Headlines News :
Home » » Fatin Shidqia giat cipta nama

Fatin Shidqia giat cipta nama

Written By zabidi on Tuesday 6 May 2014 | May 06, 2014

SEJAK dinobatkan sebagai juara X Factor Indonesia tahun lalu, Fatin Shidqia Lubis atau mesra

Biarpun jadual nyanyiannya agak padat, akui Fatin dia tidak menganggap ia sebagai satu tekanan atau beban kerana bidang nyanyian adalah perkara yang menjadi minatnya sejak kecil.


"Sejak kecil saya memang suka menyanyi dan kerana itu jugalah saya menyertai uji bakat X Factor. Malah walaupun jadual padat saya tidak pernah rasa penat atau terbeban kerana ini adalah minat saya.

"Bahkan bila ada jemputan menyanyi, saya dapat duit dan ada kalanya saya perlu keluar dari Jakarta. Jadi saya enjoy dengan kerjaya baharu saya ini.

"Walaupun hidup saya sudah banyak berbeza kerana jika mahu keluar atau bersama teman-teman perlu melihat jadual. Malah ke mana sahaja orang akan mengenali saya, tetapi saya tidak ada masalah," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya, ‘Fatin For You’ bertempat di Hotel Aloft, KL Sentral, kelmarin.
disapa Fatin mendedahkan banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupannya.
Pada majlis tersebut, Fatin juga buat pertama kali mengadakan showcase di hadapan peminat-peminatnya di sini dengan mendendangkan lagu Memilih Untuk Setia,  Cahaya di Langit,  Dia, Dia Dia serta sebuah lagu cover Patah Seribu (nyanyian Shila Amzah).
“Maaf ya, saya sangat gementar. Ini pertama kali saya membuat persembahan di sini. Jika saya sudah biasa dengan penonton- penonton terbabit, maka perasaan berdebar itu tidak begitu ketara.

"Malah saya juga masih lagi belajar bagaimana untuk membiasakan diri bila bertemu dengan orang baHAru," jelasnya mengenai masalah kegugupannya itu.

Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri sebagai selebriti, menurut gadis berusia 18 tahun ini, sementara menantikan peluang untuk melanjutkan pelajaran, fokusnya kini mahu mengukuhkan namanya dalam bidang nyanyian.

Fatin berkata, dia banyak meminta nasihat daripada mentornya, Datuk Rossa dan kadang kala belum sempat dia meminta nasihat, Rossa sudah menyarankan kepadanya terlebih dahulu.

"Teh Ocah (Rossa) banyak memberi kata-kata semangat dan pesanan buat saya. Malah saya juga memang sudah lama meminatinya dan saya meminatinya bukan kerana dia mentor saya. Dia banyak memberikan nasihat kepada saya supaya menepati masa, tidak sombong serta banyak lagi.

"Malah, saya juga bersedia berdepan kontroversi. Bagi saya kalau satu-satu dakwaan terhadap diri saya itu tidak benar, saya akan pertahankan diri saya. Kalau ia memang benar, saya akan mengaku," katanya yang tidak lekang dengan senyuman.

Selain menjadikan Rossa sebagai idolanya, Fatin juga turut meminati Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah dan Najwa Latiff kerana vokal mereka yang begitu mantap.

Tergamam dicium peminat

Ditebak mengenai insiden dicium peminat dalam satu persembahannya tahun lalu, Fatin berkata, kejadian itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus berkecimpung di dalam industri seni.

Ujar Fatin, dia sudah memaafkan peminat lelaki tersebut dan beranggapan peminat tersebut tidak sengaja berbuat sedemikian.

“Saya akui amat malu dan tergamam apabila dicium oleh peminat berkenaan. Bagaimanapun selepas peristiwa itu mendapat perhatian, peminat terbabit ada menghubungi saya menerusi Twitter dan memohon maaf.
"Walaupun pernah di cium, saya tidak pernah meminta kawalan ketat setiap kali membuat persembahan dan tidak kisah untuk turun dan bersalaman dengan peminat saya," katanya.


Kelebihan bertudung

Dalam pada itu, Fatin mengakui imejnya yang bertudung memberi sedikit kelebihan buatnya apabila sering menjadi pilihan sekiranya ada program-program Islamik atau majlis ketika di bulan Ramadan.

“Ya, berhijab juga memberi kelebihan kepada saya dari segi tawaran menyanyi. Kalau untuk program-program Islamiah, selalu saya diundang untuk menyanyi.

"Bahkan saya juga sering mendapat tajaan pakaian Islamik berjenama Rabbani dan ia memudahkan saya untuk tampil sopan setiap kali membuat persembahan," katanya yang turut mempunyai perunding imej di Indonesia.
Sementara itu, Fatin yang sedang dalam rangka promosi albumnya turut memperkenalkan single keduanya yang bertajuk Dia Dia Dia.  Single ini merupakan single keduanya selepas Aku Memilih Setia.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER