Headlines News :

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM 

KETIKA muhasabah ini ditulis, hanya tinggal 4 atau 5 hari lagi akan berakhir bulan Syaaban, ia menandakan bahawa kita akan menyambut kedatangan bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh segenap umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira bangsa atau keturunan, kedudukan pangkat dan asal usul mereka, semuanya sama di hadapan Allah SWT.

Bulan yang semua kita maklumi bahawa terdapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang tidak ada pada bulan-bulan lain, selama sebelas bulan kita dibenarkan bebas untuk bermakan minum kecuali ada yang melakukan puasa-puasa sunat untuk meraih pahala, namun kedatangan Ramadan yang hanya sebulan sahaja tidak dibenarkan makan pada siang harinya, sudah pasti Allah Yang Maha Bijaksana mahukan agar perut-perut kita dihentikan fungsi makan pada siang hari kerana sebelas bulan kita menggunakannya.

Ibarat sebuah kereta yang baharu dibeli, kita diingatkan oleh pembuatnya ataupun yang menjualnya supaya bila kita guna dalam masa tempoh tertentu, kita disuruh untuk hantar ke bengkel untuk menukar minyak hitam dan apa yang berkaitan dengannya, ia bertujuan bagi memastikan keadaan kereta dapat berfungsi untuk jangka masa yang panjang, tidak salah jika seseorang itu mengabaikan nasihat atau pandangan pembuat atau penjual kereta dengan tidak mempedulikan perkara yang patut dilakukan terutamanya dalam perkara servis.

Justeru, muhasabah kali ini akan memperkatakan mengenai persediaan untuk menyambut Ramadan dari sudut minda, fizikal dan naluri dalaman manusia. Ini penting bagi memastikan agar pelaksanaan amal ibadat dalam bulan tersebut berjalan dengan penuh kefahaman dan maklumat yang tepat dan jelas.

Di mana persediaan dari sudut minda, baginda s.a.w. telah menegaskan dalam satu hadis yang bertaraf daif, walaupun demikian ia dibenarkan untuk tujuan beramal, di mana baginda s.a.w. menyatakan: “Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadan, maka Allah SWT akan haramkan jasadnya dari disentuh oleh api neraka pada hari kiamat.” Ia bagaikan satu berita gembira kepada muslim agar seronok untuk berpuasa Ramadan.

Dari sudut persediaan fizikal pula, muslim tidaklah dianjurkan untuk melakukan puasa sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan secara langsung tanpa berhenti, kerana tidak ada nas hadis yang menunjukkan bahawa seseorang itu digalakkan berpuasa yang kononnya sampai tahap sunat, kerana dibimbangi akan menyebabkan fizikalnya akan lemah dan tidak berdaya untuk melakukan puasa fardu Ramadan.

Sementara persediaan dari sudut naluri dalaman pula, puasa mampu menjadikan seseorang itu individu bertaqwa kepada Allah SWT, dan ia juga adalah matlamat daripada pelaksanaan ibadat puasa seperti yang ditegaskan Allah menerusi ayat 183 surah al- Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana difardukan ke atas orangorang sebelum kamu, agar kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.”

Menurut ilmu tasauf, bahawa persediaan paling utama bagi menyambut kedatangan Ramadan ialah melakukan ‘Muhasabah Diri’ dengan memerhatikan gelagat serta tindak-tanduk diri sepanjang tahun, apakah ia benar-benar menepati tuntutan ajaran Islam atau sebaliknya mengabaikan tanggungjawab sebagai Muslim sebenar, tidak bersolat jemaah di masjid/surau, tidak komited kepada program-program agama, banyak terlibat dengan maksiat, melakukan perkara yang terlarang dan banyak lagi.

Justeru, kedatangan Ramadan yang merupakan bulan menambahkan pahala dan pelbagai jenis keuntungan akhirat melalui tadarus al-Quran, tazkirah, bersolat jemaah, melakukan amalan wajib dan sunat akan menambahkan lagi pahala untuk sampai kepada matlamat berpuasa iaitu bertakwa kepada Allah SWT. Menurut Sayidina Ali Bin Abi Talib, taqwa itu ialah takut kepada Allah, beramal dengan isi-isi kandungan al- Quran, reda dengan apa yang sedikit ada pada diri dan bersiap untuk bertemu Allah SWT.

Di samping itu juga persiapan dari sudut naluri, jiwa atau hati muslim perlu diselesaikan segera dengan melakukan taubat yang disifatkan oleh para ulama’ sebagai wajib dilakukan sebelum masuk Ramadan, dengan memohon keampunan Allah SWT agar hati menjadi bersih suci bagi memudahkan pelaksanaan ibadat puasa dengan meraih taqwa yang dituntut.

Banyak berdoa kepada Allah agar diri, pasangan hidup, anak-anak, kaum keluarga mampu menjalani ibadat puasa dengan penuh rasa tawaduk dan khusyuk kepada Allah SWT, rasa gembira dengan kedatangan Ramadan yang menjanjikan seribu jenis pahala yang boleh membantu seseorang muslim itu keampunan Allah SWT.

Ramadan juga bulan ilmu pengetahuan, justeru muslim perlu rajin menghadiri majlismajlis tazkirah yang boleh membantu menambahkan kefahaman terhadap amalan beribadat, ia berdasarkan ayat pertama yang diturunkan Allah ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Motivasi menggalak anakanak untuk berpuasa Ramadan Puasa bulan Ramadan bukan hanya dikhususkan kepada lelaki dan tidak kepada wanita, atau yang dewasa dan tidak kepada kanak-kanak sebagai latihan kepada mereka, justeru seorang ayah berperanan untuk memotivasikan anak-anaknya agar sanggup dan bersedia untuk melakukannya dengan penuh semangat dan beretika.

Di antara kaedah yang boleh dilakukan sebagai pemantauan terhadap anak-anaknya:

1.Mengajar anak-anak tentang hakikat puasa sebenar yang bukan hanya meninggalkan makan minum semata-mata, malah penerangan mengenai caea bagaimana boleh mendapatkan taqwa dalam diri.

2.Ajarkan kepada mereka adabadab serta hukum-hukum puasa dan yang berkaitan dengannya seperti menyegerakan berbuka puasa serta melambatkan untuk bersahur dan juga mengingatkan mereka dari berboros dalam makan minum pada bulan Ramadan.

3. Mengingatkan mereka agar tidak mengambil masa panjang ketika berbuka hingga luput untuk bersolat Maghrib berjemaah.

4. Mengingatkan mereka tentang falsafah puasa disyariatkan Allah agar dapat merasakan kelaparan yang dialami golongan miskin.

5. Ramadan bulan yang mengeratkan silaturahim di kalangan umat Islam dengan bersolat fardu dan Tarawih secara berjemaah.

6. Mengingatkan anak-anak perempuan agar membantu ibuibu mereka dalam menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur.

7- Mengalakkan anakanak untuk bersahur bagi mendapatkan keberkatan dan bekalan kekuatan untuk meneruskan ibadat puasa.

8- Melaksanakan solat Subuh serta berjemaah di masjid atau surau berdekatan dan memastikan tidak meninggalkan solat witir.

9. Pada sepuluh terakhir Ramadan, si ayah memotivas diri serta isteri dan anak-anak agar dapat bangkit melakukan solat tahajjud, bertadarus al-Quran dan lain-lain.

10. Menggalakkan anak-anak yang masih kecil untuk melatih berpuasa.

11. Tidak menyusahkan para isteri untuk menyediakan juadah berbuka puasa atau sahur yang sukar untuk disediakan, berpada dengan kemampuan yang ada atau membelinya jika perlu, supaya tenaga mereka dibawa untuk bersolat Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/ surau.

12. Memulakan kempen membaca al-Quran sempena bulan Ramadan yang diturunkan padanya kitab suci itu, dengan mengadakan halaqah bacaan di rumah, si ayah menterjemah, mensyaraha atau mentafsirkan ayat-ayat yang dibaca dari kitabkitab terjemahan tafsir yang banyak di pasaran hari ini.
13. Menggalakkan ahli keluarga untuk suka bersedekah serta mengambil tahu kekurangan (keperluan hidup) yang ada pada jiran tetangga untuk mudah proses bantuan.

14- Melarang anak-anak dari tidur hingga larut malam hingga menjejas atau menghalang mereka daripada sukar untuk bangun bersahur yang menjadi amalan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Muslim di semua peringkat juga perlu mengetahui bahawa bulan Ramadan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, antaranya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan yang dikenali dengan ‘Lailatul Qadr’, diturunkan padanya kitab suci al-Quran, pintu-pintu syurga dibuka, pintu neraka pula ditutup dan syaitan dibelenggu dan yang paling penting terdapat dalam bulan ini pelbagai bentuk ibadat yang boleh menambahkan koleksi pahala.

Oleh itu, Rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya agar menyambut Ramadan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, di samping persediaan sewajarnya supaya Ramadan yang bakal mendatang menjanjikan keberkatan, kerahmatan dan keredaan Ilahi juga. Perumpamaan Ramadan sama seperti kedatangan seorang tetamu besar yang datang bersama buah tangan atau hadiah khas kepada tuan rumah.

‘Keberkatan’ buah tangan atau hadiah itu tentunya hanya diberikan kepada tuan rumah yang menyambut kedatangannya dengan baik dan penuh ceria, bukannya dengan ala kadar, maka setiap individu muslim tidak boleh memandang ringan kaedah ketiga-tiga persiapan seperti yang telah disebutkan di atas.

Begitulah juga Ramadan dengan pelbagai aneka keberkatan, kerahmatan dan keistimewaannya hanya dikurniakan kepada setiap muslim bertaqwa yang menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan pengisian amalan salih pada siang dan malamnya demi meraih keredaan Ilahi dan kenikmatan syurga di akhirat kelak.

Kenali golongan ‘Fasiq’ yang semakin ramai berleluasa

INSAN muslim yang waras cara berfikirnya, sentiasa melakukan yang terbaik buat dirinya bagi meraih tempat istimewa di sisi Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat, terutama bagi mendapatkan syafaat baginda yang tidak terhingga nilainya, apatah lagi jika syafaat tersebut dijamin baginda untuk tidak dijalankan perhitungan, malah langsung untuk dimasukkan ke dalam syurga Allah, itu semua bergantung kepada sokongan baginda.

Muslim yang bertakwa, beriman serta melaksanakan segenap titah perintah Allah adalah golongan yang bijak kerana memilih jalan terbaik buat diri mereka, adalah selain mereka yang termasuk golongan munafiq dan fasiq dalam kalangan umat Islam, akan terpinggir daripada menerima balasan yang baik di sisi Allah SWT pada hari akhirat.

Allah berfirman menerusi ayat 24 surah at-Taubah yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab siksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).”

Sesungguhnya ayat di atas diturunkan selepas ayat tentang penjelasan Allah menerusi ayat 18 mengenai orang-orang yang layak untuk memakmurkan masjid-masjid yang ada di muka bumi ini, iaitu orang yang beriman kepada Allah, beriman kepada hari akhirat, yang mendirikan solat (secara berjemaah dan awal waktu), yang mengeluarkan zakat dan golongan yang tidak takut melainkan kepada Allah, itulah golongan yang mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka.

Siapa dia golongan fasiq yang disebut dalam ayat di atas? Mereka adalah Fasiq atau golongan derhaka (bahasa Arab) bermaksud orang yang ingkar atau memandang ringan akan suruhan dan larangan Allah SWT. Dia percaya kepada ajaran Islam, tetapi tidak mengamalkannya atau mentakwil hukum mengikut fikiran atau selera sendiri.

Ke manakah kesudahan mereka nanti pada hari kiamat?

Allah menjelaskan dalam ayat 20 surah as- Sajadah yang bermaksud: “Dan sebaliknya orang-orang yang fasiq, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.”

Huraian kepada ayat 24 surah at-Taubah di atas tentang golongan berkenaan: Dalam ayat berkenaan kita boleh kategorikan golongan fasiq yang disifatkan Allah sebagai golongan yang mendahulukan individu dan perkara duniawi yang menghalang mereka daripada berjihad pada jalan Allah, atau sekurangkurangnya menghadiri solat berjemaah di masjid/surau atau mendengar kuliah-kuliah agama:

1. Kerana mendahulukan bapa-bapa mereka, 2. Anak-anak,
3. Adik-beradik,
4. Pasangan masing-masing sama ada suami atau isteri,
5. Kaum kerabat,
6. Harta yang diusahakan hingga lupa tanggungjawab sebagai muslim,
7. Perniagaan yang ditakuti rugi atau merosot,
8. Rumah kediaman yang dianggap lebih utama daripada jihad ke masjid/surau.

Dalam kalangan umat Islam terdapat golongan zalim

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM 

DALAM al-Quran ada menyebut mengenai doa Nabi Adam dan Nabi Musa a.s. yang mengaku bahawa mereka berdua ada melakukan kezaliman terhadap diri sendiri.

Kesalahan/kezaliman yang diperakui oleh Nabi Adam kerana baginda telah menyalahi larangan Allah daripada mendekati pokok yang terlarang, malah baginda memakan buahnya, akhirnya baginda dan isterinya Hawa diperintahkan keluar dari syurga.

Maka mereka berdua berdoa ke hadrat Allah SWT agar kezaliman yang dilakukan itu diampunkan oleh Allah seperti yang dirakam menerusi ayat 23 surah al-‘Araf yang bermaksud: “Mereka berdua (Nabi Adam dan isterinya) merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya (menzalimi) diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang rugi.”

Begitu juga Nabi Musa yang berdoa kepada Allah SWT dengan mengaku kezaliman/ kesalahan yang dilakukannya seperti yang tercatat dalam ayat 16 sura al-Qasas yang bermaksud: “Dia (Nabi Musa) merayu (dengan sesalnya): “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah – apalah jua kiranya – akan dosaku.” (maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Kesalahan Nabi Musa kerana telah membunuh seorang pemuda daripada pengikut Firaun tanpa niat atau sengaja.

Hal ini diceritakan sendiri oleh Allah dalam ayat 15 surah al- Qasas: “Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: “Ini adalah daripada kerja syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya).”

Apa yang perlu kita ketahui, bahawa para anbiya adalah golongan yang maksum iaitu dipelihara Allah SWT, namun kisah yang terjadi ke atas Nabi Adam a.s. sebagai contoh yang dianggap sebagai satu tindakan menzalimi diri adalah dirancang oleh Allah agar baginda menetap di bumi untuk menjalankan perintah Allah sebagai khalifah- Nya untuk menjalankan segenap undang-undang serta peraturan- Nya yang sesuai dengan bumi ini.

Itulah pengakuan secara telus, berani dan jujur oleh nabinabi. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai manusia biasa sudah pasti melakukan banyak kesalahan dan kezaliman, sama ada terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Perbincangan aspek kezaliman ini akan memfokuskan kepelbagaian aspek tersebut dalam konteks peribadi dan mereka yang berada di sekeliling kita.

Zalim sebagai individu Muslim

Apa yang perlu kita samasama fokuskan di sini ialah sebagai Muslim kita mesti melihat diri sendiri, apakah kita telah melakukan yang terbaik untuk diri, agama bagi mendaulatkan Islam sebagai agama yang benar daripada Allah SWT Yang Maha Benar. Ramai dalam kalangan umat Islam hari ini melakukan kezaliman terhadap diri sendiri, mereka jadi zalim pada diri sendiri disebabkan perkara berikut:
1. Orang Islam yang tidak duduk belajar mendalami ilmu-ilmu fardu ain hingga menyebabkan tidak menguasai agama dengan baik, padahal mereka hidup di dunia sudah menjangkau puluhan tahun, iaitu satu jangka masa yang agak lama.

2. Orang Islam yang tidak bersolat berjemaah di masjid/ surau, hingga tidak mengenali individu yang menjadi jiran tetangga dalam satu taman perumahan, tetapi apabila mahu mengadakan majlis kenduri, ketika itu baharu pergi jenguk ahli jemaah supaya mereka datang ke rumahnya untuk bacakan doa selamat, sedangkan pada hari-hari biasa dia pun tidak mahu selamat.

3. Akibat tidak menggarap ilmu agama dengan baik, maka muncullah orang Islam yang mencerca ulama, memberi gambaran contoh Islam tidak tepat kepada orang bukan Islam, penampilan diri yang mencurigakan dan bermacammacam lagi, tidak menyokong usaha kepada pemerkasaan undang-undang Islam, malah mencari jalan untuk menggagalkan pelaksanaan dan sanggup bersengkongkol dengan golongan bukan Islam mencari jalan agar undangundang Islam tidak berjaya untuk diperkasakan.

4. Akibat tidak menggarap ilmu juga akan melahirkan orang Islam yang secara sedar bercampur lelaki perempuan tanpa had batasan hukum agama yang akhirnya sanggup mencerca hukum-hukum agama seperti hudud, qisas dan sebagainya. Malah terdapat pada hari ini golongan yang cuba untuk tidak melaksanakan undang-undang berkenaan dengan alasan-alasan yang pelbagai dan berusaha untuk melengah-lengahkan daripada dilaksanakan.

5. Terdapat orang Islam yang zalim pada dirinya sendiri kerana tidak menunaikan solat lima waktu lantaran sibuk bekerja, berlatih hiburan atau sukan, sedangkan rezeki yang diperolehi adalah datang daripada Allah SWT. Perkara tersebut berlaku kerana kecetekan ilmu lantaran tidak menggarap ilmu agama dengan baik dalam kalangan umat Islam.

Zalim sebagai seorang ayah

Apabila Islam tidak digarap dengan baik, maka berlakulah pertembungan antara hak dan batil. Ia tidak kira sesiapapun akan dijangkiti dengan virus tersebut. Justeru bagi seorang ayah janganlah dia melakukan kezaliman terhadap anak-anak mereka seperti tidak menghantar pengajian ke sekolah-sekolah agama.

Kezaliman juga boleh berlaku apabila seorang ayah tidak menyuruh anak-anak perempuannya menutup aurat dengan sempurna, tidak menjaga pergaulan anak-anak perempuan mereka dengan remaja lelaki yang bukan mahram, tidak memantau kesungguhan anak untuk sentiasa bersolat lebihlebih berjemaah, tidak memberi nasihat, prejudis terhadap anakanak tanpa alasan yang sohih dan bermacam-macam lagi.

Apatah lagi hari ini ayah tidak mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anakanak perempuan mereka yang ‘berchatting’ dengan golongan lelaki melalui facebook, twitter, instagram dan yang sewaktu dengannya, terdapat dalam kalangan mereka yang menghantar gambar-gambar untuk dikenali, maka golongan ayah seperti ini zalim kerana membiarkan tindakan anakanak perempuan mereka tanpa sebarang halangan dan sekatan.

Zalim sebagai seorang suami

Lelaki yang bernama suami boleh dianggap zalim menurut kaca mata Islam, jika tidak memberi kefahaman ilmu Islam hingga isteri keluar rumah dengan tidak mengenakan pemakaian menutup aurat sempurna atau menutup kepala dengan hijab (tudung kepala), atau membenarkan peniaga lelaki masuk rumah ketika ketiadaan suami pada masa itu.

Ini berlaku kerana tidak ada kefahaman mendalam tentang ilmu Islam. Maka suaminya dianggap zalim kerana sanggup membiarkan isteri tidak berilmu dan melanggar hukum agama.

Zalim sebagai seorang guru

Orang Islam perlu sedar, terutama mereka yang terlibat dalam kerjaya perguruan, walau apapun bidang yang diajarnya, maka mesti ada kesedaran mendalam untuk mendidik anak-anak murid dengan penuh rasa tanggungjawab. Dia tidak boleh menyembunyikan beberapa perkara daripada ilmu yang ada padanya bimbang nanti anak muridnya lebih bijak daripadanya. Ini satu sikap yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Penampilan guru juga terutama guru Muslimah mesti menutup aurat dan kepalanya dengan hijab dengan beralasan bahawa dia hanya mengajar Matematik dan bukan juga seorang ustazah. Kalau ini berlaku, maka guru tersebut telah menzalimi diri terhadap murid dengan penampilan yang terlarang dalam agama dan mencontohkan sesuatu yang tidak baik yang dilarang oleh agama.

Zalim sebagai seorang ketua/ penyelia

Begitu juga kerjaya seorang ketua jabatan atau penyelia yang membiarkan anak-anak buahnya tidak menunaikan solat, sama ada solat lima waktu atau solat Jumaat, kerana peranan orang Islam di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah termasuk menjalankan pekerjaan. Yang lebih zalim jika ketua/penyelia menghalang pekerja daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan. Mereka mungkin boleh menghalang daripada melakukan solat Dhuha yang hanya sunat yang digalakkan.
Kerana kerja adalah lebih wajib daripada sunat, tetapi solat Zuhur walaupun ketua haling, maka pekerja tetap melakukannya.
Zalim sebagai seorang anak
 
Sesungguhnya anak adalah aset paling penting kepada kedua ibu bapanya seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah dalam hadisnya.

Justeru jika terdapat anakanak hari ini tidak sanggup atau tidak mampu mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa mereka terutama yang telah meninggal dunia, agar Allah SWT mencerah dan melapangkan kubur mereka, maka anak seumpama ini adalah anak yang zalim kerana bakhil untuk berbuat sesuatu kebaikan untuk ibu dan bapa yang mengharapkan ihsan doa daripada mereka.

Perbahasan mengenai isu zalim dan kezaliman ini tidak berakhir dengan apa yang telah disebutkan seperti di atas, walau bagaimanapun diharap ia boleh membantu bagi penambahbaikan diri masing-masing ke arah yang lebih baik untuk kebaikan diri di dunia dan akhirat.

Brain Speed, Bantu Otak Sihat Dan Cergas

Mengapa Otak Perlukan Brain Speed

Sebuah pertanyaan ringkas, namun masih ramai yang tidak tahu tentang jawapannya. Tahukan anda bahawa otak berkerja 24 jam atau 1400 minit bersamaan 86,4000 saat pada setiap hari untuk menjalankan fungsinya kepada tubuh dan jasad manusia.

Namun begitu, tahap fungsi otak berbeda-beda, ia bergantung kepada kondisi kesihatan serta tenaganya. Pada waktu tertentu otak berada di tahap yang efektif, sebaliknya ia boleh bertukar kepada sederhana efektif, kurang efektif, juga tidak efektif.

Otak sihat serta memiliki tenaga yang mencukupi dapat memberi kesan yang positif kepada fungsinya. Kajian mendapati, berlakunya gangguan emosi, psikologi dan prestasi adalah dipengaruhi oleh fungsi otak. Begitu juga terjadinya gejala seperti malas, letih, lupa, hilang keyakinan diri, kurang daya tumpuan, mudah marah, sedih, bertindak agresif, berfikiran negatif dan berbagai lagi, ia ada kaitannya dengan menurunkan fungsi otak disebabkan oleh kekurangan sumber tenaga untuk otak bekerja secara efektif. Tidak dinafikan personaliti dan karektor individu turut dIpengaruhi oleh faktor lain seperti persekitaran, genetik, gaya hidup dan lain-lain.

Oleh itu, tanggungjawab mengekalkan kesihatan otak serta memastikan ia memiliki tenaga yang mencukupi adalah sangat penting. Antara punca kekurangan tenaga pada otak adalah disebabkan tubuh tidak menerima sumber nutrisi iaiatu protein, lemak, glukos, vitamin dan mineral yang
mencukupi, lengkap dan seimbang.

Nutrisi adalah makanan maupun baja untuk otak. Ia berfungsi membekalkan tenaga diperlukan otak, di samping membantu menyuburkan pertumbuhan saraf dan sel-sel baru serta bertindak sebagai agen menghalangkan kerosakan padamembran-membran sel disebabkan oleh serangan radikal bebas dan toksin.

Malangnya, ramai yang tidak endah untuk menjaga otak supaya ia kekal sihat, bertenaga dan cergas melalui pengambilan diet seharian.

Kini, formulasi khas minuman Brain Speed dapat membantu mereka yang tidak tahu ataupun malas mengambil diet lengkap dan seimbang untuk membekalkan nutrisi kepada otak.

Minuman Brain Speed diadun dari susu skim tenusu, glukos, fosfolipid, garam mineral biokimia, ekstrak Ginkgo biloba, Omega 3, madu lebah, Vitamin B3 dan C serta probiotik.

Gabungan komponen tersebut akan menghasilkan protein, lemak, glukos, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh amnya dan otak khususnya, di samping ia juga dapat menjaga usus dari limpahan toksin.

Pengambilan minuman ini secara konsisten selama 14 hari akan membantu mengatasi gejala seperti letih, lesu, malas, kurang cergas dan sebagainya dengan izin Allah SWT.

Brain Speed merupakan produk makanan untuk minda variasi yogurt yang pertama di Malaysia. Ia mudah dihidang atau dibancuh oleh sesiapa pun termasuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.

Minuman ini mudah diserap oleh badan kerana komponen khasiatnya adalah dalam bentuk serbuk mudah larut. Rasanya pula enak iaitu masam, manis dan berkrim serta warna yang menarik. Ia tidak perlu campuran minuman lain kerana ia boleh di minum terus.

Ia dikemas dalam botol plastik “hygenic”. Sebotol mengandungi 225gram serbuk minuman dan memberi 45 hidangan (5 gram per hidangan). Harga jualan pula ialah RM 69.00 sebotol dengan anggaran kos minuman RM 1.50
sehari.

Sesiapa yang berminat dapatkan produk ini boleh hubungi di talian 013-407 7525 atau agen yang sah.

 

TAWARAN ISTIMEWA

Headlines News

Iklan

Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER