Berubah selera ke platform Windows Phone? Persekitaran aplikasi (app) WP mungkin agak asing bagi pengguna baru, jadi kami paparkan 10 app terbaik untuk membantu transisi anda ke telefon Windows.
1.     6tag
Aplikasi pihak ketiga untuk Instagram. Walaupun sudah ada aplikasi rasmi untuk Instagram, ia masih dalam Beta dan kurang beberapa fungsi berbanding 6tag, terutamanya video.
 
2.     Metrotube
Alternatif terbaik untuk app rasmi Youtube setelah Google menghentikan sokongan untuk platform telefon Windows.
 
3.     IM+
Integrasi platform-platform chat popular seperti Facebook, Google dan Yahoo.
 
4.     Facebook
Facebook ialah... Facebook?
 
5.     Camera 360
Kamera kosmetik popular. Ia menawarkan semua fungsi dan ‘filter’ seperti Camera 360 untuk platform-platform lain.
 
6.     Evernote
Aplikasi mengambil nota yang amat berguna. Jika anda pernah menggunakannya di Android atau iOS, pasti tiada masalah untuk mengadaptasi penggunaannya di telefon Windows.
 
7.     UC Browser
Pelayar web minimalis yang pantas, mudah dan fleksibel. Membolehkan pengguna memuat turun fail dan menonton video secara offline.
 
8.     Bing Translator
Fungsi terjemahannya tak kurang hebat, lebih-lebih lagi fungsi terjemahan secara langsung menggunakan kamera.
 
9.     One Drive
Integrasi akaun One Drive anda di telefon pintar.
 
10.  Photosynth
Merakam momen dalam bentuk panorama 3D.