Headlines News :
Home » » Burger Maharaja Jepun berharga RM3,684.73

Burger Maharaja Jepun berharga RM3,684.73

Written By zabidi on Monday 1 April 2019 | April 01, 2019

TOKYO: Sebuah restoran di sini menyediakan sajian hamburger daging wagyu bersaiz sebiji bola sepak dengan harga 100,000 yen (RM3,684.73), sempena pertabalan maharaja baharu Jepun Mei depan.

Burger menyelerakan seberat tiga kilogram itu, disediakan oleh Cef Patrick Shimada yang bertugas di Oak Door steakhouse di daerah Roppongi, Tokyo yang mula dijual, hari ini.

Burger itu dianggarkan berukuran 25 sentimeter, dilapisi kepingan hati itik, hirisan daging lembu Jepun dan kulat trufel yang diparut.

“Kami mahu melakukan sesuatu sebagai meraikan maharaja dan era baharu untuk Jepun. Ia menjadikan saya lebih dekat dengan darah Jepun yang saya warisi,” kata ketua cef yang juga generasi keempat kacukan Jepun-Amerika itu.

“Menyediakan hidangan ini dengan cara Amerika menggunakan bahan-bahan dari Jepun, ia tidak ubah meletakkan diri saya di dalam roti bun,” katanya.
Burger gergasi keemasan diperkenalkan, sempena pertabalan Putera Naruhito pada 1 Mei depan dan sebagai meraikan era baharu Jepun dikenali sebagai Era Reiwa, akan kekal berada dalam menu sehingga akhir Jun.

Makanan bersaiz gergasi yang dihiasi dengan taburan kepingan daging berwarna emas ini, pasti membuatkan sesiapa yang melihatnya berasa lapar. Ia dijual dengan harga 100,000 yen (RM3,684.73) dan dihidangkan bersama sebotol wain.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER