INSAN muslim yang waras cara berfikirnya, sentiasa melakukan yang terbaik buat dirinya bagi meraih tempat istimewa di sisi Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat, terutama bagi mendapatkan syafaat baginda yang tidak terhingga nilainya, apatah lagi jika syafaat tersebut dijamin baginda untuk tidak dijalankan perhitungan, malah langsung untuk dimasukkan ke dalam syurga Allah, itu semua bergantung kepada sokongan baginda.
Muslim yang bertakwa, beriman serta melaksanakan segenap titah perintah Allah adalah golongan yang bijak kerana memilih jalan terbaik buat diri mereka, adalah selain mereka yang termasuk golongan munafiq dan fasiq dalam kalangan umat Islam, akan terpinggir daripada menerima balasan yang baik di sisi Allah SWT pada hari akhirat.
Allah berfirman menerusi ayat 24 surah at-Taubah yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab siksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).”
Sesungguhnya ayat di atas diturunkan selepas ayat tentang penjelasan Allah menerusi ayat 18 mengenai orang-orang yang layak untuk memakmurkan masjid-masjid yang ada di muka bumi ini, iaitu orang yang beriman kepada Allah, beriman kepada hari akhirat, yang mendirikan solat (secara berjemaah dan awal waktu), yang mengeluarkan zakat dan golongan yang tidak takut melainkan kepada Allah, itulah golongan yang mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka.
Siapa dia golongan fasiq yang disebut dalam ayat di atas? Mereka adalah Fasiq atau golongan derhaka (bahasa Arab) bermaksud orang yang ingkar atau memandang ringan akan suruhan dan larangan Allah SWT. Dia percaya kepada ajaran Islam, tetapi tidak mengamalkannya atau mentakwil hukum mengikut fikiran atau selera sendiri.
Ke manakah kesudahan mereka nanti pada hari kiamat?
Allah menjelaskan dalam ayat 20 surah as- Sajadah yang bermaksud: “Dan sebaliknya orang-orang yang fasiq, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.”
Huraian kepada ayat 24 surah at-Taubah di atas tentang golongan berkenaan: Dalam ayat berkenaan kita boleh kategorikan golongan fasiq yang disifatkan Allah sebagai golongan yang mendahulukan individu dan perkara duniawi yang menghalang mereka daripada berjihad pada jalan Allah, atau sekurangkurangnya menghadiri solat berjemaah di masjid/surau atau mendengar kuliah-kuliah agama:
1. Kerana mendahulukan bapa-bapa mereka, 2. Anak-anak,
3. Adik-beradik,
4. Pasangan masing-masing sama ada suami atau isteri,
5. Kaum kerabat,
6. Harta yang diusahakan hingga lupa tanggungjawab sebagai muslim,
7. Perniagaan yang ditakuti rugi atau merosot,
8. Rumah kediaman yang dianggap lebih utama daripada jihad ke masjid/surau.
Home »
Bicara Islam
» Kenali golongan ‘Fasiq’ yang semakin ramai berleluasa
Kenali golongan ‘Fasiq’ yang semakin ramai berleluasa
Written By zabidi on Wednesday, 19 April 2017 | April 19, 2017
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment