SECARA umumnya ini adalah tahun yang cukup mencabar kepada kerajaan. Pelbagai peristiwa suka duka yang berlaku sepanjang tahun merangkumi aspek ekonomi, sosial dan politik menyebabkan pihak kerajaan terpaksa berfikir di luar kotak dan mengambil pelbagai tindakan kurang popular serta di luar kebiasaan agar dapat meneruskan keyakinan dan kepercayaan rakyat.
Kegawatan ekonomi yang meruncing sehingga nilai mata wang jatuh dan tidak stabil, bilangan peluang pekerjaan yang secara relatifnya masih sedikit yang menyebabkan jumlah penganggur semakin meningkat, masalah perpaduan kaum yang dilihat terus menjadi duri dalam daging serta isu politik dalaman baik UMNO mahu pun parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain di samping kemunculan parti-parti baharu menjadikan 2016 sebagai antara tahun yang dikira cukup genting bagi survival politik baik, BN mahupun negara secara keseluruhannya.
Justeru pembentangan Bajet 2017 pada kali ini dinantikan oleh seluruh lapisan masyarakat bagi melihat sejauh mana komitmen kerajaan dalam melakar inisiatif supaya terus menjamin kesejahteraan dan dapat mengurangkan beberapa masalah rakyat yang dilihat agak kritikal terutamanya membabitkan peningkatan beban kewangan yang seterusnya akan menentukan kemampuan sama ada pihak kerajaan dapat terus menarik sokongan dan keyakinan rakyat ataupun sebaliknya. Malah cakap-cakap orang politik bahawa kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal diadakan pada tahun hadapan juga dilihat bakal mempengaruhi intipati pembentangan bajet kali ini.
Antara isu yang cukup sensitif adalah peningkatan kos sara hidup. Peningkatan kos sara hidup berlaku secara mendadak dan dilihat semakin sukar dikawal. Keadaan ini menunjukkan rakyat umpama tersepit dalam kehidupan yang semakin mencabar. Keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan nilai mata wang kita juga tidak stabil, ini akhirnya menyebabkan harga barangan meningkat secara mendadak sekali gus mengurangkan nilai pegangan wang tunai dalam kalangan rakyat.
Penduduk bandar yang tergolong dalam kategori miskin bandar dan berpendapatan rendah dan sederhana misalnya walaupun suami dan isteri bekerja masih belum mampu menampung kos sara hidup seisi keluarga yang merangkumi kos wajib seperti ansuran pinjaman perumahan ataupun sewa rumah, ansuran kereta, perbelanjaan persekolahan anak serta perbelanjaan makan dan minum seharian seisi keluarga.
Maka diharapkan pihak kerajaan dapat tampil dengan perancangan jangka panjang dan penyelesaian yang lebih realistik supaya dapat mengatasi masalah ini seterusnya mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Dalam hal ini, di samping berharap ada penambahbaikan dalam pelbagai bantuan kewangan termasuk pengurangan dalam cukai pendapatan, kita juga mahu kerajaan terus mengawal peningkatan harga barangan serta menambah bilangan peluang pekerjaan demi survival kehidupan rakyat negara ini.
Hakikatnya, keperluan golongan miskin dan sederhana bandar (B40 dan M40) perlu diberi perhatian khusus dalam bajet kali ini kerana mereka ini cukup terkesan akibat kenaikan kos sara hidup.
Dalam konteks ini penulis tertarik dengan pandangan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mahukan kerajaan fokus ke arah memperkukuhkan kelangsungan ekonomi negara dengan memberi penekanan kepada aspek inovatif ekonomi. Kata beliau, tanpa hala tuju jelas dalam aspek inovatif ekonomi, Malaysia berdepan risiko ditinggalkan Indonesia dan Vietnam selepas turut ‘dikalahkan’ Korea Selatan walaupun suatu ketika dilihat mendahului.
Korea Selatan berjaya membangunkan modal insan melalui inovatif ekonomi yang sekali gus membolehkan mereka mengatasi kita kerana inovatif ekonomi melahirkan modal insan yang kreatif dan sekarang negara itu menguasai pelbagai sektor di dunia. Justeru diharapkan kerajaan juga akan mempertimbangkan peruntukan lebih strategik untuk sektor pendidikan tinggi negara yang boleh menjadi pelaburan bijak jangka panjang dalam melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif.
Pada masa sama, isu pemilikan rumah harus terus diberikan perhatian khusus dalam bajet kali ini.
Rumah adalah keperluan asas setiap rakyat namun kenaikan harga rumah yang mendadak terutamanya di kawasan bandar yang boleh dikatakan langsung tidak masuk akal menyebabkan majoriti penduduk miskin bandar ataupun golongan sederhana masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Dalam konteks ini, kerajaan perlu bertindak di mana ketamakan pihak pemaju perumahan wajar disekat secara serius agar perkara ini tidak berlarutan. Di samping itu diharapkan lebih banyak lagi perumahan mampu milik dapat disediakan oleh kerajaan di tanah milik kerajaan terutamanya di lokasi-lokasi strategik berserta dengan kemudahan pinjaman perumahan khusus untuk golongan miskin dan berpendapatan sederhana di kawasan bandar.
Semoga Bajet 2017 mampu menjadi bajet berjiwa rakyat, berpaksikan rakyat dan boleh menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya yang mencakna dan memenuhi keperluan, tuntutan dan harapan rakyat marhaen yang dilihat semakin tersepit dan terhimpit untuk meneruskan kehidupan seharian.
PENULIS ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Post a Comment