Headlines News :
Home » » Menyelami hikmah di sebalik banjir

Menyelami hikmah di sebalik banjir

Written By zabidi on Monday 5 January 2015 | January 05, 2015

Oleh AINI RASYIQAH MOHAMAD ARIP 



BANJIR yang didakwa sebagai terburuk dalam sejarah negara, kini menyebabkan lebih 100,000 orang terpaksa tinggal di kawasan penempatan sementara di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah.

Sebagai orang Islam, kita diseru mencari hikmah daripada apa yang berlaku. Walaupun ia bencana biasa pada musim tengkujuh, sebagai umat Islam, penghayatan diri adalah elemen penting dalam menghadapi bencana alam ini.

Sebenarnya banyak perkara yang perlu difikirkan dalam kita menghadapi apa jua bentuk cabaran. Jika kita sedih dengan ujian banjir yang melanda, bermakna ada hikmah lain yang Allah hendak tunjukkan untuk kita merenung kembali hal-hal yang mungkin mengakibatkan kemurkaan Allah. Fikiran yang positif adalah kunci ketenangan.

Walau dalam keadaan sukar sekalipun, tidak semua orang merasai kesusahan menghadapi banjir.
Itulah hikmah kelainan yang Allah beri tanda kasihnya kepada kita.

Ada sebuah kisah yang mana Rasulullah s.a.w. pernah berjalan menghampiri seorang wanita yang menangisi kematian anaknya.

Baginda berkata kepada wanita itu, “Takutlah kepada Allah dan bersabarlah. Lalu wanita itu berkata, “Engkau tidak merasakan apa yang aku alami.” Ketika Rasulullah berlalu pergi dari situ, seorang sahabat telah berkata kepada wanita tersebut, “orang yang menasihati kamu tadi ialah Rasulullah. Lantas dia terkejut lalu segera pergi ke rumah baginda dan berdiri di pintu rumahnya. Wanita itu berkata,“wahai Rasulullah, tadi aku tidak mengenalmu, sekarang aku sabar. Lalu Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “ Sabar itu di awal musibah.”

Tidak mudah untuk mendapatkan hikmah daripada segala kesusahan kerana ganjaran pahala Allah adalah sesuatu yang istimewa. Kesabaran yang tinggi dan di awal waktu itulah pintu segala nikmat kesusahan.

Hikmah lain di sebalik musibah adalah penghapus dosa. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sungguh pahala yang besar itu bersama dengannya ujian yang besar. Wajar sahaja kita memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan didiklah hati ini supaya mudah terima segala ujian dan dugaan. Apabila Allah menyintai seorang mahkluk-Nya, Dia memberikan ujian kepadanya, barangsiapa yang reda, maka Allah reda kepadanya, dan barang siapa yang murka, maka Allah murka padanya.” (Hadis riwayat al-Tarmizi)

Jika direnung, ujian itu tidaklah berat daripada apa yang menimpa umat Islam dahulu, contoh seperti Sumayyah seorang srikandi Islam yang ditusuk kemaluannya oleh Abu Jahal adalah kisah yang sangat sedih untuk diteladani.

Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.” Rriwayat Muslim)

>> Penulis adalah siswi Universiti Sains Islam Malaysia
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER