Headlines News :
Home » » 4 golongan lelaki ditarik wanita ke neraka

4 golongan lelaki ditarik wanita ke neraka

Written By zabidi morad on Sunday, 24 August 2014 | 3:43 pm

Pertama Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anakanak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya, dia membiarkan anakanak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua Suaminya
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan golongan lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abang dan juga adikadik lelakinya ...jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... nantilah tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat tarikannya begitu hebat., maka golongan lelaki yang bergelar ayah/ suami/ abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar agar tidak melakukan kesilapan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Lelaki itu pemimpin ke atas wanita” (Al-Maidah:34). Firman- Nya lagi – “Hai anak Adam peliharalah diri kamu serta ahlimu daripada api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu...” “Hai wanita, kasihanilah ayah anda, suami anda, abangabang (adik-adik lelaki) anda serta anak-anak lelaki anda... kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah Allah SWT dengan bersungguhsungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat daripada ditarik dan tertarik… oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang Muslim adalah sangat berharga. Allah SWT nilaikan seseorang Muslim dengan syurga… semua Muslim masuk syurga... janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji Allah SWT. Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER