PARIS digemparkan lagi dengan serangan berdarah. Kali ini membabitkan siri keganasan hampir serentak pada satu malam, mengorbankan 153 orang, tragedi dianggap Barat paling berdarah sejak September 2001 di New York.
Sehari sebelumnya, 45 nyawa tidak berdosa menjadi korban juga dalam serangan keganasan di Beirut, Lebanon.
Dua tragedi ini tiada beza. Kedua-duanya membunuh orang awam. Kedua-duanya dilancarkan kononnya atas nama ‘perjuangan’.
Namun, kita sebagai manusia tidak belajar daripada kejadian ini.
Mengapa perlu bandingkan antara Paris di Perancis dan Beirut di Lebanon sedangkan dua lokasi ini terletak pada jarak lebih 3,000 kilometer?
Kerana kebetulan dua bandar raya ini menghadapi serangan keganasan pada tarikh yang lebih kurang sama, motifnya serupa, dilancarkan oleh kumpulan militan.
Namun, dalam tidak sedar, cara kita memandang dan menghakimi dua tragedi ini sangat berbeza.
Apabila tubuh orang-orang tidak berdosa diletupkan di jalan-jalan di Beirut pada 12 November lalu, akhbar-akhbar global memaparkan tajuk ‘Letupan di kubu kuat Hezbollah’, menggambarkan latar belakang politik bandar yang sering menjadi sasaran serangan keganasan.
Apabila penduduk Beirut menjadi mangsa serangan keganasan, tiada pula pemimpin dunia mengutuk kejadian itu, seolah-olah nyawa mangsa tiada harga.
Tiada kenyataan dikeluarkan menyatakan rasa simpati terhadap rakyat Lebanon. Masyarakat dunia tidak marah dengan kematian mangsa yang berada di tempat yang salah pada masa yang salah.
Barack Obama juga tidak mengeluarkan kenyataan mengutuk kematian mereka sebagai jenayah kemanusiaan. Justeru, apakah maksud sebenar jenayah terhadap manusia dalam tragedi di Paris dan Beirut?
Apabila penduduk Beirut terbunuh, tiada negara pun menerangi mercu tanda negara masing-masing dengan lampu berwarna merah, putih dan hijau (warna bendera Lebanon).
Media sosial popular, Facebook juga tidak mengaktifkan butang Safety Check yang membolehkan penduduk Beirut memberitahu yang mereka selamat dalam serangan berkenaan.
Kematian mangsa serangan keganasan di Beirut hanya sekadar menjadi tajuk berita di akhbar dan portal di Internet, insiden yang dianggap biasa berlaku di seluruh dunia.
Mengapa keadaan itu terjadi? Apakah kerana dunia telah berjaya didoktrinkan oleh kuasa-kuasa tertentu bahawa nyawa orang Islam tidak penting? Atau kita sendiri terpengaruh dengan agenda Barat yang memang mahu Islam berpecah?
Dalam tidak sedar, umat Islam sendiri memandang remeh kematian orang Islam akibat serangan keganasan. Kita bersikap double standard.
Dunia bakal digegarkan lagi dengan serangan keganasan yang dilakukan kumpulan militan menggunakan nama Islam, sedangkan nyata mereka sebenarnya bukanlah Islam. Tidak lebih hanya mahu mencetuskan ketakutan terhadap agama Islam dan menyebarkan pengaruh Islamofobia.
Tragedi Paris yang dilakukan oleh pihak mengguna pakai nama Islam juga memburukkan lagi nasib pelarian Islam yang kini mencari perlindungan di Eropah.
Silap-silap, pelarian pula dipersalahkan sebagai punca serangan pada malam 13 November itu sedangkan malam-malam mereka tidak pernah nyenyak sejak bertahun-tahun lalu akibat krisis perang dan kemanusiaan yang berlaku.
Kita boleh menggesa dunia melihat Beirut sama penting seperti Paris, atau meminta Facebook mengaktifkan butang Safety Check setiap hari.
Namun, pada hakikatnya, pandangan kita sendiri terhadap serangan keganasan telah berubah. Cara kita mengadili tragedi keganasan di Barat dan negara Arab juga berbeza.
Keadaan ini dipanggil ‘habituation’ iaitu proses penciptaan situasi secara psikologi yang membuatkan kita terbiasa dengan sesuatu.
Tidak syak lagi, kita telah didoktrin oleh Barat.

Post a Comment