Headlines News :
Home » » Percaturan berani Sabella

Percaturan berani Sabella

Written By zabidi on Wednesday 11 June 2014 | June 11, 2014

PENYERANG Carlos Tevez tiada dalam senarai awal 30 pemain Argentina ke Piala Dunia 2014 di
Brazil, Jun ini. Sekalipun Tevez membantu kelabnya Juventus merangkul gelaran Liga Itali musim ini, namun ia nampaknya tidak cukup untuk memikat jurulatih Argentina, Alejandro Sabella.

Lagipun Sabella tidak pernah memanggil mahupun menyenaraikan bekas ayam tambatan itu ke dalam pasukan kebangsaan sejak mengemudi skuad tersebut pada 2011.

Sabella, sebaliknya memilih menyenaraikan Ezequiel Lavezzi dan Rodrigo Palacio sebagai pemain gantian untuk ayam tambatan Argentina, Lionel Messi, Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero.

Semuanya dalam senarai Sabella sebelum beliau memuktamadkannya kepada senarai 23 pemain pada 2 Jun ini, tarikh akhir yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). “Maaf saya terpaksa menggugurkan beberapa pemain terbaik," kata Sabella tanpa menamakan pemain yang dimaksudkannya.

Selain Tevez, pemain tengah berpengalaman, Esteban Cambiasso dari Inter Milan turut tiada dalam senarainya, sebaliknya memasukkan pemain Manchester City, Martin Demichelis yang tidak beraksi bersama pasukan kebangsaan Argentina selama dua tahun.

Pada ketika Argentina dilihat terlalu kuat di bahagian serangan, pasukan itu sebenarnya lemah di bahagian pertahanan.

Sergio Romero masih kekal menjadi penjaga gol No. 1 Sabella sekalipun dia bukan dalam senarai utama kelab yang diwakili, Monaco.

Pemain tengah Boca Juniors, Fernando Gago turut tersenarai walaupun dilanda kecederaan. Gago cedera lutut kiri dalam Liga Argentina, bulan lalu. - Agensi
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER