Headlines News :

4 tip berjimat ketika berkunjung ke bazar Ramadan

ANTARA kelainan dan keistimewaan yang ada dalam bulan Ramadan adalah kemeriahan bazar yang terdapat di sekitar kawasan perumahan.Namun, ramai antara kita sering menghadapi masalah pembaziran apabila berkunjung ke bazar tersebut.

Berikut kami kongsikan cara-cara atau langkah yang boleh anda dilakukan bagi mengelakkan pembaziran pada bulan Ramadan:

 1. Beli Lauk Sahaja

Mungkin bagi mereka yang sibuk bekerja dan tidak sempat untuk memasak juadah berbuka, membeli makanan di bazar Ramadan adalah salah satu jalan penyelesaian. Jika anda ingin berjimat, cukup sekadar beli satu jelis lauk tanpa nasi. Hal ini kerana, nasi putih boleh dimasak di rumah dan tidak memakan masa yang lama. Cara ini juga pasti dapat menjimatkan wang anda.

2. Jangan Beli Air

Jika berkunjung ke bazar Ramadan, antara gerai yang sering menarik perhatian kita adalah gerai yang menjual pelbagai jenis air. Kita akan lebih mudah terpengaruh untuk membeli air kerana dahaga. Jika anda ingin berjimat, bancuhlah air di rumah kerana dengan cara ini, dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

3. Satu Jenis Kuih Sehari

Memang menjadi tradisi di sepanjang bulan Ramadan akan terdapat pelbagai jenis kuih muih yang enak dijual. Bagi anda yang ingin berjimat tetapi ingin merasa kesemua jenis kuih tersebut, anda disarankan untuk membeli satu jenis kuih sehari. Dengan cara menukar jenis kuih ini, pembaziran dapat dielakkan dan anda juga boleh merasa pelbagai jenis kuih di sepanjang bulan Ramadan ini.

4. Kirim Pada Rakan

Bagi anda yang sukar untuk mengawal perbelanjaan ketika berkunjung ke bazar, kirim sahaja kepada rakan makanan yang ingin dibeli dengan bajet tertentu. Contohnya anda hanya berikan RM20 kepada rakan anda, pasti dia akan membeli makanan yang tidak melebihi RM20 dan dengan cara itu, wang anda dapat dijimatkan.

Al-Quran unik di Surabaya

SURABAYA - Masjid Nurussalam di Jalan Bogorami Makam, Surabaya di Jawa Timur di sini dilaporkan menyimpan satu kha­zanah unik yang agak misteri.

Liputan6.com melaporkan, khazanah itu merujuk kepada satu naskhah al-Quran bersaiz gergasi yang diperbuat daripada daun nipah.

Difahamkan, al-Quran tersebut berketinggian kira-kira 50 sentimeter dengan lebar dan ketebalannya pula masing-masing dianggarkan 40 sentimeter dan 10 sentimeter.
Menurut penduduk tempatan, al-Quran klasik itu disumbangkan oleh seorang lelaki misteri kepada penasihat masjid berkenaan.

Seorang pegawai masjid, Usono berkata, helaian al-Quran yang setiap ruasnya berukuran dua sentimeter dan diikat kemas dengan benang khas itu diserahkan beberapa hari sebelum bulan Ramadan pada 2011. “Pada masa itu, al-Quran tersebut dise-rahkan ke-pada pegawai masjid kami yang dikenali sebagai KH Syuaib.

“Lelaki misteri terbabit turut berpesan kepada Syuaib supaya menjaga khazanah ini dengan sebaiknya sebelum menghilangkan diri,” kata Usono.

Jelas Usono, kitab suci itu kemudian dibungkus dengan sehelai kain berwarna kelabu sebelum disimpan dengan rapi.

Walaupun tarikh sebenar pembuatan al-Quran berkenaan belum dapat disahkan, namun ada pihak menyatakan bahawa kitab suci itu telah dihasilkan sekitar 1,400 tahun Masihi.

Bagaimanapun, pihak pengurusan masjid enggan membuat telahan sendiri berhubung isu berkenaan.
“Kami harap ada pakar boleh mentafsirkan dengan tepat sama ada kitab suci ini dihasilkan pada masa yang lampau atau sebaliknya,” kata Usono. – Liputan6.com

Anak lembu ‘berkepala manusia’ di India

MUMBAI– Seekor anak lembu di India dilahirkan dengan kepala haiwan itu menyerupai ciri-ciri seorang manusia di sebuah pusat perlindungan binatang berkenaan di daerah Muzaffarnagar, di negeri Uttar Pradesh, kelmarin.

Mail Online melaporkan, anak lembu itu mempunyai mata, hidung dan telinga menyamai manusia manakala bahagian badan haiwan terbabit mempunyai ciri seperti lembu normal.
Bagaimanapun, lembu itu mati selepas sejam ia dilahirkan.
Berita mengenai ke­la­-
hiran lembu itu meng­gemparkan pendu­duk se­­tem­pat yang berbondong-bon-
dong datang untuk melihat sendiri haiwan terbabit yang dipercayai adalah satu daripada tuhan Hindu.

Menerusi sebuah video yang tular, haiwan yang mati itu disimpan di dalam sebuah bekas kaca ketika orang ramai dilihat memberikan kalungan bunga kepada haiwan terbabit.
Pengurus pusat perlin-dungan lembu itu, Raja Bhaiya Mishra berkata, adalah satu keajaiban anak lembu berkenaan dilahirkan di premis ter-sebut sehingga ribuan pengunjung membanjiri premis ini untuk melihatnya.

Mishra berkata, haiwan itu akan dibakar tiga hari lagi dan sebuah kuil akan dibina untuk haiwan tersebut.

Tambahnya, ibu kepada anak lembu itu diselamatkan daripada sebuah pusat penyembelihan dan dimasukkan ke dalam pusat perlindungan tersebut enam bulan lalu sebelum ia bunting.

Bagaimanapun, pakar haiwan mempunyai pandangan mereka yang berbeza tentang kelahiran itu dan menolak kepercayaan karut mengenai kelahiran haiwan ganjil tersebut.

Seorang doktor ve­terinar kanan di Wildlife SOS India, Dr. Ajay Deshmukh berkata, kelahiran itu merupakan satu kes anomali anatomi.

“Jika gen yang tidak berkembang dengan baik atau terdapat kesilapan, ia akan menyebabkan pelbagai kecacatan struktur dan anomali itu berlaku. Ia mempunyai sebab-sebab saintifik dan penjelasan namun tiada kepercayaan karut di sini,” jelas Deshmukh.

Lebanon haramkan tayangan Wonder Woman

LEBANON 1 Jun - Kementerian Dalam Negeri Lebanon mengharamkan tayangan filem Wonder Woman di seluruh pawagam negara ini kerana peranan utamanya yang dimainkan pelakon dari Israel, lapor pegawai keselamatan.

Lebanon menganggap Israel sebagai negara musuh dan Kementerian Ekonomi dan Perdagangannya telah memboikot sebarang transaksi perniagaan melibatkan Israel.

Sumber Kementerian Dalam Negeri berkata, pihaknya telah mengeluarkan perintah mengharamkan filem berkenaan yang dibintangi bekas anggota tentera Israel, Gal Gadot berdasarkan cadangan daripada bahagian Keselamatan Awam.

Pengedar Warner Brothers di rantau itu berkata, filem itu bakal ditayangkan secara rasmi di kebanyakan pawagam utama Beirut malam ini selepas tayangan perdananya semalam selepas tayangan perdananya semalam namun terpaksa membatalkannya beberapa jam lebih awal. - REUTERS

Hiburan Dalam Islam

Dalil dari al-Quran
a) Firman Allah di dalam Surah al-Jumaah ayat 11:
Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki

Dalil dari as-Sunnah
a) Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di zaman ini nyanyian dan hiburan, ada yang telah bercampur baur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak, sama ada persembahannya atau seni katanya. Dari situasi itu, Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat suara untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian:

i. Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan

ii. Berpakaian sopan serta menutup aurat

iii. Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan

iv. Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak

v. Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat

Islam dan Hiburan

Menyingkap perkembangan semasa hari ini, kita akan melihat telah banyak teguran yang diberikan sama ada oleh para mufti, alim ulama, NGO, atau persatuan yang prihatin terhadap unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program hiburan realiti tanahair. Sememangnya perkara ini adalah satu isu yang perlu diberikan perhatian. Ini adalah penting kerana perkembangan tersebut begitu menampakkan kesan dan pengaruhnya terhadap gaya hidup remaja dan belia masa kini.

Secara umumnya, muzik dan seni suara adalah merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Ianya adalah sebahagian daripada aktiviti rekreasi manusia yang terkandung di dalamnya seni, budaya, hiburan, kehalusan bahasa dan juga pemikiran yang sentiasa diperbincangkan dalam mana-mana sejarah, kebudayaan dan tamadun manusia.

Berdasarkan definisi ini dapatlah dirumuskan bahawa rekreasi dalam bentuk muzik dan seni suara ialah satu aktiviti yang menyeronokan yang boleh melapangkan fikiran, menenangkan hati dan perasaan, melupakan kesedihan, bahkan dapat menguatkan kemahuan dengan mematuhi peraturan-peraturan dan disiplin-disiplin tertentu. Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah pandangan Islam terhadap amalan hiburan yang diamalkan masa kini?

Tujuan syariat Islam bukanlah untuk menyekat segala bentuk kebebasan manusia tetapi sebaliknya lebih kepada mengawal dan mendidik, kerana Islam itu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia itu sendiri.

Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu badani tanpa sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

Konsep hiburan yang berunsurkan ‘leisure’ melulu semata-mata biasanya dilakukan untuk berbagai-bagai tujuan. Dalam Islam, konsep hiburan ialah untuk mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan, terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan di waktu lapang, secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni taranum membaca al-Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.

Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin Al-As , yang bermaksud:
“Wahai Abdullah bin Amar, “Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut.”

Selain itu, terdapat hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang mengizinkan gendang dimainkan pada majlis-majlis tertentu, sebagaiman Imam Tarmizi telah meriwayatkan daripada Aishah, katanya:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang maksudnya:
“Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta pukullah rebana.”

Begitu juga sejarah Islam telah menceritakan bagaimana gendang telah digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Islam yang berada di medan peperangan.

Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan ada yang sunat serta ada pula yang haram. Nyanyian yang haram disebabkan oleh lima perkara yang mencorakkannya iaitu penyanyi, alat muzik yang digunakan, susunan kata-kata, tanggapan pendengar terhadap nyanyian dan pendengar yang terdiri daripada orang awam.

Sementara Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar pula berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya. Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.

Perlu diteliti:

lirik yang haram, penampilan penyanyi, masa persembahan nyanyian yang menghalang kewajipan agama atau melalaikan manusia, majlis yang disertai dengan makanan dan minuman haram, pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas, dan kesan nyanyian kepada pendengar-pendengar tertentu yang membawa kepada berkelakuan buruk hendaklah diambil-kira.

Antaranya ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah s.w.t., sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran. jalan untuk taqarub dan mencapai keredaan Allah s.w.t., serta dapat menjalin hubungan sesama manusia.


Ibadah solat mengajar erti masa dan taat

Oleh ASYRAF HANIF 

SOLAT merupakan satu ibadah yang mengajar begitu banyak perkara dalam kita menghadapi kehidupan mahupun untuk peribadi ataupun berjamaah (organisasi).

Solat telah diperintahkan Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. lima kali sehari mengikut kepada masamasa tertentu.

Setiap waktu solat mempunyai had masa tertentu bagi mendidik umat Nabi Muhammad untuk menjaga masa.

Bila tibanya waktu subuh, maka bangkitlah umat Islam daripada tidur untuk menunaikan solat. Begitulah juga pada waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Perlaksanaan ibadah solat mengikut waktu ini adalah satu didikan kepada umat islam didalam kita menepati masa.

Kita tidak boleh solat Zohor setelah masuknya waktu Asar dan begitulah keadaannya untuk waktu-waktu solat yang lain.

Begitulah juga solat berjamaah. Adanya imam, bilal dan makmum. Tugas imam mengetuai solat, bilal memberi “signal” kepada tetamu Allah untuk bersedia untuk solat, dan tugas makmum adalah mengikut apa yang dibuat oleh imam selagimana imam tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan solat.

Apabila imam mengangkat takbir untuk rukuk, maka menjadi kewajipan kepada makmum untuk mengikut “perintah” yang diberikan imam untuk rukuk. Begitulah didikan yang diberikan Allah dalam ibadah solat kepada manusia untuk sentiasa taat kepada amir (ketua) jamaah (organisasi).

Hebatnya aturan Allah mendidik umat Islam. Mengajarkan manusia untuk menjaga masa dan juga mentaati pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul.

Cukup malang ada diantara kita hanya sekadar solat tanpa kita memerhati tentang didikan yang Allah ingin berikan kepada kita. Ada diantara kita mengaku mengikuti al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan utama tetapi dalam kehidupan, kita tidak menjaga masa dan lebih teruk dari itu, kita tidak mentaati apa yang ketua kita perintahkan.

Adakah cukup dengan kita melaungkan slogan “Ar-Rasul ikutan kami, al-Quran panduan kami,” tanpa kita melakukan apa yang kita laungkan?

Sesungguhnya amal itu bukanlah dengan slogan tetapi amal itu adalah dengan kita melakukan perintah yang Allah tetapkan dalam al-Quran dan apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya.
 

TAWARAN ISTIMEWA

Headlines News

Iklan

Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER