SELAMAT Tahun Baharu 2016. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun 2015 dan tahun-tahun
sebelumnya. Kepada yang berjaya memenuhi azam dan tekad yang ditanam sepanjang tahun lalu, tahniah! Kepada yang masih tertunggak, lupakan azam yang tidak kesampaian itu dan pasanglah azam baharu.
Syukurlah, jendela tahun 2016 dibuka dengan tenang tanpa apa-apa tragedi atau kejadian menyayat hati. Tahun lepas, 2015 disambut dengan rasa dukacita ekoran kejadian banjir besar di negeri-negeri Pantai Timur terutama di Kelantan. Seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan dengan mangsa-mangsa banjir yang terlibat. Kesannya masih terasa sehingga sekarang.
Tahun 2016 dijangka terus menjadi tahun yang mencabar bagi setiap orang. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu rentaknya, berikutan kejatuhan teruk harga minyak di pasaran dunia, isu kos sara hidup rakyat akan terus mewarnai tahun baharu ini.
Isu peningkatan kos hidup terutama golongan miskin, berpendapatan rendah dan sederhana benar-benar meresahkan. Tempiasnya turut dirasai semua orang. Harga barang keperluan seharian naik mendadak. Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan dijadikan alasan oleh para peniaga dan pemborong untuk menaikkan harga barangan keperluan dan perkhidmatan. Keluhan ini dapat didengari di mana-mana sahaja.
Beberapa pengumuman tentang kenaikan kadar tol, tambang pengangkutan awam serta beberapa perkhidmatan lain turut menambahkan resah rakyat. Agensi penguatkuasa yang terlibat dilihat seperti tidak berdaya melawan perbuatan segelintir peniaga yang bertindak menaikkan harga barangan keperluan. Walaupun harga minyak dunia jatuh teruk, harga barang tidak pula turun malah terus ‘mencanak-canak’.
Menyedari isu ini terus membelenggu hidup rakyat, kerajaan beberapa hari lalu mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi bagi membincangkan usul dan pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menangani kos sara hidup rakyat. Sebelum ini pada Julai 2011, kerajaan mewujudkan NKRA Menangani Kos Sara Hidup juga bagi menangani isu yang sama. Tidak dapat dipastikan apa sudah jadi kepada NKRA berkenaan.
Semoga jawatankuasa peringkat tertinggi yang akan diwujudkan kelak berhasil tampil dengan satu pendekatan atau mekanisme bagi membantu golongan atau kumpulan yang paling teruk terkena berikutan peningkatan kos sara hidup ini.
Penyelesaian itu nanti bukanlah melibatkan syor-syor ‘tidak masuk akal’ dan ‘menyakitkan hati’ seperti cadangan melakukan dua, tiga, empat atau lima pekerjaan lain sebagai jalan bagi menambah pendapatan. Bukan semua orang mampu melaksanakan dua, tiga atau empat kerja dalam satu masa waima pekerjaan kedua, ketiga atau keempat itu hanyalah ‘perniagaan dalam talian’.
Untuk tahun 2016 ini, ahli-ahli politik yang mahu kelihatan menonjol dan terkehadapan dalam memperjuangkan isu rakyat tolonglah hindarkan diri daripada mengeluarkan idea-idea sedemikian lagi. Dan cukuplah mempersalahkan media jika kenyataan sedemikian ‘menikam diri’ sendiri.
Melihat kepada situasi yang sudah berlaku pada tahun lalu, setiap orang sudah dikira bersedia mengharungi tahun 2016 dengan lebih cekal dan lebih tabah, termasuk kemungkinan berhadapan dengan satu suasana yang lebih ‘perit’. Apa yang berlaku pada 2015 sudah pasti banyak membantu mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran baharu.
Pada masa yang sama, setiap rakyat perlu memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup rakyat. Jangan sesekali mudah berputus harap. Walaupun laporan segelintir media sosial tentang isu ini kedengaran ‘menakutkan,’ setiap orang perlu bertenang dan tidak mudah goyah dengan cerita-cerita sedemikian.
Sejak isu kos sara hidup rakyat timbul beberapa tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan banyak pendekatan bagi membantu mengurangkan beban hidup kumpulan tersebut. Usaha seumpama itu sudah pasti akan berterusan sehingga kesannya dapat dirasai golongan sasaran. Percayalah, kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini sentiasa mendengar denyut nadi dan berkongsi jerih perih rakyat.
- utusan.com.my

Post a Comment