KUALA LUMPUR - Selepas beraksi cemerlang dalam perlawanan ujian pemilihan Piala Uber 2014
bermula dari Isnin hingga Rabu lalu, pemain perseorangan wanita negara, Yang Li Lian berasa lebih yakin jika namanya disenaraikan oleh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk beraksi di kejohanan tersebut.
Li Lian yang mencatat dua kemenangan dalam perlawanan pemilihan mengakui dia sudah mula menunjukkan peningkatan dalam sesi latihan untuk persiapan ke Piala Uber di bawah bimbingan jurulatih, Wong Tat Meng.
"Saya berpuas hati dari segi latihan tetapi jika hendak dibandingkan keputusan pertandingan memang kurang berpuas hati," katanya yang mengalahkan Lim Yin Fun 22-20, 21-18 dan pada hari kedua pula menumpaskan pemain bebas, Sanatasah Saniru 21-10, 16-21, 21-10 sebelum tewas 21-16, 19-21, 17-21 kepada Lim Chiew Sien.
Jelasnya, memang dia beraksi dalam banyak kejohanan tahun ini namun masih belum ada keputusan yang membanggakan.
Begitupun daripada segi pres-tasi permainan ia semakin meningkat.
"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dalam mana-mana kejohanan tahun ini termasuk Piala Uber, cuma beraksi buat kali kedua mungkin akan memberi kelebihan kepada saya dari segi pengalaman.
"Dua tahun lalu saya beraksi sebagai perseorangan ketiga namun ia hanya peringkat kelayakan sahaja," katanya yang turut menimba pengalaman bermain di Sukan SEA 2013 Myanmar tahun lalu.
Dalam masa yang sama, Li Lian yang menduduki ranking 103 dunia mengakui, ujian pemilihan ke Piala Uber bagi perseorangan wanita agak kurang bermakna dan sedikit mengganggu latihannya
Li Lian yakin bawa cabaran Piala Uber
Written By zabidi on Tuesday, 6 May 2014 | May 06, 2014
Labels:
Sukan
Post a Comment