Headlines News :
Home » » Tenang dan nyaman di Port Dickson

Tenang dan nyaman di Port Dickson

Written By zabidi on Tuesday, 6 May 2014 | May 06, 2014

JIKA mahu berehat di tepi pantai yang mana lokasinya berdekatan ibu kota, maka destinasi yang

dituju adalah Port Dickson, Negeri Sembilan. Kita hanya perlu memandu kurang dua jam dari kesesakan ibu kota untuk menjejakkan kaki di mana-mana lokasi hotel dan resort yang banyak terdapat di sepanjang pantai Port Dickson yang lebih dikenali sebagai PD.


Baru-baru ini, penulis bersama rakan berpeluang berkunjung ke PNB Ilham Resort, Port Dickson untuk merasai sendiri keunikan bercuti di lokasi berkenaan. Penulis tiba agak lewat berbanding rakan-rakan kerana perlu menguruskan beberapa perkara di ibu kota terlebih dahulu.

Kami menginap di bilik yang selesa dan terasa sungguh tenang kerana bukan setakat biliknya yang cantik, malah pemandangannya yang menghadap laut sangat mengasyikkan. Terlupa seketika soal kerja dan kesibukan kota.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti abseiling, repelling dan membuat rakit sendiri di laut. Bagi yang tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti sedemikian, lokasi ini sangat sesuai untuk anda kunjungi.

Selepas makan malam, penulis berkesempatan untuk ke pantai berdekatan. Waktu malam sebegitu, air laut sedang surut dan ketam-ketam kelihatan banyak naik ke darat untuk mencari makanan. Waktu itu, pelbagai telatah dapat kita saksikan terutamanya rakan-rakan yang jarang melihat habitat sebenar ketam.

Dalam keseronakan melayan waktu malam sambil berjalan-jalan, kami diberitahu oleh pemandu arah kami mengenai aktiviti kaki pancing mencari cacing laut untuk dijadikan umpan. Kami singgah untuk melihat sendiri beberapa penduduk setempat mencari hidupan laut berkenaan.

Setelah melihat cara mereka mendapatkan cacing laut, kami pun bergerak pulang ke resort untuk berehat kerana keesokan hari, kami akan memulakan aktiviti yang memerlukan kami mempunyai rehat yang cukup.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER