Ruangan Iklan

Rabu, 27 Februari 2008

PAS tidak pernah sekat pembangunan, malah akan teruskan - Mursyidul Am PAS

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang untuk mengundi PAS sekali lagi kerana jika parti itu ditakdirkan dapat mengekalkan pemerintahannya di Kelantan, pembangunan tetap akan berlaku seperti biasa.


Bagaimanapun katanya, pembangunan yang dilaksanakan PAS adalah berdasarkan lunas-lunas Islam, tidak seperti parti lawan yang hanya mementingkan pembangunan fizikal semata-mata hingga menyebabkan keruntuhan moral di kalangan golongan muda semakin menjadi-jadi.

“Pembangunan tetap akan diteruskan tetapi perlu mengikut ajaran Islam agar tidak berlaku keruntuhan akhlak dalam masyarakat terutama membabitkan golongan muda. Sebelum ini pun kita tidak pernah menyekat mana-mana pembangunan yang disalurkan kerajaan pusat, tinggal lagi kita tidak membenarkan pembangunan yang menolak panduan al-Quran,” katanya sebagai mengulas hasrat Barisan Nasional (BN) untuk menjadikan negeri itu sebagai ‘Kelantan Maju dan Kelantan Baru’.

Dalam program Perhimpunan Warga Tani Pertubuhan Peladang Kawasan Puteri Saadong semalam, Dato’ Dr Awang Adek Hussin meminta rakyat Kelantan memberi peluang kepada BN untuk memegang tampuk pemerintahan negeri bagi menunaikan segala janji parti itu.

“Berilah peluang kepada BN untuk perintah. Cuba tengok dulu macam mana. Kalau tak berpuas hati pakat-pakatlah tolak BN,” kata Awang Adek.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Nik Aziz berkata, soal pemerintahan bukanlah isu remeh yang boleh dibuat main-main kerana ia perlu selari dengan kehendak Islam, bukannya hanya untuk memberi tumpuan kepada aspek pembangunan semata-mata.

Tambahan pula katanya, umpan kebendaan tidak akan kekal lama kerana semuanya akan musnah sebagaimana manusia yang akan mati dan berdepan Allah di akhirat kelak.

“Nak buat pembangunan tidak susah, komunis pun boleh buat pembangunan, tapi pembangunan untuk apa? Pembangunan biar tentu selaras dengan Islam, sebagaimana yang kita telah laksanakan di Kelantan sejak 18 tahun dulu, masalah moral kurang di Kelantan tidak seperti sebelah luar masalah sosial sama naik dengan pembangunan,” tambahnya yang akan mempertahankan kerusi Dun Chempaka pada pilihan raya 8 Mac nanti./wann

Baca Seterusnya...

Mangsa tsunami kecewa, mahu undi pembangkang


Mangsa bencana Tsunami di Kedah mahu mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum 8 Mac depan kerana kerajaan gagal menunaikan janjinya untuk menyediakan mereka rumah baru serta berlakunya penyalahurusan wang sumbangan bencana tersebut.

Di pekan Kota Kuala Muda, penduduk yang rumah mereka musnah dilanda ombak besar sewaktu bencana tsunama berkata, lebih tiga tahun telah berlalu, tetapi kerajaan masih gagal menunaikan janji tersebut.
"Saya diberi surat dan kunci oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2005 untuk tempat tinggal sementara, dengan janji kami akan dipindahkan ke rumah baru," kata Abdul Wahab Zainon."Saya patah hati bila janji tersebut tidak dikotai.
Saya tidak tahu mengapa mereka melakukan ini terhadap saya," kata Abdul Wahab, 57, yang masih tinggal di rumahnya yang rosak, bersama keluarganya.

Tragedi pada tahun 2004 itu melanda kawasan pantai di banyak negara, yang mengorbankan 66 nyawa di Malaysia, sebahagian besarnya di Pulau Pinang.Kota Kuala Muda mengalami kerosakan teruk apabila rumah dan bot-bot penduduk musnah dalam bencana tersebut, dengan kira-kira 700 rumah kayu rosak atau musnah bersama 12 nyawa.Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut adalah nelayan dan petani, dengan pendapatan hanya kira-kira RM500 sebulan.Abdul Wahab berkata, kawasan itu dulunya kubu kuat Umno, yang menjadi tulang belakang kerajaan yang memerintah negara ini sejak 1957.

Tetapi Abdul Wahab berkata, seperti ramai yang lainnya, , kesetiaannya telah berubah selepas beliau menerima bantuan hanya suku daripada RM10,000 yang dibelanjakan untuk memperbaiki rumahnya.

"Kita semua akan sokong PAS atau Keadilan," katanya, merujuk kepada dua parti pembangkang utama dalam pilihanraya umum kali ini.Korupsi dan pembaziranSeorang lagi penduduk yang tidak puashati, Shafigam Shuib, 32, berkata rakyat Malaysia telah menyumbang kira-kira RM85 juta untuk tabung bantuan bencana tsunami tetapi tidak tahu apa yang jadi dengannya.

Beliau menunjukkan beberapa struktur yang terbengkalai - gerai makan, dewan orang ramai dan muzium tsunami - yang hanya separuh dibina selepas tragedi tersebut dan kini menyakit mata mereka yang melihatnya."Ini adalah satu kes klasik korupsi dan pembaziran. Apakah kita perlukan struktur-struktur tersebut? Tidak.

Mengapa bazirkan wang? Ia sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf rumah kami yang rosak dan jalan yang banjir setiapkali hujan lebat."Saya akan undi PAS.

Saya tidak mahu Umno menang," katanya.Di seberang sungai di pekan Kuala Muda, kerosakan yang berlaku di situ adalah minima tetapi kerajaan berkata akan turut memindahkan penduduknya ke tempat yang jauh dari pantai. Mereka juga masih menunggu untuk dipindahkan.

"Untuk menemui ahli politik parti pemerintah adalah mustahil. Hanya kroni-kroninya sahaja yang dapat menemuinya. Ramai pemuda yang telah meninggalkan Umno," kata Latif Hashim, 32.Pasang bendera PAS"Sekarang saya panjat pokok untuk memasang bendera PAS.

Saya mahu mengundi pembangkang dalam pilihanraya kali ini," katanya.

Di Kuala Muda, skim perumahan dibina untuk mangsa tsunami tetapi banyak yang masih kosong.Seorang ahli PAS di situ, Zulkifli Ishak berkata, ia menjadi pekan hantu kerana penduduknya tidak mampu membayar RM40,000 kos bagi setiap rumah tesebut.

Kuala Muda terletak di bawah dua kawasan Parlimen - Merbok dan Sungai Petani - keduanya kubu kuat Umno.Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 mendapati berjuta-juta ringgit wang sumbangan bantuan tsunami telah disalahurus.

Laporan itu menyentuh kualiti membaiki rumah serta pembinaan rumah yang tidak bermutu di Pulau Pinang dan mendapat "kontraknya tidak ditandatangani, projek-projek lambat disiapakan dan kurang berkualiti".

Baca Seterusnya...

Ahad, 24 Februari 2008

Calon BN muflis, PAS menang percuma

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kelantan, Mustopha Ahmed gugur kelayakannya bertanding dalam pilihanraya umum kali ini kerana muflis.

Ekoran itu, calon PAS Wan Ubaidah Omar diisytiharkan menang tanpa bertanding pagi tadi.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan, Rahim Mohd. Salleh berkata rekod mendapati Mustopha sebelum ini muflis oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan secara automatik gugur kelayakan sebagai calon pilihanraya.

“Berikutan itu kertas pencalonan BN ditolak SPR dan calon PAS menang tanpa bertanding,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi ini, hanya kedua-dua calon itu yang menyerahkan borang penamaan di pusat penamaan calon di Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa Satu.

Mustopha ketika ditemui berkata, beliau kecewa dengan insiden itu.

Katanya, beliau pernah menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan beberapa tahun lalu.

“Tetapi saya telah membayar penuh hutang itu,” katanya yang berhasrat untuk membuat rayuan kepada SPR termasuk ke mahkamah.

Baca Seterusnya...

Sabtu, 23 Februari 2008

Negara Berkebajikan: Tawaran PAS buat rakyat Malaysia


Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan.


PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.


Konsep dan definisi


Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:


“Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara”. Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.


Ciri-ciri Negara Berkebajikan


Negara Berkebajikan:


1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam



2) Kerajaan adalah “guardian” atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat


3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)


4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat


5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan


6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara


7) Rakyat sejahtera, negara makmur



Negara Berkebajikan PAS selaku “ibu-bapa” kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tanggungajawab. Kerajaan Umno-BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.


Sejarah


Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.

Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep “Welfare State” selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan Umno-BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan.

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan



Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat.

Antaranya ialah:



1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)


2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan


3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan


4. Menurunkan harga petrol dan gas.


5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin


6. Melaksanakan akta gaji minima


7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari


Penegasan dan Gesaan



Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan Umno yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

——-



DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG ialah Presiden, Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Baca Seterusnya...

Tragedi Rahman Bakar...


Terengganu ALOR LIMBAT: Kampung Gelugor Kedai merupakan antara kubu kuat UMNO/BN di DUN Alor Limbat. Antara factor kekuatan UMNO/BN adalah disebabkan oleh Dato’ Abd Rahman Bakar (Man Bakar).

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, yang digugurkan oleh Idris Jusoh, merupakan anak jati kampung itu dan kediamannya berada di sini.

Seawal seminggu sebelum pengumuman pembubaran pilihanraya, telah terpacak 3 bendera parti tersebut di setiap tiang elektrik dan di tepi jalan menuju ke rumah Man Bakar.


Namun, setelah pulang dari kerja petang kelmarin sesuatu yang luar biasa berlaku. Saya terkejut melihat longgokan bendera UMNO/BN di tepi-tepi jalan dan ketiadaan dan hilangnya bendera yang dipacak sebelum itu di tiang-tiang elektrik. Rupa-rupanya, kroni-kroni Man Bakar telah membuang dan menurunkan sendiri bendera parti kesayangan mereka.

Saya merasa sungguh takjub dengan keadaan ini. Baru beberapa hari lepas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) dan Majlid Daerah Dungun(MDD) menunjukkan kuasa mereka disebalik arahan Wisma Darul Iman, menurunkan bendera dan poster PAS di bulatan Batu Enam dan Dungun. Kuasa Allah SWT, kalau nak ditunjukkan kebesaranNya, apa-apa sahaja boleh berlaku, dalam sekelip mata.

Beberapa anggota polis turut datang ke Gelugor Kedai kerana menyangkakan penyokong PAS yang menurunkan bendera UMNO/BN.

Melihat kemarahan dan kemuraman kroni-kroni UMNO/BN ketika menurunkan bendera, amat jelas kelihatan bahawa mereka adalah orang yang taksub kepada pimpinan dan mempunyai kepentingan peribadi masing-masing.

Saya sempat bertanya pada beberapa kroni Man Bakar yang sedang mengumpulkan ‘sampah’ bendera dan poster UMNO/BN.

Menurut mereka, Man Bakar sendiri sangat terkejut apabila namanya tidak tersenarai untuk pilihanraya ke-12 kali ini. Menurutnya lagi, dia amat bersedia dengan PRU Ke 12 kali ini.

Dia juga menyatakan bahawa dia merasa hairan kerana Man Bakar merupakan antara orang utama UMNO/BN Terengganu tidak dicalonkan langsung pada kali ini, samada di kerusi Parl;imen atau kerusi DUN, sedangkan Man Bakar telah banyak berjasa kepada UMNO/BN.

Sesungguhnya, ini merupakan antara petunjuk dan bibit awal sinar kemenangan Islam bermula. Perjuangan kerana manusia atau ideologi material pasti tidak akan kekal lama.

Seperti kata seorang penduduk Gelugor Kedai yang sebelum ini merupakan penyokong kuat BN , “Kalau Allah nak tunjuk kuasaNya, sekejap sahaja ianya boleh berlaku, tanpa kita duga…”.

Baca Seterusnya...

Senarai lengkap calon PAS Kelantan

PARLIMEN TUMPAT

Datuk Kamaruddin Jaffar

PENGKALAN CHEPA
Datuk Abd. Halim Abd. Rahman

KOTA BHARUDatuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

PASIR MAS
Datuk Ibrahim Ali
(calon bebas menggunakan logo Pas, kawasan ini dimenangi Pas pada 2004)

RANTAU PANJANG
Siti Zailah Mohd. Yusoff (muka baru)
(menggantikan Abdul Fatah Harun (Pas) yang bertukar ke DUN Bukit Tuku)

KUBANG KERIAN
Salahuddin Ayub

BACHOKNasharudin Mat Isa
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

KETEREHCalon daripada PKR
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

TANAH MERAH
Calon daripada PKR
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

PASIR PUTEH
Muhammad Hussin
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

MACHANG
PKR
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

JELI
Calon daripada Pas
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

KUALA KRAI
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

GUA MUSANG
Calon daripada PKR
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

DEWAN UNDANGAN NEGERI

PENGKALAN KUBOR
Calon daripada PKR
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

KELABORAN
Mohd. Zaki Ibrahim

PASIR PEKAN
Datuk Ahmad Yaacob

WAKAF BHARU
Che Abdullah Mat Nawi (baru)
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

KIJANG
Wan Ubaidah Omar (baru - calon wanita)
(menggantikan Husam Musa yang berpindah Ke DUN Salor)

CHEMPAKA
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

PANCHORMohd. Amar Abdullah

TANJONG MAS
Rohani Ibrahim

KOTA LAMA
Datuk Anuar Tan Abdullah

BUNUT PAYONG
Datuk Takiyuddin Hassan

TENDONGDr. Mohamad Md. Daud (baru)
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)


PENGKALAN PASIR
Hanifa Ahmad
(kawasan ini dimenangi BN pada pilihan raya kecil 2005)

CHETOK
Abdul Halim Abdul Rahman

MERANTI
Nassuruddin Daud

GUAL PERIOK
Mohamad Awang (baru)
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

BUKIT TUKU
Abdul Fatah Harun

(bertukar dari Parlimen Rantau Panjang)
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

SALOR
Datuk Husam Musa
(berpindah dari DUN Kijang)

PASIR TUMBOH
Ahmad Baihaki Atiqullah

DEMIT
Muhamad Mustafa
(menggantikan Mohamad Daud yang digugurkan)

TAWANG
Hassan Mohamood

PERUPOK
Datuk Omar Mohamad

JELAWAT
Abdul Aziz Abdul Kadir (baru)
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

MELOR
Wan Ismail Wan Jusoh
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

KADOK
Azami Mohd. Noor (baru)
(menggantikan Shamsudin @ Mohamed Shukri Ab.Rahman (Pas) yang digugurkan)

KOK LANAS
Datuk Ahmad Rosli Ibrahim
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

BUKIT PANAU
Abdul Fattah Mahmood

GUAL IPOH
Wan Yusoff Wan Mustafa
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

KEMAHANG
Md. Anizam Abdul Rahman

SELISING
Drs. Saiful Bahrin Mohamad
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

LIMBONGAN
Drs. Zainuddin Awang Hamat

SEMERAK
Wan Hassan Wan Ibrahim (baru)
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

GAALDr. Nik Mazian Nik Mohamad

PULAI CHONDONG
Zulkifli Mamat

TEMANGAN
Dr. Mohd. Fadzli Datuk Hassan (baru)
(menggantikan Hassan Muhamad (Pas) yang digugurkan)

KEMUNING
Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (baru)
(menggantikan Zakaria Yaacob (Pas) yang digugurkan)

BUKIT BUNGA
Sufely Abdul Razak
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)
AIR PANAS Abdullah Ya'kub
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

KUALA BALAH
Calon daripada PKR
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

MENGKEBANG
Abdul Latiff Abdul Rahman
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

GUCHIL
Calon daripada PKR
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

MANEK URAI
Ismail Yaacob
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

DABONG Arifabillah @ Mohd. Asri Ibrahim
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

NENGGIRICalon daripada PKR
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

PALOH
Calon daripada PKR
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

GALASChe Hashim Sulaima
(kawasan ini dimenangi BN pada 2004)

Baca Seterusnya...

Calon PKR, PAS di Pulau Pinang

Bersama DAP, PKR dan PAS yang bercita-cita menawan Pulau Pinang atau memberikan saingan paling sengit di pulau mutiara itu membariskan calon-calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti berikut:

Parlimen (PKR)Permatang Pauh - Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Bayan Baru - Zahrain Mohamed hashim
Balik Pulau - Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
Tasek Gelugor - Dalam Proses Pengesahan

Dewan Undangan Negeri (PKR)
Bertam - Noorsiah Md Arshad
Pinang Tunggal - Mahamad Hashim
Telok Air Tawar - Norhayati Jaafar

Seberang Jaya - Ramli Bulat
Penanti - Mohammad Fairus Khairuddin
Machang Bubok - Tan Hock Leong

Bukit Tengah - Ong Chin Wen
Bukit Tambun - Law Choo Kiang
Sungai Bakap - Maktar Shapee

Sungai Acheh - Dr Azhar Datuk Hj Ahmad
Kebun Bunga - Ong Khan Lee
Batu Uban - Raveenthran a/l V Subramaniam

Pantai Jerejak - Sim Tze Tzin
Batu Maung - Abdul Malik Abul Kassim
Pulau Betong- Dr Mansor Othman
Teluk Bahang - Abdul Halim Hussain

Parlimen (PAS)
Kepala Batas : Subri Arshad
Tasek Gelugur : Ismail Salleh

Dewan Undangan Negeri (PAS)
Penaga - Tapiudin Hamzah
Permatang Berangan - Arshad Md Salleh
Sungai Dua - Mohd Salleh Man
Permatang Pasir - Mohd Hamdan Abdul Rahman
Bayan Lepas - Asnah Hashim

Baca Seterusnya...

UMNO Terengganu Pecah: Demo bantahan di Wisma Negeri






Baca Seterusnya...

Senarai calon PAS, PKR Kedah

Berikut senarai calon-calon PAS, PKR di Kedah yang diumumkan malam tadi:

Parlimen Langkawi - Wan Salleh Wan Isa (PKR)
Ayer Hangat - Zubir Ahmad (PAS)
Kuah - Hasrul Muhaimin Hasbi (PKR)

Parlimen Jerlun - Idris Ahmad (PAS)
Kota Siputeh - Ismail Wan Teh (PAS)
Ayer Hitam - Abdul Ghani Ahmad (PAS)

Parlimen Kubang Pasu - Dr Isa Ismail (PAS)
Bukit Kayu Hitam - Che On Yusof (PKR)
Jitra - Dr Rohani Abd Muttalib (PAS)

Parlimen Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS)
Kuala Nerang - Zawawi Ahmad (PAS)
Pedu - Zamri Yusuf (PKR)

Parlimen Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS)
Bukit Lada - Ahmad Izzat Shauki (PAS)
Bukit Pinang - Mohd Rohsidi Osman (PAS)
Derga - (tiada maklumat)

Parlimen Alor Setar - Gooi Hsio Leung (PKR)
Bakar Bata - (tiada maklumat)
Kota Darul Aman - (tiada maklumat)
Alor Mengkudu - Dr Ismail Salleh (PAS)

Parlimen Kuala Kedah - Ahmad Kasim (PKR)
Anak Bukit - Amiruddin Hamzah (PAS)
Kubang Rotan - Mohd Nasir Mustafa (PAS)
Pengkalan Kundor - Phahrolrazi Zawawi (PAS)

Parlimen Pendang - Dr Mohd Hayati Othman (PAS)
Tokai - Mohd Taulan Mat Rasul (PAS)
Sungai Tiang - Sobri Awang (PAS)

Parlimen Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS)
Sungai Limau - Azizan Abdul Razak (PAS)
Guar Chempedak - Mohamad Ismail (PAS)
Gurun - B. Kalaivanar (PKR)

Parlimen Sik - Che Uda Che Nik (PAS)
Belantek - Mohd Sanusi Md Nor (PAS)
Jeneri - Yahya Abdullah (PAS)

Parlimen Merbok - Datuk Rashid Din (PKR)
Bukit Selambau - Saiful Izham Ramli (PKR)
Tanjung Dawai - Dr Hamdan Khalid (PAS)

Parlimen Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
Pantai Merdeka - Abdullah Jusoh (PAS)
Bakar Arang - Tan Wei Xu (PKR)
Sidam - Tan Show Kang (PKR)


Parlimen Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)
Bayu - Musoddak Ahmad (PAS)
Kupang - Johari Abdullah (PAS)
Kuala Ketil - Md Zuki Yusof (PAS)

Parlimen Padang Serai - N. Gobalakrishnan (PKR)
Merbau Pulas - Aishah Ghazali (PAS)
Lunas - Mohd Razhi Salleh (PKR)

Parlimen Kulim-Bandar Bharu - Zulkifli Nordin (PKR)
Kulim - Lim Soo Nee (PKR)
Bandar Baharu - Yaakob Hussin (PAS)

Baca Seterusnya...

PAS Pahang tanding 6 kerusi Parlimen 21 kerusi Dun

Enam calon Pemuda yang dipilih mewakili PAS Pahang dalam pilihan raya umum ke 12 berazam untuk memberi kidmat terbaik kepada rakyat jika memenangi kerusi yang ditandingi masing-masing.


Mereka ialah, Ustaz Nasruddin Hasan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang (Parlimen Maran), Dr Muhamad Nilam Abdul Manaf (Parlimen Lipis) Ustaz Kamal Saari (Parlimen Kuala Krau), Nasanuddin Salim (Dun Kerdau), Ustaz Roslin Jabar (Dun Tanjung Lumpur) dan Ustaz Mujiburrahman Ishak (Dun Chenor).

Kecuali Ustaz Mujiburrahman Ishak yang baru pertama kali bertanding lima yang lain pernah bertanding dalam pilihan raya 2004 tetapi di kawasan lain.

"Kepercayaan parti kepada Pemuda akan dibalas dengan khidmat dan sumbangan bermakna kepada rakyat dan parti," kata Hasanuddin Salim, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang.

Senarai Penuh Calon PAS Pahang dalam pilihan raya umum ke – 12.

Parlimen (6)

1. P.75 Lipis - Dr Muhamad Nilam Abdul Manaf.
2. P.81 Jerantut – Dr Hamzah Jaafar.
3. P.86 Maran – Ustaz Nasruddin Hassan.
4. P.87 Kuala Krau – Ustaz Kamal Saari.
5. P.90 Bera – Mazlan Aliman.
6. P.91 Rompin – Mazlan Mohd Yasin.

Dewan Undangan Negeri (21)

1. N.3 Padang Tengku – Roslan zainal.
2. N.6 Batu Talam – Ustaz Abdullah Suhaimi Saat.
3. N.9 Tahan – Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
4. N.11 Pulau Tawar – Ustaz Ishak Abdul Ghani.
5. N.12 Beserah – Syed Mohammed Tuan Lonnik.
6. N.15 Tanjung Lumpur – Ustaz Rosli Abdul Jabar.
7. N.16 Inderapura – Syed Abdul Rahman Syed Hussein.
8. N.17 Sungai Lembing – Ustaz Ishak Ahmad.
9. N.19 Pancing – Ustaz Yusof Embong.
10. N.22 Bebar – Kapt (B) Ahiatuddin Daud.
11. N.20 Pulau Manis – Ustaz Othman Bakar.
12. N.21 Peramu Jaya – Ustaz Abu Kassim Manaf.
13. N.24 Luit – Ustaz Azizah Khatib Mat.
14. N.26 Chenor – Ustaz Mujiburrahman Ishak.
15. N.28 Kerdau – Hasanuddin Salim.
16. N.29 Jengka – Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
17. N.32 Kuala Semantan – Syed Hamid Syed Muhamad.
18. N.36 Pelangai – Hamdan Ahmad.
19. N.37 Guai – Musanif Abdul Rahman.
20. N.40 Bukit Ibam – Ustaz shukri Ahmad.
21. N.42 Tioman – Mohd fadzli Mohd Ramli. - mns

Baca Seterusnya...

Pemuda PAS kemuka 25 calon Dun, Parlimen

Dewan Pemuda PAS meletakkan calon di 25 Dun dan Parlimen seluruh negara bagi memberi saingan sengit kepada calon Umno-BN pada pilihan umum raya ke-12.


Kejayaan Ketuanya, Salahuddin Ayub yang diamanahkan tugas ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan pada pilihan raya 2004, menyuntik semangat ahli Pemuda untuk sama-sama bertarung pada perang politik 8 Mac ini.

Antara calon disenaraikan; di Dun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abd Rahman; Parlimen Kuala Kurau, Ustaz Kamal Ashari; Marang, Ustaz Nasharuddin Tantawi; Dun Terong, Ustaz Norazli Musa; Dun Bayu, Ustaz Musadak Ahmad; Parlimen Sungai Besar, Ustaz Sallehen Mokhyi; Paroi, Taufek Abd Ghani; Dun Pasir Tumbuh Ustaz Baihaqi Abdullah; Bukit Payong, Mohamad Nor Hamzah, Dun Rantau Abang, Ustaz Azman Shafawai Abd Rani.

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Pusat kini melancarkan kempen mengedarkan risalah 'Negara berkebajikan pilihan kami' di seluruh negara.

Pengerusinya, Ustaz Ridhwan Mohd Noor berkata setakat ini 50,000 risalah kempen berkaitan kewajiban mengundi telah diedarkan kepada orang ramai.

"Kami turut mengedarkan kad doa dan munajat pilihan raya di kawasan mengundi. Di samping itu 'task force' Pemuda PAS Pusat akan turun ke kawasan ditandingi calon Pemuda," katanya.

Lajnah Dakwah turut menyerahkan memorandum berkenaan manipulasi demokrasi di Malaysia kepada Kementerian Penerangan, TV3 dan media arus perdana. - lanh

Baca Seterusnya...

Senarai calon Parlimen KeADILan

Berikut adalah calon-calon kerusi Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) bagi pilihan raya umum ke-12 seperti yang diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


1. KANGAR - TUNKU ABDUL RAHMAN BIN TUNKU ISMAIL2. LANGKAWI - WAN SALLEH BIN WAN ISA
3. ALOR STAR - GOOI HSIAO LEUNG
4. KUALA KEDAH - AHMAD BIN KASIM
5. MERBOK - RASHID BIN DIN
6. SUNGAI PETANI - JOHARI BIN ABDUL
7. PADANG SERAI - GOBALAKRISHNAN A/L NAGAPN
8. KULIM - BANDAR BAHARU - ZULKIFLI BIN NOORDIN
9. KETEREH - ABDUL AZIZ
10. TANAH MERAH - Dalam Proses Pengesahan
11. MACHANG - SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
12. DUNGUN - SHAMSUL ISKANDAR @ YUSRE BIN MOHD AKIN
13. KEMAMAN - MOHD FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA
14. TASEK GELUGOR - Dalam Proses Pengesahan
15. PERMATANG PAUH - WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL
16. NIBONG TEBAL - TAN TEE BENG
17. BAYAN BARU - ZAHRAIN MOHAMED HASHIM
18. BALIK PULAU - MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF
19. BAGAN SERAI - MOHSIN FADZLI BIN HAJI SAMSURI
20. PADANG RENGAS - ALIAS BIN ZENON
21. SUNGAI SIPUT - DR. JEYAKUMAR
22. TAMBUN - MOHAMAD ASRI BIN OTHMAN
23. GOPENG - LEE BOON CHYE
24. TAPAH - TAN SENG TOH
25. PASIR SALAK - MUSTAFFA KAMIL BIN AYUB
26. LUMUT - SUWARDI BIN SAPUAN
27. BAGAN DATOK - MADZI BIN HASAN
28. TANJONG MALIM - MOHAMAD AZMAN BIN MARJOHAN
29. INDERA MAHKOTA - AZAN BIN ISMAIL

30. KUANTAN - FUZIAH BINTI SALLEH
31. PAYA BESAR - MOHD JAFRI BIN AB RASHID
32. PEKAN - KHAIRUL ANNUAR AHMAD ZAINUDDIN
33. TEMERLOH - AHMAD NIZAM BIN HAMID

34. BENTONG - PONUSAMY A/L GOVINDASAMY
35. SABAK BERNAM - ABDRULAMIN BIN BAHRON
36. HULU SELANGOR - ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD
37. SELAYANG - WILLIAM LEONG JEE KEEN
38. GOMBAK - MOHAMED AZMIN BIN ALI
39. AMPANG - ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
40. PANDAN - SYED SHAHIR BIN SYED MOHAMUD
41. KELANA JAYA - GWO BURNE LOH
42. PETALING JAYA SELATAN - HEE LOY SIAN
43. SUBANG - SIVARASA A/L K. RASISAH
44. KAPAR - MANIKAVASAGAM A/L SUNDARAM
45. KUALA LANGAT - ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID
46. BATU - CHUA TIAN CHANG
47. WANGSA MAJU - WEE CHOO KEONG
48. SETIAWANGSA - IBRAHIM BIN YAACOB
49. LEMBAH PANTAI - NURUL IZZAH BINTI ANWAR

50. BANDAR TUN RAZAK - ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
51. KUALA PILAH - ANNUAR BIN HOMD SALLEH
52. REMBAU - BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN
53. TELOK KEMANG - KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS
54. TANGGA BATU - ZAINON BINTI JAAFAR
55. BUKIT KATIL - KHALID BIN JAAFAR
56. JASIN - ZULKEFLY BIN OTHMAN
57. SEKJIANG - ZULKAPLY BIN SALLEH
58. LEDANG - LAU TEK HAI
59. MUAR - NAH BINTI BUDIN
60. SRI GADING - ALI BIN MARKOM
61. BATU PAHAT - MUHAMMAD BIN ABDULLAH
62. SEMBRONG - LEE SANG
63. PENGERANG - NORAZAN BIN ABDULLAH
64. PASIR GUDANG - MD RIZAN BIN MOHD SAMAN
65. GELANG PATAH - ZALIHA BINTI MUSTAFA
66. PONTIAN - MOHD ANNUAR BIN MOHD SALLEH

Baca Seterusnya...

Isnin, 18 Februari 2008

Prof. Dr Harun Din Berentap Di PARLIMEN ARAU, Hasyim Jasin Di DUN SANGLANG!

Oleh Tarmizi Md Jam
DI ARAU, Timbalan Muryidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din sekali lagi akan bertanding di Parlimen Arau.

Dun pula, Timbalan Yang DiPertua PAS Arau, Abu Bakar Ali akan bertanding di Pauh, manakala AJK PAS Arau, Ustaz Che Nordin Che Ahmad bertanding di Tambun Tulang.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil akan bertanding di Dun Guar Sanji, Rus'sele Eizan di Dun Simpang Empat dan Ustaz Hashim Jasin pula akan bertanding mempertahankan kerusi Dun Sanglang.

PAS Perlis mengambil langkah awal mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 yang akan berlangsung pada 8 Mac akan datang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi pada majlis ceramah sempena siri 'Jelajah Presiden ke Negeri Perlis'.


Seramai 14 orang calon yang terdiri daripada dua orang calon parlimen dan 12 orang calon dewan undangan negeri (Dun) yang telah diamanahkan oleh PAS untuk menjadi calon pada PRU akan datang.


Bagi kawasan Padang Besar calon-calonnya ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin (Parlimen Padang Besar); Bendahari PAS Perlis, Mohd Ali Puteh (Dun Chuping); AJK PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Dun Mata Ayer) dan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz ABdul Rashid Abdul Rahman (Dun Santan).

Di Kawasan Parlimen Kangar pula, AJK PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Dun Bintong; AJK PAS Kangar, Ustaz Osman Abdullah (Dun Sena); Bendahari Jabatan Pilihan raya PAS Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh (Dun Kuala Perlis) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman (Dun Kayang).

Empat orang ulama; Abdul Rashid, Osman, Ya'akub dan Che Nordin bersama Rus'sele adalah muka baru manakala Ahmad Tajudin pula pernah bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1995.

Sehingga kini, masih terdapat satu kerusi yang diperuntukkan untuk PAS yang masih di peringkat akhir perundingan bersama KeADILan iaitu sama ada kerusi Dun Beseri atau Titi Tinggi.

KeADILan pula diperuntukkan tiga kerusi sudah pasti akan bertanding di Parlimen Kangar dan Dun Indera Kayangan.

Ribuan manusia menghadiri majlis ceramah dan pengumuman calon yang diadakan di Tapak Kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok. Turut berceramah ialah Ustaz Hashim dan Prof. Dr Haron

Baca Seterusnya...

PAS Kedah umum calon 21 Februari

PAS Kedah akan mengumumkan senarai nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada 21 Februari ini di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Menurut Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Hussain, Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak akan membuat pengumuman rasmi dalam majlis yang dijadualkan bermula pada jam 9.00 malam.

Katanya lagi, beliau menjangkakan, sekali lagi Kompleks PAS Kedah akan dihujani puluhan ribu ahli dan penyokong PAS bagi melihat lebih awal calon-calon yang akan mewakili PAS dalam pilihan raya kali ini.

Pada 16 Februari lalu, dataran kompleks sesak dengan lautan manusia bagi mengikuti ceramah perdana tiga pimpinan utama PAS terdiri dari Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din.

Sebelum ini, Ustaz Azizan membayangkan sekurang-kurangnya 15 orang calon terdiri dari tokoh muda dari pelbagai latar belakang pendidikan termasuk ulama, ahli perniagaan, profesional dan tokoh masyarakat.

Katanya lagi, PAS Kedah yakin dengan penonjolan muka baru dan muda dibantu dengan tokoh-tokoh lain yang akan bertanding kali ini, rakyat boleh menilai sendiri siapa yang bakal mereka pilih mewakili suara mereka di Dewan Rakyat dan Dun Kedah. - mks.

Baca Seterusnya...

PRU- 12 : Pengendali Laman Web, Bloggers sedia Gempur BN

Laman web dan bloggers pro pembangkang sudah pasti akan menggunakan internet sebagai medium utama dalam menghadapi propaganda Barisan Nasional sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 12 ini.

Di sebalik pelbagai usaha BN untuk menyekat kebebasan penyebaran maklumat, ia ternyata gagal menghalang kemaraan rakyat yang semakin sedar dengan pelbagai salahlaku serta penyelewengan pemimpin kerajaan.

Walaupun internet terhad kepada segmen tertentu dari kalangan pengundi, namun perkembangan pesat teknologi maklumat serta peningkatan rakyat celik IT amat membimbangkan BN, terutamanya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Pengendali laman web terkenal, Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berpendapat, internet tetap digunakan secara konsisten dan lebih aktif oleh rakyat Malaysia sejak pilihan raya umum 2004 setelah tercetusnya gelombang reformasi kebangkitan rakyat akibat tangkapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Kita telah bersedia dengan strategi di peringkat bloggers untuk berhadapan dengan pihak Umno sejak 10 tahun yang lalu, bukan hanya dalam jangka masa mendekati pilihan raya ini,”

Tegasnya, meskipun ramai yang mempunyai tanggapan mengenai kepentingan web tersebut yang masih dipandang rendah akan keberkesanannya kepada pengundi, Raja Petra memaklumkan bahawa terdapat sebilangan pengundi yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun yang tidak pernah mengundi sebelum ini mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini selepas terkesan dengan pengaruh maklumat pada laman web.

“Mereka ini adalah pengundi yang tidak pernah mendaftar, tetapi setelah mendapat maklumat daripada laman-laman web mereka mengambil keputusan untuk mengubah kerajaan yang ada kerana telah ‘fed-up’,”

Selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 11 juta bilangan pengguna internet berdaftar di Malaysia yang aktif menggunakan teknologi ‘broadband’ atau jalur lebar sepanjang tahun.


“Ini bermakna sebahagian besar daripada mereka merupakan pengundi dalam pilihan raya ini, walaupun kita mengetahui bahawa orang bandar kurang berminat untuk mengundi berbanding orang kampung. Sebab itu Umno-BN mensasarkan orang kampung yang pada pandangan mereka lebih mudah untuk digula-gulakan,”

Dalam pada itu, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Umno-BN telah mengadakan banyak perbincangan bagi mengatur strategi khusus memerangi laman web dan blog pembangkang namun kesemuanya menemui kegagalan.

“Mereka telah kaji cara untuk tangani ‘cyber war’ menjelang pilihan raya dengan menubuhkan kumpulan ‘cyber-troopers’ di bawah kelolaan Dato’ Azalina dan Dato’ Norza, tetapi semuanya gagal kerana kita telah tahu taktik mereka yang menghantar komen-komen yang membanjiri blog dan laman web kita sebagai perangkap,”
Jelasnya, usaha yang mereka jalankan sejak 1998 itu gagal menyaingi kumpulan pengendali laman web dan blog alternatif.

Sementara itu, seorang lagi penulis blog yang sensasi, Jeff Ooi pula merasakan sungguhpun kempen menggunakan internet sebagai medium mempengaruhi pengundi tidak relevan dengan kawasan luar bandar, ia tidak bermakna ia harus dikesampingkan.

“Sememangnya kempen siber memang tidak relevan dengan kawasan luar bandar kerana tiada akses internet yang mantap. Tetapi parti-parti politik telah lama menggunakan saluran tersebut untuk menyampaikan agenda kepada pengundi,”

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa rakyat Kelantan adalah antara pengguna internet yang agresif.

“Internet telah biasa digunakan secara agresif di Kelantan. ketika saya singgah di sebuah warung di tepi jalan sebuah pekan kecil, saya sangat terkejut kerana ia mempunyai akses internet tanpa wayar (wireless),” katanya.

Dengan tidak menafikan bahawa terdapat halangan serta kekurangan kempen menggunakan saluran internet ini, beliau masih menyatakan bahawa ia merupakan suatu ruang yang seharusnya dimanafaatkan secara maksimum oleh jentera parti yang bertanding.
Hal ini sekaligus menangkis dakwaan yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy, yang menyatakan bahawa laman web dan blog tidak akan menjadi faktor penentu dalam pilihan raya kali ini

Bagaimanapun, beliau melihat ia akan menjadi ‘ jentera ‘ yang lebih penting bagi menghadapi pilihan raya selepas ini.

Selain itu, Khairy turut mengakui pasukan dalam alam siber Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih gagal menyaingi jentera siber pro pembangkang namun ia sudah ada permulaan yang agresif.

“Saya nampak pasukan kita masih belum dapat bersaing tetapi sudah ada permulaan dan saya nampak perkara ini penting bukan untuk pilihan raya kali ini tetapi pada pilihan raya selepas ini,” kata Khairy pada Agendadaily ketika ditemui selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, dekat Sungai Rapat Ipoh, Perak petang Sabtu.

Beliau menganggap ketika ini amat penting bagi jentera perang alam siber pemuda digerakkan berlatih menghadapi pilihan raya secara ‘ realiti ‘ untuk tujuan membina kekuatan bagi menghadapi ‘peperangan’ sebenar dalam pilihan raya ke 13.

Katanya, “kalau kita ketinggalan kali ini, kita tidak ada latihan, kita tidak dapat praktis. Saya nampak alternatif media ini tidak akan menjadi satu faktor penentu di pilihan raya kali ini tapi pada pilihan raya akan datang atau seterusnya faktor media alternatif ini akan menjadi lebih penting”.


“Kalau kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk ‘berlatih’ dalam alternatif media ini, kita akan kehilangan satu peluang yang baik. Kita sekarang kena dry run disamping kita cuba menangkis segala tohmahan dalam internet tapi kita akui mereka jauh mendahului kita dalam internet tetapi inilah juga masa yang baik untuk kita cuba dry run. ” - mr

Baca Seterusnya...

Tengku Razaleigh Tolak Pujukan Annuar Untuk Jadi Pengarah Pilihan Raya

Oleh MSO

BOHONG orang yang memberi tahu maka bohonglah saya. Saya percaya berita ini benar dan tidak ada gunanya kalau kawan yang memberi tahu itu untuk berbohong kerana tidak ada apa-apa keuntungan kalau dia berbuat demikian.

Cerita begini, pada Rabu lalu Annuar Musa ada mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di kedimannya di Langgak Golf, Ampang. Tidak dijelas pula apa kunjungan itu bersendirian - pertemuan empat biji mata ataupun ada mata-mata lain yang mengikutinya.

Mauduknya ialah Annuar telah meminta Tengku Razaleigh agar menjadi Pengarah pilihan raya bersama di Kelantan. Annuar membuat tawaran itu kononnya ada suruhan Abdullah Ahmad Badawi. Betul ke atau pandai-pandai Annuar sahaja?
Kita tahu kenapa Annuar sanggup menemui Tengku Razaleigh dan menawarkan 'jawatan' itu kerana keadaan Umno hari ini sangat terdesak.

Umno mahu menang dan menubuhkan Kerajaan di Kelantan tetapi keupayana untuk menang tidak ada. Annuar sendiri tidak yakin Umno boleh menang.

Kalau Annuar yakin dia mampu merebahkan Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau tidak akan mengunjungi Tengku Razaleigh.

Beliau tidak meminta tali hayat dengan bekas Menteri Kewangan itu. Beliau akan hadapi sendiri bersama teman-teman Tiga Botaknya - Awang Adek Husin dan Mustapa Mohamad.

Namun kerana keadaan sudah terdesak maka beliau sanggup mengadai air mukanya, memujuk Tengku Razaleigh. Perlu diingat sebelum ini Annuar membuat cadangan untuk menurun Tengku Razaleigh ke DUN tetapi ditolak oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Apa kata Tengku Razaleigh berhubung tawaran itu?

Menurut kata kawan itu Tengku Razaleigh tidak menerima pelawaan Annuar atas suuruhan Abdullah itu. Alasannya, menurut kawan itu kata Tengku Razaleigh kenapa disaat-saat akhir baru datang menemuinya. Setelah Umno lemas dan sesak nafas baru minta pertolongannya.
Kesimpulannya kunjungan Annuar Musa itu tidak berhasil. Tengku Razsaleigh tidak bersedia untuk terus jadi gurka dalam Umno selepas membubarkan Semangat 46.

Barangkali beliau sudah serit menjadi gurka kepada Dr Mahathir lebih 10 tahun lalu tanpa sebarang upaya yang berbaloi.

Yang menariknya Tengku Razaleigh masih berpegang kepada ramalannya bahawa Umno tidak akan mampu menumbangkan Kerajaan Pas.

Menurut kata kawan itu Tengku Razaleigh menyatakan setakat ini hanya sembilan (9) saja kerusi selamat bagi Umno. Manakala dari 14 kerusi Parelimen Umno hanya boleh menang di dua kerusi saja termasuk Gua Musang yang akan ditandingi Tengku Razaleigh Hamzah

Baca Seterusnya...

Renungan buat kita semua sebelum mengundi

Tanggal 8 Mac ini setiap kita warganegara Malaysia yang berdafatar sebagai pengundi akan diberi hak untuk membuang undi.

Kita akan diberikan suara untuk menyatakan kemahuan kita dalam menentukan pemimpin pilihan kita.

Ianya suatu tugas dan tanggungjawab yang sangat besar, bukan kerja main-mainan.

Sesiapa yang kita pilih itu jika memperolehi suara terbanyak maka dialah yang akan mewakili kita dan jika parti atau kelompok beliau yang memiliki kerusi terbanyak maka merekalah yang akan membentuk kerajaan.

Bermakna jika kita silap, kurang periksa dan tidak berhati-hati akibatnya yang pincang yang akan naik, dan kitalah yang bakal menanggung beban, derita dan azabnya.

Pada tanggal 23 April 1995 dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 1995 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu sempena Perhimpunan Rakyat Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat telah menyampaikan pesanan berikut:Masalah pilihan bukan berlaku setiap lima tahun sekali.

Pilihan berlaku setiap hari, setiap jam, setiap saat kerana manusia itu ditakdir oleh Allah swt hidup di muka dunia ini diapit dan dikapit oleh malaikat di sebelah kanan, syaitan di sebelah kiri.

Tidak kira orang ini Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Arif.

Tiap-tiap manusia di muka dunia ini diapit dengan kiraman katibin, dengan malaikat yang mencatit amalan baik, malaikat yang mencatit amalan jahat.Bila berdepan dengan sesuatu perkara , manusia secara otomatik terpaksa memilih samada hendak menurut kehendak malaikat, hendak turut kehendak syaitan, samada sedar atau tidak. Setiap saat, setiap masa, setiap jam, manusia terpaksa memilih. Memilih samada makanan, minuman, pakaian, duit, berniaga, memangkah. Memilih apa sahaja pun.

Manusia terpaksa memilih, kerana memang begitu peribadi atau tabiat manusia.Kita sebagai seorang Muslim yang akil baligh telah diberi panduan hidup oleh Allah swt supaya kita memilih barang yang baik.

Tidak ada yang baik di muka dunia ini, kecuali perkara yang telah ditetapkan baiknya oleh Allah swt. Maka bagi kita orang mukmin tetap memilih perkara yang baik, dan tidak ada perkara yang baik, saya ulangi, melainkan perkara yang dikatakan baik oleh Allah swt:Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.

Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (al Ahzab: 36)Mudah-mudahan pesanan ini direnung dan diamalkan oleh semua kita semua dengan serius dan penuh tanggungjawab demi maruah dan masa depan agama, bangsa dan negara kita yang tercinta.

Baca Seterusnya...

Oleh Helmi Khalid

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan Umno dan BN supaya merawat diri sendiri dan tidak perlu merawat Kelantan, kerana di sana sudah ada doktor dan hospital tersendiri dan rakyat Kelantan sihat belaka.

"Umno yang perlu dirawat, beri Al-Quran Umno tolak, beri perintah Allah Umno tolak, cerita tentang kebaikan Islam juga Umno tolak, jadi seharusnya Umno yang mesti dirawat terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kompleks PAS Kedah, di sini sebaik selesai menyampaikan ceramah Perdana bersama Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din.

"Banyak penyakit dalam Umno, berebut pangkat, iri hati dan ini semua perlu diubati, tak mahu kepada Islam lebih berat, berubatlah segera, rakyat Kelantan dah ada doktor, dah ada hospital sendiri, kami aman di Kelantan," sambung beliau.
Tuan Guru berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Manteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mendakwa kononnya BN bertekad mengambil-alih teraju kerajaan negeri bertujuan merawat Kelantan.

Tiga pemimpin tertinggi parti itu hadir ke Kedah sempena program Jelajah Presiden yang berakhir di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar yang ditemui mengucapkan syabas kepada rakyat Kedah di atas sambutan hangat yang diberikan.

"Siri terakhir Jelajah Presiden ini memperlihatkan sambutan luar biasa rakyat dari pelbagai kaum di Kedah terhadap tiga pimpinan utama PAS di Sungai Petani, Pendang dan Kubang Pasu; ceramah perdana malam ini juga mendapat sambutan luar jangkaan, Alhamdulillah.

"Kita berharap mood ini dapat dikekalkan hingga ke hari pembuangan undi, saya yakin Umno tidak senang duduk dengan sambutan yang diberikan; kehadiran Pak Lah di Kedah pada hari yang sama tidak mendapat sambutan sebegini rupa, hanya penipuan yang boleh memenangkan BN di Kedah dan di tempat lain, itu sahaja senjata terakhir mereka," ujar Haji Mahfuz. - tajdid

Baca Seterusnya...

Pemimpin perlu dilihat sebagai tidak tidur semasa kerja

Abdul Halim Mohd Rashid

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan Umno yang gian sangat nak merawat Kelantan supaya merawat dirinya dahulu.

"Umno yang perlu dirawat, beri Al-Quran Umno tolak, beri perintah Allah Umno tolak, cerita tentang kebaikan Islam juga Umno tolak, jadi seharusnya Umno yang mesti dirawat terlebih dahulu," kata Tok Guru.

Tok Guru, kalau puak tu gian sangat nak rawat Kelantan, biarkan saja Umno rawat Kelantan sehingga 8 Mac nanti. Malaysiakini melaporkan, Annuar Musa adalah liabiliti kepada Umno Kelantan. Mungkin itulah yang Najib mahu Umno Kelantan rawat. Eloklah.
Selepas itu, 9 Mac nanti PAS akan perintah Kelantan yang sudah dirawat Umno.

Kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang nak sangat rawat Kelantan, kenapa tidak rawat persoalan adakah keluarganya mendapat faedah dari perjanjian yang melibatkan pembelian 18 pesawat Sukhoi Su-30MK bernilai US$900 juta (RM3.2 bilion). Sudah lebih setahun persoalan itu dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawab tanpa sebarang keraguan, Najib!

Lebih dari itu, Anwar pernah mencabar Najib mengheretnya ke mahkamah jika dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke atas Najib tidak benar.

"Saya tidak takut, kalau nak saman silakan sebab saya suka kalau masuk mahkamah nanti banyak benda yang boleh saya cakap dan bongkarkan. Saya percaya dia (Najib) takut kerana nanti banyak benda yang akan terdedah," tegas Anwar.

Mengapa Najib menikus dengan cabaran itu?

Sementara itu, ketika PAS meneruskan solat hajat, Tok Guru juga menyeru anak-anak Kelantan yang berada di perantauan supaya pulang pada hari mengundi pada 8 Mac nanti untuk mengundi PAS.

"Bila mengundi kena balik, nak balik tak kira siapa yang suruh balik sama ada PAS ke Umno ke tapi yang penting mesti balik dan pangkah PAS," kata beliau.

Kepada anak-anak Kelantan yang menganggotai Umno, ingatlah pesanan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dilaporkan berkata, sekiranya ketewasan Umno adalah satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan Umno sekarang tentang kelemahan pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi undi mereka kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.


Bagai membayangkan Barisan Nasional pembohong, Dr. Mahathir juga menyeru rakyat Kelantan supaya tidak terpedaya dengan janji yang ditabur oleh kerajaan pusat yang berjumlah RM3 billion untuk pembangunan lebuhraya dan empangan di Kelantan. Sebaliknya beliau meminta rakyat Kelantan bertanya, mana duitnya? Tunjukkan dahulu duit tersebut!

Kepada anak-anak Kelantan yang menganggotai Umno, jangan lupa bahawa Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dengan Dr Mahathir dan duduk sebelah menyebelah semenjak bekas Perdana Menteri memulakan serangan demi serangan terhadap kelemahan kepimpinan Umno dan negara Malaysia sekarang.

Bukan itu sahaja, Dr. Mahathir memberi ucapan di atas platform yang dinaungi oleh Tengku Razaleigh sendiri!

Pade doh! Dari 31 Oktober 2003 lagi Malaysia diperintah PM yang dilaporkan tak cerdik (not an astute prime minister)! Lamo sangat doh!

Ingatlah, seorang pemimpin mesti bukan sahaja tidak boleh tidur semasa bekerja, dia juga perlu dilihat sebagai tidak tidur semasa bekerja.

Seperti kata-kata "Pemimpin bukan sahaja mesti bersih daripada rasuah, mereka juga perlu dilihat sebagai bersih daripada rasuah"

Bo la Pak Lah tu! Pakat kelik ngundi PAS!

Baca Seterusnya...

Khamis, 14 Februari 2008

Penamaan calon 24 Feb, mengundi 8 Mac


Hari penamaan calon pilihanraya umum ke-12 ditetapkan pada 24 Februari manakala pengundian akan diadakan pada 8 Mac depan.
Tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pagi ini.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, beliau berkata, senarai pendaftar pemilih induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari lalu, akan digunapakai dalam pilihanraya umum ke-12.Berdasarkan senarai tersebut, katanya, terdapat 10,922,139 pengundi - iaitu 10,701,054 pengundi awam dan 221,085 pengundi - yang layak mengundi dalam pilihanraya umum kali ini.Menurut Abdul Rashid, SPR telah diumumkan secara rasmi oleh Istana Negara semalam bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan membubarkan Parlimen berkuatkkuasa 13 Februari 2008.Di samping itu, katanya, SPR juga menerima pengisytiharan dari 12 negeri, tidak termasuk Sarawak, mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh sultan dan Yang Dipertua negeri masing-masing.Abdul Rashid berkata, writ pilihanraya akan dikeluarkan esok kepada semua pegawai pengurus pilihanraya yang telah dilantik untuk mengendalikan proses pilihanraya di seluruh negara.Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri akan dipertanding dalam pilihanraya umum kali ini

Baca Seterusnya...

Pilihanraya Bermula Dengan PM Berbohong

Awas rakyat semua. Pada hari-hari menjelang pembubaran Parlimen pun, Perdana Menteri sanggup berbohong kepada rakyat.
Itulah yang dilakukan Datuk Seri Abdullah sehari sebelum pembubaran Parlimen samalam.
Beliau dengan jelas menafikan Parlimen akan dibubarkan hari ini. Namun, tepat jam 12.30 tengahari, melalui siaran secara langsung ke seluruh negara, Abdullah mengumumkan Parlimen dibubarkan hari ini.
Semua media hari ini menyiarkan berita Perdana Menteri menafikan Parlimen akan dibubarkan hari ini.
Ketika ditanya wartawan, kenapa perkara ini berlaku, Abdullah berkata, dia tidak dapat mengesahkan pertanyaan warwatan tentang pembubaran Parlimen kerana ia belum disahkan oleh Yang Dipertuan Agung.
Namun, ramai wartawan berpendapat, beliau tidak perlu berbohong tetapi hanya dengan berkata, 'tunggulah' misalnya.
Jadi, berhati-hati... banyak lagi pembohongan akan menunggu pengundi.

Baca Seterusnya...

Pilihan Raya Umum Yang Mencabar

KETIKA mengumumkan pembubaran Parlimen pada jam 12.35 tengah hari tadi, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melafazkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan kelebihan suara dua pertiga di Parlimen.

Ramalan Perdana Menteri itu mungkin tidak keterlaluan walaupun agak menjurus kepada optimisme.

Untuk mengekalkan kedudukan itu, BN perlu menang 146 daripada 219 kerusi.

Dalam PRU 2004, BN menang 199 kerusi berbanding 20 oleh pembangkang – 12 DAP, enam Pas, satu Keadilan dan satu calon bebas.

Seperti saya ramalkan terdahulu, keputusan kali ini mungkin lebih hampir kepada keputusan PRU 1999 apabila BN menang 148 daripada 193 kerusi, Pas 27, DAP 10, Keadilan lima dan PBS tiga.

Dalam PRU 1999, pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno menyebabkan ramai pengundi Melayu berpindah kepada Pas dan Keadilan.

BN diselamatkan oleh pengundi Cina dan India.

Disebabkan itu, sokongan kepada DAP merosot.

Dalam PRU 2004, euforia mengenai orang baik, orang alim, kerajaan bersih, kerajaan terbuka menggelapkan mata pengundi Melayu menyebabkan Pas dan Keadilan kalah teruk. Tetapi undi Cina dan India balik semula kepada DAP.

Selepas empat tahun, bulan madu telah berubah menjadi bulan gerhana -- gerhana yang menyentuh semua kaum – Melayu dengan masalah ekonomi cukup makan mereka, Cina dengan arus perniagaan yang tidak menentu dan India dengan dakwaan mereka dipinggirkan.

Tidak seperti pada PRU 1999 ketika mana hanya orang Melayu yang tersentuh emosinya, pada PRU kali ini boleh dikatakan semua kaum mempunyai isu dan ketidakpuasan dengan pemerintahan BN.

Bagi pembangkang, jika mereka gagal memperbaiki prestasi mereka, puncanya bukan lagi kekuatan BN atau tipu helah BN seperti yang mereka sering dakwa, tetapi puncanya adalah kelemahan mereka sendiri.

Bagi BN pula, jika ia hilang sokongan, kehilangan itu bukan berpunca daripada kekuatan pembangkang tetapi akibat kelemahannya sendiri -- kelemahan mentadbir negara, kelemahan jentera parti dan kelemahan akhlak para pembesarnya.

Majoriti pengundi, sama ada kerana taat setia membuta tuli kepada parti, kerana tidak mendapat maklumat sebenar atau kerana sogokan, akan terus mengundi BN.

Tetapi pengundi atas pagar dan pengundi muda mungkin lebih bersimpati dengan pembangkang jika mesej, gaya dan gerak-geri pemuka parti-parti pembangkang lebih sederhana, merendahkan diri dan tidak cakap besar.Harapan mereka menang besar sehingga menumbangkan BN adalah tipis.

Tetapi harapan menjadi pembangkang yang kuat dan bertanggungjawab adalah cerah.

Pengundi pula pasti akan bertanya apakah hasil gemilang yang mereka peroleh sejak empat tahun lalu setelah memberi mandat raksasa kepada BN pada tahun 2004?Tentunya bukan kenaikan harga barang, kenaikan kadar jenayah dan peningkatan persepsi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Bagi yang lebih bermaklumat pula mereka tentu tahu bahawa negara kini diancam kemerosotan ekonomi akibat krisis pinjaman sub-prime di Amerika.

Adakah mampu kerajaan yang dipilih nanti menangani kesan global krisis itu?Apakah pemerintahan baru nanti dipenuhi pohon-pohon rendang berbunga harum berbuah lebat atau kayu mati, kayu reput, tunggul kayu dan batang kayu yang dimakan anai-anai dan ditumbuhi cendawan beracun?Jawapan mutakhir di tangan pemilih.

Mengenai hari mengundi pula, pembubaran Parlimen hari ini memberi ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memilih hari Sabtu 1 atau 8 Mac sebagai hari mengundi.

Baca Seterusnya...

Parlimen bubar berkuatkuasa semalam.

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pembubaran ini dibuat selepas beliau menghadap dan mendapat restu dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktaffi Billah Shah pagi tadi.

Yang di-Pertuan Agong telahpun menandatangani peristiharan pembubaran Parlimen hari ini, dan dengan itu juga negeri-negeri dinasihati membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Perdana Menteri juga menyatakan semalam beliau enggan mengumumkan kemungkinan Parlimen dibubar hari ini kerana belum bertemu Yang di-Pertuan Agong lagi.

Perdana Menteri juga menyatakan, tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat. - mks.

Baca Seterusnya...

Selasa, 12 Februari 2008

Zakaria masuk Umno - Perang psikologi atau kerja bodoh?

Oleh Penarik Beca

Saya tidak kenal Zakaria Ali, abang kepada kepada Datuk Mustafa Ali (Cik Gu Pa). Jangankan abangnya, dengan Cik Gu Pa pun saya tidak dekat walaupun beliau antara orang paling awal yang saya beritahu mengenai beberapa perkara penting yang berkaitan dengan keahlian saya di dalam PAS.

Bila mendengar cerita Zakaria "masuk Umno," perkara pertama yang saya nak tahu ialah adakah beliau ahli Pas? Beberapa laporan akhbar-akhbar harian yang saya baca dalam laman-laman web tidak pula mengesahkan beliau seorang ahli Pas.

Malah, Malaysiakini melaporkan, Cik Gu Pa sendiri menyatakan abangnya tidak pernah menjadi ahli PAS.

Sebenarnya, adalah perkara biasa kalau abang kakak siapa pun, adik siapa pun, anak cucu siapa pun, emak bapa siapa pun dan datuk nenek siapa pun menyertai Umno. Kalau dibilang jumlah ahli PAS yang dilaporkan menyertai Umno oleh akhbar-akhbar harian, hari ini sudah tidak ada lagi ahli PAS.

Bayangkan, di sini beribu-ribu orang ahli PAS menyertai Umno dan di sana pula beribu-ribu lagi ahli PAS menyertai Umno. Bukan sekali dua, entah berapa kali kita pun tidak ingat lagi. Bukan sahaja menjelang pilihan raya, malah ketika tidak ada pilihan raya pun tiba-tiba dilaporkan berbondong-bondong ahli-ahli dan para penyokong PAS menyertai Umno.

Di Kelantan, kalau dikira, entah berapa puluh ribu ahli PAS yang menyertai Umno. Mengambilkira menang atau kalahnya PAS di Kelantan biasanya begitu marginal atau kecil jumlahnya, kalau sudah berpuluh ribu ahli PAS yang menyertai Umno sejak 1990, sudah lama berkubur pemerintahan PAS di Kelantan.

Tetapi pemerintahan PAS di Kelantan tetap kekal sehingga kini. Malah, selepas pilihan raya akan datang pun, ramai kawan dan lawan yang menjangka PAS akan mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Di samping berusaha sedaya upaya, kepada Allah s.w.t. kita berserah.

Meskipun begitu, cerita pembelotan ahli-ahli parti yang bertanding tetap menjadi bahan kempen. Kata orang, cerita-cerita seperti itu berkesan dalam agenda perang psikologi. Boleh jadi.

Seolah-olah agenda dan metodologi perang psikologi tidak pernah berubah dan berkembang, masih ramai yang fanatik dengan modal yang menjadi pujaan sejak zaman Bajang di Utusan Melayu itu.

Masih ramai yang lupa bahawa hari ini orang tidak lagi bergantung kepada temberang ala-Bajang dan gerombolannya yang masih bersaki-baki sehingga kini. Masih ramai yang berfikiran di tahap zaman Bajang walapun, jangankan si Bajang, Utusan Melayu pun sudah tidak kelihatan.

Hari ini orang boleh mengesahkan segala maklumat di hujung jari. Orang boleh mengesahkan sama ada sesuatu cerita itu benar atau bohong, cerdik atau bongok.

Dalam tempoh yang begitu singkat, anak Cik Gu Pa, Fariz Irwan Mustafa, bukan sahaja menyatakan Ayah Ngahnya sudah dua kali mengisytiharkan dirinya menyertai Umno, malah beliau dapat membuktikan keahlian Zakaria di dalam Umno.

Menurut laporan akhbar Siasah, Fariz Irwan Mustafa memberitahu: "Menjelang pilihan raya 1999, Ayah Ngah saya ini sudah mengisytiharkan menjadi ahli Umno di depan Tan Seri Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar Terengganu ketika itu). Ini kali kedua dia masuk Umno".

Malah, kata Faris, keahlian Ayah Ngahnya di dalam Umno boleh disahkan melalui laman keahlian Umno dengan memasukkan nombor kad pengenalan 431104115043.

"Ketika saya semak laman keahlian Umno yang dikemaskini pada 18 Julai 2007 jam 2:31:56 petang, nama Ayah Ngah sudah ada sebagai ahli. Nombor ahlinya adalah 02812128/ahli biasa," Siasah memetik Faris sebagai berkata.

Mengikut data itu, Zakaria mendaftar keahlian Umno di cawangan Seberang Marang, Dun Ru Rendang dalam kawasan Parlimen Marang. Nyatalah ahli Umno "masuk Umno".

Persoalanya, siapa perancang kerja bodoh itu? Sukar dipercayai Zakarialah yang mengambil inisiatif untuk mengisytiharkan beliau "masuk" Umno.

Lebih sukar lagi untuk dipercayai Zakarialah yang menemui Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ketua Umno Bahagian Marang serta meminta Abdul Rahman menyelitkan acara "abang Mustafa Ali masuk Umno" pada perasmian Perkampungan Hadhari Peringkat Parlimen Marang di Kampung Kelulut, Marang.

Kalaulah benar kerja bodoh itu hasil mengelamun Abdul Rahman dengan restu Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, mengapa bangang dan bongok sangat?

Tidakkah mereka belajar dari pengalaman Wan Mokhtar? Tidakkah selepas Wan Mokhtar menerima Zakaria masuk Umno, pemerintahan Umno tertungging hangit di Terengganu?

Mat Guni, Mat Bukit, Mat Belacan dan semua orang boleh mengagak bahawa kepimpinan Umno Marang dan Umno Terengganulah yang merancang perang psikologi itu. Perkara itu bagaikan terbukti apabila Fariz Irwan memberitahu, Umno memang tergedik-gedik sedang ingin berpesta merayakan penyertaan Zakaria ke dalam Umno.

"Menurut maklumat yang saya terima, 50,000 poster sedang dicetak untuk memberitahu kepada umum kemasukan abang ayah saya ini ke dalam Umno," kata anak ketiga Cik Gu Pa itu.

Kalau kita kata Umno memang bodoh, bingai dan bongok, tentu menggelejat mereka memarahi kita. Mungkin surat saman akan sampai ke pintu rumah kita. Tetapi, bukan senang hendak mencari istilah kepada tindakan mencetak 50,000 poster ahli Umno "masuk Umno". Perang psikologi atau kerja bodoh?

Lebih buruk lagi, setelah lebih 50 tahun negara ini merdeka, terbukti Umno masih lagi mahu memperbodohkan rakyat dengan propaganda bongok seperti itu. Umno masih lagi menyangka rakyat boleh disogokkan dengan propaganda bangang seperti itu.

Bak kata Mat Salon, intellectual insult of the worst kind.

Baca Seterusnya...

P'raya: 4 wakil rakyat Kedah sudah undur diri

Empat wakil rakyat di Kedah - tiga dari Umno dan seorang dari MCA - akan mengundur dari setakat ini daripada bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Seperti dua wakil rakyat sebelum ini yang nama mereka tidak dinyatakan, Mahdzir juga enggan menyebut nama dua lagi wakil itu atau sama Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Ulama di Alor Star, Menteri Besar itu sekadar berkata: "Tiga daripada mereka adalah dari parti Umno dan seorang dari MCA."

Ketika diminta mengulas mengenai khutbah Jumaat berbaur politik, Mahdzir berkata hanya segelintir imam masjid di kedah bertindak menghasut orang ramai dan mereka ini akan dipanggil dan diberi nasihat oleh Jabatan Agama Islam Kedah, demikian menurut Bernama.

"Daripada 541 masjid di negeri ini, tidak sampai 10 masjid yang berbuat demikian dan setakat ini belum ada kes serius," katanya.

Mahdzir berkata jika ada imam yang melampau dan tidak serik setelah diberikan nasihat, tindakan terakhir kerajaan membawa imam itu menghadap Sultan.

Baca Seterusnya...

Ahad, 10 Februari 2008

Pesanan Tun Dr Mahathir Kepada umNO/BN

Baca Seterusnya...

Senarai 1,031 undi pos, SPR tidak telus dan efisen - Ustaz Azizan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba berdolak-dalih berhubung isu penambahan 1,031 pengundi pos di Dun Belantek, Kedah dengan mengatakan pihaknya hanya menerima senarai nama pengundi tersebut untuk dimasukkan ke dalam daftar pemilih, tanpa sebarang pertikaian.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, berkata penjelasan tersebut tidak munasabah dan menunjukkan badan itu tidak efisyen dan telus dalam setiap tindakan mereka.

Katanya, SPR juga tidak menunjukkan kredibiliti badan itu apabila tidak memeriksa terlebih dahulu senarai pengundi tersebut, dan hanya bertindak memasukkan nama-nama itu ke dalam daftar pemilih.

"Mereka kata mereka menerima nama yang dihantar oleh pihak tentera berdasarkan keperluan mereka. Yang keduanya, SPR kata nama-nama itu dulu sudah berdaftar di Daftar Pemilih Tambahan (DPT) 3, tapi tak dimasukkan. Jadi mereka isi borang baru untuk masuk semula.

"Bila ditanya kenapa tidak dipamerkan, mereka jawab hanya pamer di pejabat sahaja, sedangkan daftar itu bukan orang pejabat mereka yang mahu tengok. Orang ramai yang perlu tengok. Bagilah penjelasan yang rasional sikit," tegas Ustaz Azizan selepas berbincang dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Setiausaha Operasi SPR, Noordin Che' Ngah di Putrajaya, tengahari tadi.

Sebelum ini, PAS Kedah mendedahkan tindakan SPR mewartakan sebanyak 1,031 pengundi di Daerah Mengundi 01 Kota Aur/DUN N23 Belantek/Parlimen P013 Sik, sekali pun ketika dipamerkan dalam DPT suku ke-3 2007 tidak menyenaraikan nama-nama tersebut.

Mengikut DPI (Daftar Pemilih Induk) 2003 sehingga DPT ke-2 2007, SPR tidak pernah merekodkan senarai 1,031 nama pengundi pos berkenaan, sehinggalah DPT 3 2007 dipamerkan. Bagaimanapun, amat memelikkan apabila SPR mewartakannya dalam warta DPT 3 2007.

Dalam DPI 2006, bagi Daerah Mengundi tersebut hanya mempunyai 500 pengundi sahaja. Bagaimanapun, 1,031 pengundi pos anggota tentera ini dibawa dari dua kem iaitu A Kompeni 19 RAMD Sungai Petani (Kem Induk/Tetap di Sungai Petani) dan A Kompeni Bn 304 AW (Kem Induk di Gerik, Perak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata, PAS tidak berpuas hati dengan penjelasan SPR tersebut dan meminta badan itu meneliti memorandum tersebut dan mahu beberapa perkara yang mesti diberikan SPR untuk membuktikan proses pendaftaran itu berlaku dengan sewajarnya.

"Bagi kami apa yang berlaku itu telah melanggar peraturan biasa sebagaimana amalan yang kita tahu selama ini. Jadi, kita harap SPR teliti memorandum kita dan buktikan badan itu bebas dan telus," tegas beliau.

Wakil Bersih, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, menegaskan bahawa Bersih akan meneruskan agenda menuntut SPR melaksanakan keempat-empat tuntutan badan itu, di antaranya penghapusan undi pos.

"Apa yang berlaku di Dun Belantek ini menjelaskan lagi tentang keperluan dalam pilihan raya akan datang agar undi pos ini dihapuskan. Kita juga, sekali lagi membuat tuntutan tadi supaya Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berundur segera kerana tiada kredibiliti, tidak telus serta tidak neutral, lebih-lebih lagi untuk mengendalikan pilihan raya umum akan datang,"tegas beliau, yang juga AJK PAS Pusat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, berkata PAS memberi tempoh kepada SPR sehingga 12 Februari ini untuk memberi penjelasan tentang perkara ini.

"Kami juga meminta supaya SPR dapat menunjukkan kepada kami Borang B yang berjumlah 1,031 yang didakwa diisi semula oleh anggota tentera tersebut," tegas beliau.

Turut hadir dalam pertemuan dan penyerahan memorandum itu ialah AJK PAS Pusat, Ir Amiruddin Hamzah dan Hanipa Maidin.

Sebelum ini, dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sik, Sanusi Md. Noor membuat laporan polis di Balai Polis Sik pada 4 Februari lalu.

Manakala, Ustaz Azizan menegaskan pihaknya juga akan membuat aduan kepada BPR dan tidak teragak-agak untuk membawa kes penipuan ini ke mahkamah. - mks.

Baca Seterusnya...

Selasa, 5 Februari 2008

Pilihanraya Umum Yang Ke 12 8hb atau 9hb Feb ini.


Jentera pilihanraya umum Umno sudah bersiap sedia di seluruh negara untuk menghadapi pilihanraya pada 8 atau 9 Mac depan, demikian menurut sumber-sumber yang layak dipercayai.Menurut mereka, semua Umno negeri telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Parlimen akan dibubarkan sejurus selepas sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut Khamis ini.

Teka teki mengenai tarikh pilihanraya umum kali ini menjadi tajuk perbahasan hangat di kalangan rakyat, parti politik serta pihak media.

Setakat ini, pihak pembangkang meramalkan pilihanraya umum akan diadakan pada 15 Mac depan, iaitu sewaktu cuti sekolah penggal pertama.Cuti sekolah penggal pertama bermula pada 8 hingga 16 Mac depan.


Proses pengundian dijalankan di bangunan sekolah dan kerana itu, pilihanraya umum diadakan sewaktu cuti sekolah.


Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika ditanya oleh pemberita minggu berlepas, mengakui bahawa pilihanraya sudah dekat.Tajuk mengenai tarikh pilihanraya umum juga hangat diperkatakan kerana ia ada kaitan sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bertanding atau dalam pilihanraya kali ini.

Faktor AnwarEkoran sabitan dan hukuman tuduhan salaguna kuasa terhadapnya, maka bekas timbalan perdana menteri itu, dilarang bertanding dalam pilihanraya umum selama lima tahun.

Tarikh larangan tersebut akan berakhir pada 14 Mac depan. Ini bermakna sekiranya pilihanraya diadakan pada bulan Mac, maka Anwar tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Ekoran itu, walaupun kepimpinan Umno pernah berkata bahawa Anwar bukan satu 'ancaman politik' terhadap kerajaan, namun ramai percayai pilihanraya akan diadakan lebih awal supaya Anwar tidak layak bertanding.

Sementara itu beberapa pemerhati politk berkata, Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, lebih selesa jika pilihanraya umum diadakan lebih awal supaya Anwar tidak layak bertanding.

"Kerana menjangka pilihanraya umum akan diadakan lebih awal dan Anwar tidak layak bertanding, maka parti-parti pembangkang berkempen bahawa negara memelukan barisan pembangkang yang kuat.

"Mereka juga mengakui bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dapat memenangi pilihanraya umum akan datang walaupun tidak sebesar tahun 2004," kata sumber-sumber itu.

Bagaimanapun, katanya, jika pilihanraya umum diadakan selepas bulan April ini dan Anwar layak bertanding, kemungkinan besar, pihak pembangkang akan mengubah strategi kempen mereka.

"Mereka mungkin akan bercakap mengenai kerajaan alternatif kerana mereka mempunyai calon Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Anwar, jika pembangkang berjaya menumpaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang," kata mereka.

Baca Seterusnya...

SPR: 10,922,139 orang pemilih induk 2007 diwarta

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewartakan Daftar Pemilih Induk 2007 esok sekali gus menjadikan keseluruhan jumlah pemilih berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang seramai 10,922,139 orang.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mat Nor berkata, Daftar Pemilih Induk 2007 yang akan diwartakan itu melibatkan penggabungan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Pertama Sehingga Suku Keempat 2007 dengan Daftar Pemilih Induk 2006.

Katanya, pewartaan itu bagi membolehkan senarai pemilih yang berdaftar pada DPT tahun ini digunakan dalam sebarang urusan pilihan raya.

‘‘Ini selaras dengan Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

‘‘Dengan pewartaan tersebut, jumlah pemilih dalam Daftar Pemilih Induk 2007 adalah seramai 10,922,139 orang,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-11 lalu, jumlah pemilih berdaftar yang dikeluarkan SPR adalah seramai 10.284 juta iaitu melibatkan pertambahan seramai 720,520 berbanding pilihan raya umum ke-10.

Sementara itu, SPR dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan malam ini berkata, DPT Suku Tahun Keempat dari Oktober hingga Disember 2007 telah diwartakan hari ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, DPT Suku Tahun Keempat 2007 itu mengandungi 200,393 pemilih yang terdiri daripada 148,969 permohonan pemilih baru dan 51,424 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

‘‘Sebanyak 69 tuntutan dalam Suku Tahun Keempat 2007 tidak dapat diselesaikan kerana bahagian pilihan raya berkenaan terlibat dengan urusan bantahan dan terpaksa dibawa ke Suku Tahun Pertama 2008.

‘‘Sementara itu, bantahan pula melibatkan 13,423 permohonan dengan urusan bantahan ini masih lagi dalam siasatan oleh Pendaftar Pemilih negeri-negeri yang terlibat iaitu di Kelantan, Perlis, Pahang, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

‘‘Ia tidak dapat dimasukkan ke dalam DPT Suku Tahun Keempat 2007 yang disahkan pada 29 Januari lalu,’’ jelasnya.

Dalam pada itu, Sabri berkata, sebelum penggabungan itu disahkan, SPR dalam masa yang sama telah mengeluarkan sebanyak 48,371 orang pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti bertukar alamat, meninggal dunia dan dilucut hak warganegara.

Katanya, berikutan itu, pemilih berdaftar adalah digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2007 bagi membuat tujuan pembetulan ke atas apa-apa kesilapan data dari segi ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya yang dilakukan secara tidak sengaja oleh SPR.

‘‘Sekiranya terdapat sebarang kesilapan data, pemilih boleh membuat pembetulan dengan menghantar pembetulan tersebut melalui laman web SPR atau datang sendiri ke mana-mana pejabat SPR di setiap negeri.

‘‘Selain itu orang ramai yang berminat untuk membeli Daftar Pemilih Induk 2007 boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya bermula selepas 5 Februari manakala mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi SPR,’’ ujarnya. Utusan

Baca Seterusnya...

Kebimbangan Di Sebalik Cakap Besar Pilihan Raya

Oleh A Kadir Jasin

TUNJUK berani, cakap besar, malu-malu kucing dan lembut leher sudah muncul sebagai ciri dan taktik pilihan raya umum (PRU).

Parti-parti pemerintah dan pembangkang sudah mula tunjuk berani dan cakap besar manakala pembesar politik pula ada yang secara terbuka menawarkan diri untuk menjadi calon dan yang lain pula malu-malu kucing.

Dalam hati bagai nak mati hendak jadi calon, di mulut kata tidak.Barisan Nasional misalnya, bercakap mengenai menyapu bersih semua dewan undangan negeri, termasuk Kelantan yang kini dikuasai Pas.

Sebaliknya Pas yakin mempertahankan Kelantan, memenangi semula Terengganu dan merampas Kedah.

Keadilan dengan “rakan-rakan kongsinya” amat yakin merampas Pulau Pinang dan mencapai prestasi baik di Sarawak.

Di kalangan individu, teka-teki dan teka-meneka semakin menjadi-jadi.

Ada yang kata hidup mati dia akan bertanding. Ada yang kata belum buat keputusan.

Dan rata-rata mengatakan mereka berserah kepada parti.

Saranan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi agar rakyat jelata yang tidak puas hati dengan pemerintah menggunakan pilihan raya untuk “menunjuk perasaan” telah mula dijawab.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad misalnya, menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan PRU akan datang bagi “membersihkan” parti itu.

Katanya, tiada jalan lain untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin yang tidak cekap dan tidak amanah kerana segala percubaan menegur dan mengubah kepemimpinan serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Isu Dalaman Ancam BN

Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, pula dilaporkan oleh Mingguan Malaysia hari ini sebagai mengingatkan pemimpin dan ahli Umno agar tidak meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai kedudukan mereka sebagai calon melalui media massa.

Kebimbangan Najib semakin menjadi kenyataan bermula dengan pergolakan dalaman seperti yang sedang berlaku di Perlis.

Pertikaman lidah antara pembesar Umno negeri itu sudah menjadi hidangan sensasi media massa buat beberapa minggu.

Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Shahidan Kassim sedang menghadapi ujian paling hebat dalam kerjaya politiknya dengan pelbagai tuduhan berbentuk politik dan peribadi.

Ketua MIC, S. Samy Vellu pula dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata dia mesti bertanding kerana dia “tidak pernah berasa penat untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan berhenti menerajui parti MIC demi pembangunan dan kemajuan kaum India di negara ini.

”Harap-harap dia tidak lupa kepada orang Melayu dan Cina kerana dia menang di Sungai Siput atas ihsan pengundi Melayu dan Cina.

Ini kerana hanya 22.5 peratus pemilih Sungai Siput adalah orang India.

“Saya mesti bertanding lagi. Kepala tidak ada, mana boleh badan ada lagi,” katanya.

Bergantunglah kepada makhluk mana yang Samy Vellu andaikan.

Kalau lembu atau ular, tentulah ia akan mati jika kepalanya dipotong.

Tetapi kalau ia cacing, kepala lama tidak mati dan kepala baru akan tumbuh jika ia dipotong dua atau tiga sekali pun.

Soalnya, apakah tunjuk perasaan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), penangkapan mereka yang terbabit dan penahan beberapa pemimpinnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan membantu Samy Vellu dan MIC? Atau akan membuat orang India menolak MIC.

Adakah majoriti pengundi India boleh ditenteramkan jiwa mereka untuk kembali menyokong MIC dengan Abdullah mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti awam dan ikrar tidak merobohkan kuil haram?

Calon MIC Bergantung Kepada Bukan IndiaIroninya, Samy Vellu dan majoriti calon MIC mungkin terus terpilih kerana mereka bergantung kepada undi Melayu dan Cina yang berupa pengundi majoriti di kerusi-kerusi yang mereka tandingi.

Hakikatnya tidak wujud sebuah pun kerusi majoriti India.

Di Sungai Siput, kawasan Samy Vellu, pengundi India pada 2004 hanya 22.5 peratus.

Dengan penghijrahan orang India miskin dan pekerja ladang ke bandar, bilangan itu mungkin lebih kecil kini.

Di kawasan Timbalan Presiden MIC G. Palanivel, Ulu Selangor hanya 19 peratus pemilih orang India.

Kawasan paling banyak pengundi India adalah DUN Buntong di Perak dengan 45.3 peratus pemilih India, tetapi pada tahun 2004 ia ditandingi oleh calon MCA.

Pada PRU 2004, Samy Vellu mendapat undi majoriti 10,235 menewaskan calon DAP, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj.

Pada PRU 1999, majoriti beliau adalah 5,259.Ahli Parlimen Serdang, Yap Pian Hon dari MCA pula dilaporkan tidak gentar jika DAP meletakkan penulis blog terkenal, Jeff Ooi untuk menentangnya.Sebaliknya dia cukup yakin dapat mengulangi kemenangan besar PRU 2004.

Katanya: "Pada bulan Mac tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah memuji saya sebagai antara Ahli Parlimen yang paling cergas berkhidmat kepada rakyat.

"Saya yakin prestasi baik yang saya tunjukkan sejak berdekad-dekad lalu dapat membantu kemenangan BN di kerusi Parlimen Serdang dan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen itu," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Saya tidak mengatakan Pian Hon tidak bekerja kuat, tetapi mengatakan dia tidak gentar mungkin cakap besar untuk melapangkan dada.

Serdang adalah kawasan bandar yang komposisi pemilihnya agak seimbang antara Melayu dan bukan Melayu di mana terdapat sokongan yang kuat kepada DAP dan Pas.

Pada PRU 1999, Pas memenangi salah satu daripada kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Serdang iaitu Bangi.Pada PRU 2004, Pian Hon menang dengan 11,280 undi majoriti daripada 57,812 undi sah.

Pada PRU 1999 dia menang dengan hanya 4,099 undi majoriti daripada 70,911 undi sah.

Kalau benar blogger dan perunding teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) Jeff Ooi Chuan Aun dicalonkan oleh DAP untuk menentang Pian Hon, kita boleh menjangkakan pertandingan yang menarik antara dua calon Cina yang fasih berbahasa Melayu daripada dua generasi berlainan.

Jeff Ooi, sebagai salah seorang pelopor pendemokrasian maklumat melalui ICT, blogger terawal dengan blognya Screenshots dan penggiat politik keturunan Cina yang berpendidikan Melayu pasti menarik perhatian pengundi pelbagai kaum, khasnya daripada institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan di sekitar kawasan Bangi-Serdang.

Jeff Ooi belajar di Sekolah Menengah Pendang, Kedah hingga tingkatan lima dan sebelum ini menganggotai Parti Gerakan.

Utusan Malaysia meramalkan persaingan di kerusi Parlimen Serdang dijangka lebih sengit pada pilihan raya akan datang kerana DAP dijangka meletakkan Jeff Ooi.

Ia menambah, kedudukan Pian Hon dalam MCA, bagaimanapun, tergugat selepas gagal mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Serdang dan Naib Presiden MCA dalam pemilihan parti 2005.

Skandal Cemar Imej MCAApa yang bakal dihadapi oleh Pian Hon sebenarnya amat kecil berbanding kesan dua skandal besar iaitu video lucah Chua Soi Lek dan kerugian besar Port Klang Free Zone yang mengheret Menteri Pengangkutan, Chan Kong Choi.

Perebutan kerusi Chua di Johor yang dikatakan membabitkan anak Chua dan anak Ling Liong Sik, dan kemungkinan Chan tidak bertanding semula akan menjadi cabaran besar kepada MCA pada saat-saat pengundi Cina semakin resah akibat suasana ekonomi yang tidak menentu.

Sementara Pengerusi MIC Johor, K.S Balakrishnan pula berkata dia sudah penat untuk bertanding dalam PRU akan datang, “tetapi kalau diberi peluang saya akan bertanding dan meneruskan perjuangan.

”Satu lagi putar belit politik dan politikus.

Faktor KJ Jadi PerhatianPutera mahkota Umno, Khairy Jamaluddin pula dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai enggan mengulas kedudukannya sebagai calon.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya," katanya.

Tetapi sumber-sumber lain pula mengatakan tidak syak lagi dia akan bertanding.

Saya sendiri berasa beliau akan dicalonkan untuk kerusi Parlimen Rembau menggantikan Firdaus Mohammad Rom bin Harun.

Walaupun benar seperti katanya bahawa calon pilihan raya ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi umum lebih daripada maklum mengenai pengaruh Khairy ke atas Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Penerangan Zainuddin Maidin pula bermati-matian berkata, dia mahu bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Merbok.Pada 26 Januari, Bernama melaporkan Zainuddin sebagai berkata calon pembangkang Merbok pada PRU akan datang bakal hilang wang pertaruhan.

Sepanjang ingatan saya, tiada calon pembangkang hilang pertaruhan di kawasan itu sejak pilihan raya umum 1955. Pada PRU 1995, calon Semangat 46 memperoleh 8,924 daripada 40,049 undi sah.

Pada PRU 1999, calon Keadilan mendapat 14,909 daripada 45,246 undi sah dan pada PRU 2004, pencabar Zainuddin dari Keadilan memperoleh 14,162 undi daripada 43,839 undi sah.

Jadi, adakah masuk akal dalam tempoh empat tahun, BN dan Zainuddin menjadi begitu kuat dan pembangkang begitu lemah sehingga calonnya akan kehilangan deposit?

Bagi seorang “reluctant politician” Zam nampaknya sudah menjadi begitu selesa dan amat yakin dia mampu memberi pukulan maut kepada calon parti lawan.

Apakah kerana keakrabannya dengan Perdana Menteri maka Zainuddin sejak awal-awal lagi sudah direstui oleh Perdana Menteri untuk “mengumumkan” pencalonannya?

Apa kata Umno Merbok?Permatang Pauh Uji Kebolehan HishammuddinDan mengapa Hishammuddin Hussein, orang Johor, dilantik mengepalai gerak gempur BN terhadap Keadilan di Permatang Pauh?

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy ketika mengumumkan perkara itu memberitahu bahawa pelantikan Hishammuddin telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dengan persetujuan Abdullah.

Apakah kerana dia begitu hebat atau dia sesuai menggempur seorang penjawat wanita, iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail?

Atau adakah kerana majoriti Wan Azizah begitu tipis – hanya 590 undi?Namun elok juga Hishammuddin diberi tugas itu, setidak-tidaknya bagi menguji ketokohannya kerana selama ini dia belum pernah mengalami ujian besar.Sebaliknya jika cakap Khairy dilaporkan dengan tepat oleh media massa arus perdana, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa Hishammuddin begitu yakin dengan kewibawaan dan kemampuannya.

Menurut menantu Perdana Menteri itu, Hishammuddin berjanji kepada Perdana Menteri untuk menjadi bapa angkat Permatang Pauh dan menyatakan komitmen 100 peratus memastikan Permatang Pauh kembali kepada UMNO.

Tetapi tugas menggempur Permatang Pauh itu boleh bertukar menjadi senjata makan tuan jika dia gagal mengembalikan Permatang Pauh ke pangkuan Umno.Sengaja disebutkan yang Anwar Ibrahim, tanpa sebarang jawatan dalam Umno, merampas kerusi itu daripada Pas dalam PRU 1982.

Sejahtera, Aman dan MakmurApa pun, episod-episod dan perkembangan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada sandiwara, wayang kulit dan silat kuntau politik menjelang pilihan raya.Banyak lagi akan berlaku untuk menghiburkan kita yang sudah pun terhibur dengan lawak jenaka “perbicaraan” rakaman video V.K. Lingam.Dengan latar belakang ini, tercetus persoalan: Apakah BN mampu meyakinkan pengundi bahawa kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang mereka idamkan akan menjadi kenyataan setelah janji kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan PRU 2004 semakin dicurigai?Hanya masa menentukan.

Baca Seterusnya...

Kempen dalam internet: SPR tidak ada kuasa

Oleh SA'ODAH ELIAS
Mstar Online
Penggunaan teknologi maklumat terutama internet dijangka menjadi alat berkempen paling berpengaruh pada pilihan raya akan datang melebihi masa-masa sebelum ini, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui tidak berupaya untuk mengawal selia kegiatan itu kerana ia di luar bidang kuasanya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keadaan ini berlaku kerana peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya (1954) (AKP) dalam hal mengawal kegiatan berkempen hanya terhad kepada bahan-bahan kempen tradisional tetapi tidak kegiatan berkempen menggunakan teknologi maklumat.

"Kita hanya boleh kawal kegiatan kempen melalui ceramah, rapat umum serta yang menggunakan bahan tradisional seperti risalah, sepanduk, poster dan kain rentang. Lain daripada itu, kita tidak boleh buat apa-apa.

"Jika pihak tertentu didapati memaparkan sesuatu yang dianggap bohong, fitnah, mengandungi unsur menghasut atau apa-apa maklumat yang dianggap rahsia rasmi menggunakan bahan kempen tradisional, seperti risalah, sepanduk atau kain rentang, kita boleh ambil tindakan dengan merampas, menurunkan dan memusnahkannya.

"Tetapi jika perbuatan sama dilakukan dan disebarkan menggunakan teknologi maklumat, kita tidak boleh bertindak. Terpulanglah kepada yang terlibat untuk mengambil tindakan mengikut peruntungan undang-undang yang lain untuk menjaga kepentingan mereka," katanya kepada mStar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegiatan berkempen tidak rasmi melalui internet, terutama oleh laman-laman web dan blog yang berunsurkan politik yang telah pun bermula sejak dua bulan lalu, walaupun tarikh pilihan raya masih menjadi tandatanya.

Beliau menjelaskan AKP tidak mempunyai peruntukan untuk mengawal kegiatan kempen yang menggunakan apa juga bentuk teknologi maklumat, sama ada melalui kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS), khidmat pesanan multimedia (MMS), internet atau telivisyen berasaskan internet.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka yang berkempentingan, terutama calon serta parti-parti politik yang mereka wakili boleh berbuat sesuka hati dengan melanggar etika berkempen menggunakan kaedah itu.

"Ini kerana, sepanjang tempoh itu, Pihak Berkuasa Kempen Pilihanraya akan menguatkuasakan beberapa akta selari dengan AKP bagi memastikan kempen yang bersih dan beretika," tambahnya.

Beliau juga menggesa pihak yang berkepentingan agar mengambil inisiatif memantau kegiatan berkempen melalui internet dan membuat laporan sama ada kepada polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia jika terdapat bahan-bahan yang berunsur bohong, fitnah, menghasut atau melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang lain.

Mengulas kegiatan parti-parti politik yang telah pun memulakan perang bendera di tempat-tempat awam, Wan Ahmad berkata perkara itu juga berada di luar bidang kuasa SPR.

Katanya, terpulanglah kepada pihak berkuasa tempatan untuk bertindak ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab kerana mencacatkan pemandangan di tempat awam dengan memasang bendera dengan jumlah yang banyak.

SPR, katanya, hanya boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturannya sebaik parlimen dibubarkan dan tidak sebelum itu.

Baca Seterusnya...

Pastikan Tokoh - Tokoh Ini Menang !

Oleh Mohd Sayuti Omar


MUNGKIN sasaran pembangkang untuk menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen pada pilihan raya akan datng tidak mudah tercapai namun hati rakyat akan terubat sekiranya beberapa tokoh yang dicalonkan atau bertanding dalam pilihan raya ke-12 kelak mendapat peluang untuk masuk ke parlimen.

Ketokohan, kepakaran dan track rekod yang dimilik tokoh-tokoh ini cukup untuk menggegarkan parlimen dan mematahkan hujah pihak Kerajaan. Apa yang berlaku pada tahun 1999 akan berulang.

Kehadiran tokoh-tokoh ini juga boleh mebuatkan Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri, serta Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri panas punggung dan tidak senang duduk kerana terpaksa menjawab segala persoalan rakyat yang pasti dibangkitkan oleh mereka.

Sekurang-kurang terdapat 10 tokoh yang mampu berbuat demikian. Kalau kesemua mereka ini dipilih dan diangkat rakyat, kumpulan ini cukup menjadikan Kerajaan BN untuk periode akan datang cemas dan berhati-hati untuk bercakap dan menjaga tindakan tanduk mereka.

Tentu pihak Kerajaan tidak boleh melakukan sesuatu sesuka hati mereka, menjadi parlimen sebagai serkas tempat berhibur sambil meluluskan sesutau mengikut sesuka hati seperti mana sebelum ini.Paling perit ialah Kerajaan kena menjawab segala penyelewengan, salah lakukan pengurusan dan sebagainya bakal ditimbul dan dihujahkan mereka pada setiap kali sessi parlimen berlangsung.

KelompokMereka ini juga bolehlah dikira benar-benar 'wakil rakyat' kerana mereka juga kebetulan mempunyai kepakaran masing-masing dan bercakap mewakili semua kelompok dan golongan masyarakat tanpa mengira sempadan politik dan kepentingan budaya dan ethnik.

Tokoh-tokoh itu ialah Abdul Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa, Kamaruddin Jaaffar, Muhammad Sabu, Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayub yang telah teruji kehebatan dan kepetahan mereka berhujah di parlimen sebelum ini ataupun pada masa ini seperti Salahuddin dan Kamaruddin Jaafar.

Parlimen akan menjadi bertambah bergegar kalau mereka ini dibantu pula oleh Ibrahim Ali, Dr Mohd Hatta Ramli, Saifuddin Nasution Ismail dan Wan Abdul Rahim Abdullah.

Ibrahim Ali yang akan bertanding di Pasir Mas merupakan seorang bekas ahli Parlimen yang lantang memperjuangkan isu-isu rakyat dan Melayu.

Saifuddin pula bertanding atas tikit Keadilan di Machang terkenal sebagai seorang ahli politik pelapis berkualiti yang berhujah menggunakan fakta dan bukti dan cekap mendedah kepincangan Kerajaan berbentuk rahsia.

Manakala Wan Abdul Rahum, speaker DUN Kelantan akan bertanding di Parlimen Rantau Panjang juga merupakan seorang yang artikulek dengan fakta.

Bendahari Agung Pas, Dr Mohd Hatta pula terkenal sebagai aktivis dan penggerakan demonstrasi anti Kerajaan yang disebut-sebut akan bertanding di Gombak atau Pasir Puteh akan turut menjadi Kerajaan tidak boleh senyap.

Kehadiran mereka berempat bergabung dengan tokoh-tokoh seperti di atas akan menggegarkan parlimen dan benar-benar bakal merimaskan pihak Kerajaan.Bayangkan bagaimana kalau kesepuluhan mereka ini berada dalam Parlimen.

Parlimen akan jadi riuh randah dengan suara dan bangkangan dan bantahan mereka.

Yang jelasnya mereka bukan sepuluh budak hitam! Ibrahim yang sudah berihat selama dua penggal tentu akan melepaskan rindu dan dendamnya dengan menimbulkan kepincangan Kerajaan pimpinan Abdullah selama empat tahun lalu.

Isu-isu kepentingan Melayu dan Islam yang menjadi isu kesukaannya secara konsisten akan bergema kembali di parlimen.

Sebagai seorang tokoh politik lama pasti juga apa yang dibangkitkan Ibrahim lebih matang dan bersifat universal.Begitu juga dengan yang lain, Muhammad Sabu, Mahfuz dan lain-lain akan terus mendesak dan membelasah Kerajaan terutamanya berhubung dengan beberapa tindak tanduk Kerajaan selama ini yang mengabaikan kepentingan rakyat marhaen.Susun semulaIsu-isu kemiskinan, jenayah, skandal dan penyelewengan akan didominasikan oleh mereka ini.

Tidak mustahil juga Muhammad Sabu akan mendesak parlimen agar meminta polis membuka semula siasatan ke atas pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaarribbu yang penuh misteri itu atau pun meminta badan kehakiman disusun semula ekoran pendedahan klik video VK Linggam.

Soal pilihan raya dan demokrasi juga akan menjadi bahan ampuh mereka. Pasti mereka akan mengemukakan hujah memberi bukti betapa pilihan raya hari ini tidak adil, kotor dan korup.

Sehubungan itu mereka mungkin akan mengemukakan cadangan agar sistem pilihan raya negera ini diubah seperti di negara-negara Barat ataupun di Indonesia, di mana pemilihan ahli Parlimen mengikut peratus undi yang diraih oleh parti bertanding dan bukan undi popular calon.


Cara demikian lebih adil dan saksama di mana suara rakyat sebenar dilayan dengan penuh keadilan tidak seperti hari ini pilihan dan undi rakyat disia-siakan dan dirosak dengan sistem di mana wakil parlimen dipilih berdasarkan undi peribadi yang diperolehinya.

Sekiranya rakyat mahu melihat Parlimen kita hidup dan hangat pastikan mereka ini berada di Parlimen selepas pilihan raya kelak!

Baca Seterusnya...

Pengikut

Recent Visitors

PERHATIAN : Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap Webmaster Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP