Headlines News :
Home » » Lebih mesra pengguna

Lebih mesra pengguna

Written By zabidi on Tuesday 6 May 2014 | May 06, 2014


Oleh Nasuha Badrul Huzaini 


 TELEFON pintar Nokia terbaharu, Nokia X disifatkan sebagai antara telefon pintar yang paling ideal dan berbaloi dengan harganya. Nokia X menggabungkan rekaan Nokia, kualiti dan perkhidmatan Nokia dengan kemampuan untuk mengoperasikan aplikasi Android.

Berikut adalah antara sebab mengapa Nokia X seharusnya menjadi pilihan pengguna:

* Rekaan terkini dan tahan lasak

Model boleh didapati dalam warna terang seperti hijau terang, merah terang, hitam dan putih. Badan telefon pintar itu diliputi oleh karbonat kukuh yang menjadikannya tahan lasak.

* Aplikasi pantas

Inovasi ini dilengkapi aplikasi unik Fastlane. Kelengkapan skrin membolehkan pengguna mengakses aplikasi kegemaran dengan pantas. Selain hanya paparan skrin utama, pengguna Nokia X memperoleh skrin tambahan dengan memaparkan aplikasi terbaru terutama pada pautan media sosial.
* Ciri HERE Drive and Maps

Dilengkapi ciri pemetaan HERE Drive and Maps. Perkhidmatan ini memberikan kemudahan sistem navigasi percuma menerusi telefon pintar berkenaan.

Pengguna tidak perlu bimbang semasa mencari destinasi yang dikehendaki dan walaupun tanpa sambungan data, HERE Maps masih boleh beroperasi secara luar talian di 95 negara.

* Nikmati muzik pilihan

Pengguna boleh menikmati ciri Nokia MixRadio yang menawarkan muzik pilihan sendiri tanpa gangguan iklan. Hanya tekan kekunci ‘Play me’ dan nikmati aliran muzik pilihan anda sendiri. Sistem ‘Thumbs up’ dan ‘Thumbs down’, membolehkan anda memilih lagu. Pengguna juga mempunyai pilihan memuat turun lagu kegemaran mereka untuk dimainkan secara luar talian.

* Lebih banyak bonus tambahan

Dengan setiap pembelian Nokia X, pengguna diberikan panggilan Skype percuma sebulan. Selain itu, pengguna juga menerima 10GB simpanan awan pada OneDrive yang membolehkan mereka menyimpan gambar dan maklumat yang boleh diakses pada bila-bila masa.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER