Skip to main content

Al-Quran unik di Surabaya

SURABAYA - Masjid Nurussalam di Jalan Bogorami Makam, Surabaya di Jawa Timur di sini dilaporkan menyimpan satu kha­zanah unik yang agak misteri.

Liputan6.com melaporkan, khazanah itu merujuk kepada satu naskhah al-Quran bersaiz gergasi yang diperbuat daripada daun nipah.

Difahamkan, al-Quran tersebut berketinggian kira-kira 50 sentimeter dengan lebar dan ketebalannya pula masing-masing dianggarkan 40 sentimeter dan 10 sentimeter.
Menurut penduduk tempatan, al-Quran klasik itu disumbangkan oleh seorang lelaki misteri kepada penasihat masjid berkenaan.

Seorang pegawai masjid, Usono berkata, helaian al-Quran yang setiap ruasnya berukuran dua sentimeter dan diikat kemas dengan benang khas itu diserahkan beberapa hari sebelum bulan Ramadan pada 2011. “Pada masa itu, al-Quran tersebut dise-rahkan ke-pada pegawai masjid kami yang dikenali sebagai KH Syuaib.

“Lelaki misteri terbabit turut berpesan kepada Syuaib supaya menjaga khazanah ini dengan sebaiknya sebelum menghilangkan diri,” kata Usono.

Jelas Usono, kitab suci itu kemudian dibungkus dengan sehelai kain berwarna kelabu sebelum disimpan dengan rapi.

Walaupun tarikh sebenar pembuatan al-Quran berkenaan belum dapat disahkan, namun ada pihak menyatakan bahawa kitab suci itu telah dihasilkan sekitar 1,400 tahun Masihi.

Bagaimanapun, pihak pengurusan masjid enggan membuat telahan sendiri berhubung isu berkenaan.
“Kami harap ada pakar boleh mentafsirkan dengan tepat sama ada kitab suci ini dihasilkan pada masa yang lampau atau sebaliknya,” kata Usono. – Liputan6.com

Comments

Popular posts from this blog

Diabetes boleh dikawal tanpa sebarang ubat

Mengapa tragedi masih berulang?

Mengapa telefon pintar menjadi panas?