Headlines News :
Home » » Magical Moment lagu tema filem Ribbit

Magical Moment lagu tema filem Ribbit

Written By zabidi on Tuesday 6 May 2014 | May 06, 2014

BERSEMPENA dengan pemasaran filem bahasa Inggeris Animasi 3D pertama terbitan KRU Studios berjudul Ribbit untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, KRU Music kini memperkenalkan  lagu tema filem tersebut berjudul Magical Moment.


Apa yang menariknya mengenai lagu tema ini, ia bukan sahaja didendangkan oleh penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor malah ia turut menampilkan kumpulan R&B antarabangsa, Az Yet.

Magical Moment adalah lagu ciptaan Edry Abdul Halim dengan lirik nukilan ahli kumpulan Az Yet sendiri yang terdiri daripada Dion Allen, Shawn Rivera, Kenny Terry dan Claude Thomas.

Ini juga merupakan lagu bahasa Inggeris pertama buat Jac yang dirakam bersama KRU Music selepas merakamkan dua buah lagu Melayu iaitu Sebelah Jiwaku, Jagalah Diri dan Ikut Rentakku sebelum ini.

Bagi kumpulan Az Yet pula, ini adalah satu kemunculan semula yang dinanti-nantikan peminat bukan saja di Asia tetapi  di seluruh dunia.

Filem animasi Ribbit akan dipasarkan pada September 2014 dan menampilkan suara bintang-bintang antarabangsa ternama seperti Sean Astin dari filem Lord of The Rings, Tim Curry serta Russell Peters.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER