Headlines News :
Home » » Kronologi Sejarah Islam

Kronologi Sejarah Islam

Written By zabidi on Wednesday, 7 May 2014 | May 07, 2014

Kronologi ini bermula daripada detik kelahiran Nabi Muhammad saw. sehingga kejatuhan Khalifah
yang terakhir, Khalifah Uthmaniah.

ZAMAN NABI MUHAMMAD

570M – 12 Rabiul awwal Nabi Muhammad saw. dilahirkan di Mekah.
610M – 17 Ramadan Turunnya wahyu pertama di Jabal Nur (Iqrak)
614M – Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir – Mengalahkan Rom.
616M – Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al
618M – Rom mengalahkan Parsi
620M – Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87
621M – Perjanjian Aqabah I – 12 orang penduduk Yathrib berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. Mus’ab dihantar sebagai naqib ke Yathrib.
622M – Perjanjian Aqabah II – 73 orang Yathrib termasuk dua orang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
622M – Nabi saw. berhijrah ke Madinah – membentuk Kerajaan Islam Madinah
624M / 2H – Peperangan Badar
625M / 3H – Peperangan Uhud
627M / 5H – Peperangan Khandaq/Ahzab
627M / 5H – Peperangan Yahudi Bani Quraizah
628M / 6H – Nabi melaksanakan Umrah – Perjanjian Hudaibiyah -
630M / 8H – Fathul Makkah
630M / 8H – Peperangan Tabuk
630M / 8H – Peperangan Muktah
632M / 10H – Nabi melaksanakan Haji Wadak
632M / 11 H – Wafatnya Rasulullah saw. pada usia 63 tahun

KHULAFA’ AL-RASYIDUN

632M – Abu Bakar dilantik menjadi khalifah (2 tahun, 3 bulan).
• Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria.
• Perang Riddah – Selepas kewafatan Nabi utk memerangi golongan tidak membayar zakat,golongan yang murtad dan nabi palsu, banyak berlaku di kawan selatan Hijjaz
633M – Pengumpulan Al Quran bermula atas cadangan Umar disebabkan ramai huffaz syahid dalam medan peperangan
634M – Abu Bakar meninggal dunia. Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah (10 tahun). Penaklukan Damsyik.
635M – Penawanan Madain.
636M – Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637M – Mesir ditawan oleh Amru Al-Ash
638M – Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640M – Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M – Umar syahid akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah, seorang Parsi sewaktu menjadi imam ketika solat di Masjid Nabawi. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah (12 tahun).
645M – Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M – Kempen menentang Byzantine.
647M – Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
656M – Uthman syahid dibunuh. Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah (5 tahun). Terjadinya Perang Jamal.
657M – Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah.
661M – Ali meninggal. Tamatnya pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

KERAJAAN BANI UMAYYAH – PERLUASAN EMPAYAR (661-750M)

661M – Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummayyah.
670M – Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M – Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M – Muawiyah meninggal. Yazid I menaiki takhta.
700M – Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M – Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M – Penaklukan Multan.
716M – Serangan ke atas Constantinople.
717M – Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M – Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M – Kekalahan tentera Umayyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiah.
750M – Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiah. Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah.

KERAJAAN BANI ABBASIAH – USTAZIATUL ALAM

752M – Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiah.
755M – Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M – Abd ar-Rahman I (dari Bani Umayyah) menjadi Sultan/Amir di Sepanyol.
763M – Penubuhan kota Baghdad sebagai pusat pemerintahan Bani Abbasiah
786M – Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
• Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penerjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
o Mengandungi berjuta jilid buku , 36 perpustakaan, 100 penjual buku
• Beliau melihat awam hitam berarak melepasi istananya di kota Baghdad. Beliau tersenyum dan berkata,”Wahai awan, pergilah ke mana saja dan curahkanlah airmu di mana saja pelusuk bumi ini, nanti hasil tanamannya akan sampai kepada aku”
792M – Serangan ke atas selatan Perancis.
800M – Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M – Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
809M – Harun al-Rashid meninggal. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M/170H – Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma’mun. Al-Amin terbunuh dan Al- Ma’mun menjadi khalifah.
873M – Al-Kindi → Banyak memberi komen kepada buku-buku Aristotle dan Plato
1000M – Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M – Multan dan Ghur ditawan.
1055M – Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M – Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M – Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
1095M – Perang Salib pertama berlaku.
1099M – Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M – Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M – Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M – Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M – Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol). Ferdinand dan Ratu Isabel berjaya mengalahkan tentera Islam
1258M – Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk dibunuh. Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah. Dua juta mati dibunuh, pembakaran berlangsung selama 40 hari

EMPAYAR TURKI UTHMANIAH

1243M – Bangsa Turki yang hidup secara nomad, menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M – Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M – Uthman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Uthmaniah.
1345M – Turki Saljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M – Tentera Uthmaniah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M – Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniah di Ankara.
1451M – Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M – Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M – Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
• Sultan yang kuat keimanan, berpegang kepada Islam dgn utuh. Memperkenalkan undang-undang Islam (Qanun)
• Menakluk kawasan yg paling banyak: Eropah → Hungari, Beograd, Albania, Yunani, Romania, Serbia dan Bulgaria, dan majoriti kawasan Arab
• Selepas zaman Sultan Sulaiman bermula kembali era kemerosotan Islam
1526M – Perang Mohacs. Raja Perancis ditawan dan tiada siapa yg mampu membebaskannya hinggakan Perancis memohon lindungan Khalifah
1529M – Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M – Perang Lepanto berlaku.
1641M – Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M – Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M – Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M – Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1793M – Sultan Selim III mengumumkan “Pentadbiran Baru”.
1798M – Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M – Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M – Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M – Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M – Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniah di Navarino.
1829M – Perjanjian Adrianople.
1830M – Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M – Konvensyen Selat.
1878M – Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M – Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniah sekular dihidupkan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M – Perang Balkan pertama
1913M – Perang Balkan kedua.
1914M – Empayar Uthmaniah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah. Inggeris menguasai Gallipoli dan menyerang Islambul
1923M – Sistem Khalifah dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Sekular.
1924M – Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniah.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER