KONSEP dan pandangan Islam berkaitan hijrah sebenarnya mampu untuk memberi kesan dan pengaruh yang amat besar dalam membangun dan memajukan kehidupan seseorang Muslim dan masyarakat Islam secara keseluruhannya.
Ini kerana pengertian hijrah itu yang sinonim dengan konsep berpindah, bergerak dan membangun, serta natijahnya adalah untuk mendorong mereka lebih maju dalam segenap aspek kehidupan, meliputi aspek pemikiran dan keilmuan, pandangan dan gaya hidup, perbuatan dan tingkah laku, serta sikap dan akhlak. Inilah juga yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah baginda sejak 1437 tahun yang lalu.
Ibrah dari penghijrahan Rasul SAW dari kota Mekah ke kota Madinah, bukan hanya diiringi dengan penghijrahan fizikal, tetapi juga diikuti oleh penghijrahan, perubahan dan kemajuan dalam pemikiran dan pandangan serta gaya hidup kaum Muhajirin, yang telah membawa banyak kebaikan yang turut dinikmati oleh kaum Ansar.
Malah ia memberi kesan yang lebih bermakna iaitu mendapat keredaan Allah dan kemenangan kepada mereka dan kaum Muslimin secara keseluruhannya. Allah berfirman dalam surah al Baqarah ayat 218 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman, orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
Ayat ini mengajarkan kepada kaum Muslimin bahawa keampunan dan rahmat Allah itu datang seiring dengan hijrah, atau perpindahan dan perubahan, yang boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan konsepnya, serta itulah jihad dan perjuangan mereka bagi mencapai kemenangan dan kemajuan dunia dan akhirat. Semangat hijrah yang difahami di sini adalah melakukan perubahan untuk memperbaiki perjalanan hidup sendiri di alam fana ini, supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya, demi untuk mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.
Ibrah daripada hijrah Rasul SAW yang paling relevan yang perlu diterokai oleh seluruh umat Islam kini adalah berkaitan keperluan untuk membentuk dan memperbaiki pola dan tatacara berfikir, iaitu mengubah pola pemikiran yang primitif dan negatif kepada yang lebih positif dan inovatif, serta lebih beradab dan bertamadun. Pola pemikiran yang positif dan inovatif juga adalah satu daripada tuntutan dan ajaran Islam.
Ini amat penting kerana pengaruh pemikiran amat besar dalam kehidupan manusia. Malah, pemikiran atau memahami cara manusia berfikir dan menggalakkan aktiviti berfikir dalam kehidupan sebenarnya mempunyai hubung kait yang amat rapat dalam menentukan kemajuan dan ketamadunan kehidupan manusia dan mempunyai kesan rantaian dalam aspek sosial, sejarah, teknologi, kewangan dan ekonomi, politik, sains, pendidikan, matematik dan lain-lain.
Tokoh pemodenan sosiologi Islam, Ibn Khaldun, telah membuktikan perkara ini bahawa jatuh atau bangun, maju atau mundur sesebuah masyarakat dan ketamadunan itu sebenarnya dipacu oleh ketinggian nilai murni pemikiran yang dilihat dalam konteks moral dan akhlak yang berlaku di peringkat pemimpin dan masyarakat. Ini adalah hasil pengamatan kritis dan analitikal pemikiran Ibn Khaldun sendiri, yang turut diiktiraf oleh tokoh sarjana dan golongan ilmuwan moden dari Barat.
Pemikiran Ibn Khaldun adalah satu contoh kepada kita semua bagaimana pola dan cara berfikir yang sistematik dan teliti dalam menilai dan menganalisis sesuatu perkara mampu membentuk dan mengubah corak pemerintahan dan tamadun sesuatu masyarakat dan bangsa. Natijahnya, ia mampu menjadi satu teori kemasyarakatan yang diterima dan diiktiraf seluruh dunia dalam usaha merangka polisi dan dasar strategik negara dan masyarakat ke arah corak pemerintahan yang lebih baik. Pemikiran beliau juga adalah gambaran yang menunjukkan apakah sebenarnya konsep dan cara pemikiran yang lebih sistematik dan tersusun. Ini juga bersesuaian dengan apa yang masyarakat moden fahami sekarang sebagai pemikiran saintifik.
Pemikiran saintifik adalah satu bentuk kaedah dalam berfikir yang lebih sistematik dan teratur dari segi operasinya, serta menepati spesifikasi atau kaedah yang saintifik yang telah ditetapkan. Operasi pemikiran saintifik adalah diasaskan oleh tahap pemikiran kognitif aras tinggi yang meliputi keupayaan untuk meneliti, mentafsir, meramal, menilai, merumus dan merancang bagi menghasilkan keputusan baru yang lebih baik dalam sesuatu aktiviti atau isu dalam kehidupan. Dari segi perkembangan individu manusia, tahap perkembangan ini mula terbentuk secara berperingkat, sejak fasa awal pertumbuhan kanak-kanak, dalam sekitar usia dua tahun dan keupayaan tersebut mencapai tahap matang pada peringkat awal remaja, iaitu sekitar 12 atau 15 tahun.
Namun, keupayaan pemikiran untuk beroperasi dengan pendekatan ini boleh diperkukuhkan sejak awal usia kanak-kanak lagi, tetapi dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif. Sememangnya kreativiti dan inovasi amat berkait rapat dengan pemikiran saintifik kerana proses dan operasi pemikiran tersebut akhirnya berjaya untuk mencetuskan beberapa idea, produk, sistem atau perkhidmatan yang baru, yang lebih mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan dalam kehidupan manusia sejagat.
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT juga sebenarnya adalah terhasil daripada pemikiran sains. Penguasaan ke atas teknologi ini juga telah mempengaruhi dan membentuk corak pemikiran dan kehidupan umat manusia. Sesiapa yang menguasai teknologi ICT, sebenarnya ia telah menguasai dunia.
Kita mengharapkan umat Islam adalah peneraju bidang ini dan bidang-bidang sains lain yang hanya akan terlaksana apabila menguasai pemikiran saintifik dalam kehidupan, sebagaimana yang disarankan dalam al-Quran dan hadis. Ia adalah contoh jelas kepada inovasi dan kreativiti yang terhasil dari menguasai pola pemikiran saintifik yang diajarkan Rasul SAW.
Pengasas syarikat Apple, Steve Jobs pernah menyatakan bahawa innovation distinguishes between a leader and a follower. Kita masih menunggu masa di mana umat Islam adalah peneraju dan pemimpin dalam perkara ini, bukan sekadar pemerhati dan pengikut, dengan menguasai pemikiran sains. Selamat menyambut Awal Muharam (Maal Hijrah 1438).
PENULIS ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Post a Comment