SETIAP kali cuti maka rumah-rumah menjadi kosong dan lebuh raya menjadi pasaraya. Semua mengambil peluang balik ke kampung tidak kiralah ia cuti perayaan kaum lain.
Tahun ini cuti Tahun Baharu Cina seminggu lebih melibatkan sesi persekolahan. Untuk yang bekerja diberi dua hari cuti namun disambung dari Sabtu hingga Selasa.
Sesungguhnya cuti membuka ruang untuk adik-beradik kembali bertemu bagi mengadakan majlis tahlil ibu bapa yang sudah lama meninggal dunia.
Dalam masa yang sama pelbagai program seperti sesi karaoke dan bersembang mengimbas kenangan silam diadakan.
Pengalaman teman yang jarang pulang ke kampung kerana komitmen kerja dan lebih suka mendaki gunung bersama rakan telah menyebabkan hubungan dengan keluarga sendiri renggang. Hinggakan ketika ibunya meninggal dunia, beliau tidak dapat pulang kerana berada di puncak gunung.
Dalam keadaan masyarakat yang kini mementingkan media sosial hingga media perdana dipandang sebelah mata, hubungan keluarga semakin menjadi hangat-hangat tahi ayam.
Baru sampai dari bandar, salam tangan adik-beradik, selepas makan malam sudah masuk ke bilik.
Bukan untuk tidur tetapi sibuk melayari Facebook.
Itulah kenyataannya.
Media sosial mendekatkan yang jauh tetapi merenggangkan yang dekat.
Amalan ini sudah menjadi barah dalam hubungan kekeluargaan apabila keluarga maya menjadi lebih dirindui daripada orang sekeliing kita.
Jika kita biasa mendengar promosi syarikat telco pelbagai pakej data murah ditawarkan. Sehinggakan waktu untuk melayari media sosial lebih panjang diberikan.
Kedengarannya bagus tetapi membuka ruang untuk reunion maya diraikan semahu-mahunya sehingga mata menjadi lebam akibat berjaga 2 hingga 3 pagi.
Untuk dua hari cuti ini peruntukkanlah masa bersama keluarga jauh dan dekat. Kita tidak tahu nyawa kita esok lusa masih ada atau tidak.
Sewajarnya cuti dimanfaatkan untuk menjadi penampung masa yang hilang bersama keluarga disebabkan kesibukan kita mengejar Indeks Prestasi Utama (KPI) di pejabat sama ada bekerja dengan kerajaan mahupun swasta.
Mungkin kita ketua jabatan mahupun pegawai bergaji besar tetapi kita tetap seorang bapa mahupun ibu di rumah.
Sesungguhnya pada masa harga minyak jatuh ini kita perlu mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung menemui kaum keluarga mahupun bersiar-siar bersama anak-anak.
Walaupun terpaksa bersesak-sesak di zaman kasih sayang semakin terhakis akibat cinta media sosial yang semakin menggila, pulanglah ke desa tercinta tanpa syarat.
Mungkin duit tol yang menjadi batu penghalang namun apa yang penting hubungan kekeluargaan tidak akan mati.
Bila sampai di rumah keluarga, tinggalkan gajet sehari dua di dalam beg pakaian mahupun di dalam dash board kereta. Bukan sahaja suami isteri malahan anak-anak diharamkan memegang i-Pad mahupun komputer peribadi.
Bawa-bawa berbual dengan datuk dan nenek yang entah bila boleh berjumpa lagi.
Sembang-sembanglah dengan mereka sejarah kampung.
Tanyakan pengalaman mereka membesarkan ibu atau bapa kita hingga mampu memberi pendidikan sampai ke tahap ijazah mahupun sarjana.
Sebagai kesimpulan, janganlah kita taksub dengan gajet dan dunia maya hingga gagal berpijak di dunia nyata.
Gunakan cuti yang berharga untuk merapatkan silaturahim bersama anak mahupun leluhur kita. Jangan sampai lemas di dalam dunia maya.
Berikan hak kasih sayang kepada yang berhak.

Post a Comment