Oleh SAIDATUN NADRAH
ALLAH SWT ciptakan seorang ibu itu lengkap dengan segala keistimewaan dan kelebihan yang
tersendiri. Ibu merupakan kurniaan Allah yang tidak ternilai buat kita kerana hadirnya dalam hidup kita adalah sebagai pelengkap sanubari.
Setiap orang punyai ibu, namun tidak semua dapat menyedari betapa berharga dan bernilainya seorang ibu. Naluri keibuan dan kewanitaan yang dimiliki seorang ibu itu membuatkan ibu seorang yang bersifat penyayang, pelindung dan penyabar dalam membesar dan mendidik anak-anaknya.
Ibu adalah seorang wanita yang melahirkan kita dan setiap permulaan hidup kita di dunia ini adalah bermulanya dengan kelahiran seorang ibu.Tanpa ibu,kita tidak akan dapat melihat dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang indah ini.
Lantaran itu, kita dituntut untuk sentiasa taat, berbuat baik,dan berlemah-lembut terhadap ibu bapa kita.
Firman Allah yang bermaksud “Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Luqman, 31:14).
Sejak kecil lagi, banyak jasa dan pengorbanan yang telah ibu curahkan buat kita termasuklah membesar dan mendidik kita dengan ajaran serta ilmu agama supaya kita akan menjadi seorang insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Islam sangat memuliakan kedudukan dan darjat seorang ibu sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding bapa. Hal ini kerana tiga kali darjat tersebut mewakili peranan seorang ibu yang tidak akan pernah dapat digantikan oleh seorang bapa. Ibu mampu melakukan tugas seorang bapa, tetapi bapa tidak mampu melakukan tugas seorang ibu.
Jika seorang bapa mencari nafkah atau bekerja,seorang ibu juga mampu melakukannya sebaliknya tidak semua bapa mampu mengambil alih peranan seorang ibu termasuklah mengandung, melahirkan, menyusukan serta menjaga anak dengan penuh kasih sayang.
Ini belum termasuk lagi dengan tugas dan taggungjawab di rumah iaitu melakukan kerjakerja rumah seperti mengemas, menyapu, membersih, mencuci, melipat baju dan sebagainya.
Sungguh banyak tugas seorang ibu walaupun tidak bekerja tetapi dipenuhi pula dengan tugas-tugas di rumah. Oleh kerana itulah kerja sebagai seorang suri rumah merupakan suatu pekerjaan yang sa ngat mulia.
Terdapat sebuah riwayat yang datang dari Abu Hurairah menceritakan kisah seseorang yang bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. “Siapakah orang yang pa ling berhak untuk saya temani dan layani, ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ibumu,” Lelaki itu bertanya lagi,” Kemudian siapa lagi? Rasulullah s.a.w. menjawab “Ibumu,” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ibumu,” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” Rasulullah s.aw. menjawab “Bapamu.” (HR Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan hadis ini, jelas menyatakan bahawa ibu lebih diutamakan berbanding bapa sebanyak tiga kali dan ini menunjukkan Islam sangat memuliakan darjat seorang wanita bernama ibu berbanding bapa.
Kebanyakan mereka yang sibuk bekerja siang dan malam mengejar harta dunia sering mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa mereka dan akibatnya mereka dengan mudahnya menghantar ibu bapa ke rumah orangorang tua dengan alasan tiada masa menjaga mereka.
Orang-orang seperti ini barangkali lupa bahawa hidup mereka selama ini tidak akan bermakna tanpa doa seorang ibu.
Doa seorang ibu itu sangat mustajab dan selalu akan dimakbulkan oleh Allah. Kebanyakan daripada kita sering memohon atau meminta doa daripada ibu supaya apa-apa sahaja perkara yang kita lakukan menjadi mudah berkat doa seorang ibu.
Tetapi ramai dalam kalangan kita yang hanya mengingat ibu apabila waktu susah, dan mengabaikan serta melupakannya dikala senang. Ibu tidak putusputus mendoakan kesejahteraan kita, namun adakah kita juga berbuat demikian? Cuba kita muhasabah diri kita. Tepuk dada tanyalah diri, tanyalah iman.
Sayangi dan hargailah ibu bapa kita selagi hayatnya masih ada. Berbuat baiklah kepada mereka sebanyak mungkin kerana anak yang baik serta soleh dapat menjamin untuk mendapat jannah- Nya kelak.
Teruskan berdoa buat ibu bapa kita tidak kiralah yang masih hidup atau sudah tiada kerana itu adalah salah satu cara buat kita sebagai anak untuk berbakti pada mereka. Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu di Malaysia.
Ibu, kaulah segalanya.
>> Penulis merupakan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Home »
Bicara Islam
» Berdoalah kepada ibu
Berdoalah kepada ibu
Written By zabidi on Wednesday, 14 May 2014 | May 14, 2014
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment