Oleh
Demam final Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah makin terasa. Kelmarin, ada yang menunggu sejak pukul 4 pagi di Stadium Shah Alam, Selangor semata-mata nak pastikan mereka dapat tiket menonton perlawanan Ahad ini. Di Alor Setar, Kedah pun senarionya hampir sama. Para peminat sudah terpacak di Stadium Darul Aman seawal 6 pagi.
Begitulah keadaannya apabila sudah jatuh cinta dengan bola sepak. Sememangnya majoriti rakyat Malaysia adalah peminat tegar sukan bola sepak. Kerana cinta lautan sanggup direnangi, api pun sanggup diredah.
Bersukan adalah suatu aktiviti yang amat digalakkan dalam Islam kerana dengan bersukan, kesihatan dan kecergasan tubuh badan dapat dikekalkan sekali gus menjauhkan diri daripada sebarang penyakit. Berkaitan hal ini, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah daripada mukmin yang lemah. (Riwayat Muslim).
Sememangnya dapat menonton aksi pasukan kegemaran kita secara langsung di stadium amat mengujakan. Lebih-lebih lagi jika pasukan kita itu mempamerkan aksi cemerlang dan banyak menyumbat gol.
Dalam keghairahan itu, marilah kita renungkan beberapa perkara sebagai perbandingan antara bola dan kita.
* Ada yang sanggup menunggu sejak 5 pagi untuk beli tiket bola.
Semangat ini memang baik. Alangkah baiknya jika semangat itu boleh kita terjemahkan dalam kehidupan seharian dan hendaknya kita boleh bangun seawal 5 pagi untuk solat tahajud atau qiamullail. Jika tidak mampu setiap hari, usahakan seminggu sekali atau sebulan sekali.
* Ada yang sanggup cuti dan beratur dalam hujan.
Memang hebat apabila hati sudah terpikat dengan sesuatu dan dalam hal ini bola sepak. Mudah-mudahan peminat yang terlibat juga akan lebih teruja berbuat demikian dalam mencari lailatulqadar dalam bulan Ramadan al-mubarak.
* Ada yang pulang hampa kerana gagal dapat tiket.
Ini barangkali boleh dijadikan gambaran kepada mereka yang gagal beroleh syurga Allah di akhirat kelak. Kalau di dunia, kegagalan itu mungkin kerana lambat datang tetapi di akhirat kelak, kegagalan meraih syurga Allah adalah kerana kelalaian kita beribadat dan mematuhi perintah serta larangan Allah.
Sukan bukan sekadar menguji kekuatan dan kehebatan fizikal tetapi lebih jauh lagi ia membina hubungan ukhuwah serta silaturahim demi perpaduan ummah.
Janganlah kita mudah dihasut oleh syaitan yang ingin melaga-lagakan umatnya supaya sentiasa bertelingkah dan bermusuhan. Bersedia menerima kekalahan dan jangan bergaduh serta emosional jika pasukan kita tewas.
Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang sesebuah pasukan tiada kaitan dengan Islam. Sebabnya, ia bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
Paling penting, kepada peminat di stadium dan juga para pemain bola sepak, pastikan anda tunaikan kewajipan solat Maghrib dan Isyak sebelum perlawanan yang bermula 9 malam. Tahniah kepada mereka yang sentiasa menjaga solat mereka waima ketika di dalam stadium.
Syeikh Abu Bakar Al-Jaizairi dalam bukunya Minhajul Muslimin berkata, bermain bola sepak boleh dilakukan dengan syarat meniatkannya untuk daya tahan tubuh, tidak membuka aurat (bahagian paha dan lainnya) serta si pemain tidak menjadikan permainan tersebut dengan alasan menunda solat. Selain itu, permainan tersebut harus bersih daripada gaya hidup glamor yang berlebihan, perkataan buruk dan ucapan sia-sia seperti celaan, cacian dan sebagainya.

Post a Comment