ANDHRA PRADESH - INDIA. Foto yang memaparkan seorang bapa menjunjung anaknya berusia enam bulan yang sakit mengharungi banjir selama dua jam untuk mendapatkan rawatan menyentuh hati netizen.
Pangi Satiabu, seorang petani dari kampung Kudumusare Andhra Pradesh di mana banjir besar berlaku menyebabkan hampir semua laluan menghubungkan bandar dan hospital terdekat tersekat menyebabkan dia terpaksa meredah banjir paras leher untuk ke hospital.
Pangi memutuskan untuk membawa anak perempuannya deman teruk selama beberapa hari lalu walaupun dilarang oleh keluarganya kerana bahaya yang perlu dilalui ketika meredah banjir.
Bayi itu kelihatan nyenyak tidur di tangan bapanya itu sepanjang perjalanan.
Memetik CCTV News, bayi berkenaan dimasukkan di Pusat Kesihatan Primer di Chintapalli
Menurut doktor dari pusat kesihatan penjagaan kesihatan, bayi berkenaan masih berada di hospital namun telah melepasi tahap bahaya.
"Bayi berkenaan telah diberikan rawatan yang sewajarnya dan berdasarkan pemeriksaan, dia terkena jangkitan virus," kata doktor.
Hujan lebat melanda kawasan itu selama 20 hari menyebabkan berjuta-juta penduduka terjejas dan terperangkap.
Tindakan bapa berusia 30 tahun itu mendapat pujian netizen yang menunjukkan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.
"Cinta ibu bapa tanpa syarat, tidak kira kaya atau miskin," tulis netizen.
Post a Comment