Headlines News :
Home » » Robot main bola di Iran

Robot main bola di Iran

Written By zabidi on Tuesday 6 May 2014 | May 06, 2014

SEMPENA Piala Dunia tidak lama lagi, Iran menganjurkan perlawanan bola sepak, RoboCup Iran

Open 2014 di Teheran, Iran.
Kejohanan robot tahunan Iran yang bermula pada 2006 ialah satu inisiatif penyelidikan dan pendidikan di peringkat antarabangsa.
Ini sekali gus menyuburkan penyelidikan dalam bidang robotik dan kepintaran buatan dengan menyediakan masalah biasa di mana pelbagai teknologi digunakan bagi menyelesaikannya.
Tahun ini RoboCup mengambil tema Piala Dunia di mana setiap kumpulan membina kumpulan bola sepak mereka sendiri.

Bagi menjayakannya, RoboCup juga menawarkan platform perisian bagi penyelidikan.
Kejohanan dan Persidangan RoboCup Dunia ini juga memberi peluang kepada penyelidik berkumpul dan menilai penyelidikan mereka.
Pada masa ini terdapat empat bahagian utama iaitu RoboCupSoccer, RoboCupRescue, RoboCup@Home dan RoboCup Junior.
Iran menjuarai RoboCup Iran Open 2014 menewaskan pasukan Jerman yang sering memenangi perlawanan di padang.
Bagaimanapun pertarungan ini boleh dikatakan sebagai ujian dalam penghasilan robotik manusia.
Di atas permaidani warna hijau rumput, lima pasukan - tiga Jerman, satu Belanda dan satu Iran - berentap dalam edisi kesembilan RoboCup dengan aksi robot cuba membolosi jaring lawan.
Dengan ketinggian robot hanya 60 sentimeter, perlawanan bola sepak berkenaan tidak seperti permainan elektronik biasa yang dimain setiap hari tetapi diprogramkan seperti permainan sebenar.
“Robot benar-benar bebas - kami tidak mempunyai kawalan ke atas permainan dan mereka mengambil keputusan sendiri," kata Novin Sharhoudi, 20, seorang pelajar kejuruteraan perisian dan pengkomputeran di Universiti Qasvin Azad, Iran.
Tidak seperti sukan profesional, di mana wang boleh membeli dan mempengaruhi pemain-pemain terbaik, semua pasukan RoboCup menggunakan mesin yang serupa yang direka oleh Aldebaran Robotik, sebuah syarikat Perancis yang turut menyediakan data teknikal untuk pengaturcaraan.
“Kami memproses data untuk memperbaiki pergerakan, infrastruktur dan tingkah laku, “ kata Sharhoudi merujuk kepada bagaimana dan bila robot bergerak, menendang bola dan berinteraksi dengan rakan sepasukan merentasi permukaan padang bola bersaiz enam meter panjang dan tiga meter lebar.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER