Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba, pasti pelbagai makanan yang akan kembali membanjiri
bazar Ramadan. Lebih menarik lagi jika anda sudah habis ganti puasa. Eh.
Ketika bulan Ramadan, kami memang suka sangat pergi bazar pada waktu hendak azan. Ini tips masa belajar dulu-dulu.
Sekarang mana sempat pergi bazar, makan masak sendiri saja di rumah.
Tapi kenangan pergi bazar memang ada sebab pasti ada hidangan wajib yang akan keluar.
1. Roti John
Penangan roti John ini memang boleh buat orang beratur panjang. Siapa kata menu simple tidak boleh buat duit? Untung pak cik John masa bulan puasa
2. Murtabak
Muratabak tiba-tiba jadi sangat famous ketika bulan puasa. Untung orang berniaga murtabak.
3. Nekbat
Nekbat merupakan makanan atau kami sifatkan manisan, macam bahulu makan dengan air gula. Biasanya nekbat akan ada pada bulan puasa di Pantai Timur. Manis sungguh nekbat ini, serius. Patutlah gadis-gadis pantai timur manis-manis, eh.
4. Kurma
Kurma memang menjadi makanan utama ketika sahur sehinggalah dijual di bazar Ramadan. Kami diet makan kurma hari-hari.
5. Ayam Golek
Ayam golek memang champion masa bulan puasa. Pukul 2 petang sudah buka meja, dan ayam pun mula bergolek. Siap ada yang kena ambil nombor dan beratur tahu untuk beli ayam golek
6. Nasi Beriyani
Tidak tahulah sama ada nafsu atau memang nasi beriyani memang sedap dimakan hanya pada bulan puasa.
7. Kambing Golek
Kambing golek memang cepat habis kalau dijual di bazar. Kami pun tidak faham kenapa. GST juga tapi kambing telan juga.
8. Air Tebu
Wah, ini favourite kami! Memang kena ada masa buka puasa air tebu. Tapi pernah tertipu kena air tebu yang guna kordial. Kurang asam betul.
9. Ayam Percik
Ayam percik mana boleh lupa. Dapat pula yang panas-panas baru siap masak. Aduh, menduga sungguh.
Kemeriahan yang dikongsikan pada bulan Ramadan memang menarik, lebih-lebih lagi jika makan berbuka dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Cuma, pada bulan puasa kali ini, kita cuba elakkan pembaziran ketika berbuka. Kadang-kadang nafsu saja lebih, bukan?
http://zabidi-morad.blogspot.com/
9 Juadah Wajib Anda Pasti Jumpa Di Bazar Ramadan
Written By zabidi on Monday, 15 June 2015 | June 15, 2015
Labels:
Santai
Post a Comment