Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa aplikasi permesejan Whatsapp ialah darah daging kepada telefon pintar. Ia menjadikan perhubungan sosial lebih cepat, mudah dan lebih peribadi berbanding perkhidmatan SMS dan media sosial. Maka, pasti banyak maklumat penting yang tersimpan di dalamnya.
Jadi, apakah yang perlu dilakukan jika sejarah perbualan Whatsapp anda tiba-tiba lesap ?
Selalunya, isu mesej Whatsapp hilang terjadi akibat perkara-perkara berikut:
Bagi sebab-sebab 1-3, ada kemungkinan besar sejarah perbualan boleh didapatkan kembali. Secara lalai (default), aplikasi Whatsapp akan membuat backup pada pukul 4 pagi setiap hari. Namun begitu, anda juga boleh membuat backup secara manual dengan menekan Setting>Chat Settings>Backup Conversations. Malangnya, ia tidak boleh dilakukan sekiranya peranti di’reset’ kerana semua aplikasi dan fail (termasuk fail backup) akan turut terpadam.
Cara restore untuk sebab 1 dan 2:
Cara restore untuk sebab 3:
Lebih baik jika fail-fail backup anda turut disalin ke PC atau ke storan awan (cloud). Rasa leceh sedikit tak mengapa, lebih baik beringat sebelum kena!
1. Tidak sengaja memadam sebahagian atau semua perbualan
2. Menyahpasang aplikasi Whatsapp daripada telefon
3. Bertukar ke telefon pintar baru
4. Reset telefon pintar
Bagi sebab-sebab 1-3, ada kemungkinan besar sejarah perbualan boleh didapatkan kembali. Secara lalai (default), aplikasi Whatsapp akan membuat backup pada pukul 4 pagi setiap hari. Namun begitu, anda juga boleh membuat backup secara manual dengan menekan Setting>Chat Settings>Backup Conversations. Malangnya, ia tidak boleh dilakukan sekiranya peranti di’reset’ kerana semua aplikasi dan fail (termasuk fail backup) akan turut terpadam.
Cara restore untuk sebab 1 dan 2:
1. Nyahpasang aplikasi Whatsapp daripada peranti anda.
2. Muat turun dan pasang sekali lagi Whatsapp pada peranti.
3. Buka aplikasi. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama seperti yang digunakan sebelum ini.
4. Whatsapp akan mencari sekiranya terdapat backup kepada mesej anda. Jika ada, skrin anda akan memaparkan mesej “Message backup found! Would you like to restore your message history from backup?” Klik Restore.
5. Mesej-mesej yang terkandung dalam backup terakhir Whatsapp anda akan dipaparkan semula.
Cara restore untuk sebab 3:
1. Sebelum mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru, pastikan anda membuat backup secara manual pada telefon lama.
2. Hubungkan telefon lama anda kepada PC. Melalui PC, cari folder Whatsapp pada storan telefon, kemudian salin (copy) folder tersebut dan simpan di PC anda.
3. Muat turun dan pasang aplikasi Whatsapp pada peranti baru. Jangan aktifkan dahulu.
4. Pergi ke File Manager dan cari folder Whatsapp. Namakan semula folder tersebut kepada apa-apa nama lain.
5. Melalui sambungan kepada PC, masukkan folder Whatsapp yang lama ke storan telefon baru anda.
6. Kini anda boleh mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama dan tekan Restore apabila Whatsapp menjumpai fail backup anda.
Perlu diingat, langkah-langkah di atas hanya berkesan jika folder Whatsapp yang mengandungi fail backup masih wujud dan tidak ditindih oleh backup baharu yang tidak mengandungi sejarah perbualan lama. Proses backup sebenarnya sangat penting bukan sahaja untuk aplikasi Whatsapp, tetapi untuk keseluruhan peranti pintar anda. Maka, jadikan proses backup satu amalan rutin supaya anda tidak kehilangan maklumat penting jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada peranti anda.Lebih baik jika fail-fail backup anda turut disalin ke PC atau ke storan awan (cloud). Rasa leceh sedikit tak mengapa, lebih baik beringat sebelum kena!
Post a Comment