Headlines News :
Home » » Monyet Pilih Kerjaya 'Pelayan'

Monyet Pilih Kerjaya 'Pelayan'

Written By zabidi on Thursday 10 August 2017 | August 10, 2017

KAYABUKIYA Tavern kelihatan seperti restoran sake tradisional yang lain.
Tetapi, apa yang menarik tentang restoran di Utsunomiya itu adalah pelayannya yang menggunakan haiwan - monyet.

Fuku-chan yang berusia 17 tahun mula memainkan peranannya selepas berjaya menghantar napkin ke sebuah meja dan meniru perbuatan 'rakan'nya, Yat-chan, seekor lagi pelayan monyet jenis Macaque.

Pemilik restoran, Kaoru Otsuka, kemudian memutuskan untuk memberinya ‘jawatan’ yang sama.
Pelanggan datang dari seluruh pelosok dunia untuk melihat pelayan-pelayan istimewa itu dan satu rakaman video dimuat naik bagi menunjukkan gelagat Fuku-chan bekerja.

Penonton boleh melihat Fuku-chan, yang memakai baju dan skirt pelayan, membawa bir dan memberikan napkin kepada pelanggan.

Tetapi, seperti manusia, Fuku-chan juga tidak lepas dari kesalahan, dia dirakam menumpahkan semangkuk kacang ketika berlari ke meja.

Jika pelanggan berpuas hati dengan layanan dan khidmat yang diberikan Fuku-chan dan beberapa monyet lain yang lebih muda, mereka digalakkan untuk memberi kacang soya sebagai tips sementara pemilik monyet akan memberikan pisang sebagai upah.

Otsuka, yang memelihara haiwan-haiwan itu selepas melihat mereka di kawasan pergunungan Nikko, berkata: “Saya lebih rapat dengan mereka berbanding keluarga. Saya menjaga mereka sepanjang hari dan tidur dengan mereka.
“Mereka terlalu comel."

Menurut laporan 28 Lab, monyet-monyet di kedai itu itu telah bekerja di premis tersebut selama lebih kurang 29 tahun.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER