Headlines News :

Bagaimana Mahu Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sempurna

Masa kanak-kanak dahulu, ibu kami selalu masak telur separuh masak makan dengan nasi lemak. Masa kanak-kanak semua nampak mudah sehinggalah menjengah dewasa, baru kami tahu rupanya ada rahsia tertentu untuk dapatkan telur separuh masak yang terbaik.

Kali ini kami mahu kongsikan bersama anda bagaimana cara-cara untuk mendapatkan telur separuh masak atau telur rebus sempurna. Bagi membuktikan perkara ini betul, kami telah lakukan sendiri megikut kiraan masa yang sebenar. 
  Mula-mula, beli telur ayam sebanyak mana yang anda mahu.
5
Kemudian jangan lupa bersihkan dulu telur ayam tersebut ya. Kebersihan untuk anak-anak kita makan penting ya makcik, akak di rumah (baca dalam nada suara Chef Wan)
3
Bila sudah basuh, maka kita kena tentukan sama ada kita nak makan telur separuh masak atau mahu makan telur rebus sepenuhnya yang selalu makan dengan nasi lemak rendang itu.
Keadaan telur ayam direbus berbeza masa akan menghasilkan tekstur dalam telur yang berbeza. Tengok, kami ajar rebus macam ajar kelas Sains. Jika anda rebus telur dua minit, telur akan jadi macam ini
8
Siap boleh cicah lagi dengan serunding cheese roll kami
2
Jika anda masak dalam masa 4 minit sehingga 4 minit setengah, dapat telur yang macam ini, putih dia sudah cantik dan kuning dia masih lagi belum masak sepenuhnya. Lazat dah jika dapat yang ini pun.
10
Kami suka telur yang sudah masak sebegini, makan dengan sedikit kicap manis
9
Manakala jika anda masak dalam masa 8 minit, anda akan dapat telur ayam yang sudah masak sepenuhnya belaka. Sesuai untuk bagi orang masa kenduri kahwin
7
Telur ayam yang sudah masak sepenuhnya begini juga sesuai untuk dijadikan bahan dalam masak merah
1

Kami kongsikan dan terangkan kepada anda, antara kaitan masa dan juga tahap kemasakan telur dalam gambar di bawah ini.
Cara yang kami gunakan ini ialah dengan mendidihkan air sehingga menggelegak di dalam periuk. Kemudian, matikan api dan masukkan telur (set masa untuk dapatkan tekstur telur ayam kegemaran anda).
Tidak perlu tutup periuk. Malah periuk juga boleh dialihkan daripada dapur. Cara ini sesuai bagi mereka yang ada banyak kerja di dapur kerana tidak perlu menjaga api setiap masa.
4
2 minit
Putih telur belum lagi membentuk dan kuningnya masih mentah
4 minit
Putih telur sudah masak, tetapi kuningnya masih melekit-lekit
6 minit
Putih telur sudah masak, tetapi bahagian tengah kuningnya masih belum masak sehabisnya
8 minit
Putih dan kuning telur sudah masak, tapi kuning telur masih lagi lembut
10 minit
Okay, sudah masak sepenuhnya dan boleh berhenti gosip sementara tunggu telur ayam masak tadi
Selepas selesai masak, jika anda ingin kupas telur yang sudah rebus sepenuhnya tadi, ambil dan letakkan di dalam air sejuk untuk memudahkan proses tanggal kulit atau mak kita lebih suka panggil – “eh angah, tolong mak kopek telur ayam ni boleh” – saranan kami, pecahkan dari bahagian bawah dahulu
12
Bila sudah pecahkan dari bawah (bahagian bawah telur ayam ialah bahagian yang gemuk, bukan yang runcing itu)
11
Tetapi kupaslah macam mana pun, janji boleh makan. Biasanya kami kupas jadi cacat teruk telur. Bukan apa, jika molek-molek masak cantik, nanti ke dalam perut juga perginya.
6
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Merebus Telur
Perbezaan Suhu
Telur yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk mengambil masa sedikit lama untuk masak.
Saiz Telur
Lagi besar saiz telur ayam tersebut maka lagi lama masa diambil untuk memasak
Kuantiti Air Menentukan Masa Merebus
Lagi banyak air, lagi pantas ia akan mengambil masa untuk merebus (berbeza mengikut jumlah telur) dan jika terlalu sedikit air, suhu air pula akan cepat jatuh maka akan menghasilkan telur yang tidak masak.
Kami biasa buat, letak air banyak sikit dari permukaan telur. Kiranya telur akan tenggelam sedikit lebih kurang 1 sentimeter (betulkan kami jika salah bab sukatan air ini).
Kesimpulannya ketika melakukan eksperimen memasak telur rebus ini, kita akan belajar daripada sukatan air sehinggalah masa rebusan yang tepat. Yang bab saiz telur itu memang ada kesan juga. Apa-apa pun, kami sangat mengalu-alukan perkongsian anda semua bagi mendapatkan hasil rebusan telur ayam yang sempurna.
Ini baru bab rebus telur, baru kami tahu betapa hebatnya ibu-ibu di atas dunia ini memasak. Nampak mudah pada luarannya tapi dari latihan rebus telur banyak kali jugalah kita akan belajar. Jom layan gambar apa yang anda boleh buat denga telur rebus orang kenduri kahwin bagi.
Telur masak merah makan sekali dengan kicap manis
telur4
Boleh juga masak kari atau gulai
telur2
Kami pantang jumpa nasi lemak rendang ada telur rebus
telur1
Jika anda gigih ingin tahu, cuba tanya mak cik jual nasi lemak bungkus, kami jamin dia ada tips yang lagi menarik
telur3

Tamar pembuka puasa paling afdal

Oleh
RAMADAN adalah bulan yang dinanti seluruh umat Islam. Bulan yang mempunyai banyaknya barakah ini sering dikaitkan dengan makanan pembuka puasa yang paling afdal iaitu kurma.
 
Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya. Daripada Hazrat bin Anas RA berkata: "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji tamar sebelum solat. Sekiranya tidak terdapat kurma, maka Baginda SAW berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Riwayat Ahmad)
 
Khasiat kurma

Tahukah anda, bahawa buah kurma ini mempunyai khasiat dan rahsia tersendiri.
 
Kurma atau tamar adalah sejenis tumbuhan (palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai phonexdactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah serta mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakannya berada di negara Arab.
 
Rasulullah SAW memandang tinggi buah kurma kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula dalamnya ditukar secara semula jadi.
 
Ini bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap adalah serta merta.
 
Ini kerana, gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh kerana terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
 
Sunat dengan kurma

Disunatkan berbuka puasa dengan kurma kerana mereka yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada pemakan dan ini memudahkan seseorang itu untuk beribadat dan menunaikan solat Maghrib atau tarawih.
 
Elakkan daripada terlalu banyak makan, kebanyakan makanan yang diambil kebiasaannya mengandungi terlalu banyak karbohirdrat dan membuatkan kita mudah letih dan mengantuk untuk meneruskan amalan seterusnya.
 
Makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat dan amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.
 
Khasiat kurma yang mempunyai kalori tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh badan memang sesuai jika digunakan saat berbuka puasa.
 
Berdasarkan kajian daripada Dr Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku bertajuk Tempoh Mengandung dari segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
 
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
 
Kajian pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknolgi, University Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain, menyatakan daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari dapat mengurangkan risiko seseorang itu  diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mempunyai zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. 
 
Menurut Prof Madya Asiah lagi, kurma dapat memberi kecerdasan pada minda dan sangat membantu bagi proses tumbesaran.
 
Justeru itu, kanak-kanak sangat digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekali gus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
 
Tambahan juga, kurma dapat memberi tenaga segera pada mereka yang mengamalkannya. 
 
Maka dengan itu ALLAH SWT. menyuruh Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa AS, akibat kehilangan banyak tenaga dan darah.
 
Buah terhebat

Kurma adalah yang paling hebat antara keluarga besar buah-buahan, kerana mempunyai zat gizi penting bagi tubuh manusia dan terutamanya jantung dan pembuluh darah, iaitu kalium.
 
Fungsi mineral ini membuat denyutan jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah.
 
Beberapa penelitian membuktikan makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan strok. Ia cukup dengan mengamalkan makan kurma lima biji sehari.
 
Oleh itu, jadikanlah amalan memakan buah kurma bukan sekadar dalam bulan Ramadan sahaja tetapi mengharapkan mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan ini kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugasan harian dengan beribadat kepada ALLAH.

- NUR HUDA KAMARULZAMAN, (Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai)

9 Juadah Wajib Anda Pasti Jumpa Di Bazar Ramadan

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba, pasti pelbagai makanan yang akan kembali membanjiri
bazar Ramadan. Lebih menarik lagi jika anda sudah habis ganti puasa. Eh.

Ketika bulan Ramadan, kami memang suka sangat pergi bazar pada waktu hendak azan. Ini tips masa belajar dulu-dulu.

 Sekarang mana sempat pergi bazar, makan masak sendiri saja di rumah.

Tapi kenangan pergi bazar memang ada sebab pasti ada hidangan wajib yang akan keluar.

1. Roti John

9-Juadah-Wajib-Anda-Pasti-Jumpa-Di-Bazar-Ramadan---VITDAILY20150609_4717

Penangan roti John ini memang boleh buat orang beratur panjang. Siapa kata menu simple tidak boleh buat duit? Untung pak cik John masa bulan puasa
2. Murtabak

9-Juadah-Wajib-Anda-Pasti-Jumpa-Di-Bazar-Ramadan---VITDAILY

Muratabak tiba-tiba jadi sangat famous ketika bulan puasa. Untung orang berniaga murtabak.
3. Nekbat

9 Juadah Wajib Anda Pasti Jumpa Di Bazar Ramadan - VITDAILY20150609_4720

Nekbat merupakan makanan atau kami sifatkan manisan, macam bahulu makan dengan air gula. Biasanya nekbat akan ada pada bulan puasa di Pantai Timur. Manis sungguh nekbat ini, serius. Patutlah gadis-gadis pantai timur manis-manis, eh.
4. Kurma

9-Juadah-Wajib-Anda-Pasti-Jumpa-Di-Bazar-Ramadan---VITDAILY20150609_4718

Kurma memang menjadi makanan utama ketika sahur sehinggalah dijual di bazar Ramadan. Kami diet makan kurma hari-hari.
5. Ayam Golek

9-Juadah-Wajib-Anda-Pasti-Jumpa-Di-Bazar-Ramadan---VITDAILY20150609_4713

Ayam golek memang champion masa bulan puasa. Pukul 2 petang sudah buka meja, dan ayam pun mula bergolek. Siap ada yang kena ambil nombor dan beratur tahu untuk beli ayam golek
6. Nasi Beriyani

9-Juadah-Wajib-Anda-Pasti-Jumpa-Di-Bazar-Ramadan---VITDAILY20150609_4714

Tidak tahulah sama ada nafsu atau memang nasi beriyani memang sedap dimakan hanya pada bulan puasa.
7. Kambing Golek

9-Juadah-Wajib-Anda-Pasti-Jumpa-Di-Bazar-Ramadan---VITDAILY20150609_4716

Kambing golek memang cepat habis kalau dijual di bazar. Kami pun tidak faham kenapa. GST juga tapi kambing telan juga.
8. Air Tebu

9-Juadah-Wajib-Anda-Pasti-Jumpa-Di-Bazar-Ramadan---VITDAILY20150609_4721

Wah, ini favourite kami! Memang kena ada masa buka puasa air tebu. Tapi pernah tertipu kena air tebu yang guna kordial. Kurang asam betul.
9. Ayam Percik

9-Juadah-Wajib-Anda-Pasti-Jumpa-Di-Bazar-Ramadan---VITDAILY20150609_4715

Ayam percik mana boleh lupa. Dapat pula yang panas-panas baru siap masak. Aduh, menduga sungguh.
Kemeriahan yang dikongsikan pada bulan Ramadan memang menarik, lebih-lebih lagi jika makan berbuka dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Cuma, pada bulan puasa kali ini, kita cuba elakkan pembaziran ketika berbuka. Kadang-kadang nafsu saja lebih, bukan?
http://zabidi-morad.blogspot.com/

 

TAWARAN ISTIMEWA

Headlines News

Iklan

Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Berani Kerana Benar - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER