganjurkan program-program kebajikan, ilmiah yang boleh menambah ilmu ke arah meningkatkan kualiti cara berfikir dalam kalangan individu Muslim.

Ini kerana, Islam yang didatangkan Allah melalui Rasul terakhirnya iaitu Muhammad s.a.w. membawa segenap bahan bertamadun yang termuat dalam al-Quran yang tidak mampu dinafikan oleh mana-mana pihak termasuklah masyarakat Barat yang sudah mula akur dan menerima bahawa Islam adalah agama yang membawa kepada segenap kemajuan, ini termasuklah pengakuan sarjana Barat bahawa Sains itu adalah bersumberkan al-Quran bukannya kitab lain.

Kalau begitu apa yang dimaksudkan dengan tamadun? Tamadun Islamialah satu pendekatan untuk mengubah arah kegelapan tamadun Barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir Eropah seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun dan lain-lain.

Secara dasar, tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun Barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar dalam masyarakat umat Islam pada hari ini.

Jelas, bahawa akhlak adalah salah satu ciri tamadun yang membawa masyarakat kepada satu cara hidup yang beretika tanpa melebihkan aspek kebendaan hingga meninggalkan tanggungjawab asasi iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT. Inilah yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah menerusi satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.”

Sayidatina Aishah r.a. satu hari pernah ditanya oleh sahabat baginda Rasulullah tentang akhlak baginda, dengan tegas dan jelas beliau menyatakan bahawa akhlak Rasulullah s.a.w. itu adalah al-Quran (selurunya).

Maka boleh disimpulkan bahawa, bahagian akhlak yang boleh dikategorikan sebagai aspek tamadun kepada masyarakat bandar hari ini ialah akhlak kepada Allah, akhlak kepada Rasulullah, akhlak kepada al- Quran, akhlak kepada hadis atau sunna baginda Rasulullah s.a.w., akhlak kepada kedua ibu bapa, akhlak kepada sesama manusia, ini termasuk jiran tetangga, rakan
taulan, kaum kerabat dan lainlain. Apa yang penting untuk diberi tumpuan khusus oleh muslim/ muslimah yang komited kepada agamanya untuk mencapai tamadun sebenar ialah akhlak kepada Allah SWT, kelemahan masyarakat jahiliyyah yang begitu ketara sekali ialah apabila mereka tidak menyembah Allah dalam erti kata sebenarnya.

Menyembah Allah juga membawa maksud melaksanakan segenap titah perintah-Nya yang terkandung dalam undangundang, peraturan serta hukumhakam- Nya seperti hudud, qisas, ta’zir dan lain-lain, kerana undang-undang tersebut dengan jelas telah berjaya mengubah persepsi masyarakat jahiliyyah walaupun mereka masih tidak mahu menerimanya.

Begitu juga aspek tamadun yang dijelmakan melalui akhlak kepada Rasulullah, iaitu menerima pakai segenap petunjuk yang dibawanya, kerana apa yang terkandung dalam ungkapan baginda yang dikenali sebagai hadis, mengandungi aspek motivasi, nasihat, bimbingan, petunjuk jalan kebenaran, mengarah melakukan yang makruf, meninggalkan yang keji dan mungkar, kesemua itu adalah aspek tamadun yang dilupakan oleh kebanyakan umat termasuklah yang tinggal di bandar-bandar.

Justeru, apabila masyarakat bandar meninggalkan pengajian di masjid-masjid atau surau-surau dengan tidak campur langsung dengan para jemaah, maka apa yang lahir dan terbit daripada diri mereka itu bukanlah satu etika, contoh orang-orang yang bertamadun, kerana semakin kuat pegangan seseorang muslim itu dengan al-Quran, hadis, melaksanakan sunnah baginda dalam kehidupan, maka merekalah orang-orang yang bertamadun walaupun tinggal di pedalaman atau desa.
 

TAWARAN ISTIMEWA

Headlines News

Iklan

Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER