sebuah planet lain, ditangkap di perairan New Zealand, baru-baru ini.
Portal berita Mail Online melaporkan, beberapa gambar yang memaparkan rupa pelik ikan laut dalam itu dimuat naik di halaman Facebook Muzium Te Papa pada Jumaat lalu selepas ditangkap oleh dua nelayan bernama Claudia dan Glenys Howse di Bay of Islands.
“Makhluk aneh itu kelihatan seperti seekor ikan katak atau ‘frogfish’, tetapi kami masih tidak pasti spesies sebenarnya sehingga kajian mendalam dilakukan.
“Ikan katak merupakan verterbrata yang mampu mengigit dengan pantas,” jelas Muzium Te Papa dalam kenyataannya.
Menurut muzium itu, ikan katak adalah ikan pemangsa yang menyerang dan mampu makan hampir apa sahaja yang dapat dimuatkan ke dalam mulutnya yang besar termasuk ikan, ketam, dan udang.
Gambar itu turut mendapat ratusan komen daripada orang ramai antaranya pengguna Facebook bernama Robyn Wendt yang bertanya adakah ikan itu boleh dimakan kerana kelihatan seperti makhluk asing.
“Ikan katak ini juga kelihatan seperti burung,” katanya.
Seorang pemancing profesional dari Barmera, Garry Warrick berkata, dia tidak pernah melihat sesuatu seperti itu dalam 30 tahun bekerja di kawasan tersebut.
“Penemuan spesies ini sangat luar biasa. Saya telah memancing di sini sejak 30 tahun dan saya pernah mendapat ikan cacat, tetapi tidak seperti ikan ini,” ujarnya

+ comments + 1 comments
This comment has been removed by a blog administrator.
Post a Comment