Headlines News :

Cintakan kemewahan punca kemusnahan diri

Oleh

UMAT Islam sepatutnya menyedari bahawa objektif kehidupan mereka di dunia adalah untuk menjadi hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Jika setiap individu Islam memahami bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sebelum roh kembali kepada Ilahi, maka amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak akan berleluasa dalam masyarakat Islam. 

Kerakusan dan keinginan untuk menjadi orang yang pa­ling berkuasa dan kaya adalah penyakit hati yang sukar untuk dibendung jika hasil kekayaan yang diperoleh itu tidak diredai Allah. Umat Islam yang memahami erti kehidupan dan sentiasa memahami kematian adalah satu kemestian tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum hakam Allah.
Firman Allah dalam Surah 62 (al-Jumu’ah) ayat 8 yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Kesedaran terhadap kematian dan bagaimana roh manusia dipisahkan daripada jasad sepatutnya disemat dalam minda umat Islam supaya kerakusan terhadap kuasa dan kekayaan dapat dihakiskan dalam hati nurani umat Islam.

Jika di dunia ini setiap korupsi dan penyalahgunaan kuasa dapat dipertahankan dan dilindungi, maka fahamilah ketahanan dan kekebalan itu adalah terlalu rapuh. Ketahanan untuk melin­dungi nyawa dan harta benda di dunia ini adalah terlalu kerdil jika dibandingkan benteng perlin­dungan Allah.

Kecintaan terhadap kekayaan dan kuasa yang keterlaluan sukar dibendung jika hati nurani dan minda beranggapan bahawa kekayaan dan kuasa adalah satu kebahagiaan yang hakiki.

Pemikiran begini hanyalah khayalan yang dipaparkan oleh musuh utama manusia sejak azali lagi. Oleh itu, Allah memperingati umat Islam dalam Surah 102 (al-Takathur) ayat 1-8 yang bermaksud: “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu) dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

“Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin. Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).”

Kekayaan dan kuasa jika diperoleh secara menindas dan menyukarkan kehidupan orang lain adalah api yang menyemarak dalam diri yang mana belas kasihan dan kemanusiaan sudah terhapus dalam sanubari.

Apabila diri sudah dikuasai oleh perasaan begini, maka rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan akan menjadi fenomena dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara yang mana akhirnya umat Islam akan kehilangan kuasa dan kewibawaan.

Kekayaan dan kekuasaan yang diberikan oleh Allah kepada setiap individu adalah tanggungjawab atau amanah Allah yang perlu dilaksanakan.

Jika kekayaan diperoleh, maka berkongsilah dengan orang yang miskin. Perkara ini diperingati oleh Allah dalam Surah 57 (al-Hadid) ayat 7 yang bermaksud: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebahagian) daripada hartanya memperoleh pahala yang besar.”

Berdasarkan penjelasan tersebut, maka umat Islam perlu mengimbangi kecintaan terhadap dunia dan akhirat supaya kehidupan di dunia diberkati Allah dan memperoleh ganjaran yang istimewa di hari akhirat.

PROFESOR MADYA DR. SAODAH ABD. RAHMAN dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Cara berfikir seorang usahawan

Oleh

Pastinya rakan-rakan anda yang berniaga mempu­nyai pen­-
dapatan yang ‘dahsyat-dahsyat’ belaka.
Semestinya anda tertanya-tanya apakah rahsia mereka berjaya dalam bidang perniagaan? Pasti timbul keinginan untuk berniaga seperti mereka apatah lagi melihat kehidupan mereka yang semakin senang dan mampu untuk menjalani kehidupan yang luar daripada kebiasaan.
Menjadi kelaziman kepada masyarakat untuk menjadikan seseorang itu sebagai mentor selepas mereka berjaya.

Mereka tidak berminat untuk mengetahui fasa perit, titik peluh dan keringat untuk membangunkan atau menaikkan kejayaan, walhal fasa inilah yang sepatutnya dijadikan iktibar atau pedoman buat usahawan-usahawan yang baru bermula untuk berniaga.

Namun, mereka lebih memilih untuk mengetahui fasa kejayaan seseorang. Atau erti kata lain, mempelajari cara berfikir mereka semasa menaikkan sesuatu perniagaan sehingga berjaya membina suatu empayar perniagaan yang utuh.

Malu bertanya sesat jalan, saya Raja Adi, yang menjalankan perniagaan menjual jam di Instagram @kingjam.orii berkongsi pengalaman saya untuk anda yang baru berniaga.

* Memperbaharui model perniagaan

Setiap usahawan pasti mempunyai mentor mereka sendiri. Pemikiran seorang usahawan berjaya adalah dengan mengenal pasti kegagalan model perniagaan mereka semasa fasa menaikkan perniagaan tersebut.

Adat orang mula berniaga, pasti ada saat permulaan di mana mereka jatuh berkali-kali dan wajib bagi kita untuk mengenal pasti kesilapan yang dilakukan agar tidak mengulangi kesilapan yang pernah mereka lakukan.

Sama ada dari segi pemasaran, pengurusan kewangan atau pengurusan syarikat, ja­ngan malu untuk bertanya mereka demi pembaharuan model bisnes lama mereka menjadi lebih baik untuk dimanfaatkan.

Dalam dunia perniagaan, teknik ini dipanggil ‘tiruvasi’ yang mana suatu gabungan antara perkataan ‘tiru’ dan ‘inovasi’. Antara formula yang menjadi tunjang kepada industri pembuatan di China adalah dengan meniru ciptaan-ciptaan yang sedia ada dan memperbaiki setiap kelemahan-kelemahan yang ada.

* Kurangkan kos selagi boleh kecuali kos pemasaran

Pemasaran seperti kita tahu adalah nadi kepada sesuatu perniagaan. Tanpa nadi yang memastikan kelangsungan se­se­buah syarikat maka perlahanlah pertumbuhan sesebuah perniagaan itu.

Antara kesilapan usahawan yang baru nak berniaga adalah mereka tersalah tafsir konsep ‘kurangkan kos selagi mampu’.

Sebenarnya frasa itu tidak terpakai untuk pemasaran ke­ra­na sebagai entiti perniagaan yang baharu, ia amat pen­ting agar pembeli mengetahui kewujudan perniagaan kita.

Kita akan lebih menonjol berbanding pesaing-pesaing sekiranya pemasaran yang dilakukan itu berjaya.

Pada masa yang sama menonjolkan jenama dan nilai yang kita tawarkan pada pe­langgan kita nanti. Syarikat-syarikat gergasi seperti McDo­nald menghabiskan sehingga AS$963 juta (RM4 bilion) pada 2016. Hasilnya, ayam goreng mereka yang sudah sekian lama ada dalam pasaran menjadi tular pada tahun 2017!

Ini menunjukkan betapa besarnya impak pemasaran kepada sesuatu perniagaan itu.

Jangan lemah semangat

Persaingan merupakan suatu cabaran kepada perniagaan terutama sekali yang baru nak mula. Akal fikir kita berkata: “Mampukah aku bersaing de­ngan orang yang sudah berniaga lima hingga enam tahun?” Soal persaingan itu perlu ditolak ketepi dahulu.

Yang penting ingin saya tekankan adalah jangan lemah semangat!

Saya juga mengalami masalah yang sama semasa mula-mula membangunkan @kingjam.orii di Instagram memandangkan persaingan yang kuat bukan sahaja daripada pihak luar, malah daripada rakan-rakan saya sendiri yang menjual produk sama.

Tiada istilah ‘memasukkan pasir ke dalam periuk nasi’ apabila bersaing. Apabila strategi perniagaan kita mantap dan tersusun maka kita akan lebih menonjol daripada pesaing-pesaing yang mana mereka mungkin mengambil masa lima hingga enam tahun untuk sampai ke suatu tahap.

Mana tahu rezeki kita, masa itu dapat disingkatkan untuk kita berdiri seiring dengan mereka. Kunci utama adalah jangan melihat ke belakang. Teruskan!

Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan mahupun persoalan, petua atau perkongsian. Ajukan kepada instagram @kingjam.orii yang menjual jam dengan harga yang sa­ngat-sangat berpatutan serta berkualiti tinggi.

Raja Adi Aiman Raja Mohamed Mursid adalah pelajar tahun 2 Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Putra Malaysia.

Damai diulit suasana semula jadi

Terletak berhampiran Banjaran Titiwangsa dan berada di pinggir hutan dengan panorama alam semula jadi mampu memukau setiap pengunjung yang bertandang ke Sri Damai Resort, Hulu Selangor.

Resort berkonsepkan suasana kampung masih kekal nyaman dan dingin ini pastinya menjadi pilihan pengunjung yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk-pikuk kota.

Lokasi yang hanya mengambil masa 45 minit dari Kuala Lumpur dan enam kilometer dari Plaza Tol Tanjung Malim atau sekitar 10 minit dari Stesen Komuter Tanjung Malim serta 20 minit dari Stesen Komuter Kuala Kubu Bharu.

Sri Damai Resort menawarkan harga yang cukup berpatutan untuk semua 24 jenis chalet yang disediakan.

Pengurusnya Datuk Ruslee Hashim berkata, Sri Damai Resort menampilkan keunikan tersendiri apabila pengunjung boleh melihat dari dekat haiwan ternakan seperti rusa, kambing, burung merak dan ayam hutan berkeliaran di kawasan resort.

Selain beberapa kolam ikan dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar yang boleh dipancing dan kepelbagaian tanaman herba.

“Pengunjung yang bercadang menganjurkan hari keluarga, resepsi perkahwinan, mesyuarat, kursus, kem motivasi dan aneka aktiviti lain di sinilah tempatnya kerana pelbagai kemudahan disediakan seperti tapak sukaneka, perkhemahan, memanah, dewan besar, bilik mesyuarat, surau dan kafe.

“Penggemar sukan lasak juga boleh melakukan aktiviti ‘jungle tracking’, ‘treasure hunt’, menyusuri sungai dan berbasikal,” katanya.

Menurut Ruslee, kelebihan yang ada di Sri Damai Resort turut menjadikannya sebagai lokasi pembikinan beberapa drama.

Susu Kunyit Plus

Susu Kunyit Plus bukanlah minuman biasa, ia adalah minuman berkhasiat yang dirumus khas mengandungi bahan dasar dan bahan aktif yang sangat penting untuk menjaga dan meningkatkan tahap kesihatan badan.

2. Rumusan Khas Susu Kunyit Plus

Bahan dasar utama Susu Kunyit Plus ialah susu tenusu lembu rendah rendah Gred A yang diimpot dari New Zealand, di samping aditif makakan yang dibenarkan di bawah Akta Makanan 1985, Malaysia. Bahan aktif yang terkandung dalam rumusan pula ialah Curcumin iaitu sejenis zat anti oksidan yang dihasilkan dari ubi kunyit, di samping kolagen marin (Ikan), Phospholipids serta diperkaya dengan Vitamin C & E dan Probiotik.

3. Apakah Curcumin ?

Telah dinyatakan bahawa Curcumin ialah zat antioksidan tinggi yang terdapat dalam ubi kunyit. Kajian makmal mendapati ia merupakan senyawa aktif yang berfungsi untuk melawan serangan radikal bebas yang ada dipersekitaran kehidupan manusia. Di mana, radikal bebas merupakan penyebab utama terjadi gangguan kepada tahap kesihatan manusia. Justeru anti oksidan amat diperlukan bagi mengawal serta melawan serangan radikal bebas tersebut.

Kajian dalam makmal mendapati kandungan aktif kunyit adalah senyawa kimia yang disebut sebagai curcuminoid. Curcuminoid dalam kunyit adalah curcumin (75%), demethoxycurcumin (15-20%) dan bisdemethoxycurcumin (kurang lebih 3%). Dalam penelitian, curcuminoid ditemukan mempunyai sifat antioksidan dan antiradang.

4. Adakah Bukti Saintifik Mengatakan Curcumin Baik Untuk Kesihatan ?

Berikut kami paparkan beberapa pendapat dari hasil kajian pakar tentang Curcumin yang merupakan bahan aktif dalam komposisi rumusan Susu Kunyit Plus

Kajian lebih 10 tahun oleh pakar herba dari Universiti Oxford, Profesor Gerard Bodeker, mengesahkan bahawa kunyit mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai curcumin yang berperanan mencegah penyakit berprofil tinggi seperti kanser payudara, prostat dan mengurangkan kolesterol dalam badan., Curcumin bersifat anti oksidan dan ia juga mampu menguatkan sistem imunisasi dalam badan seseorang bagi mengelak serangan penyakit seperti kanser jika ia diambil secara berterusan. Ini kerana, penyebab kanser yang terdiri daripada radikal bebas boleh dineutralkan oleh fungsi antioksidan yang diperolehi dari Curcumin.

Profesor di UCLA, MD Anderson Cancer Center, Emory School of Medicine di Amerika  - Curcumin ialah zat dominan dalam ubi kunyit. Ia telah  banyak penggemar dan menjadi trend serius dalam pengobatan herbal untuk melawan kanser. Ini kerana ia mengandungi antioksidan kuat yang juga anti-virus dan anti-bakteri.

Cheryl Myers, Pengarah di Scientific Affairs and Education for EuroPharma Inc., menjelaskan bahawa Curcumin adalah ‘Herbal Anti-Kanser’ kerana keupayaannya  menghentikan pembentukan, replikasi dan penyebaran kanser. Di mana, Curcumin dapat meningkatkan kinerga ubat anti kanser tertentu, di samping melindungi sel-sel sihat dan organ. 

Peneliti dari Depatment of Natural Science at Middlesex University pula mendakwa bahawa Curcumin dapat bekerja untuk menginduksi kematian sel kanser (apoptosis) dan menghentikan penyebaran sel-sel kanser ganas.

Dr Young S. Kim, The National Cancer Institute di Amerika, mengesahkan bahawa Curcumin adalah salah satu senyawa alami yang berfungsi mencegah sel-sel induk kanser dari kembali tumbuh dan kembali membentuk tumor kanser.

University of Missouri, USA telah mendedahkan Curcumin dapat melawan kesan berbahaya dari HRT dan berkaitan dengan penyebab kanser payudara.

5. Berapakah Sukatan Curcumin Dalam Rumusan Susu Kunyit Plus ?

Kami tidak berkrompomi tentang kualiti dan keberkesan setiap hidangan produk yang diamalkan oleh pengguna.  Hasil penyelidikan mendapati sukatan ideal dan tepat mengikut piawaian dalam setiap hidangan (20gram), tubuh memerlukan  tidak kurang dari  5% atau 1000mg zat Curcumin. Ini krana,  kadar anti oksidan dihasilkan Curcumin adalah lebih tinggi berbanding sumber semulajadi lain. Sukatan ditetapkan telah memadai dan mampu memberi kesan positif kepada kesihatan tanpa meninggalkan kesan sampingan.

6. Bolehkah Individu Alergi Susu Atau "Lactose Intolerant” Amalkan
    Minuman Susu Kunyit Plus ?

Secara umumnya, siapapun boleh amalkan minuman Susu Kunyit Plus. Ini kerana, rumusan produk bukanlah 100% diperbuat dari susu lembu, sebaliknya ia digabungkan dengan bahan dasar lain, di samping bahan aktif yang ditetapkan.

Namun begitu, jika pengguna  mengamalkan produk ini  mendapat alergi, maka elokkan ia berhenti mengamalnya.

7. Apakah Faedah Anti Oksidan Kepada Tubuh ?

Perlu diketahui, khasiat utama Susu Kunyit Plus ialah membekalkan zat anti oksidan dihasilkan oleh zat Curcumin, di samping ia turut membekalkan protein, kaborhodrat, vitamin dan mineral. Anti oksidan adalah agen aktif melawan radikal bebas yang bakal menyerang di bahagian organ, sel, darah, kulit dsb. Kajian merekodkan bahawa radikal bebas aktif boleh menyebabkan kerosakan serta kematian lebih dari satu triliun sel tubuh. Radikal bebas adalah bahan kimia yang meresap ke dalam darah sekali gus merosakkan sel-sel di dalam badan.

Justeru, anti oksidan secara langsung dapat memberi faedah kesihatan  kepada tubuh seperti berikut :-

Melambat Proses Penuaan (Awet Muda)
Anti oksidan mampu menjaga tekstur kulit. Ia bertindak melindunginya dari kerosakan akibat terjahan sinar UV.

Menguatkan Sistem Imun Badan
Anti oksidan diperlukan  untuk menguatkan sistem imun (daya tahan) badan supaya ia mampu melawan dari infeksi virus dan bakteri yang dapat menyebabkan berlaku penyakit.

Melawan Stres Oksidasi 
Anti oksidan akan mencegah atau melemahkan kesan buruk yang diakibatkan  oleh radikal bebas, sehingga menurun ke tahap tidak berbahaya.

Melawan Sel Kanser
Anti oksidan mampu menjadi agen untuk mengurangkan risiko terkena penyakit kanser. Kanser merupakan pembunuh senyap yang telah meragut jutaan nyawa yang gagal diselamatkan.

Mencegah Gangguan Mata
Anti oksidan juga ternyata sangat efektif untuk mencegah gangguan mata seperti katarak, glukoma dan degenerasi makula.

Mencegah Penyakit Jantung dan Kolesterol Tinggi
Anti oksidan dapat menghalang proses oksidasi kolesterol.

Mencegah Peradangan (Inflamasi)
Anti oksidan dapat bertindak sebagai anti inflamasi. Ia juga penting untuk membantu melancarkan aliran darah dan metabolisme sel.

Mencegah Penyakit Degeneratif
Anti oksidan juga bermanfaat untuk mencegah beberapa penyakit degeneratif yang sering dikaitkan dengan usia seperti alzheimer dan gangguan kognitif.

Melindungi Otak
Anti oksidan berkemampuan melindungi sistem saraf pusat (SNS), sekaligus menjaga fungsi dan kinerja otak. Penelitian pakar perubatan juga mendapati anti oksidan mampu menurunkan risiko kelainan saraf seperti autisme, skizofrenia, dan depresi.

Menjaga Kesihatan Rambut
Anti oksidan dapat  mencegah rambut luruh, sekaligus menjadi “booster” pertumbuhan rambut.

8. Adakah Susu Kunyit Plus Selamat Diamalkan ?

Ya. Produk ini dijamin 100% selamat. Ia dirumus dari bahan semulajadi tanpa sedikitpun mengandungi toksid. Penelitian dilapangan dijalankan terhadap pengguna yang mengamalkan minuman Susu Kunyit Plus, mendapati tiada langsung kesan sampingan.



9. Apakah Rasa Susu Kunyit Plus ?

Ramai yang ragu-ragu tentang rasa Susu Kunyit Plus. Ini kerana, pengguna bimbang ia akan memberi rasa dan bau yang kurang menyenangkan tekak. Ingin ditegaskan di sini bahawa, Susu Kunyit Plus memberi rasa dan aroma yang unik dan tersendiri. Ia memberi rasa lemak berkrim dan aroma yang menyenangkan (bukan aroma susu lembu ataupun kunyit) dan tidak memualkan. Kami yakin, pengguna akan terpegun apabila menikmati keenakan hidangan Susu Kunyit Plus.

10. Siapakah Paling Sesuai Minum Susu Kunyit Plus ?

Kami memberi pertunjuk mengikut segmen pengguna yang sesuai amalkan Susu Kunyit Plus.

Kategori Wanita

Ibu Dalam Tempoh Berpantang
Mempunyai Masalah Haid Tidak Teratur
Masalah Jerawat, Kulit Kusam, Jeragat
Awet Muda
Tahap Kolesterol Tinggi
Diabetes
Angin Dalam Badan
Perlukan Tenaga Untuk Aktiviti Seharian
Kegunanaan Sebagai Masker
Ingin Mencegah Terkena Kanser
Menjaga Kesihatan Rambut, Kuku dan Kulit
Mementingkan Penjagaan Kesihatan Dalaman dan Luaran Tubuh

Kategori Lelaki

Masalah Jerawat, Kulit Kusam, Jeragat
Awet Muda
Tahap Kolesterol Tinggi
Diabetes
Angin Dalam Badan
Perlukan Tenaga Untuk Aktiviti Seharian
Kegunanaan Sebagai Masker
Ingin Mencegah Terkena Kanser
Menjaga Kesihatan Rambut, Kuku dan Kulit
Mementingkan Penjagaan Kesihatan Dalaman dan Luaran Tubuh

NOTA :  Ibu hamil, individu bawah umur 18 tahun dan pesakit kronik yang dalam perhatian dan rawatan doctor dilarang mengamalkan Susu Kunyit Plus.

11. Apakah Pantang Larang Ketika Amalkan Susu Kunyit Plus ?

Tiada pantang larang khusus. Cuma diingatkan kepada pengguna supaya mengambil minuman air putih lebih kerap dan jumlah mencukupi pada setiap hari. Disyorkan sekurang-kurangnya amalkan 8-10 gelas air putih pada setiap hari. Ini penting kerana ia membantu mempercepatkan proses penyerapan khasiat Susu Kunyit Plus ke dalam tubuh, di samping menurunkan suhu badan.

12. Saya Sihat. Apakah Perlu Saya Amalkan Minuman Susu Kunyit Plus?

Susu Kunyit Plus BUKAN ubat yang diperlukan untuk merawat penyakit. Ia adalah produk minuman tambahan kesihatan yang berfungsi memberi faedah kesihatan kepada pengguna yang mengamalnya. Justeru, individu sihat adalah kategori pengguna paling ideal amalkan minuman ini kerana ia memberi kesan mencegah yang positif, bukan merawat semata-mata. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik dari merawat.

13. Bolehkah Wanita Hamil Mengamalkan Susu Kunyit Plus ?

Tidak Boleh. Wanita hamil perlu patuhi nasihat dari pakar perubatan supaya ia tidak menganggu kandunganya. Namun, wanita hamil yang bakal melahirkan cahaya mata tersebut, elok sediakan produk Susu Kunyit Plus untuk dijadikan minuman ketika ia dalam berpantang. (Sila rujuk faedah kesihatan kepada ibu dalam berpantang yang amalkan Susu Kunyit Plus).

14. Apakah Tindakbalas Awal Setelah Amalkan Susu Kunyit Plus ?

Kebiasaannya badan rasa panas terutama di bahagian muka,leher dan perut. Jangan risau, ia tidak lama dan bukan kesan samping. Sebaliknya ia adalah tanda  sistem tubuh telah menyerap dan menerima khasiat Susu Kunyit Plus.




15. Apakah Perbezaaan Paling Ketara Susu Kunyit Plus Dengan Produk Lain   
      Berasaskan Kunyit Yang Terdapat Di Pasaran ?

Pertama  - Bahan aktif utama Susu Kunyit Plus ialah Curcumin BUKAN serbuk kunyit. Terdapat perbezan antara Curcumin dan serbuk Kunyit walaupun warnanya sama iaitu “Oren Keemasan”. Perlu diketahui, penghasilan Curcumin adalah menggunakan kaedah abstrak, sebalik serbuk kunyit melalui cara pengeringan dan kisar jadikan serbuk (tepung kunyit). Nilai harga Curcumin dan serbuk kunyit juga berbeza dengan ketara. Harga Curcumin lebih mahal dan sukar diperolehi di pasaran biasa.

Kedua - Kombinasi bahan aktif Susu Kunyit Plus adalah lengkap, sempurna serta saling berfungsi mengikut kinerga masing-masing. Ia bukan sekadar  bahan aktif tunggal, bahkan digabungkan dengan kolagen marin dan phospholipids, di samping membekalkan khasiat tambahan lain seperti protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan probiotik.

Ketiga - Produk Susu Kunyit Plus adalah yang pertama di pasaran Malaysia dan tiada pesaing yang seumpamanya. Ia disediakan dalam bentuk serbuk minuman dalam kemasan sachet yang mudah di bawa ke manajua.

16. Adakah Susu Kunyit Plus mahal harganya?

Tidak mahal, malah tersangat murah, menjimatkan dan berbaloi. Ia dijual pada harga RM 39.00 (Semenanjung) dan RM 49.00 (Sabah/Sarawak). JIka dibandingkan dengan produk lain berasaskan Curcumin, Susu Kunyit Plus menawarkan  harga yang paling murah dan menakjubkan. Ia mampu dimiliki oleh semua genap lapisan masyarakat.

17. Cara Amalkan Susu Kunyit Plus ?

CARA PENYEDIAAN MINUMAN Campurkan serbuk Susu Kunyit Plus (1 Sachet) dengan air suam atau sejuk secukupnya, kacau atau goncang hingga larut dan minum sampai habis. Disyorkan amalkan  1-2 kali sehari, waktu pagi & malam iaitu sebelum mengambil makanan berat.  CARA PENYEDIAAN & PEMAKAIAN MASKER   Bancuh serbuk Susu Kunyit Plus (1-2g)  dengan air suam atau  perahan limau hingga sebati. Lembabkan wajah, kemudian  sapu pada wajah. Biarkan selama 5-10 minit, kemudian  bilas wajah dengan air bersih. Disyor amalkan 2 kali sehari (pagi dan malam). Amalan secara konsisten akan memberi hasil positif dalam tempoh 5–7 hari.

18. Adakah Kemungkinan Bagi Pihak Lain Meniru Susu Kunyit Plus ?

Ia adalah isu yang diberi perhatian oleh pihak perusahaan. Adalah menjadi resam dunia perniagaan, kebiasaannya akan ada pihak lain mencari jalan untuk meniru produk Susu Kunyit Plus.  Jika ada produk tiruan Susu Kunyit Plus, kami amat yakin ia tidak akan dapat menyamai kualitinya kerana kombinasi rumusan adalah menjadi rahsia dan berstatus sulit pihak perusahaan. Mungkin ia serupa TETAPI tidak sama. Kekuatan produk adalah terletak kepada kualiti, ia bukan sahaja boleh dinilai dari aspek rasa, sebaliknya kesan positif kepada pengguna yang mengamalnya.

Justeru, pengguna yang ragu-ragu dengan produk Susu Kunyit Plus yang beredar di pasaran, bolehlah terus menghubungi pihak perusahaan untuk mendapat respon yang sewajarnya.

19. Dimanakah Boleh Beli Produk Susu Kunyit Plus

Ada dua cara untuk pembelian. Pertama - pengguna boleh beli secara offline iaitu melalui agen-agen sah yang dilantik, dan Kedua - belian secara online melalui dropshipper yang dilantik. Pastikan pengguna membeli dari agen yang sah sahaja supaya sebarang kekhilafan urusniaga dijalankan boleh dipertanggunbgjawabkan kepada pihak perusahaan.

20. Bolehkan Saya Turut Menjadi Agen Atau Dropshipper Susu Kunyit Plus

Kami amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berhajat untuk menjadi agen Susu Kunyit Plus. Syarat dikenakan adalah mudah, selesa dan fleksibel. Tidak perlu menyediakan modal besar, cukup bermula dengan modal RM 145.00 sahaja untuk dapatkan 5 kotak produk Susu Kunyit Plus.

Syarat menjadi dropshipper pula, pengguna hanya perlu menghubungi admin PAGE – OfficialSusuKunyitPlus untuk dapatkan maklumat lanjut. Tiada fee dan modal belian stok dikenakan.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI/WHATSAP 011-1065 8459  ,

Elak jadi 'jutawan dosa' media sosial

JIKA para sahabat Rasulullah SAW hidup semula pada zaman ini, mereka pasti kagum melihat perkembangan teknologi maklumat yang ada. Mereka pasti terkejut melihat betapa cepatnya maklumat dan berita tersebar dalam jaringan media sosial. Ilmu dan pahala diperoleh dengan mudah melalui jari jemari. Tekan sahaja, pahala masuk mencurah bak hujan yang lebat. Pendek kata, jika teknologi maklumat pada hari ini digunakan sepenuhnya secara positif, pasti tiada lagi manusia jahil.

Pun begitu, para sahabat nabi pasti lebih terkejut melihat betapa mudahnya media sosial melahirkan ‘jutawan dosa senyap’. Apa tidaknya, akhlak ‘bahasa’ sesetengah orang Islam dalam media sosial pada hari ini sungguh dahsyat. Adakah mereka ingat para malaikat tidak menilai akaun media sosial mereka?

Untuk makluman, malaikat belum pencen sebagai pegawai audit amalan harian mereka. Firman Allah:
“Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya),” (Qaf [50:17-18]).

Setelah melihat dahsyatnya akhlak umat Islam pada zaman ini, pasti para sahabat nabi akan mengingatkan kita semua dengan sebuah sabda Rasullah SAW yang sudah lama umat Islam zaman ini baca dan dengar:

“Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendak dia berkata (yang) baik (sahaja) atau diam,” - Sahih Bukhari dan Muslim.


‘TANGAN’ LEBIH TAJAM DARIPADA PEDANG

Jangan kita sempitkan maksud berkata-kata baik atau diam dalam hadis di atas hanya pada aktiviti lidah.

Pada zaman ini, bicara tangan jauh lebih lantang dan bahaya berbanding lidah. Ini sebabnya Allah banyak mengaitkan nasib malang manusia yang dihumban ke neraka kerana jenayah tangan. Dalam media sosial, tangan banyak melakukan jenayah fitnah, kongsi tanpa semak, ejek dan sindir. Benar sekali firman Allah ini:

“(Azab seksa) yang demikian itu adalah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya,” (al-Anfal[8:51]).

Bahkan semasa audit mahsyar di akhirat kelak, tangan yang kaku boleh berbicara dengan fasih 
sebagaimana firman Allah:
“Pada waktu itu Kami paterikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan mereka berbicara kepada Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan,” (Yasin[36:65]).

Oleh itu, usaha menjaga tangan agar jangan berbicara tanpa hala dalam media sosial perlu digiatkan. Bicara lidah atau tangan banyak berkait dengan kesucian hati. Bukan saya kata, tapi Rasulullah SAW yang bersabda:
“Iman seseorang hamba itu tidak akan lurus sehinggalah hati jantungnya lurus (terlebih dahulu). Hati jantungnya pula tidak akan lurus sehinggalah lidahnya lurus (terlebih dahulu).  Seorang lelaki (dan wanita) tidak akan masuk syurga jika jirannya tidak selamat daripada kejahatannya,” - Musnad Ahmad.


JANGAN JADI EJEN PENYEBAR FITNAH

Selain itu, jika kita benar-benar menjiwai maksud Islam yang dianuti, semua pihak wajib menjaga diri agar tidak memangsakan saudara Muslim lain dengan kejahatan lidah dan tangan di mana sahaja kita berada sama ada alam nyata atau maya.

Sabda Rasulullah SAW: “Seorang Muslim (sejati) adalah orang yang saudara Muslim lain terselamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya,” - Sahih Bukhari dan Muslim.

Dalam hadis lain, Baginda turut bersabda:
“Mahukan aku khabarkan padamu perkara yang mampu mengawal semuanya (akidah, ibadat dan amal soleh)? Mu’adh bin Jabal menjawab: Ya wahai Nabi Allah! Rasulullah mengeluarkan lidahnya kemudian berkata: “Jaga benda ini (lidahmu).” Aku (Mu’adh) tanya: “Wahai Nabi Allah, adakah kita akan dihukum kerana apa yang kita ucapkan? Baginda menjawab: Sedarlah Wahai Mu’adh! Tidakkah manusia dihumban ke neraka atas wajah dan hidung mereka kerana tuaian (buruk) lidahnya ini,” - Sunan Tirmizi.

Melihat kepada fitnah media sosial yang sungguh dahsyat, saya yakin sabda baginda SAW dalam hadis ini bukan hanya terbatas kepada lidah, tetapi merangkumi ‘lidah maya’ yang dimainkan oleh tangan kita semua.

Menjaga lidah atau tangan dengan diam atau berkata baik sahaja sangat penting bagi menjamin keselamatan iman dan keharmonian masyarakat. Lihat sahaja berapa banyak musibah fitnah media sosial sudah berlaku dan membakar hangus nilai amanah, kepercayaan, integriti dan hubungan silaturahim.

Para ulama banyak menulis buku berkaitan kepentingan diam dan menjaga lidah seperti buku Imam Ibn Abi al-Dunya yang bertajuk ‘al-Samt Wa Adab al-Lisan’ (Diam dan adab menjaga lidah). Saya yakin, jika beliau masih hidup, pasti buku ini akan bertukar tajuknya menjadi ‘Kepentingan diam dan adab menjaga lidah serta tangan dalam media sosial’.


PEDOMAN

Selepas ini jika timbul apa sahaja isu dalam media sosial, tahanlah ‘jari-jemari’ anda daripada mengeluarkan ‘suaranya yang sumbang’. Timbanglah terlebih dahulu dengan neraca iman. Adakah cakapku ini boleh mengundang dosa atau pahala? Adakah komenku ini akan merendah atau menaikkan sesiapa?

Hayati sabda Rasulullah SAW pada awal rencana ini untuk berkata baik atau diam sahaja. Mengapa agaknya pangkal hadis itu diikat dengan dua Rukun Iman iaitu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat?

Tidak lain, kegagalan menjaga lidah atau ‘tangan’ akan mengundang murka Allah. Semoga Allah kurniakan kita semua kebijaksanaan dengan mengamalkan ‘sunah diam atau  berkata baik’ dalam media sosial.

Mulia manusia kerana al-Quran

SEDARI atau tidak, dua kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah dahulunya merupakan sebuah kawasan padang pasir yang gersang dan tandus serta tidak berpenghuni. Ini kerana lokasinya terletak di kawasan lembah padang pasir dan dikelilingi gunung berbatu. 

Namun, keagungan Allah SWT membuktikan sebaliknya. Dua wilayah tanah kenabian itu kini subur dengan tumbuh-tumbuhan menghijau dan pembangunan yang pesat membangun, malah menjadi tumpuan seluruh dunia.
Ulama berpendapat keajaiban itu kerana kedua-dua Tanah Suci itu adalah kawasan di mana diturunkan mukjizat terbesar bagi seluruh umat manusia iaitu al-Quran.

Begitu juga, bulan Ramadan dimuliakan oleh Allah berbanding bulan lain dengan menyediakan pelbagai kelebihan sehingga terdapat padanya satu malam yang bersamaan 1,000 bulan.

Perkara itu juga berikutan al-Quran diturunkan oleh Allah dari Lohmahfuz ke Baitul Izzah iaitu di langit dunia pada Ramadan.

Firman Allah maksudnya: “Bulan Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia…” (Baqarah: 185)

Menjelaskan perkaitan itu, Penasihat #QuranHour, Safiri Muhammad Zein berkata, setiap perkara yang bersangkutan dengan al-Quran akan dimuliakan oleh Allah dan seluruh makhluk di muka bumi.
Malah beliau berkata, walaupun merupakan rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW dimuliakan oleh Allah dengan diangkat sebagai penghulu segala nabi dan rasul.

Perkara itu tambahnya kerana Nabi Muhammad SAW merupakan utusan Allah yang diturunkan kepadanya kitab al-Quran sebagai panduan dan petunjuk umat manusia sehingga Hari Kiamat.
Oleh itu, menurutnya, tidak ketinggalan setiap manusia khususnya umat Islam juga boleh memperoleh kemuliaan di sisi Allah menerusi al-Quran.

“Jika tempat, masa dan individu yang diutuskan semuanya dimuliakan Allah kerana mempunyai kaitan dengan al-Quran, begitu juga bagi umat Islam yang mengalir di dalam darah tubuh mereka dengan mukjizat agung tersebut.

“Mereka ini juga pasti akan dimuliakan oleh Allah dengan apa sahaja cara yang kita tidak sedari.
“Caranya bukan sahaja membaca al-Quran, tetapi setiap umat Islam perlu mentadabbur dengan memahami dan menghayati setiap kalimah tertera di dalam al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Breakfast Talk #QuranHour: Interaksi Surah Yasin dan Kemerdekaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Penasihat Modul Rumah Ngaji, Fazrul Ismail dan qari terkemuka negara, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman selaku Penasihat Merdeka #QuranHour.

Safiri berkata, bukan sahaja pada peringkat individu, malah mencapai darjat kemuliaan Allah juga dapat dibentuk ke tahap lebih meluas iaitu negara.

“Bersempena hari kemerdekaan yang bakal disambut serentak dengan World #QuranHour pada 31 Ogos ini, kita perlu memanfaatkan hari kebebasan tersebut dengan penghayatan roh al-Quran.

“Merdeka bermaksud dapat melakukan apa sahaja dengan bebas untuk mencapai sesuatu matlamat yang baik atau sampai destinasi tanpa halangan.

“Dalam konteks ini, Rasulullah diutuskan dengan membawa al-Quran sebagai panduan menunjukkan jalan lurus kepada kita bagi mencapai destinasi iaitu syurga Allah.

“Oleh itu, hari kemerdekaan yang diisi dengan penghayatan al-Quran juga insya-Allah akan mengangkat negara menjadi lebih mulia dan disegani,” ujarnya.

YASIN ‘PENAWAR’  HATI MATI

Tidak henti-henti dilaporkan, keruntuhan akhlak, gejala sosial dan pelbagai masalah moral manusia termasuk dalam kalangan umat Islam dilihat bagaikan tiada noktah akhir.
Safiri berkata, jelas dinyatakan dalam al-Quran, hal ini berlaku adalah disebabkan oleh hati manusia yang telah mati.

Memberi penyelesaian terhadap kemelut tersebut, al-Quran juga, katanya, menyediakan pintu keluar sebagai panduan kepada manusia memperbaiki diri dan membentuk hati.

Ia sebagaimana dinyatakan dalam Surah Yasin ayat 12 maksudnya: “Sesungguhnya Kami menghidupkan orang yang mati dan Kami tuliskan apa yang telah mereka kerjakan serta kesan-kesan yang mereka tinggalkan. Dan ingatlah segala sesuatu Kami catatkan dalam kitab yang nyata.”

“Dalam Surah Yasin merangkumi tiga cabang ilmu utama iaitu akidah, fikah dan sejarah yang perlu dihayati oleh setiap umat Islam. Malah, terkandung juga bagi setiap huruf, kalimah dan ayat dalam surah ini mukjizat daripada Allah.

“Sebagai contoh, dengan membaca huruf awal iaitu ‘Ya Sin’ sahaja dapat membuatkan hati orang yang mendengar atau pembacanya akan berasa tenang dan damai jika benar-benar dihayati.

“Namun malangnya, penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran semakin hilang, umat Islam sekadar membacanya pada hari atau majlis tertentu tanpa memahami inti pati di dalamnya, justeru tidak hairanlah pelbagai masalah akidah dan akhlak berlaku,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau menyarankan setiap keluarga atau isi rumah umat Islam perlu berinteraksi dengan al-Quran sekurang-kurangnya satu kali setiap hari dengan memahami panduan sebenar diajarkan terutama menerusi Surah Yasin.

Ikan Segar Beku Wajar Jadi Pilihan

Oleh

DAGING tempatan tidak mampu lagi meme­nuhi permintaan rak­yat dan menjadi amat mahal buat rakyat biasa untuk menikmatinya. De­ngan itu daging beku (kerbau) dari India telah lama menjadi popular dalam kalangan rakyat negara ini kerana harganya murah.

Daging beku India sebenarnya memenuhi kehendak keperluan pasaran apabila hampir 80 peratus bekalan daging di pasaran adalah dari India. Selebihnya adalah daging tempatan, Australia dan New Zealand.
Pengusaha kedai makanan, Ramly Burger dan rakyat biasa juga lebih gemar memilih ­daging beku India kerana harganya murah hanya RM14/kilogram (kg) berbanding daging tempatan, RM45/kg; Australia (RM29/kg) dan New Zealand (RM29/kg). 

Walaupun mulanya kita tidak beberapa menggemari daging kerbau dari India namun kerana daging lain terlalu mahal membuatkan pengguna terpaksa membelinya juga. Sekarang, seluruh negara sudah tidak asing lagi de­ngan daging kerbau beku dari India.

Oleh yang demikian, kenapa tidak orang ramai juga beralih ke Ikan Segar Beku (Q’Fish) pula ­kerana harganya jauh lebih murah berbanding ikan tempatan yang amat mahal ketika ini.

Ikan tempatan untuk sampai kepada pengguna juga akan me­lalui proses rantaian dari nel
ayan, orang tengah, pemborong, peruncit seterusnya pengguna. Sebagai contoh jika ikan itu dari Perlis untuk tiba kepada pengguna di sekitar Lembah Klang, pastinya dengan tempoh masa perjalanan dan rantaian tersebut sekurang-kurangnya akan mengambil masa dari 7 hingga 10 hari. 

Adakah ia benar-benar segar lagi? Sudah tentu tidak kecuali mereka yang tinggal berhampiran laut dan nelayan sahaja akan benar mendapat ikan segar.

Q’Fish ini diimport dari India, Pakistan dan Indonesia dan kualitinya sentiasa dipantau oleh pengimport swasta mahupun Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat). Tempoh masa untuk tiba pula ialah antara 2 hingga 3 ming­gu sahaja. Seterusnya dipasarkan kepada peniaga-peniaga.

Terkini, mereka (Nekmat) ­telah membuat pembungkusan ikan-ikan ini secara individu iaitu secara satu persatu atau individual quick freezing (IQF) demi memastikan kesegarannya.

Rakyat Malaysia perlu me­nerima hakikat yang harga ikan tempatan tidak akan sentiasa stabil dan dengan adanya Q’Fish ini sekali gus memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih ikan yang lebih murah.

Sebenarnya banyak pengusaha makanan telah lama menggunakan ikan beku import ini kerana harganya yang murah dan mereka boleh menjualnya selepas dimasak kepada pelanggan dengan harga berpatutan.

Antara punca ikan tempatan menjadi mahal kerana faktor cuaca, pencerobohan nelayan Vietnam yang mencuri ikan di perairan negara dan kekurangan jumlah nelayan ke laut.

Kerajaan seharusnya segera menangani isu-isu ini terutama pencerobohan nelayan Vietnam. Bot atau kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu ditambah untuk mengawal perairan negara dari terus di­ceroboh.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) juga perlu dihapuskan terhadap barang-barang keperluan nelayan seperti jaring dan enjin. 

Kesimpulannya, rakyat Malaysia terutama yang tinggal di bandar-bandar harus menerima hakikat bahawa kita terpaksa beralih ke Q’Fish ini juga kerana ­harganya jauh lebih murah berbanding harga ikan tempatan.

PENULIS ialah Pengerusi Pertubuhan Penggerak Nadi Rakyat.

Si Pelahap Elektrik

NARESH Kumar mengakui dikurniakan anugerah unik - bukan sahaja kebal jika terkena voltan tinggi, malah dapat menyerap tenaga elektrik untuk hidup.

Keadaan lelaki dari Muzzafarnagar, utara India ini sekali gus bermakna dia tidak memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Lelaki berusia 42 tahun itu mula sedar kuasanya itu apabila dia tersentuh dawai hidup di tempat kerja. Namun, tiada apa-apa yang berlaku. Kemudian, dia cuba memegang lebih banyak dawai hidup dan sedar bahawa dia dapat menggunakan elektrik sebagai sumber ‘makanan’.

“Apabila saya lapar dan tiada makanan di rumah, saya akan berasa puas selepas memegang dawai hidup selama setengah jam. Saya anggap elektrik sebagai makanan,” kata Kumar kepada Cover Asia Press.

“Saya boleh sentuh apa sahaja barangan elektronik seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk dengan tangan tanpa sebarang kesan. Ia juga memberi tenaga kepada saya. Saya rasa 80 peratus dari badan saya mengandungi tenaga elektrik."

Malahan, rumahnya juga penuh dengan dawai hidup yang sering digunakan.

“Kami tiada suis, kadang-kadang saya dan anak-anak risau kami akan terkena kejutan elektrik.
“Tetapi disebabkan dia suka menyentuhnya, kami biarkan sahaja,” kata isteri Kumar.

Kumar sedar dirinya unik, walaupun agak terkilan kerana isterinya tidak mengagumi keupayaannya.
"Saya yakin ramai yang berfikir sebaliknya,” kata Kumar.

Satu video yang menunjukkan dia meletakkan dawai hidup di tangan dan dalam mulut, tular di media sosial.

Sejak itu, dia digelar ‘Mentol Hidup India’.

Monyet Pilih Kerjaya 'Pelayan'

KAYABUKIYA Tavern kelihatan seperti restoran sake tradisional yang lain.
Tetapi, apa yang menarik tentang restoran di Utsunomiya itu adalah pelayannya yang menggunakan haiwan - monyet.

Fuku-chan yang berusia 17 tahun mula memainkan peranannya selepas berjaya menghantar napkin ke sebuah meja dan meniru perbuatan 'rakan'nya, Yat-chan, seekor lagi pelayan monyet jenis Macaque.

Pemilik restoran, Kaoru Otsuka, kemudian memutuskan untuk memberinya ‘jawatan’ yang sama.
Pelanggan datang dari seluruh pelosok dunia untuk melihat pelayan-pelayan istimewa itu dan satu rakaman video dimuat naik bagi menunjukkan gelagat Fuku-chan bekerja.

Penonton boleh melihat Fuku-chan, yang memakai baju dan skirt pelayan, membawa bir dan memberikan napkin kepada pelanggan.

Tetapi, seperti manusia, Fuku-chan juga tidak lepas dari kesalahan, dia dirakam menumpahkan semangkuk kacang ketika berlari ke meja.

Jika pelanggan berpuas hati dengan layanan dan khidmat yang diberikan Fuku-chan dan beberapa monyet lain yang lebih muda, mereka digalakkan untuk memberi kacang soya sebagai tips sementara pemilik monyet akan memberikan pisang sebagai upah.

Otsuka, yang memelihara haiwan-haiwan itu selepas melihat mereka di kawasan pergunungan Nikko, berkata: “Saya lebih rapat dengan mereka berbanding keluarga. Saya menjaga mereka sepanjang hari dan tidur dengan mereka.
“Mereka terlalu comel."

Menurut laporan 28 Lab, monyet-monyet di kedai itu itu telah bekerja di premis tersebut selama lebih kurang 29 tahun.

BiarTular di Langit Cinta

Oleh

Aish, seorang gadis cantik yang dilahirkan sekitar tahun 90-an di sebuah kota raya yang sedang pesat membangun. Aish seorang gadis yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bertaraf hidup sederhana. Di celah-celah jutaan manusia yang masih mengintai peluang dan ruang untuk mencapai impian, terselit seorang Aish yang telah teguh berdiri dengan pendapatan lumayan dan mempunyai pengaruh tersendiri di laman sosial miliknya.

Aish, seorang gadis cantik yang dilahirkan sekitar tahun 90-an di sebuah kota raya yang sedang pesat membangun. Aish seorang gadis yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bertaraf hidup sederhana. Di celah-celah jutaan manusia yang masih mengintai peluang dan ruang untuk mencapai impian, terselit seorang Aish yang telah teguh berdiri dengan pendapatan lumayan dan mempunyai pengaruh tersendiri di laman sosial miliknya.
Keberanian dan kepetahan Aish telah menjadi senjata untuk membolot perhatian masyarakat.Tambahan pula, Aish seorang penggemar fesyen Korea yang menjadi kegilaan remaja masa kini.Pada Aish, kecantikan amat penting untuk meningkatkan keyakinan diri.Setiap hari, Aish akan memuat naik foto atau video tentang dirinya termasuklah aktiviti harian yang diselubungi kemewahan baik cara berfesyen dan juga makanan yang terhidang.

Aish memiliki hobi mengumpul barangan yang berjenama mahal seperti Gucci, Channel, Prada dan sebagainya.Senang kata di mana sahaja ada koleksi dan promosi baranganberjenama, pastinya Aish akan muncul. Maka tidak hairanlah pengikut akaun Instagram miliknya sahaja telah mencecah 1.8 juta orang dan rentetan itu, ramai remaja menjadikan dia sebagai idola.

Namun begitu, kemewahan dan kebahagiaan yang ditayangkan di laman sosial miliknya hanyalah ciptaan semata.Pada hakikatnya, Aish hanyalah anak sulung kepada seorang pemandu dan pembantu rumah di kediaman seorang konglomerat tersohor.Aish mempunyai sepasang adik kembar, Attar dan Aulia yang berusia 20 tahun.Masing-masing masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan.

Berbeza dengan Aish, di awal usianya mencecah 20 tahun, Aish telah memilih untuk berhenti bekerja
 di sebuah firma guaman sebagai seorang kerani apabila foto-foto yang menyerlahkan kecantikannya mulai tular di Instagram. Padanya, jawatan yang disandang terlalu rendah dan pendapatannya juga tidak membantu dia memenuhi kehendak.Menjadi seorang Iger yang dibayar adalah impian ramai orang, dan Aish juga begitu. Ternyata tuah ayam nampak di kaki tuah Aish ada di laman sosial.

Namun begitu, keghairahan Aish berkongsi tentang kehidupan palsu di media sosial tidak menyenangkan hati keluarganya.Pernah sekali ayahnya menegur perbuatannya itu ketika mereka menikmati makan malam bersama di sebuah pangsapuri milik majikan ayah dan ibunya. Pangsapuri tersebut telah dihadiahkan kepada  ayah dan ibunya sebagai tanda penghargaan akan kesetiaan mereka bekerja berpuluh tahun lamanya.

            “Kakak, nak menunjuk biarlah berpada-pada, ukurlah baju tu di badan sendiri.Tak perlu kakak nak meraih perhatian kawan dengan kemewahan.Kalau mereka ikhlas berkawan, mereka semua mesti akan terima kakak seadanya.” Kata-kata ayah yang sering terngiang-ngiang di telinga Aish yang kadang membuatkan Aish bermonolog.

“Alah ayah apa tahu? Nasihat orang je pandai.Dia tu bukan elok sangat pun.Pemalas! Sebab tu la jadi kuli je. Tengok aku ni tidur bangun tidur bangun pun duit masuk. Dah Tuhan bagi kelebihan guna je la.” ,omelnya sambil bergelak sakan bangga dengan kecantikan yang dimilikinya.

“Eish akak ni. Tak baik cakap ayah macam tu. Kalau bukan sebab ayah tak adanya akak nak pakai Iphone 6 tu.” , tegur Attar apabila terkejut mendengar kata-kata kakaknya yang dianggap melampau. “Ye la kak, hargai sikit apa yang ayah dengan ibu buat untuk kita. Jangan tahu nak merungut je,”  sampuk Aulia tanda setuju dengan kata-kata Attar.

            “Eh bingit la.Jangan sibuk hal aku boleh tak? Kamu berdua apa tahu? Dasar budak hingusan, banyak bunyi betul la.Dah la hadap buku tu lama-lama mana la tahu keluar emas ke berlian ke nanti.Hahahahaha (gelakbesar)” ,balas Aish dengan marah. Mendengar kata-kata itu, Attar dan Aulia hanya memandang sesama sendiri dan menggelengkan kepala isyarat tidak berpuas hati dengan gelagat kakaknya yang lima tahun lebih tua daripada mereka.

Kelihatan Aulia jauh termenung mengimbas kembali saat kakaknya itu menangis-nangis meminta ayahnya membelikan telefon bimbit keluaran Apple.Pada ketika itu, dia dan kembarnya Attar baru sahaja diterima masuk ke universiti. Ketika ibu dan ayah sedang sibuk membantu Attar dan Aulia membuat persiapan terakhir sebelum kekolej kediaman, Aish menunjukkan rasa iri hati kerana ayah dan ibunya seakan pilih kasih kerana terlalu memberikan perhatian kepada adik-adiknya.

“Ayah dengan ibu ni manjakan sangat budak-budak ni. Biarkan je la budak-budak ni kemas barang sendiri.” , kata Aish sambil mencebik bibir. “Takapa la kak, bukan selalu ibu dengan ayah ada masa dengan Attar dan Aulia. Lagipun esok mereka dah nak mula belajar,”  balas ibunya sambil mengukir senyuman bahagia. Telah lama dia menunggu saat ini.Hati ayah dan ibu mana yang tidak bahagia apabila anak-anaknya berjaya.

“Ibu ni kalau pasal Attar dengan Aulia je semua boleh.Kalau Aish je semua tak boleh,”  ngomel Aish sambil menangis teresak-esak. “Kak, jangan lawan ibu macam tu. Tak eloklah.Apa lagi yang tak cukup? Makan, pakai semua cukup kan ayah bagi. Tu haa duk online memanjang tu bukan ayah ke yang bayar bil. Seratus lebih sebulan,” sambung ayahnya yang sejak tadi memerhati Aish yang sedang ralit menatap skrin telefon bimbitnya di atas sofa sambil tersenyum.

“Apa-apa jela ayah.Ayah dengan ibu memang tak sayang kakak.” ,tengking Aish sambil berlari menuju ke bilik. “Dooom” ,bunyiA ish menghempas pintu lalu ayahnya berlari kebilik Aish. “Tok,tok,tok”, bunyi ayah mengetuk pintub ilik Aish. “Kakak, jangan macam ni, tak kesian dengan ayah ke?” Soal ayahnya dengan nada sebak. “Dah la ayah! Ayah memang tak sayang kakak!” ,tengking Aish. “Baiklah, apa yang kakak nak ayah buat? Kakak cakap la apa sahaja ayah akan tunaikan,”  pujuk ayahnya. Sambil tersenyum puas, Aish membuka pintu perlahan-lahan dan membisikkan pada ayahnya, “Kakak nak Iphone 6.”

Demi Aish, ayahnya sanggup mengikat janji sedangkan hatinya berat kerana masih banyak keperluan lain yang perlu dia cukupkan. “Baiklah, nak. Nanti ayah belikan.” , sambil tersenyum ayah berjalan menuju ke dapur. Ketika itu, sempat Aulia mengintai ayahnya melalui celah langsir. Terkedu Aulia melihat ayahnya terduduk di tepi peti ais, berjuntaian air matanya jatuh membasahi kain pelikat cap gajah duduk yang dipakai.

Tersentak Aulia apabila Attar menepuk bahunyaserayabertanya, “Lia, apa yang dimenungkan tu?”.“Tak ada apa la abang.Cuma teringat masa ayah cakap nakbelikantelefonkatkakakdulu. Kesian ayah kan abang? Masa tu ayah bukan ada duit. Ayah sanggup potong rumput hujung minggu untuk kumpul duit belikan kakak benda tu.” , kata Aulia sambil mulutnya muncungkearahAish yang sedanglekamengeditfotonyamenggunakanaplikasitelefon pintar. “Biarlah dia. Dah jatuh tergolek, sedarlah tu nanti.” , balas Attar sambil mengukir senyum sinis. Aulia hanya mengukir senyuman hambar.

Keesokan harinya, “Kakak! Kakak! Buka pintu ni cepat!!”, panggil Aulia yang kelihatan tertekan seakan ada perkara buruk yang telah terjadi. “Eh budak ni! Kau dah kenapa pagi-pagi buta dah kacau orang tidur?” omel Aish sambil memulas tombol pintu kamarnya. “Haa, nakapa? Kalau nak duit cari sendiri!!” , tanya Aish dengan nada sinis. “Eh akak ni, mulut tu bertapis sikit boleh tak?” Tegur Aulia. “Eh kau jangan buang masa aku boleh tak? Cepat la cakap! Kau nak apa??” Tengking Aish.

Sambil menghela nafas panjang, Aulia menunjukkan telefon bimbitnya kepada Aish.“Kau dah kenapa tunjuk telefonburuktukataku? Kau ingat aku hairan dengan telefon kau tu?” Omel Aish dengan nada sinis sambil menjeling tajam ke arah adiknya. “Kak, baca ni! Hadam betul-betul! Jangan asyik syok sendiri je. Orang kat luar tu ramai je nak tengok akak tersungkur.” , tengking Aulia.

Lantas Aish merentap telefon bimbit adiknya dengan kasar dan meneliti setiap bait ayat yang tertera di paparan skrin telefon tersebut. Dengan jelas tertera tulisan, “Realiti Hidup Aishmaira! Ku sangka berlian rupanya kerikil.#mohoncermindiri ”dan terpampang sebuah video berdurasi 5 minit yang menayangkan gelagat Aish sedang membeli-belah di sebuah kedai pakaian terpakai di sebuah bandar. Ternyata video tersebut telah menular di laman sosial.

“Ahh, belah la kau. Suka la kau kan?” Omel Aish sambil menolak tubuh kecil Aulia. Terjatuh Aulia di hadapan pintu bilik kakaknya lantas dia pergi ke ruang tamu untuk memberitahu Attar. Sementara di dalambilik, Aish segera mencapai Iphone 6 miliknya untuk memeriksa akaun Instagram  yang dibanggakan. Terduduk Aish di penjuru biliknya menghadap tingkap.Betapa terkejutnya dia apabila menerima pelbagai komen negatif daripada pengikutnya.Ada yang mengatakan bahawa dia tidak sedar diri, ada pula yang menggelarnya perempuan hipokrit dan bermacam-macam lagi.

Hampir seminggu Aish mengunci diri di dalam biliknya.Dia hanya keluar daripada bilik untuk makan sahaja.Itu pun dia hanya menjamah juadah sedikit sahaja.Gelagatnya juga tidak seperti kebiasaan.Biasanya, mulut Aish akanberbicaraseperti murai. Bicaranya tidak akan terhenti melainkan dia terlena. Namun begitu, setelah tragedi itu menimpa dirinya, dia tidak lagi petah seperti dulu.Apabila dia keluar dari rumahnya sahaja, jiran tetangga mula memaki hamun, memerli dan memulaukan dirinya.

Kejadian tersebut benar-benar meninggalkan trauma untuknya.Itulah hakikat yang paling payah untuk diterima oleh Aish.Semua barangan berjenama yang digayakannya adalah pemberian isteri majikan ibu dan ayahnya.Foto-foto di butik-butik barangan berjenama diabadikan di laman sosial miliknya hanya untuk mengaburi mata pengikutnya.

“Kakak, jom ikut ayah dengan adik-adik keluar jalan-jalan.” Ajak ayahnya dengan nada pilu. Perlahan-lahan Aish menguak pintu lalu dia memeluk erat ayahnya sambil menangis teresak-esak.Kali ini, Aish gagal melawan rasa sedih dan kecewanya.Bertalu-talu dia memohon maaf daripada ayah, ibu dan adik-adiknya. Di saat dia memeluk ayahnya, sempat ayahnya berbisik,
“Aishmaira, anak ku sayang, hidup kita bukan untuk meraih perhatian manusia.Tuhan telah menetapkan bahawa lahirnya manusia ke dunia untuk menjadi seorang khalifah, melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kalau perhatian Pencipta yang kita raih, pasti hidup kita akan selalu tenang tetapi kalau perhatian manusia yang kita dambakan, suatu masa kita pasti akan merasa kecewa. Anakku, biar nama kita tular di langit cinta-Nya, kerana itulah matlamat utama kita diciptakan.”
 

TAWARAN ISTIMEWA

Headlines News

Iklan

Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER