tag:blogger.com,1999:blog-33465687171837775982024-03-17T02:50:25.546+08:00Berani Kerana Benarzabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.comBlogger617125tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-52619410273501603232024-02-07T12:08:00.007+08:002024-02-07T12:09:27.548+08:00Ketagihan video lucah buat hati jadi gelap, runtuhkan akhlak
Oleh Zuhaimi Abdul Rahim
Di akhir zaman ini, masyarakat didedahkan dengan pelbagai bentuk kandungan dalam media sosial termasuklah video berunsurkan lucah. Pendedahan video lucah kepada masyarakat ini mencetuskan kebimbangan terutama dalam kalangan umat Islam kerana ia boleh meruntuhkan akhlak umat khasnya generasi muda.
Baru-baru ini viral segelintir individu dilihat tidak menghiraukan soal dosa dan pahala sehingga tergamak beraksi lucah di media sosial demi memuaskan nafsu semata-mata. Perbuatan ini tidak wajar bahkan satu perkara sangat keji di sisi Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra' ayat 32 bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan keji dan satu jalan jahat (membawa kerosakan)".
Berdasarkan ayat al-Quran ini, maksud 'jangan mendekati' dalam al-Quran menunjukkan semua sarana membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan patut dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa kecil.
Selain itu, Ibn Kathir dalam tafsirnya menjelaskan Allah SWT melarang hamba-Nya daripada melakukan zina dan perkara membawa dekat kepada zina seperti sebab dan seruannya.
Maka, amat jelas perbuatan lucah menjalinkan hubungan seks sama ada melalui panggilan video dan audio, rakaman suara dan video antara dua individu adalah diharamkan dalam Islam dan wajib ditinggalkan.
Sebagaimana ditetapkan, hukum melihat aurat orang lain adalah haram apatah lagi menonton video lucah atau porno yang sudah terang lagi bersuluh adalah haram hukumnya kerana ia melanggar apa yang termaktub dalam ajaran Islam.
Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur, ayat 30 bermaksud, "Katakanlah (Muhammad) kepada orang lelaki beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa mereka lakukan".
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Pandangan mata itu adalah panah daripada panah syaitan. Sesiapa menahan pandangannya kerana takut kepada Allah, nescaya Allah menggantinya dengan kebahagiaan akan selalu dia rasakan dalam hatinya." (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Hakim)
Melihat kepada ayat al-Quran dan hadis di atas, ia mengandungi maksud kecaman dan cercaan terhadap orang gemar memerhatikan perkara haram. Apabila penglihatan secara tidak sengaja jatuh pada sesuatu diharamkan, seseorang harus segera beralih dan menundukkan pandangan.
Ini bagi mengelakkan diri terjerumus serta terdorong melakukan perbuatan lucah atau aktiviti pornografi.
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakan". (HR Bukhari dan Muslim).
Perbuatan membuat atau menonton video lucah adalah satu perkara sangat keji di sisi Allah SWT kerana boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan seseorang serta menyebabkan seseorang itu mengalami ketagihan seks.
Kesan pengaruh maksiat
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Al-Taubah Ilallah menukilkan tulisan Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa al-Syafi berkenaan kesan dan pengaruh maksiat.
Antaranya ialah segala urusan menjadi sukar dan sulit, hati menjadi 'gelap', melemahkan rangsangan ketaatan, melemahkan akal fikiran serta berasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit.
Berdasarkan kesan dinyatakan di atas, maka hal ini sangat bertepatan seperti dijelaskan Allah SWT dalam Surah Taha ayat ke-124 bermaksud: "Sesiapa berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Susulan daripada isu sedang hangat tersebar sekarang, sebagai ibu bapa serta penjaga seharusnya berusaha untuk mencegah merebaknya pengaruh pornografi daripada perspektif agama bermula keluarga sendiri. Nilai moral sangat perlu ditekankan kepada setiap ahli keluarga.
Keluarga adalah unit terpenting dalam masyarakat memiliki banyak fungsi dan di antara fungsinya sangat strategik adalah pendidikan dan agama. Pendidikan agama harus dimulai daripada keluarga. Pendidikan agama di luar keluarga hanya bersifat pelengkap kepada nilai ditanamkan dalam sesebuah keluarga.
Perlu ditegaskan di sini, pendidikan agama yang hendak ditanamkan kepada anak sejak awal adalah pendidikan agama mengajarkan nilai kemanusiaan sehingga mereka terdorong menjadi manusia bertanggungjawab dan berguna. Ia selari dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia adalah paling berguna bagi sesama mereka".
Kesimpulannya, budaya video lucah ini wajib dibendung dengan segera demi menjamin masa depan baik terutama generasi muda dan demi mengelakkan berlakunya keruntuhan akhlak umat Islam. Sesungguhnya setiap daripada kita pasti tidak terlepas sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan walaupun kecil.
Namun indahnya Islam diwahyukan Allah ini, Dia amat menyukai dan mencintai hamba-Nya bertaubat. Sabda Rasulullah SAW, "Kesemua anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang melakukan kesilapan ialah mereka bertaubat".
Impak kepada kehidupan beragama seseorang itu adalah menjadi manusia berakhlak mulia serta diberkati Allah SWT dalam kehidupannya. Salah satu penunjuk utama daripada akhlak mulia adalah menjauhi perbuatan, perkataan dan perilaku keji serta kotor termasuklah bahan pornografi.
Bahkan, antara ciri-ciri orang beriman adalah mampu mengawal syahwat seperti dinyatakan dalam Surah al-Mukmin ayat 5 bermaksud: "Dan mereka menjaga kehormatannya". Justeru, pengurusan syahwat atau nafsu itu penting bahkan mungkin lebih penting daripada pengurusan hati.
Penulis adalah Pengarah Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-37636831057153678642024-02-07T12:08:00.002+08:002024-02-07T12:08:28.547+08:00Bersikap ihsan kepada warga tua biarpun tiada pertalian saudara
SETIAP insan yang muda akan melalui waktu tua sekiranya dilanjutkan usia atas izin Allah SWT. Al-Quran menjelaskan fitrah kehidupan manusia mencapai usia tua menerusi firman Allah SWT bermaksud: "...Kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak, kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu dimatikan (ketika kecil atau dewasa) dan ada pula dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga tidak mengetahui lagi sesuatu diketahuinya dahulu..." (Surah al-Hajj, ayat 5)
Hakikatnya, tiada seorang insan pun di dunia akan sentiasa berada pada usia muda meskipun menggunakan apa juga produk kesihatan, kecantikan, vitamin antipenuaan atau sebagainya. Setiap bayi dilahirkan akan mengalami proses pembesaran sehingga akhirnya mencapai usia tua.
Di Malaysia, istilah warga emas amat sinonim bagi menggambarkan golongan mencapai usia lanjut serta memiliki kudrat terhad jika dibandingkan dengan golongan lain, terutama kelompok remaja dan belia.
Apabila seseorang mencapai usia tua, kudratnya menjadi amat terbatas. Apatah lagi golongan ini sering dikaitkan dengan keadaan kesihatan amat terbatas sehingga mudah mendapat penyakit sekiranya aspek pemakanan tidak diambil perhatian. Malah, hati dan perasaan golongan ini juga amat sensitif dan mudah tersinggung. Inilah hakikat perlu difahami setiap insan.
Dalam menguruskan golongan warga emas ini, Muslim perlu merenungi firman Allah SWT bermaksud: "Dan Tuhanmu memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (bersopan santun)." (Surah al-Isra', ayat 23)
Setiap anak diperintah Allah SWT untuk berbuat baik kepada kedua orang tua, terutama apabila usia mereka semakin meningkat. Setiap anak dilarang meninggikan suara ketika berbicara dengan ibu bapa, sebaliknya perlu berkata dengan sopan dan tertib.
Mengambil pengajaran daripada ayat daripada Surah al-Isra ini, wajar untuk setiap Muslim bersifat baik dan ihsan kepada warga tua walaupun mereka bukan ibu bapa kandung sendiri.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW menjelaskan menerusi hadis bahawa golongan tua perlu diberi keutamaan dalam hal kebaikan membabitkan mereka. Setiap daripada kita perlu sentiasa mendahulukan mereka sebagai tanda menghormati dan menyayangi mereka.
Diriwayatkan dalam hadis bahawa, pernah satu ketika Rasulullah SAW sedang bersiwak (membersihkan gigi), lalu diwahyukan kepada Baginda untuk mendahulukan orang lebih tua.
Hal ini dijelaskan Ibnu 'Umar katanya: "Aku melihat Rasulullah SAW sedang bersiwak lalu Baginda memberikannya (kayu siwak) kepada orang lebih tua daripada suatu kaum dan Baginda bersabda, 'Sesungguhnya Jibril memerintahkan aku mendahulukan orang lebih tua." (HR Ahmad)
Inilah antara perihal akhlak dan budi pekerti Rasulullah SAW sangat indah. Baginda seorang Rasul utusan Allah SWT terpilih, yang sangat menghormati golongan tua. Kedudukan Baginda sebagai seorang Rasul tidak sesekali menjadikan dirinya mendahului keperluan orang tua.
Hargai hak orang lebih tua
Selain itu, dalam soal memilih imam solat jemaah contohnya, memilih golongan lebih tua dan lebih berusia dalam kalangan jemaah antara kriteria pemilihan perlu diberi perhatian.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Orang menjadi imam solat sekelompok orang adalah paling pandai membaca al-Quran. Jika mereka (jemaah) semuanya sama dalam kepandaian membaca al-Quran, maka lebih pandai terhadap sunah. Jika mereka sama dalam kepandaiannya terhadap sunah, maka lebih paling dahulu hijrah (hijrah ke Madinah). Jika mereka sama dalam hijrah, maka yang lebih tua usianya." (HR Abu Daud)
Hadis ini menjelaskan Islam sangat mementingkan hubungan sesama manusia daripada segenap peringkat usia. Oleh itu, Islam turut mengingatkan umatnya peri penting menghormati dan menyayangi golongan tua atau warga emas.
Pelbagai pihak termasuk badan kerajaan, swasta dan mahasiswa universiti perlu bertindak menunjukkan keprihatinan kepada golongan tua dan tidak sesekali melupakan golongan ini.
Dalam tatacara berinteraksi dengan sesama manusia, Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita lebih menghormati dan menghargai hak orang lebih tua, terutama sudah lanjut usia. Menghormati orang tua dan berusia lebih tua daripada diri kita termasuk dalam adab mulia.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis bermaksud: "Sesiapa tidak mengasihi anak-anak kecil (golongan muda) dan tidak menghargai hak orang tua, dia bukanlah termasuk dalam golongan kami." (HR Bukhari)
Apa yang penting, ibu bapa dan orang dewasa perlu sentiasa menasihati serta mengingatkan golongan muda sama ada murid sekolah atau mahasiswa untuk sentiasa menghormati serta menyayangi orang tua atau warga emas.
Meskipun mereka bukan ahli keluarga sendiri, namun setiap Muslim perlu menyemai rasa kasih sayang kepada golongan ini dan sentiasa bersikap ihsan, apatah lagi kepada ibu bapa sendiri, saudara terdekat dan waris terhampir.
Penulis adalah Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-63519858385700448012024-02-07T12:07:00.004+08:002024-02-07T12:07:53.815+08:00Penjawat awam muda perlu berinovasi urus kewangan
SEJAK mengumumkan bakal memansuhkan skim pencen penjawat awam, ia mencetuskan pelbagai polemik dan persoalan penting terutama mengenai masa depan kewangan penjawat awam, khasnya generasi muda.
Perubahan dasar kerajaan ini turut menimbulkan persoalan sama ada generasi muda baru memulakan perkhidmatan atau bekerja dalam sektor awam tahun ini mampu menyediakan tabungan mencukupi untuk menjamin masa hadapan mereka atau sebaliknya.
Sejak sekian lama, skim pencen kerajaan diwarisi daripada sistem British sebelum ini memberikan jaminan kewangan kepada penjawat awam selepas mereka bersara. Namun, dengan cadangan pemansuhan ini, beban untuk merancang dan menyimpan bagi masa depan kini beralih sepenuhnya kepada bahu penjawat awam itu sendiri.
Langkah ini pastinya menimbulkan lebih banyak cabaran pada masa hadapan, terutama bagi generasi muda yang mungkin belum sepenuhnya bersedia dari segi kemampuan kewangan. Berdasarkan keputusan terbaru ini, generasi muda penjawat awam dihadapkan dengan realiti mereka perlu lebih proaktif merancang kewangan.
Mereka harus mengambil langkah pengurusan kewangan berkesan seperti melabur dalam skim simpanan persaraan swasta, mengawal perbelanjaan dan mengambil insurans untuk perlindungan masa depan. Namun, ini semua memerlukan pengetahuan kewangan mendalam dan disiplin konsisten.
Dari sudut pandangan lain, situasi ini juga membuka peluang untuk memberikan pendidikan pengurusan kewangan lebih baik dalam kalangan generasi muda. Ketika dunia bergerak pantas pada masa kini, penting bagi mereka untuk memahami asas pengurusan kewangan, pelaburan dan perancangan untuk masa depan.
Inisiatif kerajaan dan sektor swasta dalam menyediakan sumber pendidikan serta nasihat kewangan adalah sangat penting dalam membantu generasi muda bersiap sedia mengharungi cabaran ekonomi dan sosial semakin mencabar.
Di samping itu, perubahan dasar kerajaan ini juga dilihat akan mendorong inovasi dalam produk kewangan ditawarkan sektor swasta. Institusi kewangan mungkin perlu mengembangkan produk simpanan dan pelaburan lebih sesuai selaras penawaran gaji semasa negara untuk keperluan generasi muda dengan risiko dan pulangan yang seimbang. Inovasi ini penting untuk membantu mereka merancang kewangan untuk masa depan.
Walaupun pemansuhan skim pencen kerajaan membawa cabaran kepada generasi baharu penjawat awam, namun ia satu titik tolak kepada perubahan tatakelola perbelanjaan negara dan juga membuka peluang golongan terbabit menambah ilmu dalam pendidikan kewangan tepat serta akses kepada 'alat' perancangan kewangan sesuai.
Dengan cara ini, mereka dapat membangun masa depan lebih stabil dan terjamin dari segi kewangan. Apa yang penting ialah kesediaan untuk belajar, beradaptasi dan merubah paradigma terhadap landskap kewangan sentiasa berubah mengikut peredaran ekonomi dunia.
Penulis adalah Pensyarah Kanan (Pengurusan) Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan Arshad Ayub, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-36411173594797683942024-02-07T09:00:00.001+08:002024-02-07T12:07:10.353+08:00Tak ambil dadah, jangan babitkan ibu bapa – Fatiya Latiff
PETALING JAYA – “Tidak, saya tak ambil dadah.”
Itu yang dipertahankan pelakon Fatiya Latiff menjawab tuduhan netizen kononnya terjenak pengambilan bahan terlarang atau dadah sehingga mengubah personalitinya menjadi tidak tentu arah.
Menurut Fatiya atau nama penuhnya Nur Fathiah Abdul Latiff, 36, orang ramai tidak sepatutnya melemparkan tuduhan sesuka hati kerana khuatir dengan perasaan ibu bapanya sekiranya terbaca perkara sedemikian.
“Janganlah tuduh saya, tak baik. Kasihan ibu bapa saya.
“Kalau anda semua nak buli saya teruskanlah tetapi janganlah cakap perkara yang boleh mengecilkan hati mereka,” katanya dalam sesi siaran langsung baru-baru ini.
Katanya, jangan sesekali membabitkan kedua ibu bapanya dalam setiap oenulisan berkaitan dirinya dalam media sosial.
“Perkara itu ibarat anda main permainan tetapi main tipu (guna jalan singkat untuk menang).
“Janganlah tulis perkara yang boleh malukan umi dan abah saya sebab mereka sudah banyak bersuara dan jangan buat mereka bersuara.
“Anda tidak kenal mereka dan anda tak tahu apa mereka boleh lakukan sekiranya terus menyakitkan perasaan saya. Jangan cakap sesuatu yang boleh cetuskan kemarahan sebab mereka boleh hantar anda ke neraka,” kongsinya.
Terdahulu, nama Fatiya menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.
‘Drama’ panas membabitkan Fatiya seterusnya bersambung sehingga mencetuskan perbalahan antaranya dengan pelakon, Zarina Anjoulie dalam media sosial.
Sikap mengejutkan itu membuat ramai mula melemparkan pelbagai dakwaan dengan menuduh Fatiya sudah dibuang keluarga, mempunyai masalah kesihatan mental dan mengambil bahan terlarang.
Fatiya bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dengan memberitahu dirinya dalam keadaan yang sihat dan hanya mengalami sedikit stres . – KOSMO! ONLINE
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-6230350825666655902023-07-20T09:52:00.001+08:002023-07-20T09:52:06.439+08:00Henti jadikan isu 3R jenaka, momokan tarik sokongan
Oleh Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
- Keghairahan berkempen dalam musim pilihan raya mahupun di luar tempohnya, bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menggunakan alasan hak kebebasan bersuara untuk mewajarkan sebarang tindakan di luar batasan undang-undang.
Sistem demokrasi amalkan di negara ini membenarkan pihak bertanding sama ada secara individu dan mewakili parti termasuk penyokong mereka untuk mengemukakan manifesto agar rakyat terutama pengundi berdaftar dapat membuat pertimbangan sebaiknya calon bakal dipilih ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sistem demokrasi di negara ini tertakluk kepada kedaulatan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, tidak mutlak seperti amalan Westminster.
Dalam bahasa mudah, sistem demokrasi berparlimen di negara kita adalah demokrasi berperlembagaan. Lantaran, mana-mana pihak menguasai jumlah kerusi di Parlimen dan DUN tidak bebas menggubal apa jua rang undang-undang dihasratkan.
Mereka tertakluk pada prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Tindak-tanduk mereka boleh bukan sahaja boleh dihakimi mahkamah, bahkan oleh pengundi kawasan pemilihan masing-masing.
Begitu juga halnya dengan pihak melaksanakan fungsi kedaulatan dari aspek kuasa eksekutif dan kehakiman. Mereka juga tidak bebas berbuat sesuka hati kerana perlu patuh kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.
Prinsip itu amat jelas kerana kuasa semua pelaksana fungsi kedaulatan dalam cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman adalah dibataskan Perlembagaan Persekutuan, bahkan disyaratkan mereka untuk mengikrarkan sumpah berjawatan seperti dalam Jadual Keenam Perlembagaan.
Terdapat tiga bentuk dalam Sumpah Jadual Keenam, iaitu Sumpah Jawatan dan Taat Setia, Sumpah sebagai ahli Parlimen dan Sumpah Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia perlu diikrarkan pihak berkenaan dalam cabang legislatif, eksekutif serta kehakiman.
Sumpah Taat Setia mensyaratkan ahli Parlimen berikrar untuk jujur menunaikan kewajipan jawatan dengan segala daya upaya, menumpahkan taat setia sebenar kepada Malaysia serta memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan.
Sebagai negara Persekutuan menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan dan jaminan diberikan kepada kedudukan Islam sebagai agama negeri, sifat kepemimpinan terpuji dianjurkan agama Islam perlulah menjadi amalan seorang pemimpin politik sama ada berhasrat untuk menjadi ahli Parlimen dan ADUN atau pendukung kepada kepemimpinan masing-masing.
Seruan sedemikian tidaklah salah di sisi Perlembagaan kerana nilai murni juga diajar dalam agama, selain Islam. Prinsip kebebasan beragama menjamin hak untuk hidup beragama dengan sendiri menganjurkan gaya hidup bertatasusilaan dan berkesopanan.
Lebih-lebih lagi seorang ahli Parlimen yang hendaklah pada setiap masa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan, begitu juga halnya dengan ADUN yang dikehendaki berikrar untuk memelihara, melindungi serta mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Perlembagaan Negeri masing-masing.
Justeru, amat perlu dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, semua pemimpin dan petugas pilihan raya mengamalkan sifat Rasulullah SAW, iaitu siddiq (benar), amanah, fatonah (bijaksana) dan tabligh (menyampaikan) serta al-amin (kejujuran dengan amanah diberikan).
Sifat itu menganjurkan setiap orang melaksanakan kempen untuk mengelak daripada ucapan suatu tidak perlu, berdusta, mempolemikkan suatu boleh mendatangkan fitnah, menghasut dan melanggar undang-undang.
Sebaliknya pihak terbabit perlu berusaha meyakinkan pengundi mengenai kemampuan masing-masing untuk menjayakan manifesto berdasarkan prestasi lepas serta pengalaman, kepakaran dan kebijaksanaan yang ada bagi memberikan perkhidmatan terbaik.
Semua pihak juga harus menghormati isu sensitif yang tidak boleh dijadikan barang jenaka atau momokan seperti peranan institusi Raja kerana dikhuatiri boleh berlaku keterlanjuran sama ada disengajakan mahupun tidak.
Kebelakangan ini, isu 3R, iaitu Raja, agama dan kaum sering dijadikan bahan untuk menarik sokongan. Isu berkenaan kian semakin dimainkan sehingga terdapat cubaan menggugat kedudukannya yang sekian lama terpelihara dan dihormati oleh rakyat. Rujukan bolehlah dilihat kepada jumlah kes sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Dari sudut lain, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji untuk membawa rang Undang-undang (RUU) Kesetiaan Sumpah Jadual Keenam Perlembagaan di peringkat Persekutuan, begitu juga terhadap sumpah pelaksana fungsi kedaulatan dalam cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman (contohnya hakim Mahkamah Syariah) di peringkat negeri bagi menetapkan senarai kesalahan termasuk hukuman bagi mereka melanggar sumpah berkenaan.
Intipati kepada kesalahan di bawah RUU itu dicadangkan untuk mengandungi senarai di bawah kesalahan khusus bagi ahli badan legislatif, iaitu pertama, tidak mematuhi tatacara dalam penggubalan undang-undang.
Contohnya, cadangan penggubalan undang-undang dikemukakan di Parlimen tanpa mematuhi Perkara 38(4) mensyaratkan perkenan Majlis Raja-Raja (MRR) terlebih dahulu dalam perkara dinyatakannya.
Kedua, tidak memelihara, melindungi dan mempertahankan peruntukan Perkara 159(5) yang mensyaratkan perkenan MRR dalam perkara dibutirkannya apabila undang-undang itu dilanggar.
Ketiga, membawa dan cuba mengembangkan ideologi, pemikiran, seruan dan kempen untuk menghapuskan prinsip kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan negeri, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri serta perkara diberi jaminan Perlembagaan seperti terjumlah dalam Perkara 38(4) dan 159(5).
Keempat, membangkitkan isu 3R dengan matlamat untuk meraih sokongan secara tidak wajar dan tidak jujur,
RUU berkenaan diharapkan dapat meningkatkan integriti pemain politik kepartian dan semangatnya juga seiring usaha kerajaan meningkatkan faham kenegaraan dalam kalangan pemimpin dan mereka yang dipimpin.
Adab tatasusila dan kesopanan hendaklah diteruskan sebagai budaya kita maka pemimpin wajib memberikan contoh baik. Silalah berkempen, namun jagalah adab.
Profesor Madya Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-45767234364981621932023-05-22T12:14:00.004+08:002023-05-22T12:14:39.244+08:00Pusat, negeri perlu bertekad selesai segera isu air
SEJAK
merdeka pada 1957 sehingga kini atau 66 tahun Malaysia didirikan,
bekalan air menyeluruh dan mencukupi antara isu masih membelenggu
kehidupan rakyat negara ini. Penduduk di Kelantan dan Sabah diketahui
masih dibelenggu masalah tidak mendapat bekalan air terawat sewajarnya
berbanding negeri lain.
Sukar difahami bagaimana pada zaman serba maju dengan teknologi
canggih hari ini masih ada negeri dan penduduk tidak dapat mengecapi
bekalan air terawat secukupnya dan operator syarikat air gagal
mewujudkan sistem rangkaian paip air menyeluruh di sesebuah negeri.
Di Kelantan contohnya, antara punca bekalan air terawat
masih tidak dapat dibekalkan secara menyeluruh kepada rakyat disebabkan
sistem paip air di negeri itu tidak meluas, kekurangan dana memasang
paip baharu atau mengganti paip usang sehingga menyebabkan sering
berlaku kebocoran, sekali gus meningkatkan jumlah air tidak berhasil
(NRW).
Secara tidak langsung, isu kegagalan membekalkan air terawat ini
akhirnya mengheret rakyat ke dalam kancah politik kerana ada parti
'menangguk di air keruh' menjadikan isu air sebagai umpan dan modal
untuk kekal berkuasa tanpa menghiraukan hak penduduk untuk mendapat
bekalan air terawat mencukupi.
Di negeri lain seperti Selangor, bekalan air terawat sering terjejas
disebabkan berlaku pencemaran pada sumber air mentah atau paip bocor
sehingga menyebabkan ribuan pengguna di Lembah Klang menderita dan
menanggung azab hidup tanpa air berhari-hari.
Sukar
difahami bagaimana pada zaman serba maju dengan teknologi canggih hari
ini masih ada negeri dan penduduk tidak dapat mengecapi bekalan air
terawat secukupnya. - Foto hiasan
Dalam pada itu, pengurusan sumber air juga boleh mewujudkan
konflik antara negeri seperti berlaku di Pulau Pinang dan Kedah.
Kedua-dua negeri sehingga hari ini masih bertelagah dalam isu tuntutan
bayaran sumber air mentah yang berlarutan sejak 2010.
Kedah sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang
untuk mengenakan caj air mentah RM50 juta setahun, berikutan Perbadanan
Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat bekalan air dari Sungai Ulu
Muda, berpunca dari Kedah. Kerajaan Pulau Pinang pula dilihat tidak mahu
melayan tuntutan itu.
Pertikaian berterusan apabila Kedah berhasrat membina 14 tangki air
sepanjang Sungai Muda untuk menjimatkan air bagi pengairan padi dan
memastikan bekalan air mencukupi sepanjang musim kemarau tetapi
ditentang Pulau Pinang dan akan mengambil tindakan undang-undang
sekiranya projek itu dilaksanakan atas alasan membahayakan ekonomi serta
mata pencarian penduduk Pulau Pinang.
Melihat kepada pertikaian dan contoh permasalahan berlaku ini,
kerjasama rentas kementerian, jabatan negeri serta Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) perlu diperkukuhkan bagi menamatkan
kemelut dan pertikaian antara pemegang taruh membabitkan komoditi
berharga ini.
Kerajaan Pusat dan negeri perlu ada persefahaman bersama bagi
memastikan pengurusan sumber air dan bekalan air terawat tidak
dipolitikkan untuk kepentingan parti tertentu seperti berlaku sebelum
ini serta ketika ini kerana ia membabitkan kepentingan rakyat.
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-11370525245393973732023-05-22T12:13:00.007+08:002023-05-22T12:13:59.108+08:00Cerpen: Lelaki Pantai dan Sehabis Gerimis
Oleh Mawar Safei
HUJAN
sejak dini seperti selalu akan membekalkan kabut di sepanjang jalan.
Dari titik saya berdiri ini, himpunan sekawan remang seperti berkumpul
jauh di hujung tanjung.
Sengaja saya keluar awal dari kamar rumah tumpangan untuk menyertai
birai pantai sebaik melihat langit mula bergaris jingga. Apa yang di
langit itu seperti turut berombak. Benar, ombak yang sebentar lagi akan
datang dan beralih ke tengah dan akan berkunjung semula. Ombak di
langit. Ombak di dada juga.
Saat langkah mencecah pasir dan sesekali datang riak angin,
saya akan selalu senang untuk mendapatkan satu impian. Saya sering
mengharap akan tersangkut botol kaca di hujung kaki. Lalu dengan tertib
saya menghapus lekat pasir. Ya, seperti dalam novel. Persis lewat filem.
Sehingga botol itu kelihatan mengheningkan dada saya yang sejak
beberapa hari ini asyik bergetar, ya berombak. Ketika meleraikan tali
halus yang menggulung kertas dari dalam bekas kaca, saya diminta menatap
warkah yang sepertinya dari zaman langka. Antara baris di atas kertas,
saya masih menjengah langit dan hujung remang yang masih memanjang.
Saya mula membaca surat dalam kaca.
Aneh. Ditulis tentang cuaca, mengisinya dalam kaca, lalu dihanyutkan ke laut.
Kepada siapa surat langka itu mahu ditujukan. Mata saya mencari-cari.
Larik tulisan jawi lama, masih dapat saya baca dan fahami. Ya,
ditulisnya tentang ombak, angin musim, langit dan remang rasa. Benar,
memang banyak siratan jalan antara matahari dengan langkah waktu.
Berlipat-lipat juga antara awan dengan resah dada. Begitu meruah
antara hujan dengan penaakulan. Nah, keakraban cuaca dengan manusia, tak
akan ternafikan.
"Panas atau hujan?"
Sebelum keluar rumah, melihat aplikasi ramalan cuaca, sama ada panas sampai ke
petang atau ada selang seli guruh dengan angin liar dari tenggara
nantinya. Sederas siang dan malam beralih, begitu cepat detik Ramadan
yang saya tinggalkan. Perlunya saya berjeda dan berjarak daripada rutin,
itulah ikrar Ramadan saya tahun ini. Lalu saya memasuki ruang diam.
Sangat benar kata Rumi, banyak yang dapat didengar saat sepi dan
sendiri. Ruang untuk menghela nafas, menaakul dan memerhati. Melihat apa
yang seharusnya dan bukan apa yang saya mahu. Sunyi. Senyap. Saya dapat
mendengar dengan jelas percakapan hati yang selama ini sering gagap
dalam bahasa lidah. Kesempatan untuk saya merenung hari-hari semalam dan
merancang hari-hari esok. Diam yang memecahkan pusingan riuh. Kebisuan
yang menyediakan sabar dan cinta untuk saya berbahagi dengan yang lain.
Hari hujan atau teriknya siang, semuanya akan berpindah dan berlalu. Surat langka
bercakap erti cuaca. Begitu banyak kesalingan. Panas atau hujan.
Adakah panas memberi makna harapan dan sebaliknya hujan adalah petaka?
Aneh. Soalan itu seperti ombak juga, datang dan pergi. Saya
menoleh, barangkali ada sesiapa yang sengaja membaringkan bekas kaca di
situ. Sekali lagi seperti dalam filem, mirip dalam novel. Mungkinkah
penulisnya lelaki pantai. Mengapa saya menebak begitu. Tidak ada
tampalan setem atau tanda dari mana surat dalam kaca ini. Saya seperti
melihat pada pantulan dan biasan kaca, dia adalah lelaki yang banyak
kehilangan dalam hidup dan menerusi suara di warkah dalam kaca, dia
menyatakan gelisahnya. Mengapa penulis surat dalam kaca adalah lelaki
bukan sebaliknya. Saya seperti ahli forensik linguistik. Atau seperti
pernah ada bayang lelaki yang melintasi ruang kabut di hujung pantai
ini. Maka saya menamakannya sebagai Lelaki Pantai.
Beberapa hari bagi memulakan Ramadan, sebelum untuk sampai ke
hujung tanjung, saya membelah jalan banjaran dan sepanjang jalur
lintasan, ternyata kabut yang membalut menemukan saya dengan banyak
sekali teka teki. Tak mungkin saya dapat mengagak.
Bahang kemarau mahupun tumpah gerimis, kepada siapa lagi hati akan
berpaling melainkan Dia. Ternyata Dia ada di sepanjang jalan ini tanpa
latar panas atau hujan.
Tahu-tahu saya sudah menduduki sebuah teduhan kecil. Di sini. Di
tanjung ini. Tahu-tahu sekarang saya sudah menyatu dengan ketar.
Sepanjang jalan hingga tiba, aneh lagi, saya tidak menemukan
siapa-siapa. Apa yang saya jumpa, tidak lain adalah botol kaca berisi
surat langka.
Saya menebar pandang ke garis lurus paling jauh yang merentang laut. Benar tulis
Anwar Ridhwan, kabut yang sedang bermain di tengah, membuat langit
menjadi rendah dan menjadikan laut tidak terduga! Banyak yang tidak
dapat saya tebak. Antara keliru dengan ketar, kaki kecil saya cuba jadi
berani. Sekejap bacaan dari aplikasi cuaca, menjadi peta rujukan.
Beginilah telahannya, akan ada hujan sekejap lagi. Beberapa pekan
sebelum tiba di pintu memasuki tanjung, saya sudah diperingat untuk
bersedia. Melontar jauh semua harapan dan yang tinggal hanyalah
penyerahan. Bukankah ini juga pengertian sebuah Ramadan. Bulan
pelajaran. Sedang saya masih berbuat salah dan lupa akan apa yang sudah
saya
bercermin. Atau apabila saya ingat, saya berbuat khilaf lagi.
Ketikanya saya jadi malu apabila perhatian datang tak kunjung henti
walau dalam tidur, walau dalam riuh. Saya sepertinya melangkah masuk ke
sebuah daerah cinta. Sekali lagi ia adalah jalan bening. Sungguh, ia
adalah jalan cinta.
Saya membaca lanjut surat dalam kaca.
Ditulis tentang betapa kian jauhnya kita daripada matahari. Kesakitan yang kita
hadapi sekarang adalah kerana banyaknya perihal bikinan. Kita
mencipta matahari sendiri di dalam rumah dan ruang kerja. Lelaki Pantai
itu menulis lagi seperti membacakannya untuk saya dengari. Ya, mengapa
saya perlu membelah jalan panjang untuk sampai ke sini? Adakah saya
melarikan diri daripada kenyataan yang perlu saya depani dalam pekerjaan
dan kehidupan saya setiap hari. Adakah mungkin juga saya masih dalam
ketakutan yang bersisa dari musim wabah lalu.
Di sini, Lelaki Pantai mahu saya menyertai matahari! Katanya saya
perlu mendapatkan suhu yang seharusnya dan menyertai alam yang sekian
lama kami berjarak.
Ayuh, sertai hawa yang alami, bukan angin dingin dari kotak yang kau
bina dalam ruang kerja dan kamar istirahatmu. Matahari itu akan selalu
menjadi lajur cahaya mengilhamkan jalan mana yang harus kau pilih. Sama
ada jalan dusta atau yang memihak kepada penyucian batinmu. Bukankah itu
yang disurat dalam al-Quran yang selalu saya pegang dalam dada.
"Adakah hujan itu gelisah?"
Tanya lagi Sang Lelaki Pantai. Saya sebaliknya senang dengan hujan pagi. Melihat
hujan jatuh di atas daun sebagai talun yang sering membawa saya
kepada-Nya. Waktu luruh hujan, saya senang untuk memasang doa. Lelaki
Pantai mungkin juga seorang penyelidik di Jabatan Metereologi Negeri.
Atau sahaja dia adalah perisik tentera. Bukankah pernah dikatakan
bagaimana cuaca berubah menjadi senjata perang. Teknologi cuaca dapat
menyerang sesebuah negara apabila wujudnya perseteruan. Ribut taufan
menjadi peluru gergasi yang meranapkan masa depan anak kecil dan
ketamadunan.
Tiba-tiba juga remang dan kabut tadi jadi tersibak. Perlahan-lahan di hadapan saya
semuanya menjadi kabut yang kejap dan membentuk satu lembaga. Saya tidak tahu
menamakannya apa. Memang saya sejak dulu seorang yang penakut. Saya
pernah dihantui bayang sendiri di balik cermin di rumah. Saya pernah
melihat bangunan di tempat saya bekerja bertukar menjadi jembalang
bertaring sumbing. Pernah juga laluan jalan raya yang saya ulang alik
setiap hari berubah sebagai sungai yang deras arusnya dan saya seperti
mahu tenggelam ke dasar yang jauh.
Sepanjang dua tahun lalu beginilah nasib dan takdir yang dilorongkan. Benar, saya
meninggalkan segala yang alami di luar, lalu semuanya mula mengurung di dalam sel
peribadi. Masa seperti dihentikan. Wabah yang mengubah banyak rupa.
Sejak zaman pemencilan diri itu, kehidupan di dalam ruangan berubah
menjadi hukuman. Ia malah menjadi ruang pencemaran. Ruang yang saya
duduki menjadi racun yang tak terbayangkan!
Usai wabah diterima menjadi kelaziman, dan sekarang kabut itu sudah semakin
menyerupai banjaran gergasi. Mahu sahaja saya namakannya sebagai jejeran gunung
ketakutan. Dalam tidak mampu berlari, di hadapan saya sudah berdiri
kesangsian yang membelit kaki dan semuanya. Pastilah ia bukan seperti
buih-buih gelombang yang mengikat kaki kekasih yang dimaksudkan Usman
Awang!
Suara Lelaki Pantai dari surat langkanya lagi - bukankah kita dahulunya sangat
bersahabat dengan hujan dan cahaya. Sebelum keluar rumah, saya selalu
memeriksa jadual ramalan ribut petir atau gerak mata angin. Sama ada
jemuran patut saya alihkan ke teduhan atau mahu dibiarkan di luar. Tapi
sekarang jadi aneh, dengan awan khatulistiwa, saya mahu terus memeriksa
jadual ramalan dari perisian aplikasi. Mengapa? Ternyata cuaca sudah
menjadi tidak dapat ditebak. Sebentar ombak yang dahulunya dinanti-nanti
sebagai permainan, kini boleh saja menjadi gelombang seteru, air yang
lembut kini cemeti yang keras, tulis A Samad Said!
Saya melihat langit yang ternyata masih berombak.
Beginilah agaknya ketika dupa wangi Tabriz kian menipis dan sedikit
demi sedikit ia hilang bersatu dengan angin. Dan perlahan-lahan saya
tiba-tiba menjadi seperti Rumi. Saya jadi tidak menentu saat
ditinggalkan Tabriz. Saya jadi sedih, letih, sepi, dan sangat penat
menanggung kesan perpisahan sendiri. Ya, mengapa pula jadinya begitu.
Barangkali beberapa masa ini kami jadi akrab. Ada keterikatan yang
membuat kami bersama-sama dalam beberapa perihal tentang cuaca dan makna
setiap satunya. Benar juga, tanggungan beban pertemuan itu sangat sakit
saat mahu berpisah begini. Baru saya sedar betapa rumitnya menjadi Rumi
ketika satu demi satu sahabat meninggalkannya. Saya mengenang kuntum
mawar yang berselerak di perlak Rumi di Konya. Sambil menebar harum dan
bercerita, ketika ditepis angin musim dingin, dalam sunyi itu sebenarnya
yang bersuara hanyalah rindu.
Mungkin begini nanti nasib berpisah dengan Ramadan. Saya meninjau
langit yang masih belum menjadi biru. Berjalan kembali menuju kamar
tumpangan, saya terbayangkan aplikasi cuaca di layar telefon tangan.
Sebelum tidur malam tadi, dipapar ramalan pagi ini cuaca berawan dan
berangin. Ada baki titis hujan menimpa lengan dan sergahan. Saya menoleh
botol kaca dengan surat langka yang saya tinggalkan antara pasir pantai
tadi.
Sehabis gerimis, saya tersedar saya tidak berpayung sejak hujan
mulai merintik. Tidak tahu jika saya masih mengharapkan ada lagi kaca
berisi surat langka yang bukan sahaja berbicara tentang langit cuaca.
Saya mahu tahu beberapa cerita lagi tentang Lelaki Pantai.
Tidak tahu bagaimana nanti saya mahu memandu menuju ibu kota
apabila lebuh raya bertukar menjadi lautan yang menenggelamkan dan
perbukitan di kiri kanan berubah sebagai tumit dan kaki gergasi yang
bersedia untuk menginjak kereta kecil saya! Dan saudara sendiri dapat
membaca surat langka tentang cuaca dengan Lelaki Pantai itu, hanyalah
silauan dari botol kaca yang sudah dalam timbusan pasir pantai kembali.
- Penulis ialah Ketua Kluster (Warisan Melayu), Pusat Bitara Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-687377731069756162023-05-22T12:13:00.002+08:002023-05-22T12:13:11.875+08:00Jangan biar generasi kita warisi bumi yang sakit
CUACA panas yang melanda Malaysia ketika ini menyebabkan beberapa kes
kelesuan dan kekejangan haba dilaporkan termasuk satu kes membabitkan
kematian
Justeru, orang ramai disarankan mengam bil langkah pencegahan bagi
menghindarkan masalah kesihatan yang boleh terjadi akibat cuaca panas.
Apa yang berlaku kini dikaitkan dengan fenomena El Nino.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam banyak kenyataan media
yang dikeluarkan meramalkan fenomena El Nino dijangka akan berterusan
selama lima bulan, iaitu bermula April lalu hingga September ini.
Fenomena ini dijangka akan menyebabkan berkurangnya kuantiti penurunan
hujan lalu menaikkan suhu cuaca. Situasi ini seterusnya boleh membawa
kepada krisis air negara disebabkan kemerosotan paras air sungai dan
empangan.
MetMalaysia menerusi media sosialnya menjelaskan, El Nino adalah
fenomena pemanasan suhu permukaan lautan yang berlaku setiap dua ke
tujuh tahun. Ia terjadi apabila arus laut yang panas menggantikan arus
sejuk di Lautan Pasifik, Amerika Selatan, iaitu secara spesifiknya
berhampiran luar pantai Peru.
Keadaan ini menyebabkan berlaku musim kemarau, berkurangnya hujan
dan cuaca menjadi lebih kering daripada kebiasaannya di Asia Tenggara
serta Australia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut memberi amaran
kebarangkalian fenomena cuaca El Nino akan meningkatkan suhu global ke
paras baharu.
Keadaan cuaca yang panas membahang ini turut menimbulkan persoalan
kepada penyelidik berkaitan punca sebenarnya. Adakah ia memang
disebabkan El Nino semata-mata atau dipengaruhi pemanasan global?
Ada segelintir ahli sains memberi pandangan, fenomena El
Nino yang kebelakangan ini berlaku secara kerap mungkin dipengaruhi
faktor pemanasan global antaranya faktor semula jadi seperti letusan
gunung berapi. Bagaimanapun, faktor itu semata-mata tidak boleh menjadi
punca utama berlaku perubahan cuaca ketika ini.
Sebelum ini saintis sudah melakukan simulasi model sistem bumi untuk
mengkaji keadaan suhu dunia sepanjang abad ke-20 dengan mengambil kira
pelbagai pemboleh ubah.
Pemanasan global
Hasil kajian ini mendapati terjadi pemanasan global pada abad ini
akibat pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Kesan rumah hijau ialah
proses penyerapan haba matahari yang terpancar dari permukaan bumi,
memerangkapnya di atmosfera, sekali gus menghalang ia terlepas ke
angkasa.
Gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan nitrus oksida
yang memerangkap haba ini boleh dianggap sebagai selimut yang membaluti
bumi. Justeru, ia menjadikan suhu bumi lebih panas daripada sepatutnya.
Semakin banyak gas rumah hijau dilepaskan, semakin panas bumi ini.
Jadi, bagi mengatasi isu ini, langkah perlindungan alam sekitar
merangkumi pengurangan gas rumah hijau harus menjadi keutamaan. Kempen
meningkatkan kesedaran umum dan amalan kelestarian alam harus
ditekankan. Pembangunan yang pesat dialu-alukan, namun ia tidak boleh
dibanggakan sekiranya mengorbankan alam sekitar.
Pelbagai usaha boleh diambil seperti mengurangkan penggunaan tenaga
fosil, menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, menanam semula
hutan dan sentiasa utamakan pemuliharaan alam sekitar. Sudah tentu
usaha ini membabitkan kesungguhan dan komitmen semua.
Di Malaysia, kesedaran alam sekitar masih pada peringkat yang
rendah. Sungai dan lautan masih banyak dicemari sampah, longgokan sampah
mudah terlihat. Malah, tong kitar semula sering disalahgunakan.
Kita sudah melihat dan juga turut merasai impak akibat mengabaikan
alam sekitar. Apakah kita mahu melihat generasi anak cucu kita mewarisi
keadaan bumi yang sakit?
Kepesatan pembangunan dan kemajuan teknologi tidak seharusnya menjadikan kita mengorbankan alam.
Basmin Maarof,
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media Pertubuhan IKRAM Malaysia
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-20917688977826065352023-05-22T12:12:00.001+08:002023-05-22T12:12:27.340+08:00Cerpen : Yang Menyatukan Cinta
Oleh Nazri Hussein
Semenjak
kematian ayahanda dan bonda kami beberapa tahun silam, rumah pusaka itu
terbiar tanpa jagaan. Rumah kayu bertiang cengal dengan binaan tradisi
Melayu itulah satu-satunya harta peninggalan kedua orang tua yang masih
ada.
Kawasan lapang di halaman rumah yang pernah menjadi tempat kami
adik beradik berkumpul suatu waktu dahulu terbiar tanpa terjaga.
Rumput-rampai dan tumbuhan liar tumbuh berceracak di perdu tanah
manakala daun-daun kering bersepahan di setiap inci bumi.
Di sudut kecil bersebelahan pagar, sergam wakaf kayu mulai
mereput dengan reja-reja papan yang mulai tersungkur jatuh satu
persatu.
Waktu terlalu pantas bergerak. Usia juga telah membawa kami jauh ke
dunia kedewasaan meninggalkan waktu riang di musim kanak-kanak serba
terindah. Seperti daun-daun kering yang bersepahan jatuh di halaman
tanah dan tidak akan mampu lagi untuk kembali ke hujung julai atau di
pangkal dahan.
Musim demi musim datang dan pergi silih berganti –Syawal tetaplah
nostalgia yang terlalu manis untuk dikenang. Syawal yang pernah
menyatukan kasih sayang kami adik beradik di bawah redup cinta ayahanda
dan bonda. Di sinilah segala-galanya terakam mengimbau kisah dan cerita
di musim silam yang utuh terpahat kukuh. Sayangnya, segalanya itu
menjadi titik saat kepentingan kerjaya mula memisahkan kami. Kami
terkepung oleh nafsu mengejar tuntutan duniawi demi kelangsungan hidup.
Apatah lagi jarak dan tempat memisahkan kami untuk bersatu. Hanya tanah
ini yang masih ada.
Masih wujud di pinggiran desa yang terkepung oleh pembangunan dan kemajuan.
Rumah pusaka kami sudah terlalu uzur. Atap dan perabung semakin
banyak yang bocor selain dinding-dinding kayu yang sudah dimamah
anai-anai perosak. Kami – empat beradik yang berhak sebagai pewaris
rumah sudah tidak mampu untuk menjaga pusaka warisan itu disebabkan
kekangan tugas dan kerjaya masing-masing.
Abangku yang sulung jauh di utara manakala kakak keduaku,
Manisah memilih untuk menetap di Amerika Syarikat sebagai pengurus
projek antarabangsa. Satu-satu adik perempuanku, Syakimah membina dunia
perniagaannya di ibu kota sebagai saudagar besar. Kami terpisah oleh
pagar-pagar duniawi yang menghalang untuk bersatu di rumah peninggalan
ini. Urusan kehidupan dan kerjaya sering menjadi tembok besar yang
menghalang kami untuk bersama menjengah kaki di kampung halaman.
Usia yang berputar bagai roda membawa takdir hidup masing-masing
untuk bermusafir jauh. Maka, sergam rumah klasik itu terbiar dan terbiar
menjadi monumen yang sekadar tumbuh di dalam taman ingatan sahaja.
'Rumah ini terlalu banyak nostalgia.Mak dan ayah melatih kita menjadi manusia di rumah ini."
Abang sulungku, Dr Irwandi selalu berseloroh dalam ungkap pesan di
hujung rakaman video kecilnya di peranti media sosial. Video itulah
yang mengisi hubungan akrab kami yang berdurasi beberapa minit tatkala
kesibukan mengisi masa senggang yang kian bersisa. Hari itu, tatkala
didakap Ramadan, dia mengutuskan rakaman video di paparan WhatsApp kami
empat beradik dengan ungkapan yang bersungguh-sungguh.
Sudah beberapa kali Syawal menjelang tiba. Akan tetapi perancangan
kita untuk bersama meraikan lebaran di rumah pusaka kita masih kekal
menjadi impian kosong. Alangkah indahnya jika kita dapat melunaskan
harapan yang tersimpan begitu lama itu.
Aku menulis kata-kata sebagai membalas kiriman video daripada abang sulungku di utara semenanjung.
"Tahun ini aku dan keluarga sudah menempah percutian di sebuah
pulau terindah di bumi Hawaii. Maaflah kerana tidak dapat lagi memenuhi
impian dan harapan untuk bersama di Aidilfitri kali ini."
Suara Manisah di hujung video rakaman yang dihantar membuatkan
kami adik beradik terdiam tanpa jawapan. Impian untuk menyambut lebaran
di rumah pusaka kami tertangguh lagi.
Ramadan seperti hari-hari sebelum itu panas dan berbahang dengan
percikan matahari dari lapisan langit. Pohon-pohon yang tumbuh menghijau
mulai layu dan kering kesan daripada kemarau yang mula melanda. Aku
yang tinggal paling hampir dengan rumah pusaka ayahanda dan bonda -
memilih hari ke sepuluh untuk pulang menginjakkan kaki di rumah kayu
yang tersergam di tepi jalan. Tidak seperti kepulangan sebelum ini yang
disertai anak-anak dan isteri, kali ini aku memilih untuk bersendirian
memandu sejauh seratus kilometer untuk sampai ke kampung halaman. Sebaik
memasuki kawasan kampung yang terpencil, suasana sunyi mulai terasa
apabila rimbunan pohon-pohon hijau di kiri kanan jalan menyambutku. Dari
jauh, kelihatan dusun kelapa yang terbentang luas tanpa penghuni.
Seorang dua kanak-kanak yang berlarian di tepi danau mengimbau ingatan
jauhku di dunia silam. Keretaku memasuki simpang terakhir sebelum
membelok masuk ke kawasan tanah rata yang dipenuhi aneka pokok
buah-buahan yang sedang berputik. Rambutan, durian, duku, manggis dan
cempedak kelihatan bergugus di dahan dan ranting kayu.
Dari jauh sudah kelihatan rumah pusaka kami yang tersergam. Rumah
kayu bertiang besar yang terletak di tengah-tengah kebun itu bagaikan
menggamitku supaya segera menjengah. Sebaik keretaku berhenti di halaman
yang dipenuhi daun-daun kering bersepahan, halusinasiku berputar jauh
membayangkan wajah ayah dan bonda yang sedang menanti di bawah wakaf
kecil yang separuh senget.
Aku turun dari kereta dengan perasaan aneh dan luar biasa. Seperti
ada sesuatu yang menggamit untuk meninjau setiap inci ruang di bawah
rumah. Ternampak di mataku kayu-kayu kecil berceracak yang masih
tersimpan di dalam setor kayu. Dahulu, kayu-kayu inilah yang menjadi
pemancang kepada pelita yang kami pasang ke sekeliling rumah hingga ke
penjuru pagar besi. Sebelum maghrib, akan berkerlipanlah cahaya lampu
pelita yang mengerdip di sekeliling kawasan rumah kami. Apatah lagi saat
jiran tetangga turut bersama meraikan kegembiraan Ramadan sehinggalah
malam lebaran yang melimpah keseronokan yang luar biasa.
Alangkah seronoknya tatkala Ramadan tiba. Ayahanda dan bonda
merupakan orang yang paling gembira menunggu ketibaan bulan yang penuh
dengan keberkatan.
"Ramadan adalah bulan ujian. Syawal pula bulan kejayaan. Kegembiraan
meraikan lebaran jangan sampai melampaui sempadan syarak. Jagalah batas
susila dan moral kerana itu pakaian agama kita."
Teringat pesan ayahanda setiap kali kami bergembira bermain mercun
dan bunga api. Kata ayahanda, Syawal adalah waktu untuk mengukuhkan
temali silaturrahim dan ukhuwah sesama sanak keluarga. Meski siapa pun
kami sesudah dewasa nanti bonda tetap berpesan supaya kami pulang
menjengah rumah pusaka kami di kampung halaman ini.
"Jangan sesekali dijual, digadai rumah dan tanah pusaka ini. Jadilah
rumah ini sebagai tempat kamu adik beradik membina keutuhan dan
kesepakatan bersama. Nanti kamu akan merasai betapa gembiranya dapat
bertamu lagi di kediaman kita."
Rumah agam kami kujengah dengan memijak anak tangga hingga ke ruang
tamu. Album-album lama di dalam almari lama kubuka dan kubelek sambil
menatap segala paparan potret yang tersusun. Kitab-kitab tua peninggalan
ayahanda yang pernah dijadikan rujukan masih tersimpan kemas. Aku
membelek mencari catatan demi catan yang pernah dilakar oleh ayahanda.
Dari penjuru kamar, jelas kelihatan kain pelikat dan kain batik milik
ayahanda dan bonda yang tersusun di atas rak kayu. Air mataku tiba-tiba
menitis laju. Terkenang kedua insan yang mempertautkan kami adik beradik
dengan luhur kasih sayang dan cinta sejati.
Dari ruang dapur pula, aku menatap deretan periuk dan kuali yang
tergantung dengan mata kuyu. Terkenang bagaimana di sinilah bonda
menyiapkan segala menu berbuka puasa serta juadah tradisi hari raya yang
tidak mungkin dapat dicari ganti. Tiba-tiba sahaja ronggaku bagai
terhidu aroma lemang, ketupat dan rendang daging yang begitu
menyelerakan. Ingatan pada tanggal Syawal meruntun kalbu. Di sinilah aku
dan adik beradik yang lain menjamu selera dengan masakan bonda yang
enak. Alangkah indahnya nostalgia itu. Nostalgia beramah mesra dengan
tetamu dan jiran tetangga sambil menjamu selera sebelum kami mengatur
langkah menuju ke rumah teman dan sahabat. Syawal adalah ingatan yang
terlalu manis mengalir di pangkal batin. Syawal yang terangkum keakraban
dan kasih sayang yang maha suci. Lamunan jauhku mati secara tiba-tiba.
Saat fajar senja mulai menguning di garis langit, aku menjengah
kawasan halaman sambil memasang kembali pelita yang kubawa bersama di
sekeliling rumah.. Kerlipan cahaya dari sumbu pelita mulai menyemarakkan
haba ke seluruh kawasan. Semalaman aku memilih untuk menikmati suasana
malam di rumah bonda dalam kesunyian yang luar biasa. Semuanya itu
terakam di lensa kamera yang kubawa bersama hingga ke penghujung pagi.
Setiap inci rumah termasuk kamar, dapur dan almari lama kujadikan fokus
dalam rakaman yang penuh dengan sentuhan nostalgia.
"Semoga rakaman ini akan melembutkan kembali hati adik beradikku untuk pulang berkunjung ke rumah pusaka ini pada Syawal nanti."
Aku bermonolog sendiri. Lidahku bersuara dalam doa yang meniti pangkal lidah sesudah dua hari mendiami kediaman pusaka ini.
Setelah segalanya selesai, awal pagi keesokannya aku bergerak
pulang ke ibu kota bersama nostalgia yang masih berkaca. Video rakamanku
yang berdurasi lebih sepuluh minit bersama iringan lagu 'Cahaya Aidil
Fitri' nyanyian Kumpulan Black Dog Bone kujadikan irama sandaran sebelum
berkongsi kepada semua adik beradikku.
Hari-hari terakhir sebelum fajar Syawal muncul – aku telah
menyiapkan segalanya untuk pulang ke tanah desa tercinta meraikan
lebaran. Kali ini aku mahu berlama-lama di rumah pusaka kami meskipun
tanpa kehadiran adik beradik yang lain. Biarlah mereka dengan kehidupan
yang dipilih sendiri. Aku mempunyai cara tersendiri untuk mengembalikan
akar tradisi yang kupertahankan. Kehidupan hanyalah selingkar kisah yang
bakal ditinggalkan. Hanya yang bersedia mempertahankan warisan dan jati
diri akan menikmati hidup dengan limpah kasih sayang dan cinta yang
sebenar. Tuntutan kerjaya, limpahan wang ringgit dan pangkat sekadar
hampas duniawi yang akhirnya tidak bermanfaat.
Lebaran Syawal tetap menggamit nostalgia. Dan rumah pusaka ini
memiliki kisah dan cerita yang terlalu bernilai dalam kehidupan kami.
Sehari sebelum fajar Syawal muncul – ada berita terbaharu yang masuk ke
dalam gajet perantiku. Video rakaman yang kukongsi mendapat balasan
daripada Irwandi, Manisah dan Syakimah.
Kami akan pulang ke rumah pusaka kita selepas Syawal ini. Tunggulah kepulangan kami dari jauh.
Bagaikan khabar terindah yang tidak terduga olehku. Kusambut berita
ini dengan lirik kesyukuran yang melimpah di pangkal lidah. Teruja hati
menanti kemunculan keluarga kandung kami.
Tiga puluh enam jam selepas takbir Syawal bergema, deretan kereta
mula memasuki halaman rumah pusaka kami. Kelibat wajah Irwandi, Manisah
dan Syakimah muncul di hadapanku. Dalam esak kesedihan kupeluk mereka
satu persatu sambil mengalunkan takbir dan tahmid yang menyentuh kalbu.
Kami kembali bersatu di rumah pusaka ini sambil menghimbau nostalgia dan
ingatan musim silam yang teramat indah.
Syawal menyatukan kami dengan seluhur cinta. Cinta suci tatkala lebaran menitipkan hari demi hari yang penuh nostalgia.
- Penulis prolifik ini sudah 35 tahun berkarya dan kini menetap di Kemaman, Terengganu
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-24148889007338184862022-11-23T09:15:00.000+08:002022-11-23T09:15:58.456+08:00Demi akhbar bebas, mangsa KDN terbiar
Oleh Fathi Aris Omar
Dia cemas, untuk sekian kalinya. Sehari selepas anak sulungnya
dilahirkan, ketika isteri tersayang masih tidak bermaya di katil
hospital, anak muda ini harus berdiri di kandang orang salah. Dan bakal
menerima hukuman berat. Dia tiada dosa kecuali menjual akhbar tanpa
permit Haraki. Dia berdosa kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kes Zabidi Morad, 27, tidak dilaporkan dalam sebarang media, termasuk
media alternatif atau pembangkang di negara ini. Jauh sekali namanya
tercatat dalam rekod penindasan antarabangsa terhadap wartawan, seperti
halnya nama Ahmad Lutfi Othman atau Zulkifli Sulong.
Tetapi
Zabidi, dan mereka yang sekerdilnya, memikul risiko besar. Dia adalah
unsung hero. Sejarah lazimnya melupakan individu sepertinya. Datang
daripada keluarga yang mempunyai tradisi penulisan dan penerbitan,
Zabidi bersama adik-beradiknya terjun ke dalam dunia pengedaran
bahan-bahan bacaan politik kira-kira empat tahun lalu.
Sehari
selepas keputusan pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit, Zabidi
melangkah ke mahkamah magistret Kuala Lumpur berseorangan, tiada
penyokong meriuhkan isi perjuangannya walau beliau pernah juga
mengendalikan laman web 'media bebas' Kumpulan Aktivis Media Independen
(Kami).
Pakciknya sendiri, Ahmad Lutfi, masih berada di kawasan
pilihanraya itu. Aktivis-aktivis Kami sendiri tidak tahu. Tidak ada
wartawan dari sebarang akhbar, berada di mahkamah. Selepas kes itu,
tiada media melaporkannya.
Tabloid politik bebas
Di
tengah-tengah ghairah perjuangan menuntut kebebasan akhbar, mangsa KDN
ini terbiar. Dua lagi Parit Buntar
(Perak), sedang dibicarakan.
kes pengedar didakwa menjual atau memiliki
bahan-bahan penerbitan tanpa lesen, di Shah Alam dan
Kedua-dua kes ini tidak dilaporkan,
malah nama penuh mereka tidak diketahui oleh kumpulan wartawan,
termasuk Kami, apatah lagi Harakah, malaysiakini atau Suara PRM. Mereka
seolah-olah tanpa wajah.
Tetapi tanpa mereka, pembaca di
daerah-daerah pedalaman tidak mungkin mengetahui kewujudan tabloid
politik bebas, apatah lagi membaca isi kandungannya. Berkat kedegilan
pengedar kecil-kecilan ini, dengan bayaran komisyen yang tidak berbaloi,
mereka akhirnya diseret ke mahkamah oleh KDN.
Dunia ini tidak adil -- itulah yang sewajarnya diucapkan kepada Zabidi dan dua lagi pengedar bernasib malang.
Zabidi wajar berasa cemas pada pagi 19 Julai lalu. Dia hanya membawa
wang tunai RM2,000.
Sedang beliau didenda RM5,000 (maksimum RM20,000
atau penjara tiga tahun). Teringat anak yang baru lahir dan janji untuk
melawat isteri petang itu, dia berpeluh di mahkamah kira-kira 2 jam
sementara menunggu kakaknya membawa baki wang.
Tekanan baru
Jika gagal, dia berfikir-fikir, tentu akan dibawa ke lokap atau penjara
Kajang. Kini kes itu menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
Tetapi bukan saat ini pertama kali dia cemas. Berdepan
dengan KDN, polis dan Umno sudah menjadi darah dagingnya. Walaupun
begitu, setiap tekanan baru pihak berkuasa membawa kegelisahan baru.
"Saya gementar dan panik," katanya kepada penulis semalam, mengingatkan
satu insiden di
Perhimpunan Agung Umno 1997, ketika menjual buku
politik Anwar Terjerat?: Teori Konspirasi Menjatuhkan TPM Melalui
Tuduhan Skandal Seks karya Ahmad Lutfi.
Buku jualannya dirampas,
sementara abangnya Rozani disoal siasat pihak berkuasa PWTC. Atas
arahan Anwar Ibrahim, pengedaran buku itu dilarang di acara tersebut.
(Nota: Kesulitan yang dialami penulisnya dan pengedar buku ini
diceritakan pada satu bab dalam buku Komplot Bunuh Diana. Dalam analisis
tentang kematian Puteri Diana ini, Ahmad Lutfi mendedahkan beberapa
pencetak enggan bekerjasama kerana bimbang tekanan KDN, juga amaran
kementerian itu ke atas majalah pimpinannya, Tamadun).
Diganggu pihak berkuasa
Kemudian pada tahun yang sama, Zabidi berdepan dengan karenah imam-imam
besar di Masjid Negara pula. Buku Mufti Lawan Mahathir? dilarang dijual
di pameran buku di kaki lima masjid itu dengan alasan "tulisan itu
kontroversi."
Zabidi berkeras untuk terus menjual sehinggalah
pihak berkuasa itu mengeluarkan arahan hitam putih agar buku tersebut
ditarik balik. Sempat juga buku itu dijual beberapa hari biar tempoh
pameran selama seminggu.
Apabila Anwar dipecat pada September
1998, sekali lagi Zabidi diganggu pihak berkuasa. Beberapa anggota polis
merampas kaset-kaset ucapan Anwar yang dijual di kedainya, Penerbitan
Pemuda. Waktu itu, Anwar belum ditangkap, kaset ucapan dan video
road-show beliau mendapat sambutan hangat.
"Seorang daripada
polis itu pernah datang membeli kaset. Saya masih ingat, dia berpakaian
biasa (sebelum operasi itu)," imbas Zabidi. Dalam rampasan kali ini, dia
memang cemas kerana diarah ke balai untuk diambil keterangan. Tetapi
selepas berunding, pasukan pihak berkuasa itu mengambil keterangan di
kedai itu sahaja.
Sebulan selepas itu, sekali lagi, kedainya di
Medan Idaman, Jalan Gombak diserbu polis. Kali ini buku Anwar: Skandal
Seks atau Konspirasi Politik dirampas kononnya dengan alasan penerbit
tidak menulis nama dan alamat syarikat percetakan. Walaupun tidak
diseret ke balai, dia masih bimbang apabila pakciknya Ahmad Lutfi yang
mengarang buku itu dibawa ke balai polis Sentul selama beberapa jam.
Serbuan pihak KDN
Sementara di tengah-tengah Kuala Lumpur, beratus-ratus penunjuk
perasaan proreformasi ditangkap di celah-celah kebimbangan operasi kedua
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang baru bermula 10 Oktober
(apabila Presiden JIM Saari Sungib ditahan).
Operasi pertama dimulakan dengan penahanan Anwar, Ruslan Kasim pada 20 September dan ia memakan masa lebih seminggu.
Selepas rampasan Haraki pada 9 Mei 2000, pada 10 November tahun itu,
KDN menyerbu lagi Penerbitan Pemuda dan merampas lebih 600 naskhah
tabloid tidak berkala Islah.
Naskhah itu menjadi agak hangat dan
kontroversi kemudiannya apabila setiausaha parlimen di Jabatan Perdana
Menteri, Noh Omar bangun menunjukkan tabloid itu yang memuatkan berita
utama 'Guna royalti minyak langgan perempuan.'
"Mereka
menyalahgunakan kebebasan media, menyebarkan surat layang, menyalah guna
internet. Malah kanak-kanak kecil di tadika telah disemai perasaan
benci (kepada pemimpin kerajaan)," dakwa Noh di Dewan Rakyat.
Tiada simpati
Sekali lagi, Zabidi dihadapkan ke mahkamah magistret berhubung
pengedaran tabloid tanpa permit. Bagaimanapun, pada hari yang dijadual,
pihak pendakwa KDN tidak hadir. Sementara kertas pendakwaan juga agak
kabur - nama tertuduh tidak disebut kecuali "Pengurus Penerbitan
Pemuda.".
Justeru Zabidi tidak pernah menghadiri perbicaraan.
Waran tangkap tidak pula dikeluarkan oleh mahkamah. Seperti nasib
Zabidi, kes itu tergantung. Ditanya apakah isterinya, yang dikahwini
pada September tahun lepas, bimbang tekanan demi tekanan yang
dialaminya, Zabidi menjelaskan dia boleh menenangkan ahli keluarganya.
Bagaimanapun, sampai bila?
"Kadang-kadang saya rasa kecewa
kerana tidak mendapat sokongan serta simpati mana-mana pihak," jelasnya
jujur. "Ada waktunya pula saya cukup serik apabila memikirkan tentang
keluarga."
Artikel ini diterbitkan di Malaysiakini pada 27hb Aug 2002zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-1401343297561982822022-07-27T15:36:00.001+08:002022-07-27T15:36:13.745+08:00Menderma darah selari tuntutan syariat, raih ganjaran di akhirat
Oleh Muhammad Faidhi Azis -
Darah adalah antara satu keajaiban ciptaan Allah SWT kerana ia
komponen terpenting dalam sistem tubuh badan manusia normal. Tanpa
darah, hidup akan terhenti untuk selamanya.
Menginsafi hakikat kepentingan darah, kita seharusnya sedar
aktiviti menderma darah bukan sekadar kempen biasa namun ia usaha sangat
mulia dan terpuji.
Ia juga manifestasi perintah Allah SWT dalam aspek tolong-menolong dalam perkara kebaikan. Firman Allah SWT bermaksud: "Hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa". (Surah al-Maidah, ayat 2).
Dalam kitab Tafsir al-Maraghi, Syeikh al-Maraghi menyatakan manusia antara satu sama lain wajib memberi pertolongan dalam urusan membawa kepada kebaikan.
Pertolongan itu sama ada antara individu atau masyarakat, dalam
soal kehidupan dunia atau akhirat. Berdasarkan pernyataan itu, menderma
darah bukan amalan duniawi semata-mata bahkan ia tuntutan umum dalam
hidup beragama dan bermasyarakat.
Hakikatnya harus diakui, amalan menderma darah adalah usaha mulia
dan baik untuk menghilangkan kesusahan orang lain yang memerlukan darah.
Baginda Nabi SAW turut bersabda bermaksud: "Siapa meringankan
kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah meringankan kesusahannya
di hari Kiamat. Siapa memudahkan (urusan) orang dalam kesulitan (dalam
masalah hutang), maka Allah memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia
dan akhirat. Sesiapa menutupi (aib) seorang Muslim, maka Allah
menutupnya (aib) di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba
selagi hamba itu menolong saudaranya". (HR Bukhari)
Menurut Pusat Darah Negara, sebanyak 15,000 hingga 17,000 beg darah
diperlukan dalam tempoh sebulan bagi tujuan menampung keperluan bekalan
darah merawat pesakit yang memerlukan.
Bagi menggalakkan masyarakat tampil menderma darah, beberapa kemudahan disediakan
di seluruh negara, antaranya penderma mendapat akses kemudahan parkir khas.
Barangkali ada manusia beranggapan menderma darah adalah hal remeh
dan dipandang enteng. Tanggapan ini harus diperbetulkan mengikut neraca
syariat Islam.
Dalam aspek ibadah, menderma darah adalah amalan mulia di sisi
Islam. Selain ibadah khas seperti solat, puasa, menunaikan haji dan
sebagainya, menderma darah turut menjadi sebahagian ibadah kerana
menjadi inti pati seruan
di dalam Islam.
Dengan menderma darah, secara tidak langsung manusia mampu menyelamatkan tiga nyawa yang memerlukan bekalan darah.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu beg darah mampu
menghasilkan sel darah merah, plasma dan platlet yang menjadi asas
keperluan dalam sistem tubuh badan manusia.
Dalam hal ini, Allah SWT memuji hamba-Nya yang menyelamatkan orang lain. Firman Allah SWT bermaksud; "Sesiapa menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia menjaga keselamatan hidup manusia semuanya". (Surah al-Maidah, ayat 32)
Di sebalik amalan menderma darah, penderma juga akan menerima
kembali beberapa kelebihan dari sudut kesihatan. Dalam kajian dilakukan
dan berdasarkan taburan fakta, amalan menderma
darah mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hal ini berdasarkan penelitian kajian mendapati mereka yang
menderma darah, kandungan besi dalam darah akan berada pada tahap
optimum. Keadaan ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Selain itu, menderma darah juga secara tidak langsung membakar kalori dalam badan.
Bersesuaian dengan cara hidup sihat, satu pain darah iaitu kira-kira 450 mililiter (ml) apabila
di dermakan dapat membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
Bahkan, selepas menderma darah, ia akan menggantikan sel darah baharu dan ini mendorong
tubuh badan lebih sihat, segar dan awet muda.
Penderma darah juga mendapat keistimewaan tertentu seperti
kemudahan perubatan percuma, rawatan percuma wad kelas pertama dan dua
serta lain-lain keistimewaan berdasarkan Surat Pekeliling Kementerian
Kesihatan Malaysia bil. (23) bertarikh 15 Julai 1996.
Justeru, kesedaran menderma darah harus
dipupuk dalam kalangan masyarakat. Alangkah rugi jika kita tidak menderma darah untuk
kebaikan dunia dan akhirat.
Sebagai orang Islam, di samping kita mendapat kebaikan dan
keistimewaan di dunia, Allah SWT juga menjanjikan kelebihan dan
keistimewaan
menerusi sikap pemurah penderma.
Penulis adalah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti
Pengajian Kontemporari Islam,Universiti Sultan ZainalAbidin (UniSZA)
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-29901139717679930532022-07-27T15:35:00.004+08:002022-07-27T15:35:46.622+08:00Wujudkan undang-undang lebih tegas pelihara kesucian Islam
Oleh Shafezah Abdul Wahab -
Video seorang lelaki memaki Nabi Muhammad SAW dan Islam tular di
media sosial yang membawa kepada penahanan individu terbabit kelmarin,
menunjukkan keperluan melihat kembali isu perundangan sedia ada.
Penghinaan Islam menjadi isu sensitif yang boleh menjejaskan
perpaduan. Islam adalah agama Persekutuan dan dianuti lebih separuh
rakyat di negara ini. Justeru, perbuatan mencemarkan kesucian dan
memperlekehkan Islam boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.
Apatah lagi sudah timbul tanggapan orang Islam dan agama itu sendiri
mudah dihina serta dipermainkan, termasuk daripada orang seagama
seperti berlaku dalam kes wanita menghina Islam dengan menanggalkan
pakaian di khalayak awam selepas mendakwa menghafaz 15 juzuk al-Quran.
Apa yang berlaku menunjukkan penghinaan terhadap Islam di media
sosial masih tidak dapat ditangani sebaiknya menerusi sistem perundangan
sedia ada. Tiada peruntukan jelas dan tegas mengenai penghinaan Islam
dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketika ini, kesalahan menghina agama hanya boleh didakwa di bawah
Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi. Undang-undang
syariah pula hanya boleh menghukum jika sabit kesalahan individu Muslim
menghina agama Islam. Namun, ia tidak boleh menggunakan peruntukan sama
terhadap individu bukan Islam.
Undang-undang syariah dalam konteks media sosial juga mempunyai
beberapa kelemahan mengakibatkan kesukaran membuat pendakwaan dan
pensabitan kes kerana skop kesalahan menghina agama terlalu umum dan
kabur.
Hukuman berat perlu diberikan kepada pelaku supaya menjadi iktibar
dan pengajaran sangat penting kepada seluruh rakyat agar saling
hormat-menghormati. Ironinya, ini bukan kes pertama seumpamanya kerana
sebelum ini sudah kerap sensitiviti umat Islam terus dicabar.
Tindakan perundangan
Kepemimpinan negara diterajui umat Islam perlu bangkit bersama
masyarakat mengambil tindakan dan menghukum terhadap mana-mana individu
cuba mencetuskan sensitiviti agama serta perkauman boleh menggugat
keamanan negara berdasarkan pelbagai saluran, termasuk perundangan.
Keamanan asas utama menegakkan Islam, sekali gus memaju dan
memakmurkan negara. Kedaulatan Islam pasti tercalar jika keamanan negara
tergugat dan mustahil untuk menegakkan syariat Islam jika negara terus
diganggu-gugat sebegini.
Pada masa sama, perlu diperhatikan konteks dan aspek faktor
penghinaan terhadap Islam yang berkait rapat dengan isu pendidikan,
hubungan etnik dan politik serta undang-undang.
Dalam konteks umat Islam sendiri, kefahaman terhadap agama, didikan
ibu bapa dan pengaruh pemikiran liberalisme sangat berkait rapat dengan
isu pendidikan serta pemantapan dakwah di negara ini.
Politik dan undang-undang turut dikaitkan sebagai antara aspek boleh menyebabkan berlakunya penghinaan Islam di negara ini.
Malah, berdasarkan pengamatan, isu agama turut dimainkan, terutama
menjelang pilihan raya yang lazimnya mengakibatkan tercetusnya perbuatan
dan percakapan yang memperlekehkan agama.
Akhirnya, keberanian melakukan perbuatan menghina agama Islam juga
bertitik tolak daripada tiadanya peruntukan jelas dalam Perlembagaan
Persekutuan. Ini mendorong sesetengah pihak memburukkan serta
merendahkan imej Islam tanpa rasa takut dikenakan tindakan
undang-undang.
Justeru, sudah tiba masanya kerajaan meminda peruntukan dalam
Perlembagaan atau mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) lebih tegas untuk
memastikan insiden penghinaan kepada Islam tidak lagi berlaku sama ada
orang Islam sendiri mahupun bukan Islam.
Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-32502795496834210192022-07-27T15:34:00.007+08:002022-07-27T15:34:57.959+08:00Ziyad optimis raih emas, pecahkan rekod di Solo
KUALA LUMPUR: Jaguh lontar peluru para kebangsaan Muhammad Ziyad
Zolkefli optimis membawa pulang pingat emas di Sukan Para ASEAN (APG)
ke-11 di Solo (Surakarta), Indonesia meskipun tiada sasaran diletakkan
ke atas kontinjen negara.
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu yang bakal beraksi
dalam acara lontar peluru F20 turut menyasarkan untuk memecahkan rekod
APG miliknya.
Namun, atlet berusia 32 tahun itu yang meraih gelaran juara dunia
2013 dan 2017 tetap berwaspada dengan cabaran hebat yang menantinya di
Solo.
"Walaupun ada saingan yang saya rasa kuat seperti Thailand, Brunei
dan Singapura tapi bagi saya mereka bagi saingan yang sihat dan saya
akan cuba pecahkan rekod yang saya buat di sana.ADVERTISEMENT
"Saya memang sudah bersedia sejak pulang dari Sukan SEA di Hanoi,
Vietnam lagi, jadi saya akan cuba beri 100 peratus di Solo nanti,"
katanya kepada Bernama semasa melakukan latihan di Majlis Sukan Negara
di sini, semalam.
Menurut Muhammad Ziyad beliau belum bersedia untuk memperbaharui
rekod lontaran kontroversinya di Paralimpik Tokyo 2020 iaitu 17.94 meter
(m) sambil mengakui masih banyak perkara perlu diusahakan untuk sekali
lagi melakukan lontaran sejauh itu.
"Saya nak sasar untuk kejohanan dunia seterusnya untuk pecahkan rekod
di Tokyo itu, buat masa sekarang masih mencari teknik untuk dapatkan
sama seperti di Tokyo," tambahnya.
Muhammad Ziyad memaklumkan walaupun berasa sedikit tertekan kerana
menjadi sandaran emas, beliau menjadikan perkara itu sebagai pembakar
semangat buatnya untuk membuat yang terbaik di temasya berkenaan.
Kali terakhir Muhammad Ziyad beraksi di APG ialah ketika di Kuala
Lumpur apabila berjaya menggondol emas dengan melakukan lontaran sejauh
16.81m pada 2017.
Pada Sukan SEA Hanoi, beliau berjaya menghadiahkan negara pingat
gangsa selepas melakukan lontaran sejauh 17.20 meter (m) di Stadium
Nasional My Dinh, pada Mei lepas.
Sementara itu, bagi jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif
Romly berkata turut bakal mengejar misi menggondol emas dalam penampilan
semulanya di pentas antarabangsa selepas pulih daripada kecederaan
dialaminya di Paralimpik Tokyo tahun lalu.
Atlet berusia 25 tahun berasal dari Kangar, Perlis itu memaklumkan
bakal mendapatkan semula momentumnya untuk beraksi dalam acara lompat
jauh lelaki T20 setelah sekian lama tidak beraksi.
"Walaupun ini temasya pertama (selepas pulih) tapi saya memang nak
buat terbaik untuk dapatkan emas, saya akan kejar semula momentum saya,"
katanya.
Abdul Latif sebelum ini merangkul emas lompat jauh lelaki T20 di
Stadium Olimpik Tokyo tahun lalu walaupun mengalami kecederaan sekali
gus mengulangi pencapaian yang diraih di temasya sama di Rio 2016.
Atlet paralimpik negara akan berlepas pada 26 Julai ini bagi
menyertai temasya berprestij berkenaan yang akan berlangsung dari 30
Julai hingga 6 Ogos di Solo, Indonesia.
Sebelum ini dilaporkan, Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF)
mengesahkan kira-kira 1,285 atlet dari 11 negara akan mengambil bahagian
dalam 14 jenis sukan pada temasya dwitahunan itu yang kembali
dianjurkan buat pertama kali selepas edisi Kuala Lumpur 2017.
APG Solo melibatkan 14 jenis sukan iaitu memanah, olahraga,
badminton, boccia, catur, bola sepak CP, goalball, judo, powerlifting,
bola tampar duduk, renang, ping pong, bola keranjang kerusi roda dan
tenis kerusi roda.
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-39908527014283264052022-07-27T15:34:00.003+08:002022-07-27T15:34:24.529+08:00Penggantungan levi eksport sawit Indonesia jejaskan Malaysia
SEMENYIH: Tindakan Indonesia menggantung levi eksport untuk semua
produk minyak sawit sehingga 31 Ogos ini akan memberikan kesan kepada
Malaysia.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr
Wee Jeck Seng, berkata sebarang dasar yang dikeluarkan oleh negara jiran
itu yang juga pengeluar minyak sawit terbesar dunia akan memberi kesan
kepada industri minyak sawit negara.
"Mereka baru keluarkan pengumuman itu dan secara dasarnya ia akan
memberi kesan kepada pasaran eksport kita. Penggantungan levi eksport
ini membolehkan negara itu mengeluarkan minyak sawit dengan lebih besar
dan memberikan persaingan yang kuat.
"Ini kerana. tanpa levi dari kerajaan, ia akan memberikan kos yang berbeza kepada pembeli.
"Kementerian akan memantau secara serius tindakan Indonesia ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Isella Sofa Design Sdn Bhd (Isella Sofa) di sini, hari ini.
Indonesia mengumumkan langkah menggantung levi eksport untuk semua produk minyak sawit selama dua bulan.
Ia adalah langkah terbaharu negara itu dalam usaha untuk meningkatkan eksport dan mengurangkan inventori yang tinggi.
Keputusan oleh pengeksport minyak sawit terbesar dunia itu boleh
menekan lagi harga minyak sawit mentah (MSM), yang telah jatuh kira-kira
50 peratus sejak akhir April lalu ke paras terendah dalam tempoh lebih
setahun.
Sementara itu, CGS-CIMB Research (CGS-CIMB) mengekalkan saranan
'neutral' terhadap sektor agriperniagaan susulan pembetulan harga yang
berlaku kebelakangan ini.
Firma penyelidikan itu berkata, pengumuman Indonesia untuk
menggantung levi eksport minyak sawit sehingga akhir Ogos ini adalah
usaha terbaharu untuk meningkatkan eksport dan mengurangkan limpahan
stok negara itu.
Levi eksport diturunkan kepada sifar daripada AS$200 satu tan bagi
MSM bermula 15 Julai lalu dan penggantungan itu turut terpakai kepada
produk sawit lain.
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-34012021752286513932022-07-27T15:33:00.005+08:002022-07-27T15:33:42.456+08:00'Usah jadikan lawak alasan bebas persenda agama'
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu parodi terkenal, Azman Naim meluahkan
pandangan terhadap isu lawak mempersendakan agama, menyentuh sensitiviti
dan berbaur perkauman hangat diperkatakan, baru-baru ini.
Menerusi entri dalam Instagram (IG), Azman berkata, lawak jenaka
perlu ada batas dan tidak boleh sewenang-wenangnya biarpun dalam medium
media sosial.
Azman menyelar pandangan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti
MUDA, Lim Wei Jiet menerusi akaun Twitter yang beranggapan penahanan
reman pengasas bersama Crackhouse Club House, Rizal Van Geyzel sebagai
satu percubaan untuk menidakkan kebebasan bersuara.NT
"Semua benda kena ada batas. Tidak semua benda boleh buat lawak,
lebih lagi, membabitkan isu agama dan bangsa. Bukan semua benda boleh
dikategorikan dalam ruang kebebasan bersuara.
"Jangan mula, jangan jadikan normalisasi dan kena ada had. Kita duduk dalam negara pelbagai agama, kaum dan budaya.
"Benda ini rapuh. Kalau salah 'tuning', boleh jadi padang jarak, padang tekukur.
"Banyak lagi benda boleh dijadikan bahan lawak. Apabila muncul pihak
liberal yang menyokong dan 'mastermind' kepada gerakan ini, saya tak
boleh diam," kongsinya dalam IG.
Kata Azman, tindakan berlawak menggunakan sentimen agama dan
perkauman kemudian dikelaskan sebagai kebebasan bersuara tidak boleh
dijadikan lawak biasa.
"Sampai bila perkara ini nak diteruskan? Sampai orang terima atau mati bertikam sesama sendiri?
"Saya bukan orang alim. Saya jahat, tetapi jangan sentuh hal agama
dan kaum. Seperti mana saya menghormati agama dan kaum lain, begitu juga
saya harap sebaliknya," katanya.
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-9429816432499918782022-07-27T15:33:00.001+08:002022-07-27T15:33:11.746+08:00China tutup bandar biarpun kes COVID-19 kekal kecil
SHANGHAI/BEIJING:
Penularan jangkitan COVID-19 memaksa bandar pelabuhan Tianjin di utara
China untuk menutup banyak tempat hiburan dan tadika serta agensi
bimbingan, sebagai langkah terbaharu untuk memerangi wabak itu.
Data hari ini menyaksikan Tianjin dengan populasi lebih 12 juta dan
rumah kepada kilang-kilang yang dikaitkan dengan Boeing dan Volkswagen,
hanya melaporkan 11 jangkitan domestik hari ini selepas kira-kira
seminggu berdepan sifar kes.
Beban kes untuk Tianjin dan seluruh China adalah rendah dalam konteks
global selama lebih dua tahun, namun China mengekalkan dasar 'sifar
COVID dinamik' untuk membendung wabak sebaik sahaja ia muncul, walaupun
langkah ketat itu dilihat mengganggu perniagaan tempatan dan mengaburkan
prospek ekonomi kedua terbesar di dunia.
Pegawai Tianjin lewat semalam berkata, pelbagai tempat hiburan
dalaman, seperti rumah catur dan rumah kad dan bar, di dua daerah dengan
jumlah lebih dua juta penduduk turut diarah tutup, tanpa menyatakan
tarikh bagi pembukaan semula.
Salah satu daerah juga menyatakan bahawa mereka mengarahkan penutupan selama tiga hari di tadika dan agensi bimbingan.
Penganalisis Nomura dalam satu kenyataan semalam berkata, dianggarkan
264.1 juta orang di 41 bandar di China terjejas oleh penutupan penuh
atau separa atau langkah kawalan lain, dan ia meningkat daripada 247.5
juta di 31 bandar pada minggu lalu.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini berkata, termasuk kes
Tianjin, China dilaporkan berlaku 699 kes jangkitan domestik baharu pada
semalam dengan 199 adalah bergejala dan 500 tidak bergejala.
Majoriti kes baharu semalam berlaku di wilayah barat laut Gansu dan wilayah selatan Guangxi.
Di ibu kota wilayah Gansu di Lanzhou, sebuah daerah dengan lebih
100,000 penduduk ditutup mulai semalam dengan setiap isi rumah boleh
meninggalkan kawasan kediaman mereka hanya sekali setiap hari untuk
mendapatkan barangan runcit.
Sekatan untuk empat daerah utama lain dengan kira-kira tiga juta
orang sudah bermula minggu lalu dan dilanjutkan hingga 24 Julai ini.
Di Guangxi, bandar pesisir pantai Beihai, kini mencatatkan lebih 700
kes tempatan sekali gus menjadi bandar pelancongan terbaharu yang
dilanda sekatan perjalanan.
Beihai berkata, hotel dan agensi pelancongan perlu membayar balik sepenuhnya perjalanan dan penginapan yang ditempah.
Situasi itu juga memerangkap lebih 2,000 pelancong yang di bandar
itu, sebahagian daripada mereka telah berhubung rapat dengan jangkitan
atau melawat kawasan yang terjejas oleh virus itu dan tidak boleh pergi
tanpa melalui kuarantin.
Pelancong yang boleh keluar perlu menunjukkan keputusan ujian negatif dalam tempoh 48 jam sebelumnya.
Hab kewangan Shanghai, yang melaporkan 23 kes tempatan baharu pada
semalam juga sudah memulakan ujian besar-besaran pada hari ini di
kebanyakan 16 daerahnya, selepas saringan sama minggu lalu.
Setakat ini, tiada kematian baharu dan menjadikan jumlah kematian di
negara ini kekal sebanyak 5,226 orang.Sehingga semalam, China juga
mengesahkan 227,830 kes dengan simptom, termasuk kedua-dua kes tempatan
dan pelancong antarabangsa yang dijangkiti. - REUTERS
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-80999063975868512592022-07-27T15:32:00.002+08:002022-07-27T15:32:27.596+08:00Mudah kongsi maklumat peribadi punca kebocoran data
ISU kebocoran dan penjualan data
peribadi bukanlah sesuatu yang baharu. Di negara ini, ia mula mendapat
perhatian susulan laporan mengenai dakwaan berlaku ketirisan empat juta
data peribadi masyarakat awam melalui laman sesawang Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN).
Ketirisan data peribadi ini membabitkan Application Programming
Interfaces (API) yang dicipta untuk sistem myIDENTITY di bawah seliaan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ketirisan itu mencetuskan kebimbangan awam terutama pengguna yang
menjadi mangsa kejadian berkenaan. Susulan daripada dakwaan ini, Polis
Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan dengan Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din
menegaskan pihaknya memandang serius hal itu dan bekerjasama dengan JPN
juga LHDN untuk mengenal pasti punca kebocoran data awam.
Bagaimanapun, berlaku kebocoran dan pencerobohan data peribadi
menyebabkan orang ramai mula bimbang dan hilang kepercayaan terhadap
pihak yang seharusnya bertanggungjawab melindunginya.
Antara punca berlaku kebocoran data peribadi kepada pihak ketiga
mungkin menerusi pembabitan orang dalam di sesebuah agensi berkaitan
yang bersekongkol dengan penjenayah profesional.
Mereka adalah orang yang dipertanggungjawabkan dalam sebuah
institusi kerajaan atau bukan kerajaan untuk mengelola, mengurus dan
memproses segala data peribadi awam bagi tujuan tertentu sama ada
maklumat pendaftaran, percukaian, telekomunikasi, perbankan dan
institusi kewangan serta syarikat penerbangan.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini membolehkan penjenayah membuat
kad pengenalan atau pasport palsu menggunakan segala maklumat peribadi
orang awam yang dicuri daripada pangkalan data.
Dalam kes tertentu, penggunaan data peribadi orang lain menyebabkan
orang awam yang tidak bersalah dikaitkan dengan kes jenayah gara-gara
pemalsuan identiti.
Seandainya penjenayah berjaya dalam modus operandi mereka dan tidak
dapat diatasi dengan segera, keselamatan orang ramai terancam.
Dalam hal ini orang ramai juga perlu berhati-hati memberikan
maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali terutama melalui
media sosial. Sikap gemar berkongsi data peribadi secara berleluasa
turut menjadi punca kebocorannya.
Hari ini, dapat dilihat ramai orang tidak sedar tindakan mereka
berkongsi aktiviti, status atau gambar di media sosial turut berupaya
mendedahkan data peribadi mereka.
Memuat naik data peribadi secara terbuka di media sosial membolehkan
pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyalahgunakannya.
Ada masanya, orang awam seronok berkongsi gambar mereka dalam media
sosial tanpa menyedari terdapat maklumat peribadi seperti nombor kad
pengenalan atau pasport yang boleh dilihat secara umum. Perkara ini
harus sentiasa diawasi.
Hal ini bermakna orang ramai perlu sentiasa berwaspada melindungi
data peribadi mereka seperti mewujudkan kata laluan yang sukar ditembusi
pada akaun media sosial atau perbankan dalam talian.
Elakkan diri daripada mempercayai individu atau laman web yang
menawarkan peraduan atau skim memberi keuntungan dalam tempoh singkat.
Seandainya perlu membuat salinan dokumen peribadi seperti kad
pengenalan, lakarkan dua garisan pada kertas berkenaan dengan menyatakan
tujuan salinan dibuat.
Isu ini bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng. Masa depan
dan maruah individu bergantung kepada kerahsiaan data peribadi.
Dr R Mohan dan Siti Nuraisyah Abdul Wahab
Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM)
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-29773925713432691662022-07-27T15:31:00.001+08:002022-07-27T15:31:11.656+08:00Nahas MH370 sukar dirungkai tanpa penemuan bangkai pesawat
Oleh Prof Madya Mejar Bersekutu (PA) Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian
TRAGEDI pesawat MH370 antara misteri terbesar dalam dunia
penerbangan. Hari ini genap lapan tahun pesawat besar lagi canggih itu
tidak dapat dikesan dan kehilangannya masih menjadi tanda tanya kerana
tiada bukti kukuh lagi jelas dapat merungkai misteri ini.
MH370 seperti kita ketahui adalah nombor penerbangan bagi pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat
digunakan untuk penerbangan itu ialah Boeing 777-200ER.
ER membawa maksud Extended Range, iaitu jarak penerbangannya adalah lebih daripada pesawat konvensional Boeing 777 terdahulu.
Struktur pesawatnya utuh dan sebelum dihantar atau diambil
pelanggan, ia diuji beratus atau beribu kali di makmal Boeing untuk
memastikan komponen, fiuslaj, sayap dan sebagainya teguh serta mampu
menghadapi tekanan ketika di udara dan mendarat.
Berdasarkan ciri-ciri ini, ada pihak menyatakan ketika MH370
terhempas di selatan Lautan Hindi, pesawat itu tidak berkecai sepenuhnya
dan ini dikuatkan lagi dengan penemuan serpihan kecil saja sehingga
kini.
Namun, selagi belum menemui bangkai pesawat itu, tidak dapat dipastikan banyak mana pesawat itu berkecai.
Pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi dua enjin jenis Rolls Royce
Trent 892 yang mempunyai sistem pengawasan dengan komputer pesawat dapat
mengesan jika berlaku kecelaruan dalam penerbangan.
Data keadaan enjin ini juga direkodkan sistem pesawat dan dianalisis
jurutera penyelenggara apabila pesawat dibaiki serta diselenggara.
Semua ini membuatkan enjin pesawat selamat digunakan seberapa kerap yang
mungkin bagi penerbangan jarak jauh.
Ada pihak menyatakan tragedi MH370 berlaku akibat kegagalan enjin,
namun disangkal beberapa pihak. Enjin pesawat dilengkapi sistem pemadam
api jika berlaku kebakaran padanya.
Enjin ini juga ditakrif dan dinilai sebagai Operasi Prestasi
Standard Enjin Berkembar Dipertingkatkan (ETOPS). Ini membawa maksud
jika satu enjin tidak berfungsi ketika penerbangan, satu lagi enjin
dapat beroperasi pada julat masa tertentu untuk membawa pesawat ke
lapangan terbang terdekat.
Ini menunjukkan enjin Rolls Royce Trent 892 adalah jitu dan boleh
diharapkan. Alasan ini digunakan beberapa pihak untuk menyangkal teori
kegagalan enjin pesawat yang didakwa menjadi punca utama tragedi MH370.
Menyentuh aspek sistem pesawat Boeing 777-200ER, ia adalah sistem
canggih dan komprehensif. Mengandungi sistem pemantauan yang terdiri
daripada sensor serta skrin elektronik memaparkan keadaan enjin,
hidraulik, penjanakuasaan elektrik dan tekanan kabin.
Paparan ini dapat membantu juruterbang membuat keputusan tepat dan
sahih untuk menerbangkan pesawat dengan selamat serta mengikut piawaian
ditetapkan.
Disebabkan pesawat ini menggunakan banyak komponen elektronik, ia juga menggunakan kabel dan wayar secara meluas.
Perkara ini meningkatkan risiko dalam kokpit kerana kabel
menghasilkan haba dan secara kolektifnya pengumpulan haba besar serta
boleh menyebabkan kebakaran.
Ini antara teori dikemukakan beberapa pihak, iaitu berlaku kebakaran
dalam kokpit MH370, sekali gus menjejaskan fungsi juruterbang dan
pesawat berkenaan.
Pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi juga dengan transponder yang
berfungsi memberi lokasi pesawat kepada pengawal trafik udara. Pesawat
dapat dikesan selalu dan pihak berkuasa boleh menjejaki pesawat
berkenaan.
Namun, dalam kes MH370, dikatakan transponder ini ditutup individu dalam pesawat dan menyebabkan ia tidak dapat dijejaki.
Ada teori menyatakan juruterbang menutup transponder untuk mengelak
api merebak dalam kokpit kerana ini adalah prosedur digunakan bagi
mengelak penularan api dalam kokpit.
Bagaimanapun, ini semua adalah hipotesis yang perlu dikukuhkan dengan bukti utuh jika ada.
Antara ciri keselamatan pesawat yang sering terlepas pandang ialah
keselamatan fizikalnya. Pintu kokpit pesawat Boeing 777-200ER adalah
kalis peluru, selaras dengan ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO).
Ia bertujuan mengurangkan risiko rampasan oleh pihak tidak
bertanggungjawab. Malah, pintu kokpit juga menggunakan pengunci
elektronik-mekanikal yang boleh menangkis daya sebanyak 300 joules dan
pengunci ini menggunakan kuasa bateri pesawat (28VDC) untuk berfungsi.
Pintu kokpit juga mempunyai lubang intip digunakan juruterbang untuk
memastikan identiti individu yang hendak memasuki kokpit dan pengunci
pintu kokpit dikawal juruterbang dalam kokpit.
Semua ini menimbulkan persoalan sama ada pesawat dirampas atau tidak dan adakah rampasan didalangi orang dalam?
Timbul juga persoalan sama ada pesawat dirampas ketika juruterbang
keluar dari kokpit untuk ke tandas. Semua ini menjadi tanda tanya yang
masih tidak terjawab.
Pesawat Boeing 777-200ER mempunyai protokol dipanggil 'sampul
penerbangan' bagi memastikannya tidak bergerak atau terbang luar
daripada sampul penerbangannya.
Sampul penerbangan terdiri daripada sempadan menggariskan pesawat tidak boleh melebihi nilai parameter ditetapkan.
Contohnya, jika ada individu mengendalikan pesawat ingin membelok
pada sudut amat tinggi, sampul penerbangan akan menghindarkan orientasi
itu.
Ini untuk mengelak pesawat menjadi tidak stabil dan salah satu ciri
keselamatan pesawat Boeing 777-200ER. Faktor ini juga menimbulkan
persoalan adakah pesawat MH370 dikendalikan secara manual semasa
terhempas atau sebaliknya.
Pelbagai persoalan timbul susulan kejadian ini kerana teknikal
pesawat memberi persepsi ia selamat dan tidak mudah dicerobohi, tetapi
tragedi tetap berlaku.
Ada kemungkinan juga yang teknikal pesawat inilah secara langsung
atau tidak menjadi punca nahas MH370. Inilah yang perlu dirungkai dan
selagi tiada bukti kukuh, persoalan ini akan menghantui pelbagai pihak.
Penulis adalah Ketua Penyelidik Penerbangan Mencari dan
Menyelamat, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation
Technology (UniKL MIAT)
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-31158127080411214032022-07-27T15:30:00.003+08:002022-07-27T15:30:30.407+08:00Di sebalik Rundingan Baling 1955
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
BALING: Terma 'Rundingan Baling 1955' yang menjadi detik penting
kepada kemerdekaan Tanah Melayu perlu disemak selepas kajian mendapati
tiada rundingan berlaku antara kerajaan dan wakil Parti Komunis Malaya
(PKM).
Peristiwa pada 28 dan 29 Disember 1955 itu membabitkan pertemuan
antara wakil kerajaan antaranya Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri
Singapura, David Marshall dan Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock bersama
wakil PKM antaranya Chin Peng dan Rashid Maidin.
Bagaimanapun sepanjang perjumpaan itu, Tunku lebih banyak bercakap
mengenai tawaran pengampunan kepada pengganas komunis dan mengelak
sebarang rundingan sehingga mencetuskan kemarahan Chin Peng apabila
menyedari PKM tidak diberi sebarang pilihan.
Penulis buku 'Liku-Liku Pertemuan Baling', Mejar (B) Dr Nor Ibrahim
Sulaiman, menjelaskan sebelum pertemuan di Baling, telah berlangsung
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu yang
menyaksikan Parti Perikatan menang besar dan Tunku dilantik sebagai
Ketua Menteri.
Katanya, antara manifesto Tunku ketika pilihan raya itu adalah
memberi pengampunan kepada pengganas komunis dengan syarat mereka
menyerah diri, dibicara dan kemudian diberi pilihan sama ada pulang ke
negara asal atau kekal di Tanah Melayu dengan memberi sepenuh ketaatan.
"British bagaimanapun tidak bersetuju dengan rancangan Tunku ini
kerana mereka menetapkan syarat bahawa Tanah Melayu hanya akan
dibenarkan memerintah atau berkerajaan sendiri selepas keadaan dalam
negara aman sepenuhnya dan tiada darurat.
"Selaku Ketua Menteri yang diberi kuasa, Tunku mendesak mahu
pengampunan diberi kepada pengganas komunis kerana sedar ia akan menjadi
pintu ke arah mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu selain mahu
pertemuan diadakan bersama wakil PKM.
"Akhirnya buat julung kali, Baling dipilih menjadi lokasi pertemuan
yang menarik perhatian antarabangsa kerana belum pernah berlaku
perjumpaan rasmi antara komunis dan kerajaan di dunia ketika itu,"
katanya ketika Wacana 'Liku-Liku Pertemuan Baling 1955' yang berlangsung
di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling, baru-baru ini.
Rundingan Baling 1955 menjadi antara detik bersejarah buat negara
apabila ia berjaya membina keyakinan bahawa rakyat Tanah Melayu tidak
akan terpengaruh dengan fahaman komunis, sekali gus membuktikan
kemampuan Tunku mentadbir negara.
Mengulas lanjut, Nor Ibrahim berkata, hasil rujukannya ke atas
dokumen berkaitan perjumpaan itu termasuk yang disimpan di Arkib
Nasional United Kingdom mendapati pertemuan itu dirujuk sebagai 'Baling
Talks'.
"Terjemahan langsung rundingan ke dalam bahasa Inggeris sepatutnya
adalah 'negotiation' tetapi dalam kesemua dokumen rasmi berkaitan tidak
menyatakan berlakunya rundingan antara Tunku dan Chin Peng.
"Malah, Tunku dalam autobiografinya sendiri merujuk perjumpaan itu
sebagai 'Baling Talks' maka adalah wajar terma 'rundingan' itu dilihat
semula atau lebih tepat lagi sekiranya digunakan Pertemuan Baling 1955.
"Ini kerana dalam proses rundingan sepatutnya wujud eleman seperti
tawaran, tawaran balas atau perbincangan, namun semua itu tidak berlaku
malah ia sendiri diakui Rashid Maidin dalam bukunya bahawa pertemuan itu
lebih kepada untuk menekan PKM," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pendidikan dan
Bahasa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Kasri
Saidon, berkata persoalan mengenai terma sama ada rundingan atau
pertemuan perlu dilihat pada intipati sebenar perjumpaan berkenaan.
"Terma 'Baling Talks' digunakan kerana perjumpaan itu hanya
membabitkan perbualan sahaja, tetapi untuk dikatakan rundingan apa
sebenarnya yang dirunding antara Tunku dan Chin Peng perlu dilihat.
"Sama ada sesuai atau tidak terma rundingan atau pertemuan kita
perlu mengkaji lebih lanjut perkara ini dan merujuk kepada pakar sejarah
lain bagi menentukannya," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan Rundingan Baling 1955 adalah
peristiwa penting yang perlu diangkat sebagai antara pembuka jalan
kepada proses kemerdekaan Tanah Melayu yang akhirnya dicapai pada 31
Ogos 1957.
"Sebelum itu, kita perlu melihat ancaman diberikan pihak komunis
melalui siri keganasan, penghasutan dan sabotaj justeru rundingan ini
sebenarnya membawa kepada hasrat kerajaan bagi mencapai penyatuan bangsa
dalam menolak fahaman komunis.
"Penyatuan itu akhirnya berjaya menunjukkan kepada British bahawa
ketiga-tiga bangsa utama sudah bersatu dan tidak ada sebab mengapa
kemerdekaan tidak boleh diberikan kerana semua bangsa ini sudah
menentang anasir yang sama.
"Bermula 1948 kita melihat komunis menyusup masuk ke dalam
masyarakat melalui pelbagai cara sehingga British terpaksa membuka skim
kampung baharu, sekatan, catuan dan perintah berkurung...namun tiga
bangsa ini dengan tegas menolak fahaman itu," katanya.
Mengulas lanjut, Kasri berkata, Tunku berjaya memainkan peranan
sebagai serampang dua mata iaitu memperkuatkan organisasi masyarakat
melalui perpaduan dan menolak bagi memberi sebarang pengiktirafan kepada
PKM.
"Dalam sejarah, Rundingan Baling 1955 akan sentiasa dikenang sebagai
titik penyatuan kepada rakyat menolak komunis dan titik pemisah bahawa
komunis tidak dapat hidup bersama di Tanah Melayu.
"Apabila darurat tamat pada 1960, komunis berundur tetapi mereka
masih cuba mengambil beberapa kesempatan antaranya ketika era
konfranstasi Malaysia-Indonesia dan perselisihan faham antara kaum 1969
sebelum diikuti era insurgensi sehingga 1989.
"Bagaimanapun ketika era 80-an, berlaku banyak perubahan apabila geo
politik dunia berubah, generasi muda mahu pembangunan maka komunisme
menjadi gerakan usang maka akhirnya PKM meletak senjata sepenuhnya
melalui Perjanjian Hatyai 1989," katanya.
Bagaimanapun, Kasri menegaskan walaupun PKM sudah lama meletak
senjata, namun fahaman komunisme masih belum dapat dilenyapkan di negara
ini dan kemungkinan fahaman itu datang dalam bentuk baharu boleh
berlaku.
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-32989353492649369402021-09-10T14:55:00.003+08:002021-09-10T14:55:46.765+08:00Pembangunan bandar pintar mampu mendepani COVID-19
Oleh Mohd Rozaimy Ridzuan
Sebelum pandemik COVID-19, banyak negara membangunkan bandar pintar
untuk mengurangkan cabaran dalam menguruskan perbandaran seperti
jenayah, kesesakan lalu lintas, sistem pengurusan sampah dan pencemaran.
Bagaimanapun, pandemik menyebabkan semakin banyak negara secara
kolektifnya memberi fokus kepada sains dan teknologi dengan cara
mengaplikasikan bandar pintar demi mengharungi kejutan dan krisis
bersifat global ini.
Penggunaan kecerdasan buatan (AI), internet benda (IoT), data raya
dan teknologi baharu lain dioptimumkan untuk memerangi pandemik itu.
Kajian sarjana membuktikan pelaksanaan bandar pintar mengurangkan impak
negatif pandemik.
Bandar pintar juga dapat mencegah dan mengawal pandemik tanpa perlu
melaksanakan dasar kawalan pergerakan ketat kerana manfaat teknologi
itu, terutama pengurusan maklumat berkaitan COVID-19.
Melalui teknologi bandar pintar, pembuat dasar dapat meningkatkan
tadbir urus bandar melalui keputusan tepat dan responsif seperti di
China, Korea Selatan dan India.
Bandar besar di China seperti Beijing, Shanghai dan Hangzhou
membangunkan projek bandar pintar sejak sedekad lalu. Dilengkapi
teknologi 5G, kamera beresolusi tinggi dan termometer inframerah,
penggunaan robot dapat mengimbas suhu 10 orang secara serentak dalam
radius 5 meter.
Hangzhou 'City Brain' umpamanya, dapat membantu kerajaan mengetahui
jumlah penduduk disahkan positif COVID-19 dengan segera, sekali gus
membolehkan pihak berkuasa pantas mengambil tindakan selanjutnya.
Korea Selatan sejak 2000 lagi, melaksanakan pelbagai projek bandar
pintar dan membangunkan kerangka dasar bandar pintar. Epidemic
Investigation Support System (EISS) dibangunkan untuk memantau
penyebaran jangkitan epidemiologi yang membantu kerajaan mendepani
pandemik melalui analisis data COVID-19.
Di India pula, peranti pintar seperti robot dilengkapi teknologi
radiasi Ultraviolet-C dibangunkan untuk membersih dan membasmi kuman
pada objek dan tempat. Integrated Command and Control Centers (ICCCs)
dengan kamera pengawasan, rangkaian gentian optik, perkhidmatan pintar
didayakan sensor dan modul tadbir urus berasaskan aplikasi membantu
negara itu menangani pelbagai cabaran berkaitan COVID-19.
Talian bantuan, Hunger Helpline juga diwujudkan untuk memberi makanan kepada penduduk terkesan dengan pandemik.
Ternyata, pandemik COVID-19 faktor penyumbang pembangunan bandar
pintar kerana teknologi ini mampu menawarkan penyelesaian secara
inovatif.
Kerajaan Malaysia sendiri sedang mempergiatkan usaha membangunkan
bandar pintar secara menyeluruh. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, dilaporkan berkata Malaysia
berharap membangunkan sekurang-kurangnya lima bandar pintar menjelang
2025.
Projek bandar pintar sudah mula dibangunkan di Selangor dan Pulau
Pinang, selain secara spesifik di Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Lumpur,
Iskandar Puteri di Johor dan Kulim.
Aplikasi MySejahtera adalah sebahagian mekanisme penting dalam
bandar pintar tetapi masih ramai menggunakan buku rekod apabila memasuki
premis perniagaan hingga boleh menyukarkan kerajaan mengesan kontak
rapat sekiranya berlaku kes positif di premis terbabit.
Sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) juga
diperkenalkan bagi membendung penularan COVID-19. Sistem ini menggunakan
analisis data raya dan AI yang mampu membuat ramalan ke atas sesebuah
premis berpotensi menjadi titik panas penularan COVID-19 dalam jangka
tujuh hari.
Diharapkan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia disediakan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dapat diterjemahkan
dalam bentuk tindakan demi menyelaraskan pembangunan bandar pintar yang
selama ini dibangunkan penggerak bandar pintar yang bekerja secara
sendiri.
Dapatan kajian dijalankan pengkaji menunjukkan bandar dilengkapi
teknologi 5G lebih berjaya mendepani pandemik COVID-19 menerusi
teknologi seperti teleperubatan dan pengawasan pintar.
Oleh itu, penggunaan teknologi 5G di negara ini perlu segera
diperluaskan untuk mendukung projek bandar pintar yang memerlukan
teknologi tanpa wayar generasi baharu. Diharapkan penggabungan syarikat
telekomunikasi Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.Com Bhd (Digi) mampu
mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G serta memudahkan penyediaan
sambungan internet berkelajuan tinggi di seluruh negara.
Penulis adalah Pensyarah Dasar Awam di Fakulti Sains
Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kampus Raub
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-73643775817543302112021-09-10T14:49:00.006+08:002021-09-10T14:49:50.737+08:00'Ingatkan dah sampai masa saya ... ' - Aishah kongsi pengalaman perangi COVID-19
PENYANYI Aishah akui pernah mempunyai rasa seperti nyawanya mahu berakhir ketika sedang bertarung melawan COVID-19.
Kata
Aishah, 56, ketika itu oksigen dalam badannya agak merosot dan dia
bermimpi dikelilingi kucing yang pernah dibantu dan disayangi.
“Pernah masa mula-mula saya berada dalam keadaan oksigen yang agak tak
berapa bagus masa itu …Ingatkan dah sampai dah masa (pergi) saya …
rupanya saya mimpi.
“Saya mimpi dikelilingi anak-anak kucing yang saya sayang serta kucing liar yang pernah saya beri makan.
“Doakan saya sihat dan dapat menjadi manusia yang lebih berbakti bukan
sahaja pada orang yang susah dan anak kucing saya tapi pada semua,”
katanya.
Pelantun lagu Bahtera Merdeka itu berkongsi luahan hati serta keadannya yang masih dirawat di hospital kerana jangkitan COVID-19.
Aishah juga turut berterima kasih kepada semua yang turut membuat bacaan yasin sejak semalam untuk mendoakan kesembuhannya.
Dalam masa yang sama, Aishah turut berterima kasih kepada petugas
barisan hadapan iaitu doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang di
hospital.
“Mereka (frontliners) ini insan yang Allah untuk buat kerja macam Ini. Doakan mereka juga terlindung dari penyakit,” beritahunya lagi.
Sebelum ini, Aishah dilaporkan positif COVID-19 selepas melalui
prosedur Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta.
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-26262154828678997652021-09-10T14:48:00.002+08:002021-09-10T14:48:06.066+08:00Hoki: Hanya yang lengkap dos vaksin COVID-19 dibenarkan sertai MJHL, Piala Tun Abdul Razak 2021
KUALA LUMPUR: Konfederasi
Hoki Malaysia (KHM) mewajibkan kesemua pemain dalam Piala Tun Abdul
Razak 2021 dan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2021 melengkapkan dua
dos vaksin untuk bermain dalam dua kejohanan domestik itu.
Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan KHM Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh berkata,
syarat itu merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP)
yang ketat bagi penganjuran kedua-dua kejohanan berkenaan dalam
membendung penularan COVID-19 ketika ini.
"Kesemua
pemain perlu menerima dua dos vaksin, jika tidak, anda tidak akan
dibenarkan menyertai kejohanan. Kita akan minta mereka tanda tangan
untuk pastikan bahawa semua pemain telah melengkapkan dua dos vaksin,"
katanya dalam sidang media dalam talian hari ini.
Piala
Tun Abdul Razak 2021 dijadual bermula pada 10 hingga 20 November ini,
manakala MJHL 2021 bakal berlangsung bermula 26 November hingga 2
Januari 2022.
Sementara itu beliau
berkata terdapat sedikit perubahan bagi penganjuran MJHL 2021 dengan
kejohanan itu akan dilangsungkan bagi kategori lelaki sahaja.
Bagaimanapun
Anil Jeet berkata, pihaknya mempunyai perancangan untuk menganjurkan
kejohanan bagi kategori wanita pada awal tahun depan.
Menurutnya
format yang digunakan pada edisi MJHL sebelum ini iaitu pecahan dua
divisyen akan dikekalkan dengan divisyen satu akan dipertandingkan
secara liga satu pusingan melibatkan 10 pasukan, manakala bagi divisyen
dua pula, kumpulan dipecahkan mengikut penyertaan diterima KHM.
Saingan
Piala Tun Abdul Razak 2021 pula akan menyaksikan satu divisyen
dipertandingkan bagi kategori lelaki merangkumi empat kumpulan manakala
kategori wanita juga dengan satu divisyen melibatkan tiga kumpulan.
Sementara
itu beliau berkata pendaftaran bagi MJHL 2021 yang dibuka sejak Selasa
lepas (7 Sept) akan ditutup pada 21 Sept ini manakala permohonan pasukan
bagi menyertai saingan Piala Tun Abdul Razak 2021 pula akan dibuka pada
17 hingga 30 September ini.
Kedua-dua kejohanan berkenaan akan dilangsungkan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini.
Saingan
MJHL tahun lepas terpaksa dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, namun
Piala Tun Abdul Razak 2020 dilangsungkan dengan jayanya tanpa ada
sebarang jangkitan wabak berkenaan dalam kalangan pemain dan pegawai
terlibat.
Pasukan Perak dan Pahang masing-masing muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak 2020.
-- BERNAMA
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-59785818620586320162021-07-19T21:50:00.001+08:002021-07-19T21:50:12.132+08:00Perkara sunat dibuat pagi Aidiladha
Antara amalan sunat pada pagi Aidiladha ialah mandi sunat hari raya dan tidak makan dahulu sebelum menunaikan solat.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Perayaan
yang sinonim dengan ibadat haji dan juga ibadat korban.
Pada pagi hari raya Aidiladha, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:
Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
Sunat menjamah makan-minum selepas pulang daripada solat Aidiladha.
Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari subuh 9 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Takbir Muqayyad).
Menunaikan sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.
TAKBIR
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah). (Riwayat al-Tabrani).
Pada Hari Raya Haji atau Aidiladha
disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu,
bermula selepas solat Subuh Hari Arafah (9 Zulhijah) sehingga waktu Asar
pada hari ke 3 tasyrik, iaitu 13 Zulhijah.
IBADAH KORBAN
Aidiladha disebut juga Hari Raya
Korban. Kata ‘Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang
bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan
tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am
iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Nabi Muhammad SAW bersabda: Tiada
sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih
disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu
akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh
anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya
darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT.
sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya. (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-53064178566427665262021-05-04T09:21:00.003+08:002021-05-04T09:21:17.499+08:0011 Ciri Individu Yang Amat Judgmental
Oleh Ainon Mohd
Semua orang mempunyai sikap judgmental, isunya apakah sikap itu sedikit. sederhana, ataupun ekstrem.
Apakah kita sendiri seorang yang amat judgmental terhadap orang-orang yang tidak serupa dengan kita?
Menurut pakar-pakar psikologi, antara tanda-tanda kita seorang yang bersikap amat judgmental adalah seperti di bawah ini:
1. Kita rasa semua orang tidak ikhlas kepada kita, semua orang ada kepentingan, semua orang ada udang di sebalik batu, semua orang cuma hendakkan sesuatu dari kita, semua orang hendak pergunakan kita.
2. Kita tidak suka orang-orang yang tidak konsisten pendapatnya dan tingkah lakunya, yang berubah-ubah ikut situasi dan konteks. Bagi kita, sikap macam itu salah, tidak ada prinsip, tidak ada pegangan, munafik, hipokrit, tak boleh diterima.
3. Terhadap orang-orang yang tidak serupa dengan kita, kita susah hendak nampak di mana baiknya mereka, di mana bagusnya, di mana kebijaksanaannya.
4. Kita tidak pandai menangguhkan daripada membuat pendapat. Kita gopoh, kita terus menghukum, terus membuat keputusan, terus melabel. Baru nampak satu sisi, terus kita katakan perkara itu salah, tak betul, bodoh, haram, berdosa dll.
5. Kita tidak suka pada sesuatu persoalan yang tidak jelas, yang tidak pasti, yang tidak berapa lurus, yang tidak simpel, yang kompleks dan komplikated. Kita cuma hendak berfikir secara simpel, secara yang mudah. Kita tidak suka berfikir secara konseptual.
6. Kita susah hendak bertoleransi terhadap orang-orang yang fahamnnya berbeza, yang cara mereka berfikir tidak macam kita, yang perangainya tidak macam kita, yang rupa dan penampilannya tidak sama macam kita. Kita payah hendak terima mereka sebagai kawan dan sahabat. Kita tidak mahu bercampur-gaul dan bekerjasama dengan mereka.
7. Kita cenderung berfikir secara pesimistik, yakni kita memikirkan perkara-perkara buruk yang akan berlaku pada masa depan. Kita memikirkan dan kita meramalkan macam-macam musibah yang akan berlaku dan menimpa semua orang jikalau sesuatu perkara itu tidak dibuat macam yang kita fikir, macam yang kita mahukan.
8. Bagi kita, semua orang dapat digolongkan ke dalam 2 jenis manusia saja, iaitu manusia baik dan manusia jahat. Tidak ada golongan lain selain yang dua itu.
9. Sangat payah kita hendak nampak di mana bagusnya, di mana baiknya, di mana pintarnya, di mana bijaknya, di mana kelebihannya, di mana mulianya, di mana istimewanya orang-orang yang tidak serupa macam kita, yang pemikiran dan penampilannya sangat berlainan dengan diri kita.
10. Kita berasa amat tidak selesa apabila berada di dalam kumpulan orang-orang yang bukan kawan-kawan sendiri, yang tidak dikenali, yang tidak serupa macam kita. Kita tak tahan duduk lama dengan mereka. Kita tidak ada mood hendak berkenalan dan bercakap-cakap dengan mereka.
11. Kita selalu sangsi, ragu, khuatir, dan menaruh syak terhadap niat sebenar orang-orang yang tidak kita kenali, yang tidak serupa macam kita. Kita susah hendak percaya mereka itu berniat baik terhadap kita.
Senarai di atas itu adalah dalam kes judmentalism yang ekstrem. Bagi golongan tidak ekstrem, mereka cuma mempunyai beberapa sikap itu sahaja, bukan semua.
Apabila kita terjumpa dengan individu-individu yang sangat judgmental, apakah yang sebaiknya kita lakukan?
Pakar-pakar psikologi memberi paduan ini: Jangan ambil hati dengan label-label negatif yang mereka gunakan terhadap diri kita. Masalahnya bukan pada diri kita. Masalahnya adalah pada diri mereka sendiri.
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3346568717183777598.post-34310983710564729892021-04-20T15:26:00.002+08:002021-04-20T15:26:16.415+08:00Penggodam WhatsApp mampu sekat akses pengguna berdasarkan Nombor Telefon
Oleh Shahrul Yusof
Aplikasi permesejan popular dunia, WhatsApp menawarkan ciri
perlindungan data pengguna melalui enkripsi hujung-ke-hujungnya.
Justeru, membolehkan hanya penghantar dan penerima mesej berkenaan
sahaja yang mengetahui isi kandungannya.
Bagaimanapun, baru-baru
ini terdapat satu kelemahan telah diketemukan yang membolehkan penggodam
menggunakan nombor telefon pengguna untuk menyekat pengguna ke aplikasi
WhatsApp.
Forbes
melaporkan kelemahan ini boleh memberi kesan terhadap jutaan pengguna
aplikasi permesejan berkenaan. Ini kerana penggodam tersebut hanya
memerlukan nombor telefon pengguna berkenaan untuk membuat sekatan.
Cara yang digunakan
Penggodam yang melakukan serangan ini akan melakukannya melalui dua proses.
Pertama,
melalui kod verifikasi SMS yang diterima apabila memasang WhatsApp pada
telefon baharu. Kebiasaannya, untuk pemasangan WhatsApp pada telefon
pintar baharu, anda akan menghantar permintaan mendapatkan kod
verifikasi dari WhatsApp.
WhatsApp kemudiannya akan cuba
mengesahkan melalui kod verifikasi sama ada anda merupakan pengguna yang
sebenar nombor telefon berkenaan untuk menggunakan aplikasinya pada
telefon baharu anda.
Bagaimanapun, jika penggodam yang
melakukannya, mereka tidak akan menerima kod SMS pengesahan tersebut.
Seterusnya, mencegahnya dari mengakses ke akaun WhatsApp mangsa.
Tetapi,
penggodam masih lagi boleh menghantar permintaan mendapatkan kod
berkenaan berulang-kali sehingga akaun mangsa disekat untuk 12 jam.
Mangsa tidak dapat mengakses ke WhatsApp sepanjang tempoh tersebut.
Keadaan
akan menjadi lebih teruk lagi jika penggodam melaporkan kepada WhatsApp
melalui e-mel dengan mendakwa telefon mereka dicuri dan meminta akaun
sasarannya dikunci untuk suatu tempoh yang panjang.
Masalahnya di
sini adalah, di pihak WhatsApp tiada sebarang langkah selanjutnya bagi
mengesahkan sama ada e-mel berkenaan benar-benar dihantar oleh mangsa
atau si penggodam. Apa yang boleh diharapkan, melalui kaedah pengesahan
berbilang peranti WhatsApp yang akan diperkenalkan kelak dapat membantu
mengatasi permasalahan ini.
Kelehaman ini bagaimanapun tidak
memberikan akses kepada penggodam terhadap kandungan dan data peribadi
milik pengguna. Ianya sekadar menghalang mangsa dari mengakses ke
akaunnya sahaja.
Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan supaya
sentiasa berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan serta
melindungi data peribadi di apa jua aktiviti dalam talian.
zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0