Headlines News :
Home » » Obama adalah lelaki paling dikagumi rakyat AS

Obama adalah lelaki paling dikagumi rakyat AS

Written By zabidi on Sunday 7 January 2018 | January 07, 2018

BEKAS Presiden Amerika Syarikat Barack Obama adalah lelaki paling dikagumi di AS dan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton pula adalah wanita paling dikagumi, menurut tinjauan dikeluarkan pada Rabu.

Obama meraih tempat teratas dalam kajian tahunan Gallup bagi tahun ke-10 berturut-turut sementara Clinton yang merupakan pesaing Donald Trump pada Pilihan Raya Presiden tahun lepas dinamakan sebagai wanita paling dikagumi untuk 16 tahun berturut-turut.

17%  rakyat Amerika dalam kajian itu mengatakan Obama adalah lelaki paling dikagumi mereka, berbanding 22% tahun lepas. Donald Trump berada pada kedudukan kedua dengan 14% dan Pope Francis meraih 3%.

9% responden kajian pula memilih Clinton sebagai wanita paling dikagumi diikuti bekas Wanita Pertama AS Michelle Obama dengan 7% dan Oprah Winfrey dengan 4%.

Gallup berkata kajian itu dilakukan ke atas 1,049 responden antara 4-11 Disember dan mempunyai ralat tambah tolak empat peratus.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER