Headlines News :
Home » » Darah buatan kilang

Darah buatan kilang

Written By zabidi on Tuesday 6 May 2014 | May 06, 2014

Pengeluaran darah tiruan dalam skala industri mungkin menjadi realiti apabila ujian yang dijalankan

bagi darah buatan daripada sel stem manusia telah diuji pada pesakit buat kali pertama.
Ini adalah kejayaan terkini dalam usaha saintis untuk membina semula tubuh manusia termasuk tulang tiga dimensi dan anggota bionik.

Penyelidik kanan Prof. Marc Turner yang mendapat dana daripada Wellcome Trust sebanyak £5 juta (RM27 juta) memberitahu The Telegraph kumpulannya telah berjaya menghasilkan sel darah merah yang sesuai bagi pemindahan darah klinikal.
Prof. Turner telah menghasilkan teknik untuk mengkultur sel darah merah daripada induced pluripotent stem (iPS) cells - sel yang diambil daripada manusia dan diadun dengan sel stem.
Persekitaran biokimia yang sama dengan di dalam badan manusia kemudian dibina untuk menjana sel iPS supaya matang sehingga menjadi sel darah merah jenis darah O yang universal.
Prof. Turner berkata, walaupun pelbagai penyelidikan lain dilakukan di tempat lain, ini pertama kali darah dapat dihasilkan dalam kualiti dan piawaian yang selamat untuk dipindahkan kepada manusia.
Terdapat rancangan untuk menjalankan ujian seawal 2016 atau selewatnya 2017 dan melibatkan tiga pesakit Thalasemia iaitu gangguan darah yang memerlukan pemindahan darah berterusan. Kelakuan sel darah yang dihasilkan akan dipantau.
"Sel akan selamat," katanya sambil menambah proses berkenaan membolehkan sel dialihkan.
Teknik berkenaan memberikan prospek tentang bekalan yang terhad bagi darah jenis O bebas daripada penyakit dan sesuai untuk semua pesakit.
Walaupun bank darah mempunyai simpanan yang mencukupi di United Kingdom (UK) dan pemindahan biasanya selamat sejak jangkitan Hepatitis B dan HIV pada tahun 1970-an dan 1980-an, banyak tempat di dunia mempunyai masalah dengan pemindahan darah.
Bagaimanapun meningkat proses berkenaan bagi memenuhi permintaan adalah cabaran yang besar kerana keadaan makmal Prof. Turner tidak sesuai bagi skala industri.
"Satu unit sel mengandungi trilion sel darah merah dan dua juta unit darah dipindahkan di UK setiap tahun," katanya.
Buat masa ini kosnya melibatkan £120 bagi satu pemindahan darah.
Jika teknik Prof. Turner boleh ditingkatkan, ia boleh mengurangkan kos pemindahan darah.
Pengarah Pemindahan Teknologi Wellcome Trust, Dr. Ted Bianco berkata, mereka tidak patut memandang rendah cabaran menterjemah sains kepada prosedur rutin bagi klinik.
"Tiada yang lebih mencabar bagi Prof. Turner dan kumpulannya selain menghasilkan sel darah merah dalam skala industri yang boleh menggantikan darah yang didermakan pengguna dan menyelamatkan nyawa ramai orang," katanya.
Pada masa ini, kilang darah manusia masih lagi menjadi impian yang bakal menjadi kenyataan.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER