Headlines News :
Home » » Katarak usia muda

Katarak usia muda

Written By zabidi on Tuesday 6 May 2014 | May 06, 2014

KATARAK merupakan satu keadaan kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lutcahaya telah

bertukar menjadi keruh.

Masalah tersebut membuatkan penglihatan pesakit kabur atau berkabus kerana tompokan kabur pada kanta matanya.


Kanta mata merupakan struktur mata yang lutsinar terletak di belakang pupil atau anak mata (titik hitam di tengah-tengah mata) yang membenarkan cahaya menembusi bahagian belakang mata iaitu retina.

Lama-kelamaan keadaan tersebut boleh menyebabkan buta kerana selaput katarak menutupi keseluruhan mata.

Katarak biasanya terjadi kepada warga tua atas faktor usia.
Namun, menurut Pakar Optalmologi Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Khor Sim Ee, katarak boleh berlaku kepada golongan dewasa muda (young adult) atas beberapa faktor, malah kanak-kanak dan bayi turut tidak terkecuali.

“Katarak selalunya berlaku akibat faktor penuaan iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan kes berlaku kepada mereka berusia 60 tahun ke atas.

“Sebanyak 20 hingga 30 peratus kes katarak terjadi kepada golongan dewasa muda manakala dalam empat peratus saja terjadi kepada kanak-kanak.

“Bagi golongan kanak-kanak dan dewasa muda, ia terjadi atas beberapa faktor seperti genetik dan trauma," ujarnya ketika ditemui di TMC, baru-baru ini.

Walaupun katarak dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sangat jarang berlaku, dianggarkan tiga hingga empat kanak-kanak setiap 10,000 kanak-kanak di United Kingdom menghidapinya.

Katarak kanak-kanak

Katarak yang biasa dalam kalangan kanak-kanak ialah katarak kongenital iaitu katarak yang berlaku sejak bayi dilahirkan atau tidak lama selepas dilahirkan.

Terang Dr. Sim Ee, katarak kongenital selalunya berlaku akibat genetik ibu bapanya yang mungkin seorang atau kedua-dua daripadanya mempunyai masalah katarak.

"Ada juga kes ibu pesakit mengalami jangkitan kuman ketika mengandungkan bayi tersebut.
“Selain itu, katarak kongenital turut berlaku akibat masalah metabolisma," ujarnya.
Jangkitan kuman seperti cacar air, rubela dam herpes.

Bayi atau kanak-kanak yang lambat menerima rawatan katarak mungkin boleh menjadi buta kerana kanta yang kabur itu menghalang cahaya daripada pergi ke retina.

Apabila retina itu gagal menghantar maklumat kepada otak ketika saat genting mata dan otak sedang bekerjasama untuk belajar melihat, otak mungkin tidak dapat belajar melihat walaupun katarak tersebut dibuang kemudian hari.
Share this post :

+ comments + 1 comments

11 August 2015 at 13:16


Info yang berguna mengenai katarak kongenital yang berlaku pada usia kanak-kanak. Katarak boleh disebabkan oleh faktor usia dan faktor sekunder iaitu penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Untuk mencegah katarak, mata perlu dijaga dari awal kerana proses pembentukan selaput pada kanta mata adalah satu proses yang perlahan dan berterusan. Bagi mencegah katarak kongenital daripada melarat, seseorang kanak-kanak yang berisiko tinggi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin C, beta-carotene dan Vitamin E.

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER