Headlines News :
Home » » Piala Dunia dalam lipatan sejarah

Piala Dunia dalam lipatan sejarah

Written By zabidi on Wednesday 7 May 2014 | May 07, 2014

OLEH MUHAMMAD HAFIZ MANSOR

KEJOHANAN Bola Sepak Piala Dunia adalah di antara kejohanan paling berprestij di dunia.
Ia bermula pada tahun 1930 menerusi cadangan pengerusi FIFA ketika itu, Jules Rimet dua tahun sebelumnya. Uruguay telah menjadi tuan rumah pada edisi sulung kejohanan malah berjaya menjadi juara dengan menewaskan Argentina 4-2.

Pada t
ahun 1934, tuan rumah Itali berjaya merampas kejuaraan selepas mencatatkan kemenangan 2-1 menundukkan Czechoslovakia manakala Jerman memperolehi tempat ketiga apabila menewaskan Austria 3-2. Tidak cukup dengan itu, Itali mempertahankan kejuaraannya pada edisi 1938 di Perancis apabila membelasah Hungary 4-2.

Sebelum edisi 2014, Brazil pernah menjadi host piala dunia pada edisi 1950. Edisi ini menyaksikan suatu keunikan berlaku apabila tiada perlawanan akhir rasmi diadakan. Uruguay memiliki mata tertinggi dan kebetulan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Brazil, maka terus dikira sebagai juara baru merampasnya daripada Itali sejak edisi 1938.

Pasukan yang dilihat konsisten ketika ini iaitu Jerman menjuarainya buat pertama kali pada edisi 1954 selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Hungary. Perlawanan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan Austria menewaskan Uruguay 3-1.

Brazil memulakan penguasaannya dalam kejuaraan piala dunia bermula pada edisi 1958 dan 1962 yang masing-masing diadakan di Sweden dan Chile. Dalam edisi 1958, tuan rumah Sweden sekadar naib juara selepas tewas kepada Brazil manakala tuan rumah edisi 1962, Chile sekadar di tempat ketiga.

England, host piala dunia edisi 1966, menjadi juara selepas mengenepikan pasukan Jerman dengan kemenangan 4-2 selepas masa tambahan. Namun, Brazil kembali menguasai kejuaraan piala dunia apabila membelasah Itali 4-1 pada edisi 1970 yang dihostkan oleh Mexico.

Jerman dan Argentina, host edisi 1974 dan 1978, masing-masing mencatatkan kejuaraan selepas menundukkan Belanda dalam perlawanan akhir. Jerman menang 2-1 pada perlawanan akhir edisi 1974 manakala Argentina juga menewaskan Belanda 3-1 pada perlawanan akhir edisi 1978.

Edisi 1982, 1986 dan 1990 menyaksikan Jerman layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut namun tewas kedua-dua perlawanan masing-masing pada edisi 1982 kepada Itali 3-1 dan pada edisi 1986 kepada Argentina 3-2 kemudian akhirnya berjaya mencatatkan kejuaraan pada edisi 1990 dengan kemenangan 1-0 menewaskan juara bertahan ketika itu, Argentina.

Selepas Jerman yang layak pada perlawanan akhir bagi tiga edisi berturut-turut, kali ini giliran Brazil menunjukkan belangnya. Trio samba bermula pada edisi 1994 di AS selepas membenam Itali dengan sepakan penalty 3-2 selepas terikat tanpa jaringan. Edisi 1998 menyaksikan tuan rumah Perancis merampas kejuaraan Brazil dengan kemenangan 3-0 dan seterusnya Brazil sekali lagi berjaya ke perlawanan akhir dan menewaskan Jerman, edisi 2002 yang diadakan di benua Asia.

Edisi 2006 di Jerman menyaksikan pertembungan Itali dan Perancis di perlawanan akhir yang akhirnya memihak kepada Itali dengan sepakan penalty 5-3. Perlawanan akhir ini juga menyaksikan ZInedine Zidane menandukkan Kapten Itali, Materazzi dan akhirnya dilayangkan kad merah.

Edisi 2010 di Afrika Selatan menyaksikan Sepanyol mencatatkan kejuaraan pertama selepas menumpaskan Belanda menerusi gol tunggal jaringan Iniesta selepas tambahan masa. Ini merupakan preview ringkas mengenai sejarah kejuaraan piala dunia sejak ianya bermula.

Secara keseluruhannya, Brazil paling banyak merangkul kejuaraan piala dunia sebanyak 5 kali, Itali 4 kali manakala Jerman 3 kali. Argentina dan Uruguay masing-masing dua kali. England, Perancis dan Sepanyol hanya sekali mencatatkan kejuaraan piala dunia.

Edisi 2014 masih lagi menjadi tanda tanya? Pasukan manakah yang akan mencipta kemenangan dan pasukan manakah yang akan pulang awal. Segala-galanya akan bermula 12 Jun kelak. Debaran kian terasa…
Kejohanan empat tahun sekali ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang telah menjadikan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu masyarakat dunia.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER