Headlines News :
Home » » Perodua unjur 30,000 Axia dijual tahun ini

Perodua unjur 30,000 Axia dijual tahun ini

Written By zabidi on Tuesday 19 August 2014 | August 19, 2014

KUALA LUMPUR- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengunjurkan untuk menjual kira-kira 30,000 buah kenderaan mampu milik dan cekap tenaga (EEV) paling murah dalam pasaran, Perodua Axia sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua Axia merupakan kereta yang memberi penanda aras baharu di dalam kualiti, versatil dan pengalaman pemanduan.

Katanya, kereta baharu ini dicipta dengan memberi penjimatan minyak yang membolehkan pemandu melakukan perjalanan sehingga 21.6 kilometer/ liter selain menawarkan ruang yang lebih luas.

Jelasnya, Axia turut dilengkapi dengan ciri-ciri unik Malaysia selain boleh memuatkan empat bagasi mengembara di ruang kargo yang mempunyai kapasiti muatan 260 liter.

"Kami percaya bahawa Perodua Axia akan memberi persaingan sengit di peringkat serantau, selain namanya yang tepat diambil bersempena Asia dan mewakili Asia.

"Perkataan X pada Axia juga merujuk kepada nombor 10 iaitu mewakili model kesepuluh Perodua setakat ini," katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri majlis uji pandu media Perodua Axia di sini hari ini.

Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER