Headlines News :
Home » » Tragedi hitam pesta air

Tragedi hitam pesta air

Written By zabidi on Tuesday 6 May 2014 | May 06, 2014

Oleh NORHANA FARIZA HARUN


PESTA air merupakan sambutan Tahun Baru disambut di negara Asia Tenggara seperti Thailand,

Ia digelar pesta air oleh masyarakat Barat kerana pada hari tersebut, orang ramai akan membaling air antara satu sama lain sebagai sebahagian daripada upacara pembersihan sempena menyambut tahun baru.


Secara tradisinya, orang ramai hanya memercikkan air sebagai tanda hormat, namun hari ini mereka membaling air kepada orang ramai yang tidak dikenali dan pada kenderaan yang lalu lalang.

Akibatnya, pelbagai kemalangan jalan raya melibatkan kematian dilaporkan sepanjang perayaan ini berlangsung. Setiap tahun statistik kemalangan dan kematian terus meningkat meskipun kerajaan mengambil langkah untuk menanganinya.

Bagi keluarga mangsa yang menjadi korban dalam nahas jalan raya semasa sambutan pesta ini, ia nyata menjadi kenangan pahit walaupun sebenarnya sambutan tahun baru sepatutnya dirai dengan penuh meriah.

Songkran tujuh hari paling bahaya

Di sebalik kekecohan politik yang seolah-olah tiada berkesudahan di Thailand, rakyat di negara tersebut baru-baru ini mengetepikan perbezaan fahaman politik mereka bagi meraikan pesta air Songkran yang juga menandakan Tahun Baru Thailand.

Festival Songkran disambut setiap tahun pada bulan April di mana mereka percaya bahawa aktiviti membaling air dapat membasuh semua perkara buruk. Jika ia disambut secara tradisional, air yang dibaling kadang kala mempunyai wangian tersendiri kerana diisi herba.

Bagaimanapun, selain kegembiraan menyambut pesta itu, ia juga merupakan satu tempoh yang menyaksikan peningkatan kemalangan jalan raya hingga digelar ‘Tujuh hari berbahaya’ oleh pihak berkuasa.

Walaupun kerajaan ada melancarkan kempen kematian sifar Songkran, namun ia tidak pernah berjaya.

Tahun ini Songkran disambut pada 11 hingga 18 April, dan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra terus berharap agar tujuh hari itu mencatatkan tragedi jalan raya yang minimum. Tetapi angka kematian dan kemalangan terus meningkat saban tahun.

Sebanyak 322 orang terbunuh sepanjang tujuh hari pesta berlangsung, dan jumlah itu adalah hanya kurag satu angka daripada kematian tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri Charupong Ruangsuwan berkata, sejumlah 2,992 kemalangan turut dicatatkan dan ia meningkat 164 kes berbanding tahun lalu. Manakala, bilangan cedera naik kepada 3,225 orang.

“Usaha kami untuk mengurangkan jumlah kemalangan agak memuaskan. Kerajaan juga telah bertekad menguatkuasakan penguat kuasaan undang-undang terutamanya terhadap pemandu mabuk dan pemandu melebihi had laju,” katanya.

Ketua Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana, Chatchai Promlert turut memaklumkan pihak berkuasa wilayah akan terus menilai keperluan bagi mengelakkan kemalangan dan merangka langkah-langkah pencegahan.


Kontroversi Songkran 2014

Sambutan Singapura

Sambutan Singapura 2014 iaitu acara pesta air dua hari gaya Songkran telah dirancang di Singapura dan ia telah diangkat sebagai parti pesta air terbesar di sana.

Bagaimanapun, kontroversi muncul apabila Timbalan Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Vilaiwan Twichasri mendakwa Thailand memegang hak eksklusif untuk meraikan Songkran, dan merancang mengadakan perbincangan bersama pegawai Jabatan
Harta Intelek, Kementerian Perdagangan serta Kementerian Kebudayaan untuk membincangkan potensi tuntutan mahkamah.

Ketua Jabatan Promosi Kebudayaan Chai Nakhoncai menunjukkan bahawa Songkran merupakan perayaan tradisional yang dikongsi banyak negara di Asia Tenggara, manakala ahli sejarah Charnvit Kasetsiri menyatakan tidak ada negara boleh menuntut pemilikan tradisi
tersebut.

Pada 25 Mac, kerajaan Singapura campur tangan dan perayaan ditetapkan selama satu hari tanpa mengandungi aktiviti melibatkan membaling air.

Berbogel di khalayak ramai

Dua rakyat Thailand ditahan kerana didakwa mendedahkan dada di khalayak ramai di wilayah Pitsanulok.

Imej mereka disebarkan di internet dan mendapat kritikan daripada orang ramai. Mereka didakwa atas kesalahan melakukan pendedahan tidak sopan dan didenda.


91 korban Thingyan

Sementara itu di Myanmar, 91 orang terbunuh dan lebih 758 yang lain cedera akibat kemalangan jalan raya dan kejadian jenayah semasa sambutan pesta air Thingyan di negara terbabit.

Sepanjang empat hari sambutan iaitu pada 13 hingga 17 April, Myanmar mencatatkan sebanyak 333 kes kemalangan jalan raya, 33 pembunuhan dan 13 kes rogol di seluruh negara.

Jurucakap Pasukan Polis Myanmar, Win Sein berkata, sehari selepas sambutan berakhir kes jenayah di negara itu mencecah 836 kes.

“Sepanjang pesta Thungyan, terdapat lebuh 17 kes jenayah dan lapan kecederaan berkaitan perayaan berbanding tahun lalu. Bagaimanapun, jumlah kematian menurun sebanyak 17 kes.

“Pihak kami berungkus lumus meningkatkan ciri keselamatan bagi mengurangkan kemalangan dan kes jenayah berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Manakala bilangan kes berkaitan jenayah sepanjang sambutan Thingyan berjumlah 194 kes, pembunuhan 15 kes dan kecederaan 198 kes.

Menurutnya, pergaduhan semasa bermain air dikira sebagai jenayah berkaitan Thingyan.

Jambatan runtuh, 350 maut

Myanmar, Kemboja, Laos dan Yunnan di China.
Lebih 350 orang maut dan lebih 329 orang cedera dalam rempuhan selepas sebuah jambatan runtuh semasa sambutan pesta air Bon Om Touk atau pesta air Kemboja pada 22 November 2010.

Difahamkan, runtuhan bermula selepas beberapa orang terkena kejutan elektrik di atas jambatan kecil dipenuhi lampu yang menghubungkan Phnom Penh ke sebuah pulau berdekatan.

“Terlalu ramai di atas jambatan menyebabkannya runtuh dan mereka yang berada di tengah-tengah jatuh. Ketika cuba menyelamatkan diri daripada rempuhan, ada di antara mereka menarik wayar untuk berpaut mengakibatkan ramai yang manti kerana kejutab elektrik,” menurut seoramg saksi.

Kenyataan tersebut disokong salah seorang doktor yang merawat mangsa yang mengatakan bahawa kejutan elektrik dan lemas merupakan sebab utama kematian di kalangan mangsa.

Ketika kejadian ribuan orang sedang berkumpul bagi meraikan pesta air dan menonton konsert.

Kebanyakan mangsa dipercayai lemas dan dipijak ketika cuba menyelamatkan diri.

Perdana Menteri Hun Sen menyifatkan tragedi itu sebagai yang terburuk dalam tempoh 31 tahun sejak kejatuhan rejim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot yang membunuh 1.7 juta penduduk.

37 kematian di Laos

Kementerian Keselamatan Awam Laos melaporkan 37 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara semasa sambutan enam hari pesta Tahun Baru Lao atau Pii Mai pada 11 hingga 16 April lalu.

Rekod juga menunjukkan sebanyak 303 kes kemalangan raya dilaporkan dan menyebabkan 544 kecederaan.

Pemandu mabuk dan melanggar undang-undang jalan raya dipercayai menjadi punca utama berlakunya kemalangan.

Ibu negara Laos, Vientiane mencatatkan jumlah tertinggi dengan 47 kemalangan dan menyebabkan kematian enam orang, diikuti wilayah Savannakhet dengan 46 kemalangan dan enam kematian.

Pihak berkuasa tempatan mendapati kemalangan dan kecederaan pada tahun ini meningkat, tetapi jumlah kematian menurun berbanding tahun lalu.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER